Followers

Monday, January 18, 2010

Adakah aku srikandi itu?



Duhai Srikandi yang mengaku berjuang


Alhamdulillah, telah bertambah sehari lagi kehidupanmu. Detik ini, masih terasa denyut nadi beserta hembusan nafas yang memintamu utk terus bertanggungjawab ke atas nikmat Allah yang tidak terhitung ini. Nyawamu masih ada. Bermakna peluangmu masih ada utk terus bertaubat sebelum saat pengakhiran kehidupan di dunia ini tiba.


Duhai diri yang sentiasa mudah lalai dan alpa…


Lihatlah dunia ini. Manusia semakin melupakan siapa Tuhannya. Lantas, adakah wajar engkau masih bersantai-santai dan rehat dengan urusanmu yang hanya membawa kepentingan pada dirimu sendiri? Wajarkah engkau masih lagi mementingkan kerehatan, kemewahan tanpa ada pengorbanan?


Bukan mudah untuk menjadi seorang DAIE yang berkualiti. Pentasnya penuh duri. Beraksi perlu dgn hati-hati.


Wahai Srikandi,


Bangunlah dari lenamu yang panjang. Umat menunggumu. Kerja dakwah begitu banyak sekali untuk kau lakukan. Sedarlah dari mimpi dan anganmu yang indah-indah.


Ketahuilah,

Tugasan dakwah ini sangat berat. Sukar untuk kau lakukan seandainya ruhiyahmu tidak seutuh mana. Laluan denai dakwah memerlukan daienya berhati bersih dan waja. Lihatlah pada hatimu duhai srikandi. Kotoran dan karat masih membelenggu. Debu-debu dosa melingkari segenap ruang kehidupanmu. Ayuh, bersihkanlah. Kau perlukan penawar, melembutkan hati yang keras membatu. Serahkan dirimu pada Tuhan dengan sebenar-benar penyerahan abadi.


Srikandi pemacu Ummah,


Alangkah indahnya kalau hidup ini bertemankan cinta Allah dan Rasul. Cinta pada dakwah. Cinta pada Islam. Adakah cinta ini ketika ini telah menjadi milikmu? Atau perkara lain yang menjadi kecintaanmu selain Allah dan Rasul? Sungguh, engkau rugi. Mencintai Allah adalah nikmat yang tidak ternilai harganya.


BEKERJA KERASLAH SETIAP HARI. USAH REHAT LAGI! PANGGILAN JIHAD TELAH LAMA DILAUNGKAN. SAMBUTLAH DENGAN PENUH SEMANGAT. INGAT! ISLAM TIDAK MEMERLUKAN DAIE YANG LEMAH DAN MALAS, TETAPI DAIE YANG BERHATI WAJA, BERJIWA KENTAL? ADAKAH AKU SRIKANDI ITU?

Wednesday, January 13, 2010

BILA LAGI MAHU BERUBAH??



Satu tajuk yang menarik.
Ini adalah tajuk forum yang saya hadiri baru-baru ini di Mini Auditorium UIAM Gombak. Panelnya bukanlah pensyarah, tapi di kalangan mahasiswa sendiri. Terdiri drpd dua panel, Akh Fakhrulzaki dan Akh Mohd Abdullah, dan Akh Eihkwan M. Ali sebagai moderator. 
Dan dalam forum yang berwibawa ini saya tertarik dgn satu persoalan yang dilontarkan oleh moderator kepada Akh Abdullah, APAKAH PERMULAAN UTK BERUBAH?
Panel memberi jawapan yang ringkas ttp padat iaitu:

ISTIGHFAR DAN TAUBAT.
Teringat sewaktu di Kampus Kuantan, Prof Torla memberi definisi maaf, istighfar dan taubat.
ISTIGHFAR : tutup kesalahan
TAUBAT : masuk balik ke dalam landasan yang Allah sediakan. (kembali kepada Allah)
Benar, permulaan kpd perubahan adalah kawalan HATI. Benarlah seperti yang dikhabarkan oleh Hadith Rasulullah SAW, hati adalah raja. Baik hati, maka baiklah anggotanya. Buruk hati, buruklah anggotanya.
Dan tidak lain untuk mendidik hati memerlukan mujahadah yang cukup. Apabila hati telah mula lentur, maka kerja keras masih diperlukan utk mengekalkan momentum. Pendek kata, kerja keras setiap masa utk menjaga hati . Hati-hati menjaga hati.

JOM HIJRAH!!
Macam mana nak tau kita ni hijrah ke belum?
Cek pada diri, ada peningkatan tak?
Kalau dulu baca Quran semuka 7 hari, sekarang dah mula satu muka sehari.
Kalau dulu waktu solat buat tak endah, sekarang solat lewat pun gundah.
Kalau dulu buku tengok sebelah mata, sekarang buku selalu depan mata.
Kalau dulu diri sendiri didahulukan, sekarang kawan yang didahulukan. (rakyat didahulukan)
Kalau dulu Ma’thurat sekali sehari, sekarang ma’thurat dua kali sehari.
Cuba kita letakkan penanda aras/ indikator yang senang kita lihat, samaada kita ini telah berubah atau tidak. Permulaan sebelum perkara baik menjadi sebati dgn kita mmg agak sukar utk kita lalui. Tapi insyaAllah, kita usaha sungguh-sungguh utk membuang tabiat yang lama dan membina tabiat yang baru.
MESTI KUAT SEMANGAT!! :)



Usah pandai bermain kata…..

Bismillahi Wal Hamdulillah

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Salam mahabbah dan salam perjuangan buat sahabat sahabat sekalian. Moga ceria diiringi iman dan taqwa. :)

Sedikit peringatan utk kita dan khususnya utk diriku sendiri.

TAUBAT SEBAGAI SAMPINGAN??

Lafaz TAUBAT yang hanya dituturkan pada lidah, namun dosa masih dikekalkan, maka bagi Saidina Ali perbuatan tersebut hanyalah suatu pendustaan kepada Allah SWT. Urusan taubat itu bukanlahlah suatu tugas sampingan dalam kehidupan yang dilakukan secara sambil lewa dan tergopoh-gapah, bahkan ianya perlu menjadi suatu agenda program dalam kehidupan seharian. Walaupun lidah menyebut perkataan taubat, namun tidak semestinya ianya menjadi satu permohonan yang diterima Allah SWT.

6 PENGERTIAN TAUBAT

Kata Saidina Ali, bahawa yang dikatakan taubat itu ada 6 pengertian:
1 – Sekiranya kamu telah melakukan dosa yang lalu, maka taubatnya hendaklah kamu menyesali segala kesalahan dan dosamu itu.
2 – Jika kamu melakukan kesalahan dan dosa kepada Allah SWT kerana meninggalkan perintah yang wajib, maka hendaklah kamu mengerjakan semula kewajipan yang telah kamu tinggalkan itu.
3 – Sekiranya kamu melakukan kezaliman kpd org lain, maka taubatnya ialah bahawa wajib bagi kamu memulangkan semula apa-apa juga yg berlaku kpd org itu, sehingga tiada lagi perkara yg bersangkutan dgn org yang kamu zalimi itu dan dia memaafkan segala penganiyaan yang kamu lakukan terhadapnya.
4 – Maka sekiranya kamu melakukan maksiat sehingga diri dan jiwamu sebati dgn maksiat itu, maka demikian jugalah kamu wajib melakukan taat kepada Allah sehingga jiwamu sebati dengan ketaatan itu.
5 – Sebagaimana lazat dan manisnya maksiat yang kamu lakukan, maka demikianlah pula kamu lakukan ketaatan sekalipun pahit.
6 – Sekiranya kamu melakukan maksiat kepada Allah dalam keadaan gembira dgn gelak ketawa, maka sampailah giliran kamu menangis menyesali dosa yang kamu lakukan itu berserta mengerjakan segala ketaatan kpd Allah SWT.

PAHIT ITU UBAT

Hati yang sakit perlukan ubat sebagai rawatan. Bukan mudah untuk menelan kepahitan. Tapi, itulah yang harus kita tanggung sekiranya kita begitu menginginkan hati yang sihat dan bersih utk melayari kehidupan ini.
Kata Hukama’ , ‘Bahawa jalan menuju ke neraka itu dikelilingi dengan kemanisan dan kelazatan, kerana semuanya adalah sesuai dgn runtunan nafsu. Sebaliknya, jalan ke syurga itu dikelilingi dengan onak dan duri kepahitan, kerana sifat ketaatan itu amat sulit utk dicapai, dia terpaksa menempuh segala perit getir’.
Sekiranya hati kita telah terbiasa melakukan maksiat, maka kita perlu mencari jalan bagaimana utk membiasakan diri dengan ketaatan. Tukarkan daripada lazatnya melakukan maksiat kepada lazatnya melakukan ibadah kepada Allah SWT.
Pendek kata, lafaz taubat sahaja tidak cukup. Bahkan perlu kepada segenap penghayatan dan cuba utk menunaikan tuntutan taubat. Kadang2 kita sudah merasa cukup dgn lafaz Istighfar, namun jauh meninggalkan hak-hak manusia yang telah kita zalimi.

Ya Allah, pandulah jiwa-jiwa kami ini menuju jalan yang lurus. Usah Kau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri. Amin Ya Rabb

Hati keras manakan bergetar
Tertipu taubat hanya di lidah
Dosa melaut tiada sedar
Tiba maut menjemput sudah

Wallahualam

Thursday, January 7, 2010

Malu ketika hendak mati

Bismillahi wal hamdulillah.
Salam juang buat sahabat-sahabat sekalian. Mari kita isi hati dan minda dgn sedikit peringatan, yang pastinya ditujukan khususnya buat ana sendiri.

LEBURKAN KELAZATAN

Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu membanyakkan ingat akan perkara yang boleh meleburkan kelazatan hidup. Bertanya Abu hurairah: “Apakah yang boleh meleburkan kelazatan hidup itu? Jawab Rasulullah, “Zikrul Maut” iaitu mengingati mati.

Satu fakta yang baru saya baca dari buku ‘Insan, Ingatlah!’ karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa malaikat maut menjenguk setiap manusia itu sebanyak 360 kali sehari, sehingga malaikat maut sangat arif dan sangat mengenali wajah setiap insan. Kalau 360 kali sehari, bermakna hampir 3 minit malaikat maut menjenguk wajah setiap penghuni dunia ini.

Amru bin Al-‘Ash pula bercerita kepada anaknya ketika saat kematiannya. Beliau memberitahu bahawa malaikat yang mencabut nyawa itu tapak kakinya berada di bumi tetapi kepala berada di langit, ketinggiannya tidak dapat diukur lagi. Setinggi mana langit, setingggi itulah malaikat maut itu. Subhanallah.



TANDA HUSNUL KHATIMAH

Pasti kita sudah biasa mendengar tanda-tanda kematian Husnul Khatimah.



Berkata Salman al- Parisi, bahawa aku mendengar Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Perhatikanlah tiga perkara kpd org yg sudah hampir mati terdapat 3 perkara :

1) Berpeluh pada pelipis pipinya

2) Air mata berlinang

3) Lubang hidung kembang kempis

Itu adalah tanda bahwa rahmat Allah sdg turun dan dirasai oleh org yg hampir mati itu.

MENGAPA tanda-tanda ini berlaku??

Hakikatnya, tidak ada manusia yang terlepas daripada melakukan dosa melainkan mereka yang ma’sum. Apabila org mukmin menghampiri ajalnya, Allah mengampunkan segala saki baki dosanya dan menjadikannya sbg ahli kebajikan.

Oleh kerana kematian itu berlaku kpd jasd manusia secara beransur, bermula dari hujung kaki ke hujung peha, maka apabila Allah turunkan rahmat kepadanya, ketika itu dia terlalu gembira dan kalau boleh dia ingin melonjak kegembiraan. Tetapi tidak berdaya kerana sebahagian jasadnya telah mati. Justeru, kerana terlalu gembira bercampur malu, maka berpeluh pada pelipis dan berlinang air mata.


MALU KEPADA ALLAH

Malu kerana masih lagi mempunyai dosa yang belum sempat bertaubat, tetapi Allah telah mengampunkannya. Jika orang mukmin ini malu kepada Allah kerana baki dosanya, pastinya dia lebih malu utk melakukan dosa ketika dia hidup dahulu.

Rahmat yang paling besar dikurniakan Allah swt ialah apabila kita dikurniakan sifat malu, sehingga dia merasa malu melakukan dosa sama ada di tempat terang atau tersembunyi, kerana dia yakin Allah SWT sentiasa memerhatikan perbuatannya. Kerana sifat malu inilah, aikhirnya Allah Taala kurniakan rahmat pengampunan terhadap baki dosa yang belum sempat dia bertaubat. Sesungguhnya orang yang tinggi keimanan dan budi luhurnya akan sentiasa malu terhadap Allah SWT. Wallahualam
Iman luhur tinggi budi
Allah sayang makhluk cinta
Bilakah ajal tiada pasti
Rahmat Tuhan selalu dipinta.

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails