Bismillahirrahmanirrahim
Hari pertama di UIA, kembali sbg pelajar setelah 5 bulan bercuti. Percutian yang sgt bermakna, kerana waktu inilah saya dilantik oleh Allah utk menjadi seorang ibu.. Terima kasih Ya Allah.. :)
Waktu saya menulis ini, saya sgt merindui Marwan.. Usia Marwan dah pun 2 bulan lebih.. lagi seminggu nak cukup 3 bulan.. Tabiat anak saya sorang ni saya makin faham..
Bangun pagi, x menentu. Kdg2 awal, kdg2 lewat. Tapi Marwan seorang yg ceria. Kalau dia bangun dalam keadaan x mengantuk, dan tak lapar, dia akan mula ajak bersembang dan gelak. Mmg mencuit hati. Banyak betul dia cerita pagi-pagi, sampai sy pun x larat nak layan..
Tapi pagi ni, sekejap saja saya dapat bersembang dgn Marwan. Bersiap-siap utk ke kelas, prepare makanan dan pakaian utk sy dan suami. Berat hati nak melepaskan Marwan. Saya doakan Marwan akan dijaga oleh pengasuh lebih baik dari jagaan kami berdua.
Penat tak jadi ibu?
So far, tak ada masalah lagi. Jadi ibu dan isteri mmg ada tanggungjwb, tapi t’jwb yang dilaksanakan dgn penuh cinta dan kasih akan melenyapkan penat dan lelah.
Senyuman dan gelak tawa Marwan, menghiburkan hati. Inilah anugerah yang Allah beri. Kdg2 bila penat dgn kerja dan tugasan yg banyak, pelukan dan tawa riang marwan membuatkan hati terasa betul2 tenang dan gembira.
Marwan x banyak meragam. Dia suka tgk benda bergerak. TV pun dia boleh focus, tgk warna-warni. Dan suka naik benda2 yang bergerak, cth naik kereta dan stroller.
Bila naik kereta, Marwan akan tgk pemandangan, kereta yang bergerak sampailah dia tertidur. Kalau naik stroller pun senyap je dia sambil tgk sekeliling. Alhamdulillah Marwan mudah dibawa ke mana-mana.
Cuma Marwan susah tidur kalau bergerak dari tempat ke tempat. Cth masa pergi beraya, setiap rumah yg kami kunjungi Marwan akan terjaga dan menangis sbb tidurnya terganggu.
Marwan yang montel?
Marwan mmg semangat! Hehe. Baru 2 bulan tp x nampak mcm 2 bulan. Mcm 3-4 bulan. Kecik atau besar, saya doakan Marwan sentiasa sihat dgn susu ibu anugerah Allah ni J
Kalau bab tidurkan Marwan, saya serah pada Abinya. Abi akan dodoikan Marwan, enjut2 tangan. Hehe. Anak abi katakan :)
Bila tgk anak org lain dah blh berjalan, saya x sabar nak tgk Marwan membesar. Nak Marwan jadi generasi Quran, mantap akidah dan Iman, kerana Marwan adalah asset akhirat saya dan suami.
Cukup alkisah Marwan, kini saya adalah sebagai seorang isteri, ibu dan pelajar. Mmg mendebarkan, entah bagaimana saya akan lalui semua ni. Mampu atau tidak, saya bergantung pada Allah SWT dan saya begitu yakin yang Allah tidak akan memberatkan hambaNya dgn perkara yang tidak mampu digalasnya.
Sewaktu saya mahu bertunang, Abah ada menanyakan, mampukah saya berkahwin semasa belajar? Saya jwb saya tidak tahu sbb itu adalah perkara masa depan. Jadi, saya berdoa pada Allah seandainya saya mampu harungi semua ni, permudahkan urusan pernikahanku ini. Dan Alhamdulillah Allah mmg permudahkan segalanya.
Saya mulakan langkah baru ini dengan keyakinan pada diri sendiri yang saya mampu lakukan yg terbaik. Saya membayangkan yg saya mahu Marwan belajar bersungguh-sungguh, maka saya harus mulakan diri saya sbg qudwah pada Marwan. Allah beri nikmat dapat merasai perasaan sbg ibu, maka sy harus gunakannya sbb saya juga masih ada ibu bapa yg mengharapkan kejayaan anaknya.
Tak lupa pada peneman hidup, suami tercinta yang saaaaangat banyak mendorong dan menyokong saya. Selama saya hidup dgn suami, suami sentiasa memberi tunjuk ajar. Bahkan belajar masak gulai pun suami yg ajarkan. Hehe.
Kerja-kerja rumah kami lakukan bersama. Marwan juga kami jaga bersama. Suami saya tidak kekok utk menukar lampin, tukar baju, tidurkan Marwan. Sungguh saya sangat menghargai insan seperti Abang yang tidak pernah membiarkan saya sendirian. Semoga Allah memberkati kehidupan Mujahid Dakwah saya ini. Semakin banyak t’jwb yang kami lakuka bersama, smg bertambah cinta saya pada suami. Mg Allah berkati percintaaan ini . amin
Kehidupan berumah tangga sms belajar blh mendatangkan manfaat ataupun mudarat. Kalau masih dalam keadaan mahu bermain-main dgn t’jwb, berkahwin hanya sekadar cinta, maka kehidupan blh jd umbang ambing.
Hidup berumah tangga banyak mendorong saya utk ubah diri. Seandainya saya tidak berstrategi dalam mengatur kehidupan, tidak ada misi utk dicapai, disiplin tidak menentu, dalaman tidak kuat, mmg saya menempah tiket kegagalan.
Saya perlu belajar utk senditif dgn masa. Kena atur masa utk suami, utk anak, utk kerja rumah, utk pelajaran, utk social dgn kwn2, utk keluarga, utk gerak kerja dakwah dan utk diri sendiri. Mmg terasa x mampu utk laksanakan semua ni, namun saya bergantung pada Allah dan sentiasa memohon agar Allah sentiasa memberi petunjuk dan permudahkan jalan saya ini.
Niat utk menuntut ilmu, nak luaskan empayar dakwah, nak bina generasi Quran… smg Allah sampaikan sgl hajat dan cita2 yang mulia.. Amin ya rabb
No comments:
Post a Comment