Followers

Monday, July 11, 2011

Mari menuju Ilahi, anakku Marwan

Anakku Marwan,
Kelahiranmu memberi seribu erti dalam hidup Ummi. Naluri keibuan yang Allah beri pada Ummi yang sudah bergelar ibu ini menautkan keazaman yang mendalam utk kita sama-sama berusaha mencapai matlamat terakhir dalam kehidupan kita sekeluarga... iaitu mati dalam keredhaan Allah..

Kata Rasulullah SAW yang dinyatakan oleh Abu Hurairah: "Tidaklah setiap org yg lahir melainkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Kristian ataupun Majusi. (Riwayat al-Bukhari)

Marwan lahir dalam keadaan fitrah, seorang manusia yang suci dari dosa. Terasa beratnya amanah Ummi sbg ibu utk mencorakkan peribadimu, Sayang. Utk memanusiakan Marwan dan mengenalkan Marwan pada Tuhan dan Rasul.
  

Permata hati Ummi dan Abi,

Ketahuilah anakku, azan dan iqamah yang dibisikkan di telinga Marwan oleh Abimu sejurus Marwan tiba di dunia, memberi mesej kepada Marwan yang Marwan lahir ke dunia ini adalah sebagai khalifah, ada tugas yang Allah beri pada Marwan dan seluruh umat manusia di dunia ini.
'Tegakkan agama dan tadbir dunia dengannya'.

Andai kita semua x mampu tadbir diri sendiri, kita juga x akan mampu tadbir dunia ini.

Ketika Marwan lahir, tangisanmu menjemput air mata Ummi dan Abi utk mengalir dalam kegembiraan. Tanda kesyukuran atas nikmat zuriat yang Allah kurniakan pada Ummi dan Abi sbg penyambung generasi dakwah. Semoga ketika kematianmu nanti akan menjemput pula tangisan org2 sekelilingmu dengan kegembiraan pada dirimu yang pulang bertemu Pencipta.

Anakku,

Menjadi tugas Ummi dan Abi utk mendidik Marwan supaya Marwan dapat membesar dgn baik dalam tarbiyah Islam. 

Tugas ini membuat Ummi merenung diri Ummi yang serba dhaif ini.
Sudahkah Ummi mengamalkan ajaran Islam sungguh-sungguh sebelum Ummi mendidikmu?
Bagaimana dengan amalan dan akhlaq Ummi sbg seorang muslimah, sblm mendidik Marwan mempunyai peribadi unggul, meneladani Rasulullah?
Ummi tidak ingin menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul.

Terasa benar yang diri Ummi ini juga masih merangkak di perjalanan menuju Tuhan. Masih banyak dosa yang menghiasi diri dan masih banyak kekurangan dan kelemahan diri.

Kehadiranmu Marwan sepeti cahaya yang menyalakan api keazaman dalam diri Ummi utk menjadi yang lebih baik. Ummi harus berusaha utk menjadi ibu yang cemerlang supaya kehidupan Marwan di dunia ini tidak disia-siakan.

Ummi dan Abi pimpin tanganmu Sayang,
Mari kita sama-sama berusaha menjadi yang lebih baik..
Bait an-Nur harus kita serikan dengan keindahan Islam,
Kita nyalakan dengan seri dan pesona bicara al-Quran,
Kita ceriakan dengan gelak tawa kasih sayang antara kita..
Moga bertamu mawaddah, rahmah dan sakinah,
Agar cahaya yang gelap menjadi terang,
Hidup yang sekali menjadi bererti...

Anakku,
mari kita sama-sama berdoa..

Ya Allah,
Dengan kemuliaan dan kebesaranMu ya Allah,
Berilah petunjuk dalam kehidupan kami,
Bimbinglah kami sentiasa
dan janganlah Engkau berpaling dari kami walau seketika

Ya Rahman,
 Titipkan dari kasih sayangMu yang Maha Luas
Dalam keluarga kami ini
Jauhi keluarga kami dari sifat-sifat mazmumah
Yang bisa memecah belahkan ukhwah dan silaturrahim kami
pacakkan Ya Allah keindahan hati yang mulia
dan pandangan hati yg jernih
agar kami bisa melalui dunia yg penuh duri ini
dengan mudah dan cekal

Dengan rahmat dan kasih sayangMu ya Allah
makbulkanlah..
Amin ya rabb

Monday, July 4, 2011

alkisah Marwan..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Alahai lamanya x update. Bukannya sibuk pun. Banyak  benda yang nak dicerita tapi jari ni dah mengeras, susah dah menaip kat laman blog ni. hehe. Alhamdulillah hari ni jari lembut skit kot.

kalau entry saya yang lepas ttg menghitung hari nak bergelar ibu, alhamdulillah saya dah 16 hari bergelar ibu. Ibu kepada budak kecik comel yang tgh tidur di sebelah saya ni.  :)

Marwan Majdi - nama yang dipilih oleh abinya dan dipersetujui oleh umminya. Kata abg, abg nak letak 'wan' kat nama anak, biarlah kat belakang pun memandangkan saya ni keturunan wan. saya pulak nak cari nama yg mula huruf 'J' memandangkan keluarga suami mmg mengekalkan huruf 'J'. nama anak saudara yang sulung, Juwaini b Johaibi b Juhan b Jusoh.
tapi Alahai bukan senang nak cari nama yang mula huruf J ni.



Marwan Majdi maksudnya yang bermaruah dan kemuliaanku. Didoakan mudah mudahan Marwan akan jadi anak akan menjaga maruah dan kemuliannya sbg orang Islam. amin InsyaAllah.

MUJAHID DAKWAH JR

Kenapa saya bagi gelaran ini pada Marwan?
Sebab saya nak Marwan ikut jejak langkah abinya bahkan lebih hebat.
Sepanjang saya kenal suami, sejak dari remaja lagi suami saya banyak terlibat dgn aktiviti dakwah dan tarbiyah. Suami banyak menitik beratkan hal pendidikan agama, menjaga keluarganya, memilih sahabat-sahabat yg soleh sbg pembimbing. Mudah mudahan Marwan pun begitu juga ye. 

SUATU KENANGAN

Sebenarnya banyak yg nak diceritakan terutama pengalaman mengandungkan dan melahirkan Marwan. Cuma ttg pengalaman mengandungkan Marwan mungkin di lain entry.

Cuma yang nak diceritakan, saat-saat indah sewaktu melahirkan Marwan.

Buat mereka yang x de pengalaman lagi, sbnarnya beranak awal 2 minggu atau seminggu dari tarikh due, buatkan ibu mengandung ni lebih lega, berbanding ibu yang menunggu lepas tarikh due. Sebab tiap hari akan buat hati tertunggu-tunggu. Alahai, kan penantian tu satu penyeksaan.

Cukup 36 minggu, saya dihantar pulang ke Perlis. Utk standby.
dan bila cukup 37 minggu, saya mula menanti kehadiran insan baru ni. 37 minggu menandakan bayi telah pun matang dalam kandungan dan kalau dilahirkan, tidak dikira kelahiran pramatang.

Dan waktu ni pulak masa yang cukup meriah dengan kenduri kendara. Saya mmg suka kenduri kat Perlis ni, sbb antara favourite masakan adalah rebung daging. Fuh, mmg sodap.
Ditambah dengan kata-kata semangat dari keluarga dan kwn2 yang bunyinya mmg sama
"Sufi makan puas-puas nanti dah pantang x leh makan dah". Saya pun apa lagi, tiap hari ikut mak pergi kenduri dengan perut yang sarat ni.
Waktu yang sarat ni lah mmg bagus utk berjalan banyak supaya mudah bersalin.

Cukup 38 minggu, suami saya yang bekerja di Gombak pulang ke Perlis. Saya pun apa lagi, tiap hari pujuk baby supaya keluar.
"baby, abi dah balik ni. boleh lah kluar. kami semua rindu nak tgk baby"

Alhamdulillah, baby mmg keluar pun. tapi bukan yang dalam perut saya. tapi perut biras saya. hehe.
tahun ni meriah sikit, Mak mentua saya dapat 2 cucu dalam satu bulan.
Biras saya, Kak Nurul bersalinkan anak ke-4 pada 11 Jun d Hosp Kangar.

 Juhaidi Najdan- sepupu Marwan yang baru lahir

Saya yg masih gagah berjalan, alhamdulillah dpt la gi ziarah kak nurul sambil2 g tinjau tempat saya nak bersalin nanti. Suami pun nampak la gmbaran kat mana nak daftar, wad kat mana. 
Sambil-sambil menunggu di wad, Mak pun kata.. "Satgi kot Sufi pun nak bersalin hari ni. Hehe"

Cukup 39 minggu, suami saya balik Perlis lagi. Suami sy selalu pesan kat baby dalam perut, "nak keluar tunggu abi balik dulu tau"

18 jun, hari sabtu. waktu ni saya cukup 39 minggu. Cadangnya petang tu nak ajak suami jalan-jalan di taman. tapi memandangkan dah lewat petang, saya hanya sempat berjalan di pasaraya hafifah je. Nak cari Pizza, sambut hari bapa utk Abah.

Petang tu saya rasa sakit di perut. tapi sakit ni saya dah biasa. Cuma malam tu saya rasa lenguh di pinggang. Malam tu sebelum tidur, suami ada kata. "Baby nak keluar esok kot, hadiah sempena hari bapa".
saya senyum je. Tak taulah bila baby ni nak kluar.


mulut abg mmg masin. Pukul 1 saya terjaga. Air ketuban dan pecah! Tapi saya x rasa sakit.
Contraction pun x rasa. so dengan rilexnya saya bersiap-siap utk ke hospital.

dalam hati saya, waktu-waktu mcm ni org x ramai kot bersalin.
Bila sampai di hosp, patient bukan main ramai lagi. Doktor yang periksa saya pun nampak mcm ada batu kat mata dia. (mengantuk)

memandangkan hari minggu, doktor yang bertugas tu yang on call lah.

"ramainya patient hari ni, Akak bertugas dari pagi tadi patient x henti-henti dtg nak bersalin", doktor wanita muda mengeluh pada saya. Mmg kesian tgk, tapi itulah pengorbanan dan jihad doktor. berjaga demi menyelamatkan nyawa manusia.

ttg bersalin ni, saya tak ceritakan terperinci lah. Cuma Allah takdirkan saya melahirkan anak secara pembedahan. bukan normal.
saya dibius separuh, kiranya pembedahan dalam keadaan saya sedar.

Saya berlagak cool dan tenang, sbb waktu sebegini mmg kena pandai kawal emosi. 
Keadaan dalam bilik bedah dengan layanan yang mesra membuatkan saya stabil. Tidaklah terlalu takut. Dan saya nampak keadaan org yang bekerja pun x nampak stress, malah nampak enjoy. (maksudnya x lah nampak suasana yg tegang, mcm nak bedah org yg berpenyakit serius)

Pembedahan bermula.
Apa yang berlaku saya x nampak sbb ada penghadang kain.
selepas beberapa minit, saya rasa gegaran pada perut.menandakan doktor sdg mengeluarkan bayi dari perut.Yang membuatkan saya tahu sbb saya pernah tonton video bersalin scr bedah ni.

Tak berapa lama, saya mendengar tangisan Marwan.
Saya menangis.  Terharu.
Saya telah menjadi ibu...
Anakku, selamat datang ke dunia.
Ketika itu, tertaballah saya abgi seorang ibu, menyambut amanah yang berat dari Tuhan.

Anak yang saya rindu utk ditatap dan didukung.
Tahukah perasaan ibu yg mengandung 9 bulan? Rindu. sekalipun terasa dekat dan bersatu dalam rahim, namun yg dirasai adalah tendangan-tendangan nakal dari baby utk mengusik jiwa ibunya. :)
dalam hati tertanya-tanya bagaimanakah rupanya, bagaimana jasadnya.
Selesai pembedahan, saya rasa lega, Suatu pengalaman yang Allah beri pada saya.

Ketika bersembang dgn suami ketika di wad lepas bersalin, rupanya Abg pun menangis ketika azan dan iqamah di telinga Marwan.
Syukur ya Allah, atas nikmat yang diberikan ini. Semuanya selamat.


wajah Marwan ketika baru lahir

Bersalin scr pembedahan, mmg x akan merasa sakit apa pun sms melahirkan anak. sebab tu ada sesetengah ibu yang ambil jalan mudah x nak sakit, sengaja memilih utk bedah. Tapi, bersalin normal mmg lebih nikmat utk menjadi ibu sbenarnya.

Di wad, saya x rasa nak tidur. Sbb hati rasa sgt gembira.
Lepas bersalin, emosi kena jaga. Jangan biarkan diri dikuasai stress.

 sempat lagi posing dengan anak

Kini saya semakin faham, kenapa walau sakit mcm mana pun melahirkan anak, ibu x pernah serik utk melahirkan anak.
Ketika sakit, mmg terasa seperti nak bersumpah x nak beranak lagi. tapi, di sinilah Allah memberi kekuatan pada wanita. yang pada mereka ada kasih sayang dan belas pada insan yg dikandung. ketika mendengar tangisan dan merasai nikmatnya membelai anak, setiap kesakitan menjadi gugur dan tidak lagi diingat oleh ibu.
Subhanallah. Cantiknya apa yang Allah beri pada hambaNya.

Cukup sekadar ini dulu.
Perkongsian ini sekadar berkongsi dgn shbt2 yang bakal mengandung dan  bakal menimang cahaya mata.
dan ianya juga sebagai catatan diri, mudah mudahan akan dibaca oleh Marwan apabila di besar kelak. Amin :)



Marwan ditahnik oleh Tuan Guru Dr Harun Din. Mg menjadi ulama kelak :)

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails