Followers

Monday, February 4, 2013

Kalam pembukaan tirai semester

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni hari kedua pembelajaran. Melalui hari pertama (semalam) cukup termotivasi dengan nasihat-nasihat drpd lecturer. Saya titipkan di sini supaya dpt berkongsi dengan rakan-rakan.

9 pagi, Dr Azman masuk ke kelas.
Sambil-sambil ta'ruf dengan pelajar, ust mengingatkan kami.
Seperti biasa, tentulah ust menyebut ttg niat. Apa niat kami utk belajar?
Exam?
Jangan.

Niat utk bukan utk exam, tapi utk faqih dalam ilmu.
Kamu semua memegang amanah utk mendalami dan menyampaikan ilmu.

Amanah?
Allah. beratnya taklifan ni.
Bermakna, tugas sy adalah utk memahami apa yg diajarkan dalam kelas, dan menyampaikan pd manusia lain. Apatah lagi, saya memilih bidang fiqh, ramai manusia d luar sana yang tidak memahami fiqh. Adakah saya mahu belajar sambil lewa, dan apabila graduasi nanti, apabila ditanyakan soalan, saya menjawab "maaf saya tidak tahu".

alangkah ruginya masa belajar bertahun-tahun, dgn bayaran yuran pengajian, akhirnya saya graduasi sbg mahasiswa yang 'tidak berisi'. tidak mampu memanfaatkan orang lain.

Sebak rasanya, hanya tinggal 2 smester baki pengajian. Saya rasa begitu nikmat belajar d UIA, rasa seronok, rasa gembira.. kerana Allah beri peluang utk mendalami ilmu agama.

Ya Allah, bantulah hambaMu ini utk meluruskan niat, bersungguh mendalami ilmu, tidak banyak merungut dgn tugasan.

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails