Followers

Friday, August 28, 2009

Dari Hati ke Hati

Apabila hati terkulai layu,
Lemah dek perasaan tunduk pada kelemahan yang menguasai diri
JANGAN BIARKAN!!


Kelemahan itu ujian
Kelemahan itu musibah
Tanda Allah memberi perhatian padamu
Orang yang tidak pernah menerima musibah adalah org yang jauh dgn Allah SWT
Orang yang tidak pernah merasai kedukaan dalam hidupnya tidak akan dpt merasai bagaimana indahnya perasaan orang yang dpt merasai kemanisan munajat dan pergantungan pada Allah SWT

Hidup ini silih berganti antara susah dan senang
Kata Allah, Bersama kesusahan itu ada kesenangan’
Apa jua yang dikata Allah kita harus yakin
Genggam erat-erat janji Allah yang tiada keraguan walau sebutir zarah sekalipun

Wahai Diri,
Saat ini aku berbicara dari hati ke hati denganmu,

Ketika ini engkau sedang lemah,
Mengalir bersama air mata yang mengenagkan kelemahan itu,
Semangat engkau tidak lagi seperti dulu
Bukankah dulu engkau sentiasa bersemangat utk mengejar sebuah kejayaan?
Engkau sering mencari jalan utk tidak mengalah
Walau apa jua kegagalan yang engkau terima

Namun, dek ujian bertalu yg engkau terima
Menjadikan engkau tidak lagi bersemangat
Engkau tenggalam bersama kelemahan yang menjatuhkan dirimu ke lembah kebinasaan
Engkau sememangnya seorang yang gagal!!
Kerana engkau tak mahu bangun
Engkau asyik dgn air mata yang menyatakan engkau lemah..

Duhai diri,
Bebaskan rohmu daripada daripada ketakutan, kelemahan dan keresahan
Ingat!!
Islam tidak memerlukan umat yang lembik seperti ini
Lantaran tidak akan memberi apa jua manfaat
Untuk umat dan Islam itu sendiri
Ketika engkau menutup mata meninggalkan dunia ini
Tiada apa utk dikenang
Dunia tidak akan menangis kematianmu
Kerana tiada baktimu padanya

Duhai diri,
Ambillah semangat pejuang-pejuang terdahulu
Andai al-Fateh menangisi kelemahan sepertimu
Takkan mampu tertawan Konstantiple yang menjadi lakaran sejarah
Teladani kekuatan dan kecergasan Khalid al-Walid
Yang menawan dan mengorak langkah keberanian
Takkan undur selagi tiada kemenangan

Malulah wahai diri,
Dengan ujian sekecil ini
Membuatkan engkau mengundur
Jiwa engkau kecil
Engkau tidak akrab dgn Tuhanmu
Kerana orang yang hampir dgn Tuhannya
Akan sentiasa tersenyum
Biarpun ujian yang diterimanya mencincang lumat hatinya
Meresahkan seluruh atma bertahun-tahun

AYUH BANGUN!!
Perlihatkan KEPERKASAANMU, KEBERANIANMU, KESABARANMU
Bakar kembali semangatmu yang mula padam
Andai mengalah pada kehidupan
Maka tiada apa lagi yang diharapkan oleh kehidupan ini padamu

Duhai diri,
Menangislah dan sedarilah
Betapa Allah menyayangi dan sangat dekat denganmu
Engkau tidak bersendirian duhai diri

Orang-orang yang beriman tidak Allah biarkan begitu sahaja. Mereka sentiasa dekat di sisi Allah dan beroleh perlindunganNya; “Allah pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman)”. (Al-Baqarah: 257)

Bangun,
Dengan jiwa yang baru,
Semangat yang baru,
Kekuatan yang baru,
Cita-cita yang membara..

Usah merintih lagi
Kerana itu bukan cara MUSLIM YANG PERKASA

SENYUM DALAM KEDUKAAN
BANGUN MENGORAK LANGKAH YANG BARU

:)

Monday, August 24, 2009

Jangan Mudah Mengalah



Jangan Biar ada 'Putus Asa' dalam kamus hidup - drpd blog Ust Hairul Nizam

Kegagalan sebenarnya adalah API. Maraknya api bergantung pada diri sendiri yang membakarnya. Semakin terbakar semakin gigih kita bertindak. Semakin terbakar semakin tinggi nyala api. Api yang bukan pemusnah, tapi pemangkin.

SERIUS menunutut ilmu..
Manakan bisa org yang asyik mementingkan kerehatan tanpa pertarungan yg sengit dgn jiwa raga mampu meraih ilmu.
Semakin sukar kita bertarung, semakin matang pemikiran.
Biar merintih, tapi pastikan rintihan di hadapan Allah SWT.
Rintihan di sepertiga malam ada kesannya yang tersendiri. Kerana itu dgn tahajjud, jiwa menjadi perkasa.



JANGAN PANDANG BELAKANG

Yang telah berlalu jadikan pengajaran seandainya kegagalan menjadi penghiasnya.




Kitalah PERWIRA sekiranya kita bangun setelah jatuh walaupun berkali-kali. Bukan jalan seorang HAMBA jika jalannya senantiasa mudah.

JADILAH BINTANG AGAMA TERBILANG!!

Ya Allah, kuatkan aku di JalanMu. Salam kembara Ilmu :)

Sunday, August 23, 2009

Hidup Sekali, Biar Bererti

Hmmm…

Ahh.. Semacam mengeluh.
Memang pun. Sesak nafas. Macam-macam benda. Huhu.
Perjalanan kehidupan, drpd sek ren, sek men, DQ, Cenfos dan Main camp UIA Kuantan, yg paling mencabar bagi saya adalah di UIA Kuantan. Sebab? Entahlah. Byk benda kot. Yang paling mencabar, pertarungan dgn subject-subject CTS.


Persepsi pd UIA?
Sunyi.

Itulah yang boleh saya ringkaskan. Dgn jumlah student kira-kira 2000 lebih, hanya 2 mahallah di dalam, bangunan KOM, KOP dan KOS. Sunyinya agak berbeza. Kawan saya kata, ‘Sunyinya pelik’. Dgn keadaan posisinya dlm hutan, kera-kera yang adakalanya menjadi teman, kdg2 jd musuh dgn bantu menyepahkan dan menghuru-harakan bilik stdnt2 yang terdekat dgn kwsnnya. Blh dikatakan agak terceruklah tempat ni.

Yang paling sy tertekan, susah btul nak dptkan surat khabar. Rasa mcm katak yang duduk dlm gelas kaca. Tak Nampak dunia luar. TV pun ada kat CF je. Tapi, at least saya taulah yang Ust Akil dan kahwin dgn Waheeda. hehe (berita sensasi)

Awal 1st year, sy x involve lagi dgn apa-apa persatuan. Tapi sibuknya dgn akademik mmg agak menekan. Subjek tak banyak, 6 je. Tambah kokurikulum dgn Tahfiz.

Apa yang saya nak katakan di sini, sepanjang hidup belajar Matematik, di sinilah baru saya kenal siapa MATEMATIK sebenarnya. I want to say that Mathematics that I learn in CFS totally different with here. Di sini, Matematik lebih byk bermain dgn huruf berbanding angka. Tambah-tambah subjek No Theory. Mula-mula ramai x faham. Tapi bila dah mula buat tutorial, discussion dgn senior, mula jadi seronok.

Saya perhatikan, bidang Matematik adalah satu bidang yang unik. Dan tak semua blh serasi dgnnya. Sebab ianya memerlukan satu bentuk pemikiran yang sangat kreatif, usaha yang berganda ganda ganda ganda ganda utk buat byk latihan. Sapa yg tak suka dgn nombor, jgn harap nak skor.

Kata Bro Mansoor, “doing Mathematics, u will get the ‘Rahmah’ ”

Mastura asked, “Why you say like that?”

“because with doing Mathematics will encourage us to think getting Haq, ”

Hmmmm. Batul jugak. Ramai yang x mampu merelatekan apa kaitan Matematik dgn Islam. Sukar utk dirungkaikan. Namun sering dicari oleh sahabat-sahabat sy. Tak mcm Biologi, mmg sesuatu yang reality. Mathematics pula adalah suatu yang abstrak.

Kata Dr Pah Chin Hee:

“The Queen of all subject is Mathematics.
And the Queen of Mathematics is No theory.”


Sambut orang belakang saya,

“Bekeng Queen ni. Jgn main-main”
• Bekeng = garang

Tak kurang dgn Prof Torla yang suka memberi motivasi. Saya sukakan Prof Torla yang sering berkongsi pengalaman hidup. Lunch hny dgn sandwich, wat soalan math beberapa ratus sehari. (banyak lagi, tapi saya x ingat)

Pentas Kembara Ilmu adalah satu perkara yang paling saya sukai dalam hidup saya. Namun, saya sgt cemburukan mereka yang mampu merasai kemanisan ilmu. Maksudnya, ilmunya memberi natijah yang bermanfaat iaitu membangunkan dirinya.

Kita byk disekat dgn bermatlamatkan keduniaan, iaitu ganjaran Pointer, Degree, Sijil dll. Hasilnya, ilmu sekadar berada di bayangan. Walhal, ilmu utk diri sendiri, yang akan membantu diri kita memikul taklifan sbg khalifah.

Saya ada terbaca hasil penulisan blog oleh Ustaz Hairul Nizam. Seorang mahasiswa Mesir yang sdg mengambil master. Katanya,

“ Aku pula terus di sini menagih simpati tuhan agar mengurniakan kepada sahaya bekalan ilmu buat mengisi sebuah kemenangan yang dicita-citakan dalam memahkotakan Islam di Malaysia.
Aduh. Hati ini membentak-bentak untuk terus pulang terus menjadi waqaf sepenuh masa buat PAS. Tapi adakah sudah cukup kantungku ini dengan ilmu yang diharap-harapkan oleh sebuah jamaah Islam PAS?”

Dia bertarung dgn segala kepayahan bukan utk mengejar kemewahan, gaji yang tinggi, tempat yang baik. Tapi utk menyerah diri di medan perjuangan yang akan memakan dirinya sendiri. Saya termotivasi apabila membacanya. Sebak pun ada. Inilah namanya sebuah perjuangan yang ikhlas.
http://hairulnizammathusain.blogspot.com

Masa saya di pondok, Ustaz memestikan semua penuntutnya utk belajar Kitab Pelita Penuntut. Utk setting niatlah yang paling penting. Kadang-kadang Ustaz sampai menangis sewaktu mengajar kami, terkenangkan terlalu byk perbezaan sewaktu dia di UM dan di pondok.

Di sini tiada yang mengingatkan sedemikian. Apa yang digesa adalah mendapatkan markah yang baik dlm imtihan. Belajar sungguh-sungguh, baru pointer mantop! Ah, tlglah sentiasa ingatkan saya, semuanya mesti krn Allah, krn Allah. Kita figure Islam. Nak selamatkan betapa ramai yg didoktrinkan dgn pemikiran-pemikiran yang luar drpd ajaran.

Teringat masa saya di DQ. Menangis bagai nak rak bila susahnya nak menghafal Quran. Boleh dikatakan tiap-tiap kali lepas kelas tasmi’ saya akan menangis sambil dgr lagu Hijjaz, utk dptkan kekuatan memperbaiki diri. Tapi, makin menangis makin gembira sebab itulah kemanisannya. Kita jadi takut nak buat dosa, nak selalu berdamping dgn Allah. Tapi tu kisah lama. Kata junior saya, takkan kita nak duduk tempat ni buat selamanya. Tiba masanya utk kita mengalih posisi berhadapan dgn cabaran yang menggila!

Ah! Entah apa yang sy cari dlm hidup ni. Berada di sini saya harus kuat. Dgn maksud hati yang berbolak-balik, kita pun kdg2 mempunyai matlamat yg berbolak-balik. Satu situasi yang sukar ialah berhadapan dgn ilmu yg tak dpt menembusi ruang pemikiran atau dlm bahasa mudahnya KITA TAK FAHAM APA YANG KITA BELAJAR.


Then, sebuah pentomen smasa GASS (gathering science students )byk menjwb persoalan ini. Tajuknya MUSLIM FIGHTER. Lawan bukan sekadar nafsu, tapi lawan dgn ilmu-ilmu yang kita tidak faham. Nah! Inilah cabarannya.

Bagi saya setakat ni yang paling mencabar adalah Analytic Geometry. Mula-mula nampak mudah. Tapi akhirnya, Dr Jesni sendiri yang akuinya mmg susah.

"tak ramai dpt A. kalau lulus pun jadilah. Certain org je blh dpt ”, he said.


Wah.. mcm mana nak skor ni.


“ada org repeat 3 kali subjek Dr Jesni”, kata senior saya.

However, ni semua kata-kata yang melemahkan pemikiran. insyaAllah, kalau ada semangat spt Ust Zaharuddin, tak ada masalah. Cuma kena minat n usaha yg luar biasa.
Ustaz Zaharuddin? Dia cerita kisahnya pada ketika dia di medan ilmu dulu. Nak cerita panjang. Buka web site ni.www.zaharuddin.net - Saya, Kisah Benar & Motivasi Diri

Hmm.. cukup kot. Saya mencari motivasi spy dpt berusaha bersungguh-sungguh. Rugi kalau masa muda ni, kita byk kejar benda lain selain ilmu. (Tapi tak bermakna kerja persatuan msti diketepikan). Muda hanya sekali. Masa nilah otak kita paling aktif berfungsi, blh absorb mcm2 benda. Bila usia makin byk, t’jwb makin byk.

Bagi saya, org yg belajar sbb nakkan kehidupan mewah, takkan ke mana. Sbb yang paling berharga adalah amalan kita yg diterima Allah, dgn hati yang bersifat qanaah, jiwa yang tenang penuh pengabdian pada Allah SWT. Supaya apabila kita pejamkan mata semasa meninggalkan dunia kelak penuh ketenangan apabila tlh berusaha meletakkan diri sbg hamba abdi Allah swt.

Sheikh Abdul Qadir al-Jailani melaungkan kepada penduduk Baghdad, ‘Seeru ‘alal himamil ‘aliyah’ (bergeraklah kamu dengan cita-citamu yang tinggi). Bertepatan dgn kesungguhan itulah, Ibnul Jauzi berkata di Pinggiran Tigris,
LANGKAH PERTAMA ADALAH PENGORBANAN JIWA’
Ayuh, kemaskan langkah!! Pertarungan makin hebat di hadapan. Siapa undur, pasti lebur.
Gagah perkasa bukan pada fizikal, tapi pada semangat yang membara. Ibarat singa di siang hari, abid merintih di malam hari. Pada Allah jua diserahkan seluruh kehidupannya.

Kembara mencari Tuhan… sebuah perjalanan yang panjang dan penuh kesakitan..
Request from Allah apabila Dia menguji hambaNya, ‘SABAR, TENANG, REDHA’
Pasti akan diganjari dgn syurga yang tiada tolok bandingannya.


RAMADHAN MULA MENJELMA
Alhamdulillah, syukur kita masih lagi PESERTA utk MADRASAH RAMADHAN kali ini. Yang tidak lagi jd peserta (bkn tersingkir) adalah seperti Ustaz Asri Rabbani yang meninggal baru-baru ni, Ammar Zulkifli, Nabil Marwan dll. Satu hari nanti kita akan menjejaki langkah mereka jua. Rebutlah trofi taqwa semntara stok usia masih ada.

Shaaban berakhir melabuh tirai,
Hilal Ramadhan muncul tiba,
Ibadah diganda dosa dilerai,
Rebut tawaran terus berlumba.

Solat Tarawih Puasa Tilawah,
Tarbiyah Ilahi membangun jiwa,
Iman bertambah menyusuri qudwah,
Menuju Allah memburu taqwa.

Wallahualam. Sekadar perkongsian.

Wednesday, August 12, 2009

Pesanan Murni Buat Si Penuntut Ilmu Allah


Ketahuilah olehmu
wahai orang-orang yang suka menuntut ilmu,
sesungguhnya apabila tujuan engkau dalam menuntut ilmu
untuk bersenang - senang dan bermegah-megah
dan untuk mendahului atas kawan-kawan sesamamu
serta untuk mengarah muka manusia
supaya merasa segan kepadamu,
maka perjalanan engkau yang demikian
adalah....
untuk meruntuhkan agamamu dan

untuk membinasakan diri engkau

serta menjual akhiratmu dengan duniamu,
maka....
perniagaan dan perdagangan engkau
akan menemui kerugian.
begitu juga...
orang - orang yang mengajar engkau,
serta menolong engkau dalam berbuat maksiat,
tak ubah seperti....
penjual pedang kepada seorang perompak
di tengah jalan.
sebagaimana sabda Nabi :
"Barangsiapa yang menolong orang yang berbuat maksiat,
maka dia itu sekutu kepadanya
dan jikalau niat dan tujuan
engkau menuntut ilmu untuk memperoleh hidayat dari Allah s.w.t
bukan semata -mata mencari riwayat,
maka....
bergembiralah engkau,
kerana bahawasanya
para malaikat membentangkan sayapnya untuk engkau
dan ikan-ikan di lautan
meminta keampunan kepada Allah untuk engkau
apabila engkau berjalan dengan keredhaan Allah....

(Imam al-Ghazali)

Rindunya aku pada pesanan-pesanan yang menyuruhku bermujahadah mancari ilmu Allah.
Terkenang aku pada nasihat-nasihat yang menyuruhku mengejar keikhlasan menjadi penuntut Ilmu.
Hidupku hanya sekali
Mudaku hanya sekali
Peluangku hanya sekali
Sementara aku masih diberi peluang, inginku mencari-cari peluang keakraban denganMu
Jiwa ini semakin tandus
Apabila ia kosong, semakin mudah anasir lain mengisi
Tuhan,
Tempatkan aku di kalangan insan-insan yang dahagakan ilmuMu
Yang berazam utk menginfaqkan diri pada perjuangan ini
Aku kan mencariMu
Sepanjang hayatku
sehingga..
MerinduiMu dan RasulMu
berdetik setiap saat dalam hatiku
Perkenankanlah Ya Allah

Tuesday, August 11, 2009

Peringkat-peringkat Isteri


Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun sesuatu yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, diterima dengan penuh perasaan malu dan bersyukur. Sekiranya ada, adalah, sekiranya tiada, dia bersabar. Tidak sesekali meminta, apatah lagi yang tidak perlu. Jika diberi sekalipun dia menolak bahkan adakalanya sesuatu yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Inilah golongan isteri yang bersifat siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, umpama hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali sesuatu yang perlu sahaja. Sesuatu yang tidak perlu, tidak akan dimintanya bahkan sekiranya suami memberi yang sesuatu tidak perlu dia tolak dengan baik. Tetapi sekiranya sesuatu yang diperlukan pun tiada, dia tetap bersabar. Namun dia tidak akan sesekali mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Inilah golongan muqarrobin. Golongan ini juga sukar untuk dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya sesuatu yang perlu dan sekali-sekala meminta juga sesuatu yang tidak perlu seperti inginkan kehidupan yang agak selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal dan juga kenderaan. Namun sekiranya suami tidak memberi, dia tetap bersabar dan ianya tidak pula menjadi masalah. Inilah adalah golongan orang yang soleh.

Isteri Fasiqin
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja sesuatu yang perlu, bahkan sesuatu yang bukan keperluan pun dia tetap meminta-minta. Jika diberi sekalipun tidak pernah berasa puas, tidak pernah berasa cukup, sudah mendapat kemewahan pun masih tidak berasa cukup. Sekiranya tidak dipenuhi akan menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga.

Inilah dia golongan yang fasiq. Golongan isteri seperti ini selalu sahaja menderhaka kepada suami, apatah lagi dengan Allah SWT. Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuatkan suaminya selalu dalam keadaan serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diturutkan, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, shopping menjadi kelaziman.

Namun demikian tidak juga berasa puas dan berasa cukup. Pelbagai kehendak terpaksa dituruti. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang seperti air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelora. Lama-kelamaan bercerai menjadi jalan penyelesaian.

Sekalipun penceraian tidak menjadi demi menjaga air muka dan maruah keluarga ataupun hendak menjaga nama baik dan kedudukan ataupun tidak mahu melihat anak-anak menjadi porak peranda, yang demikian, apalah ertinya rumahtangga yang sebegitu rupa. Ke manakah hilangnya keindahan dan kenikmatan berumahtangga. Apalah bahagianya andai gelombang dan gelora krisis tidak pernah berhenti dan tenang.

Apalah yang akan terjadi kepada anak-anak melihat ibu bapa mereka yang sentiasa bertelagah seperti anjing dengan kucing. Semoga Allah SWT menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling cinta mencintai antara satu sama lain.

Sebagaimana dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Rasululllah SAW bersabda,
"Di sekitar Arsy terdapat menara-menara daripada cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Bahkan para nabi dan syuhada' iri terhadap mereka. Ketika ditanya oleh para sahabat, Rasulullah SAW menjawab, Mereka adalah orang-orang yang saling cinta mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah."

Saturday, August 8, 2009

Tribute Buat Keluarga Srikandi Ibtisam


USRAH TUNJANG TARBIYAH

Bismillahi Walhamdulillah

Sabda Rasulullah Sollallahualaihiwasallam;
” Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kasih sayang mereka, dan dalam persimpatian mereka adalah laksana badan yang satu"

Kami Srikandi Ibtisam dipertemukan di medan usrah. Yang mana salah satu medan yang menjadi tunjang kepada Tarbiyah Islamiah.


Usrah bermakna keluarga. Rapatnya hubungan antara angota usrah menyebabkan kadang-kadang ia lebih akrab dari hubungan saudara sekeluarga.

Saya dan pasangan saya, Aziah sama-sama mengemudi usrah ini yang dinamakan Ibtisam. Smiley menjadi trade mark kami.

Mari saya ta'ruf satu persatu.

Naqibah:

Wan Sufiah (Ayong)

Belajar d Uia Kuantan, Pahang dalam bidang Matematik

Bekas persijilan DQ

Aziah (Along)
mantan YDPAH dan bekas pelajar Diploma DQ

Sedang menunggu keberangkatan ke Jordan utk menyambung pengajiannya

Anak Usrah :

Aisyah Nabilah (Angah)

Menuntut di Pusat Asasi Nilai dalam bidang ekonomi

Jannah (Achik)

Menuntut di Jordan, dalam bidang agama

Jalilah (Andak)

Menuntut di Pusat Asasi PJ dalam bidang Sains Kesihatan

Ameenah (Uda)

Persediaan ke Mesir dalam bidang perubatan

Radziyah (Alang)

Di Pusat Asasi UIA PJ dalam bidang pergigian

Nazihah (Ateh)

Di Pusat Asasi UIA PJ dalam bidang Sains Biologi

Syifa' (Adik)

Sedang menuntut di Mesir dan bidang perubatan.

Kini, walaupun perpisahan terjadi, tak ada lagi bed time story mcm dulu-dulu, mereka ttp di ingatan saya. pernah saya katakan pada mereka, kita usrah sampai mati.

Biar apa jua yang berlaku, pertahankanlah ikatan ukhwah kita sampai bila-bila.



Ya Allah.. Ibtisamku buah hatiku.
Mesra kami penawar duka. Rindu kami membuah ceria..
Ya Allah silaturrahim kami,ukhwah kami.
Bermusuh kami na’uzubillah.
Berpisah mati,insyaAllah.
Pengubat hati doa rabitah.
Ya Allah, rahmati kami meniti usia.
Andai terpisah kami di alam nyata,
temukan semula d taman syurga.

Kembara ke Sekinchan

Sudah lama saya ingin menulis ttg arwah. namun, tak tertulis-tulis. Cukup sekadar saya membaca post sahabat-sahabat berkenaan arwah.
Teringat dulu sewaktu saya mendengar perkhabaran ttg kematian arwah:

Sedang saya menulis post yang sebelum ini (kini di hujung kembara),
Satu msg daripada seorang sahabat :


‘Askum. Nabil shbt yg sgt kita cintai kerana Allah SWI tlh selamat kembali ke rahmatullah. Minta sahabat hadiahkan al fatihah (7x) & al-Ikhlas (11x). Semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan auliya’ & solihin.’

Innalillahiwainnailaihiroji’un.Berderau darah saya bila baca msg ni. Dalam percaya atau tidak, saya membuat pengesahan dengan sahabat-sahabat yang lain. Dialah sahabat seperjuangan dari gen 7 yang kedua pergi selepas Ammar Zulkifli dalam tempoh yang terdekat(kurang dari sebulan). Baru rancang nak pergi melawat dia.

Terasa sangat apabila sahabat seperjuangan terdekat pergi meninggalkan kita. Persoalan yang timbul, ‘ Bilakah giliran kita?’ satu persoalan yang menjadi renungan bersama. Soal umur yang muda tidak menjadi jaminan utk kita hidup lebih lama. Bukan soal dunia yang kita tinggalkan, tapi soal bekalan kita bagaimana tatkala mengadap Allah kelak.

Muhammad Nabil bin Marwan, terkenal dengan sebagai ahli IqNIQ. Seorang penasyid yang pernah mendapat anugerah pelajar Mithali semasa di darul Quran. Juga sebagai ketua lajnah Tarbiyah.
Beliau meninggal dunia kerana sakit. Pada mulanya sakit anemia. selang beberapa lama beliau dikhabarkan mula sembuh dan beransur baik. Namun, tak berapa lama, beliau dikhabarkan pula bengkak hati dan organ dalaman rosak. Doctor mengatakan harapan beliau agak tipis.

Tidak disangka dia pergi meninggalkan kami dahulu di medan perjuangan ini.
Dalam tempoh sebulan, beliau menuruti jejak arwah Ammar Zuklkifli, juga mantan IQRAC.
Allah lebih mengasihi mereka.
Ya Allah, letakkanlah keduanya dalam kalangan hambaMu yang soleh dan beriman. Ameen.

Pastinya apabila sahabat tiada lagi di depan mata, kita pasti terkenang memori bersama. Saya juga salah seorang yg tidak pernah berckp dgn beliau, namun ada memori yg terpateri di ingatan. Di DQ dan UIA, kami menjadi peserta utk pertandingan ping pong. Beliau yang rapat dgn ustaz Muktasyaf, apabila diberitakan hal kematiannya kpd Ustaz, Ustaz mengeluh. kerana pd ketika arwah sakit, tiada siapa yg memberitahu Ustaz.

Artikel ini saya copy daripada sahabat karib saya, Siti Munirah (pengarang terkenal abad ini). selamat membacanya.

Kembara Ke Sekinchan
Bismillahirrahmanirrahim...

Hari yang saya nanti-nantikan akhirnya tiba. Sejak dimaklumkan oleh beberapa orang sahabat bahawa akan diadakan satu ziarah ke rumah arwah Nabil, saya teruja. Saat itu sentiasa saya nanti-nantikan.

Akhirnya, hujung minggu lepas bersamaan 31 Julai, saya dan beberapa orang sahabat berlepas ke Kuala Lumpur menaiki bas.

Pagi Ahad kami bersiap-siap untuk bertolak ke Sekinchan. Sepatutnya, semalam lagi kami bertolak. Namun pemandu tidak bersedia untuk memandu pada waktu malam. Tambahan pula kereta yang disewa tidak begitu baik kondisinya. Bimbang terjadi perkara yang tidak diingini di tengah jalan nanti.

Entah macam mana, kereta yang disewa tidak mahu hidup. Seperti apa yang kami bimbangkan sebelum ini. Mujur tidak bergerak semalam. Berhempas pulas Sufi, sahabat saya menghidupkannya. Namun tidak berjaya. Hati saya mula tidak sedap. Sahabat-sahabat kembara lain sedah bertolak ke Shah Alam dan bermalam di sana sejak semalam lagi. Cuma, kami berlima yakni saya, Sufi, Syuhada, Ain dan Andak masih di UIA Gombak. Bimbang sekali kami tidak sempat menjejakkan kaki ke bumi Sekinchan. Sedang itu tujuan utama kembara saya kali ini.

"Pergi beli makanan dulu," pinta Sufi. Saya akur.

"Kita terpaksa batalkan rancangan ke Sekinchan. Kereta tak mahu hidup," kata Sufi sebaik sahaja saya kembali dari membeli makanan. Saya dapat membaca wajah separuh serius Sufi. Saya tahu dia bergurau.

"Jangan main-main!" Walaupun saya tahu Sufi bergurau saya tidak nafikan saya bimbang Sufi benar-benar maksudkan apa yang diucapkannya.

"Betul kak Muni. Kereta ni tak boleh hidup. Kita memang tak dapat pergi," sokong Ain. Saya kian cuak walaupun saya dapat merasakan mereka berdua berpakat untuk mengenakan saya dan Syuhada.

"Cuba fikir, kita nak pergi dengan apa?" tambah Sufi. Saya cuba menyembunyikan kekecewaan dengan makan.

"Lepas makan, kita siap-siap ke terminal untuk balik ke kuantan,"

Tidak lama kemudian dua buah kereta memasuki perkarangan Mahallah Maryam. Tahulah saya, Sufi bergurau. Saya menghela nafas lega.

Alhamdulillah, dengan bantuan beberapa sahabat dari UIA Gombak, kami berjaya memperoleh sebuah kereta sewa lain. Terima kasih buat Mahirah, Afiqah, Saiful, Lukman, Munzir, Faiz dan tiga orang lagi yang saya tak ingat namanya.

Sufi berjaya buat saya tidak keruan. Lakonannya menjadi walaupun tidak sepenuhnya berjaya.

Perjalanan ke sana memakan masa lebih tiga jam. Hati saya berdebar-debar. Keinginan untuk bersua muka dengan kedua-dua orang tua arwah kian menebal. Saya tidak mampu melelapkan mata sepanjang perjalanan walaupun keletihan masih tersisa pada tubuh.

Lebih tujuh buah kereta tersusun elok di perkarangan rumah Pak Cik Marwan waktu saya tiba. Sahabat-sahabat lain sudah mula menunggu di ruang tamu. Muslimat duduk di bahagian dalam manakala muslimin berada di ruang hadapan. Kehadiran kami disambut oleh ibu arwah. Masyaallah, muka arwah saling tak tumpah wajah ibunya. Sebelum ini saya hanya mendengar tentang hal itu dari mulut orang saja. Lama saya tenung wajah ibu arwah. Saya tercari tampang tubuh Pak Cik Marwan tapi tidak kelihatan.

Sejak terbaca artikel yang dipos oleh Saudari Syahirah dalam blognya, jalananapermusafiran.blogspot.com, ingin sekali saya bertemu dan mengenali kedua-dua orang tua arwah dengan lebih dekat. Kini hasrat itu tercapai.

Rupa-rupanya, kumpulan saya adalah kumpulan terakhir yang sampai. Sahabat-sahabat lain telah sedia menanti. Tanpa membuang masa lagi bacaan Ratib Hadad dimulakan.
Kami dijamu dengan nasi putih dan pelbagai jenis lauk pauk. Terima kasih buat keluarga Pak Cik Marwan kerana sudi menerima kehadiran kami.

Kemudian kami bergerak ke Tanah Perkuburan Islam Batu 23, Sekinchan, kawasan perkuburan di mana arwah dikebumikan. Hati saya benar-benar sayu. Melihat batu-batu nisan yang berceracak saya tiba-tiba gerun. Suatu hari saya pasti menjadi penghuninya. Mati itu pasti. Cuma, sebagai insan biasa saya tidak terlepas daripada melupakan rumah kecil itu. Lupa bahawa sana akan menghuninya kelak. Benarlah, mengingati mati itu membunuh kelazatan hidup di dunia.

Suasana tanah perkuburan tenang. Namun, bagaimana keadaan penghuni di dalamnya tiada siapa tahu. Sesetengah daripada mereka mungkin sedang berperang dengan kesakitan yang tidak terungkap. Manakala mungkin sebahagian lagi sedang berbahagia atas kepatuhan mereka pada perintah Yang Esa.

Sahabat-sahabat muslimat yang kami nanti-nantikan tidak juga kunjung tiba. Jadi hanya kami berlima yang menziarahi kubur arwah sebelum sahabat-sahabat muslimin mengambil alih. Tentu mereka punya lebih banyak kenangan dengan arwah dan sudah tentu mereka jauh lebih merasakan kehilangan arwah. Selepas menyedekahkan al-fatihah buat arwah kami kembali ke rumah Pak Cik Marwan kerana kereta salah seorang ahli kembara tiba-tiba bermasalah.

Sambil menunggu kereta sahabat saya ini dibaiki, saya menunggu di ruang dalam rumah, tempat kami menjamu selera tadi. Perilaku adik bongsu arwah, Najmuddin menarik minat saya. Kanak-kanak berusia lapan tahun yang dipanggil udin oleh keluarganya itu sedang berbaring di bawah katil sambil menyanyi-nyanyi. Wajahnya ditutup apabila kami mengintainya. malu agaknya. Merdu suaranya saya tidak nafikan.

“Nabil, waktu kecil-kecil dulu suka menyanyi, macam Udin ni,” maklum Mak Cik Norida. Saya mengambil tempat duduk Mak Cik Norida sebaik sahaja wanita itu bangun bagi mendapatkan air untuk sahabat saya, Sufi yang kehausan. Dari kedudukan itu, suara Udin jelas di pendengaran saya. Dan di belakang saya Pak Cik Marwan sedang duduk bersandar di atas sebuah kerusi. Barulah saya dapat melihat wajah ayah arwah dengan jelas.

Saat itu,air mata saya berladung perlahan-lahan gugur tanpa dapat ditahan lagi. Entah mengapa. Itu kali pertama saya menangis sejak arwah pergi. Malam saya mendapat khabar arwah menghembuskan nafas terakhir, saya sekadar sebak. Ketika itu, saya sedang menghadapi konflik lain yang mencuri sebahagian besar perhatian saya.

Saya perasan Pak Cik Marwan melihat pada saya. Cepat-cepat saya kesat air mata dan berpura-pura senyum. Namun air mata ini kian menjadi-jadi. Saya bangun dan beredar sehingga suara Udin tidak lagi kedengaran. Suara itu yang membuatkan saya sebak.

Sepanjang arwah sakit, saya langsung tidak berkesempatan untuk melawatnya. Malah, saya berkeyakinan bahawa arwah akan sembuh. Hanya kiriman doa dan solat hajat yang mampu saya hulurkan. Ternyata, Allah jauh lebih menyayanginya.

“Usu nangis ke?” tegur andak. Saya letakkan jari di bibir sebagai isyarat menyuruh andak diam. Bimbang makin ditegur makin menjadi-jadi pula tangisan saya. Andak mengangguk-angguk tanda faham. Berkali-kali saya beristighfar.

Sebelum berangkat pulang, diadakan perjumpaan antara muslimin dan muslimat. Sufi masih di dapur.

Rupa-rupanya, Sufi bukan sekadar dapat minum air malah dapat ber’sharing moment’ dengan Mak Cik Norida. Menyesal betul saya tidak temankan Sufi tadi. Memang saat itu saya tunggu-tunggu sejak menjejakkan kaki ke rumah arwah. Apa yang dikongsi oleh Mak Cik Norida tidak ubah seperti apa yang saya baca di blog jalananpermusafiran.blogspot.com. Walaupun begitu saya ingin sekali dengar tentangnya daripada mulut Mak Cik Norida sendiri.

Apa yang paling saya kagum tentang arwah ialah arwah mampu menenangkan emaknya yang runsing. Walaupun arwah sendiri tenat. Berbeza benar dengan saya. Sakit sikit pun saya sudah telefon ibu dan mengadu.

“apa-apa jadi kat Nabil nanti, mak redha ye mak,” Antara dialog yang Sufi cerita semula dalam kereta dalam perjalanan balik tempoh hari.

"Nabil ni, tak suka menyusahkan orang," tambah Sufi.

"Adiknya, Udin langsung tak boleh dengar orang sebut fasal Nabil. Dia akan sedih dan nangis,"

Arwah seolah-olah sudah bersedia untuk kembali bertemu Yang Esa. Seolah-olah arwah telah bersedia untuk berhadapan dengan malaikat maut. Saya bagaimana? Sedang saya tahu mati itu datangnya tiba-tiba. Tapi jika ditanya sama ada saya bersedia atau tidak tentu saja jawapannya tidak. Saya terfikir-fikir bila agaknya saya akan bersedia? Sedang dalam Al-Quran Allah menyatakan bahawa kebanyakan manusia tidak sangka yang dia akan mati di saat malaikat maut mencabut nyawanya. Lalu merayu-rayulah mereka kepada Allah untuk kembali ke dunia dan beramal. Namun, sudah tentu perkara itu tidak akan terjadi. Setiap anak Adam yang meninggal dunia tidak akan lagi hidup semula.

Saya meninggalkan perkarangan rumah arwah dengan pandangan sayu. Mungkin itu kali pertama dan terakhir saya menjejakkan kaki ke situ.

Sepanjang perjalanan pulang air mata saya menitis. Sukar sekali untuk saya jelaskan kenapa. Saya banyak diam. Untuk mengelakkan sahabat-sahabat mengesan perubahan saya, saya pura-pura tidur.

Seperti yang pernah saya nyatakan dalam entri sebelum ini, saya tidak pun berbicara dengan arwah Nabil. Tidak pernah sekelas dengannya. Sejak di Darul Quran sehinggalah di Matrik. Hanya sekali-sekali bertembung di jalan. Namun, saya rasa dekat sekali dengan arwah. Mungkin kami dihubungkan oleh tali aqidah dan dasar perjuangan yang sama. Wallahu ‘alam.

Apapun, kembara saya ke Sekinchan bukan kembara yang sia-sia. Pemergian arwah pada malam Jumaat membuatkan saya optimis bahawa hidup arwah berakhir dengan husnul khatimah. Saya dapat melihat sendiri peribadi kedua-dua orang tua arwah yang mana saya percaya merupakan antara penyumbang terbesar kepada keelokan peribadi arwah sendiri sehingga dijemput oleh Allah sedemikian rupa. Antara amalan arwah yang saya tahu, mulutnya tidak pernah lekang dari zikir dan selawat. Kerana keyakinan saya ini saya gagahi untuk turut serta dalam kembara kali ini. Pemergian arwah memotivasikan saya untuk turut sama mengejar khatimah yang mulia. Saya percaya kita juga ingin khatimah yang indah. Sama-sama kita berusaha dan berdoa kerana kita diberikan ruang ikhtiar oleh Allah taala untuk merencana khatimah hidup kita.

Semoga arwah bahagia di sana. Al-Fatihah....
*************************************************************************************

Seringkali apabila sahabat pergi, barulah kita menyedari bahawa indahnya kenangan kita dgn dia. Sama seperti arwah Kak Hajar, apabila arwah pergi, sahabat-sahabat mula memberi respon dalam blog masing-masing. Mengenangkan memori lalu, suka, duka, pahit dan manis. Mengenangkan kebaikan arwah pada kita.
Soalnya, selepas dia menutup mata buat selamanya, tahukah dia yang kita sayangkan dia selama persahabatan ini terjalin?
oleh itu,hargailah sahabat-sahabat yang berada di samping kita. beritahu yang kita sayangkannya kerana Allah. supaya andai dia diminta kembali oleh Allah, dia membawa bersama jalinan ukhwah bersama cinta kita kepadanya..

Kepada semua sahabat, saya menyayangi kalian kerana Allah. Tak tergambar ukhwah yang terjalin antara kita, pasti perit apabila terpaksa melalui perpisahan sementara mahupun yang kekal abadi. Moga destinasi abadi yakni Syurga nan indah menjadi medan pertemuan kita semula.

UHIBBUKUNNA FILLAH :)
Maafkan segala kesalahan diriku ini..

Friday, August 7, 2009

Rintihan dalam Munajat



Senja usia melamar diri
Biarpun masih muda
Namun bukan jaminan
Untuk tidak kembali padaNya

Lautan yang tenang bisa ombak mengganas
Inikan pula manusia kerdil
Yang begitu rakus meratah dunia
Ada apa dgn dunia?
Sehingga kita terpana
Dengan sedikitnya nikmat Tuhan
Kelalaian menerjah
Tatkala gagah menguasai diri
Sukar sekali melawan nafsu



Apa nasibku Tuhan,
Tika aku dipanggilMu pulang
Membawa bekalan apa
Setelah Engkau memberiku kehidupan
Gembirakah aku dijemputMu
Atau kehidupanku menjadi ngeri di sana

Erat genggaman azam
Untuk memperbaiki diri
Namun khuatir
Apakah nasib di penghujung
Sedang Hidayah milik Tuhan

Bisikkan pada hati
Milik Tuhan kini selamanya
Jangan sombong sujud menyembah
Pohon doa husnul khatimah

Kembara_Sufi
6.00 pagi
6 Ogos 2009


Wednesday, August 5, 2009

Sungguh, saya tersentuh dgn kata-kata ini

Saya terbaca blog Ustaz Hasrizal, terkesan juga dgn jawapannya pada soalan ini.

“Assalamualaikum ustaz.

Saya sudah membaca buku ustaz, Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga. Terima kasih atas buah tangan ustaz yang banyak membantu saya menempuh kehidupan. Teruskan menulis.

Saya ada satu masalah peribadi yang sangat rumit, dan saya memerlukan pandangan daripada ustaz.

Saya sudah bertunang semenjak setahun yang lalu. Tunang saya adalah seorang lelaki yang baik. Tetapi kami tidak pernah berjumpa dalam erti kata keluar makan atau bersiar bersama-sama. Hanya sesekali berhubung dengan telefon dan sms. Saya di Kuala Lumpur dan beliau bekerja jauh di seberang.

Masalah peribadi yang saya maksudkan ialah, saya jatuh hati dengan seorang jejaka di tempat kerja saya, dan beliau pula ada suami orang. Kami sering bertemu di tempat kerja, dan urusan kerja seharian rupa-rupanya tanpa sedar membibitkan percintaan di antara kami. Saya tahu yang beliau suami orang dan beliau juga tahu yang saya sudah bertunang. Tetapi kami tidak dapat membohongi diri masing-masing tentang perasaan ini.

Saya khuatir perbuatan saya ini menzalimi tunang saya dan isteri jejaka tersebut.

Saya sudah puas bersolat hajat meminta petunjuk dari Allah, membaca al-Quran dan berdoa, tetapi saya masih belum mempunyai kekuatan untuk menolak cinta ini.

Saya memerlukan satu nasihat yang tegas dan kuat dari ustaz. Mudah-mudahan dengan nasihat itu saya bertemu dengan kekuatan yang tidak saya temui selama ini.

Terima kasih atas kesudian membaca email saya. Harap ada balasan daripada pihak ustaz. Saya setia menanti.

Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Gadis KL”

JAWAPAN

Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakaatuh.

Terima kasih atas kiriman email saudari. Terima kasih juga kerana membeli dan membaca buku saya.

Sesungguhnya segala yang perlu diperkatakan, telah saya perkatakan di dalam kedua-dua buku yang saudari baca. Justeru jika saudari masih memerlukan satu nasihat lain yang lebih tegas dan kuat dari saya, hanya yang satu ini sahaja yang belum saya nukilkan.


Ambillah lilin, nyalakan ia dan letakkan satu daripada sepuluh jari saudari di api lilin itu. Hitunglah berapa saat saudari mampu bertahan akan kepanasan api lilin yang membakar dan menghanguskan satu daripada sembilan jari saudari.

Jika saudari melepasi proses pertama ini, letakkanlah pula jari kedua hingga ke jari yang ke sepuluh.

Rasalah sendiri panasnya api.

Sesungguhnya kepanasan api lilin itu, hanyalah secebis daripada kepanasan api Neraka dan Murka Allah yang menanti manusia yang menzalimi manusia yang lain.

Dalam lambakan kata-kata yang banyak dan pelbagai itu, mungkin kepanasan api Nerakalah yang sudah dilupakan manusia.


“Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di Akhirat kelak), mudah-mudahan mereka itu kembali (bertaubat)” [Al-Sajdah 32: 21]

Rabbanaa Aatinaa fi al-Dunyaa Hasanah, wa fi al-Aakhiraati Hasanah, wa Qinaa ‘Adzaaba al-Naar!

Ameen.


Sumber:
Saifulislam.com

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails