Followers

Thursday, October 29, 2009

Untukmu ~ CTS

Mmg dah lama sgt x menulis. Langsung x ada idea. Tapi kali ni ada permintaan dari Nadiatul Ajeerah. Katanya nak tajuk "Patah Tumbuh Hilang Berganti".

Hmm.. saya tak ada idea ttg tu. Sbb tajuk tu mcm sesuatu yang x pasti lagi. Cuma bolehlah kalau nak berkongsi ttg pengalaman saya di CFS dan CTS. (dkt2 kan bunyinya).

Sewaktu di CFS, saya menyandang jawatan kecil dalam PRESSS (Pre-Sciences Society) yang mana menggabungkan jurusan sains fizikal dan sains biologi. Saya tidak pernah berhasrat utk mengambil jurusan Sains Fizikal. Tapi apabila memikirkan agak ngeri utk mengambil Subjek Biologi, maka saya meneruskan kudrat utk berada dalam jurusan ini. Inilah satu-satunya subjek yang tidak ada Biologi.

Kenangan mmg byk. Apatah lagi apabila terbabit dgn persatuan. Saya menyertai insan-insan yang bertanding pada malam AGM setelah dimasukkan nama oleh Commitee pada malam Presss Night. Asam garam kehidupan mentadbir, mengurus, berhadapan dgn situasi-situasi getir, itulah yang manisnya apabila berpersatuan.

Kejayaan berpersatuan saya tak nilai dari banyaknya program. Tapi dari segi nilai program itu sendiri. Adakah mampu membawa hati-hati manusia ke jalan Allah ataupun sebaliknya.

Di sinilah tempat utk kita mengaplikasikan teori. Antara teori yang paling banyak orang gagal adalah pengurusan masa. Termasuklah saya. Justeru, dgn kegagalan ni ramai yang memandang persatuan byk memakan masa study dan rendah status akademiknya.
bagi saya tidak. Sbb orang yang sibuk adalah orang yang paling banyak masa. Semakin sibuk, semakinm dia sedar yang dia tidak punya banyak waktu dan sekalugus akan memanfaatkan waktunya dgn baik.

Berprogram mmg meletihkan. Kadang-kadang membawa kpd pertelingkahan. Orang bermasalah itu ini. Kadang-kadang malas, kadang-kadang rajin. Serabut dgn akademik lagi. Ahli dengan perangai camtu, camni. Tapi, bila kita dah biasa hadapi, insyaAllah dan boleh handle dgn tenang. Itulah pergolakan hati insan. Tak akan sama. Bak kata pepatah, Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Menjelang Tahun Kedua, adik-adik baru masuk. Keluarga PRESSS makin besar. Keadaan AGM (Annual General Meeting) agak kelam-kabut apabila tersalah umum beberapa nama pimpinan baru yang akan naik. Maklumlah, byk ajk, banyak tangan. Lain keputusan, lain yg diumum. Lepas habis AGM, semua pakat bincang. Buat sharing moment. nak bgtau or tak nak. Lebih kurang 2-3 orang yang tersilap. Presiden pulak buat keptusan nak tkr kos ke ICT. Sume jadi serabut. Headcom DnT pulak buat keptusan tiba-tiba nak tarik diri dari jadi AJK. Huhu. Macam-macam. Akhirnya macam mana?

Akhirnya, kami teruskan juga dgn committe yang tersalah umum. hasilnya? Alhamdulillah, semuanya ok. Malah sangat rajin dan berwawasan. Presiden pulak akhirnya tidak jadi tukar kos (mmg x ttp pendirian) dan Headcom Dnt meneruskan utk menarik diri menjadi commitee.

Banyak lagi kisah lain. Tapi yang dtg melintas waktu ni yg tu lah.

Honestly, tak susah sewaktu sy mentadbir PRESSS dulu. Tak banyak ragam. Malah dari segi AJK pun terutamanya di sebelah muslimat saya dpt rasakan keterikatan sbg ahli keluarga. Terima kasih buat semua sahabat dan adik-adik2 tercinta. tak lupa buat barisan ajk Muslimin dan Muslimat dan Penasihat persatuan, Mdm Nazira dan Bro Nazim.



Tutup buku Cfs. Kini di alam CTS pulak.




Bila dah masuk kuantan, 2 jurusan tadi dah terpisah. Cts, Bio Tek dan Bio Med.

Cts hanya sekelas, dlm lingkungan 73 orang. Bila dah sekelas, jadi makin rapat dgn semua ahli kelas.

Kalau nak cerita ttg CTS, rasanya dah cerita pada post sebelum ni. (hidup sekali, biar bererti).

Sedar tak sedar, dah 4 bulan berlalu. Lecture class dah habis. Masing-masing dah mula mengadap buku utk final. (tapi ramai juga yang masih mengadap facebook ~siapa tu??).

Dan mungkin masa saya dah sampai ke penghujung utk saya bersama CTS. (syahdunya).
Pendek kata, sy mmg bahagia dgn shbt2 dan adik-adik CTS. tak sombong, happy Go Lucky, malah sentiasa bersemangat sms belajar. Sesuatu yang saya contohi sejak dulu.

Tak tahu apa yang hendak dikongsi, cuma ada terbelek satu buku kegemaran saya, MENYINGKAP RAHSIA KEJAYAAN oleh Dr. Aidh Al-Qarni.

Satu artikel yang cukup menarik!!

SIFAT PENUNTUT ILMU YANG BERJAYA

:: Dia memiliki kemahuan yang kuat yang tidak mengenal lelah, keinginan yg besar utk berhasil, semangat yang besar dalam menuntut ilmu dan berusaha sedaya upaya meraih faedah yang banyak.

Jua beberapa kata-kata yang menarik yang saya tujukan buat sahabat dan adik2 CTS ~ daripada buku KELUARKAN SINGA DARIPADA DIRI ANDA karangan Muhammad Zakaria.

" Jika anda mahu hidup anda mencapai kejayaan besar, mulailah dengan menyedari bahawa anda ibarat seorang pengarang buku dan setiap hari anda punya peluang utk menulis halaman yang baru"

" Ketika kebanyakan orang hanya mengelamun ttg kejayaan, sang juara bangun dan bekerja keras utk mencapainya'

"Setiap kejayaan dibina atas keupayaan utk melakukan lebih baik drpd setakat baik-baik shj"


Salam sayang tulus dari hati yang ikhlas~ :)

Semoga beroleh kejayaan dunia dan akhirat.




Kehidupan di dunia ini adalah laksana lautan yang yang jarang tenang. Airnya beriak terus, bergelombang dan berombak. Kesusahan terletak dalam kemudahan dan kemudahan pula terletak dalam kesusahan- HAMKA

Thursday, October 22, 2009

Iman Semut

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!.

Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".


Itulah Iman Semut!!

Saturday, October 10, 2009

Selamat Hari Lahir


Mungkin agak terlambat utk saya ucapkan, tapi mungkin juga tidak.

Buat tiga org sahabat yang amat saya kasihi kerana Allah.


Selamat Hari Lahir, KAK JIE

4 Oktober 1987


Selamat Hari Lahir, MASTURA RAZALI

9 Oktober 1988


Selamat Hari Lahir, NURHIDAYAH SAMSUDIN

10 Oktober 1988


Doaku, semoga dgn bertambahnya umur, semakin kuat ingatan pada pengakhiran kehidupan, semakin banyak amalan persediaan..

Semoga tabah menghadapi ujian hidup yang kadangkala merobek hati dan perasaan..

Begitulah kita di jalan yang penuh duri ini..
Doakan utk kemenangan Islam


Eid Milad Saied

Salam Ukhwahfillah

:)

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails