Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Kerap betul saya update blog akhir-akhir ni kan? kalau dulu bukan main payah lagi.
Saya dari dulu sy mmg suka waktu kelas berbanding cuti yang lama. kalau cuti sekejap-sekejap tu suka la. Sbb bila waktu belajar ni mmg banyak gerakkan otak ni, berbanding cuti yg membekukan otak.
Hari ni hari Jumaat, x de kelas, tapi Marwan still hantar ke rumah pengasuh, jd saya ambil kesempatan ni utk buat usrah. Alhamdulillah sem ni saya ditaklifkan oleh Ma'ruf Club utk jadi naqibah.
Dah lama saya x jd naqibah, apabila ditawarkan utk jd naqibah, saya tak menolak. Saya seronok berusrah, sbb nilah medan ukhwah. dan kalau usrah tu menjadi, mmg betul2 terasa spt keluarga sendiri.
Anak usrah saya ada 10 org semuanya. Masa saya beranakkan Marwan, kecik je dia. Tapi anak usrah ni, waktu dapat mmg dah besar. hehe. Anak-anak usrah saya ni lah yang saya taklifkan utk jd mak cik-mak cik Marwan. :)
Perknalkan adik-adik usrah yg disayangi:
Along Husna
Angah Khadijah
Aniq An Nur
Andak Adila
Ateh Balkes
Acik Nisah
Anjang Fizah
Alang Syuhada
Usu Summiyah
Uda Dini
ok post ni sbg pengenalan usrah dulu, banyak lagi nak kongsi ttg pengisian usrah kami.
Usrah adalah medan pentarbiyah diri, sy harap usrah ni akan jadi tmpt kami mengubah diri ke arah yg lebih baik, dgn mengamalkan rukun usrah dgn hati yang jernih lagi bersih, mg ukhwah yang bertaut ni mendapat keberkatan dari Allah.
ya Allah, kami bertemu dan berhimpun keranaMu, bersama memikul beban dakwahMu, halakan hati kami pada kebenaran dgn petunjukMu, jauhi hati kami dari segala perkara mazmumah..
Amin ya rabb :)
Utk adik-adik kak Yong yang disayangi kerana Allah, ukhwah adalah satu perkara yang manis, jika dirasai dengan sudu ukhwah yang ikhlas.. mg kita dapat merasai ukhwah itu.. Amin
No comments:
Post a Comment