Followers

Thursday, September 29, 2011

Selamat hari lahir, Ojah!

Bismillahirrahmanirrahim

Entry kali ni khas buat sahabat yang dikasihi, Radziyah bt Mansor.

Lama dah nak menulis ttg sahabat saya yg sorang ni, tapi tak tertulis-tulis jugak, hinggalah tiba hari tuanya yang ke 23, maka saya ambil kesempatan ni utk menulis entry ni khas utk dia sebagai hadiah hari lahir. :)
Selalu saya ingat besday dia, tapi tahun ni entah mcm mana terlupa terus. mungkin sbb ada anak kot. hehe. habis saya kena fire sbb tuan besday yg tepon remindkan saya. heehe

Ok, mula dgn cara kami kenal.
kami kenal di SMKAP, masa tingkatan 2 kami sama-sama jd pengawas. Tapi waktu tu x la rapat mana. Sekadar berkawan biasa-biasa je.

Seingat saya kami mula rapat waktu kelas tambahan malam Bahasa Arab, arwah Ust Baihaqi yang mengajar waktu tu. Kami selalu dok sebelah. Bila berkawan, rupanya kami ni sekepala, stail yang suka buat lawak. hehe. Lama kelamaan ada keserasian antara kami.
Oleh kerana saya ni dok asrama dan Ojah dok di luar, saya selalu pesan masa kat kelas tambahan,
" Ojah, nanti kelas bawa nasi goreng tau"
Ojah jwb, "Ok"

tapi rasanya tiap minggu saya pesan, sampai ke hujung tahun dia tak bawak. hehe.

Masa SPM, saya keluar asrama, menetap di rumah mak angkat (sekarang mak mentua).. Ojah la kawan baik saya waktu. Selalu study sama-sama, dan Ojah ni terer Matematik tambahan, subjek yg sy paling lemah. tapi last minute Ojah ajar saya jwb soalan-soalan spot, alhamdulillah x disangka dapat A2 utk add math.
Rumah Ojah jd rumah no-2 saya, mak ojah pun dah mcm mak saya sendiri. :) kdg2 kami pergi jogging skali. 
Ni semua kenangan masa remaja..

Kemudian ditakdirkan saya masuk DQ, dan Ojah masuk matrik. tapi hubungan x putus. kami ada turn gilir-gilir telefon. Kemudian Ojah ditawarkan masuk Usim. antara kenangan waktu ni ialah Ojah sanggup susah payah buat surprise datang DQ naik komuter utk menghadiri konvo saya. ni gambar kenangan


habis DQ, saya masuk matrik Uia, dah Ojah masih di Usim.
Kemudian, saya masuk main camp UIA di Kuantan, semester 2 di UIA Gombak.

Waktu ni saya maklumkan yg saya akan bertunang. Ojah mmg akan datang majlis saya!
Ojah naik tren dr Usim, kemudian menunggu adik saya di stesen lrt keramat lama sgt sbb ada masalah skt waktu tu. dah jmpa adik saya, tunggu abg sy utk bertolak dari KL lamaa sgt.
tapi bila sampai ipoh, sy mmg rasa bersalah sbb dah susahkan Ojah, tapi dia sampai rumah dgn ceria. ojah mmg seorang yg ceria dan penyabar. Alhamdulillah sepanjang majlis, ojah, min dan wana jadi pengepit saya, ambil aura juga barangkali. hehe.


gaya cam gaduh je


step seterusnya, saya berkahwin. ojah dan anis di sisi saya, sbg pengepit dan pengurus majlis. Ojah dan Anis datang dari Perlis dan kedah dgn bas. kali ni turut menguji. bas yg sepatutnya pukul 2, delay. lama juga menunggu bas hampir 2-3 jam masih belum kunjung tiba. Malam baru sampai ipoh, mcm biasa, Ojah x pernah marah atau merungut. malam tu kami berinai sama-sama. :)
Dan masa majlis, Ojah dan Anis jadi pengapit dan tolong apa yg patut.
kenduri di ipoh jd pengapit


kenduri di perlis pun jd pengapit


Step seterusnya, saya mengandung. Antara org yg terawal sy maklumkan kehadiran org baru adalah Ojah dan Anis. Hehe. Yang Ojah siap jerit lagi bila tau, dan Anis sampai terkata apa-apa. hehehe. punyalah excited.

Masa saya nak beranak, Ojah janji nak jaga saya masa dlm pantang. Tapi alhamdulillah rezekinya mudah, Ojah dah pun ditawarkan kerja tapi x dpt la jg saya dlm pantang.

tapi masa kenduri akikah Marwan, ojah susah payah ambil cuti sbb nak dtg kenduri dan nak tgk Marwan (dan nak sambut puasa dgn mak dia)..




tak sampai di sini saja, Ojah menetap di Setiawangsa, dekat je dgn Gombak. Pernah suami saya ada program masa ramadhan, Ojah lah yg dtg temankan saya di rumah..

setiap detik perjalanan hidup saya ada Ojah yang menemani saya. Saya mmg takkan mampu balas jasa baik sahabat saya ni, yg saya mampu hanya memanjatkan doa yg terbaik buat sahabat saya ni.


Ya Allah Ya Tuhanku,
di hari lahir sahabatku ini,
Kau berkatilah umurnya,
Berilah petunjuk dalam setiap derapan langkahnya 
dan dalam setiap hembusan nafasnya
Agar tidak lari dibawa arus

Ya Allah
permudahkan urusan dalam kehidupannya
kurniakan dia rezeki yang halal
Jodoh yang soleh, anak yang mendoakan
Jauhi dirinya dari fitnah dunia 
bimbinglah dan peganglah hatinya
tetapkanlah dirinya dgn pegangan iman yg utuh


Ya Allah
kami berukhwah keranaMu
Smg pertemuan dan perpisahan kami jua adalah keranaMu
utuhkanlah ikatan mahabbah kami
dgn ikatan ukhwah yang bercahayakan iman
Amin ya rabb

Thursday, September 22, 2011

Usrah Cinta

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Kerap betul saya update blog akhir-akhir ni kan? kalau dulu bukan main payah lagi.
Saya dari dulu sy mmg suka waktu kelas berbanding cuti yang lama. kalau cuti sekejap-sekejap tu suka la. Sbb bila waktu belajar ni mmg banyak gerakkan otak ni, berbanding cuti yg membekukan otak.

Hari ni hari Jumaat, x de kelas, tapi Marwan still hantar ke rumah pengasuh, jd saya ambil kesempatan ni utk buat usrah. Alhamdulillah sem ni saya ditaklifkan oleh Ma'ruf Club utk jadi naqibah.

Dah lama saya x jd naqibah, apabila ditawarkan utk jd naqibah, saya tak menolak. Saya seronok berusrah, sbb nilah medan ukhwah. dan kalau usrah tu menjadi, mmg betul2 terasa spt keluarga sendiri.

Anak usrah saya ada 10 org semuanya. Masa saya beranakkan Marwan, kecik je dia. Tapi anak usrah ni, waktu dapat mmg dah besar. hehe. Anak-anak usrah saya ni lah yang saya taklifkan utk jd mak cik-mak cik Marwan. :)

Perknalkan adik-adik usrah yg disayangi:

Along Husna
Angah Khadijah
Aniq An Nur
Andak Adila
Ateh Balkes
Acik Nisah
Anjang Fizah
Alang Syuhada
Usu Summiyah
Uda Dini

ok post ni sbg pengenalan usrah dulu, banyak lagi nak kongsi ttg pengisian usrah kami.

Usrah adalah medan pentarbiyah diri, sy harap usrah ni akan jadi tmpt kami mengubah diri ke arah yg lebih baik, dgn mengamalkan rukun usrah dgn hati yang jernih lagi bersih, mg ukhwah yang bertaut ni mendapat keberkatan dari Allah.

ya Allah, kami bertemu dan berhimpun keranaMu, bersama memikul beban dakwahMu, halakan hati kami pada kebenaran dgn petunjukMu, jauhi hati kami dari segala perkara mazmumah..
Amin ya rabb :)

Utk adik-adik kak Yong yang disayangi kerana Allah, ukhwah adalah satu perkara yang manis, jika dirasai dengan sudu ukhwah yang ikhlas.. mg kita dapat merasai ukhwah itu.. Amin

Tuesday, September 20, 2011

marwan dah 3 bulan

bismillahirrahmanirrahim.

ok. 5 minit utk update blog. skrang kena pandai jaga masa, x blh bazir banyak depan komputer.

Marwan, anak sy yg sorang ni alhamdulillah dah pun berusia 3 bulan. Marwan adalah seorang yg tegap, maksudnya badannya x lembik. bayangkanlah, usia seminggu dah pun boleh angkat kepala skt2. Tulang dia pun nampak keras. So,kalau nak pegang pun x la rasa takut sangat.

Masa saya mengandungkan Marwan pun blh dikatakan agak lasak. Masa marwan 4 minggu, saya bergoncang bawak motor meniti bumper, turun naik tangga tingkat 4 di mahalah aminah. sampai usia Marwan 7 bulan pun saya masih bwk motor ke kuliah. yang paling x leh lupa, saya pernah main bowling masa marwan 5/6 bulan. baling pelan2 je. tapi dapat strike, alhamdulillah :) Nilah pengalaman mengandungkan Marwan.

 Marwan dah boleh meniarap skt2, kalau diletakkan meniarap blh dah angkat kepala. boleh la bertahan dalam 5 minit kot. tidur pun kdg2 meniarap, baru tidur lama skt. kalau tidur terlentang cepat je terjaga sbb terkejut.

Alhamdulillah Marwan x banyak kerenah. X mcm awal-awal saya balik ke Gombak dulu, nak solat pun x boleh. Marwan x nak dok bawah,asyik kena pegang je.  Nak masak buka posa pun kena tunggu abinya balik. Tak pun kena ulang alik dari dapur ke tempt tidur marwan. sbb dia tidur skjp2. Lama-kelamaan Marwan pun stabil. Dah blh baring kat bawah atas tilam dia, x nangis pun. Cuma bila dah lama sgt dia akan buat la suara rayuan nak suruh angkat. boring agaknya. Bila angkat terus senyap.

Marwan mmg menghiburkan. terutama bila bersembang dengan dia. Entah apa yang diceritakan saya mengiyakan je. Mudah mudahan saya dan suami akan jadi tempat dia meluahkan perasaan walaupun dia dah besar kelak.

Pernah saya bawa Marwan ke masjid UM, ikut suami yang ada mesyuarat d situ. Sambil solat, saya letakkan Marwan di sebelah. selesai solat, saya baca Quran. Masa tu bulan posa. Marwan senyap je dok baring, tgh mood elok masa tu. Tiba-tiba ada sorang mak cik datang di tempat saya dan memuji Marwan.
"Eh, baiknya budak ni. Bakal ulama esok-esok ni."
dan sempat mak cik tu pesan pada saya,
"Jaga dia elok2 ye, bagi dia jadi ulama'
saya jwb InsyaAllah.
Pesanan yg ringkas, tp menusuk kalbu. jaga bagi jd ulama'? Besar tanggungjwb tu. X blh ambil mudah setiap perbuatan yg kita lakukan sbg Murabbi Marwan. saya kena hampir dan akrab dgn Tuhan kalau mahukan Marwan dididik dgn baik. rabbuna Yusahhil lana.

Sekarang Marwan menyusu secara esklusif, alhamdulillah. sebelum ni pernah campur dgn susu Dumex, biasalah org2 tua takut x cukup susu bila nak tinggal dia kat pengasuh.
Tapi bila saya baca blog Izaidah iaitu Ummu Aziz, saya jadi teruja. Zed mampu lakukan! Kenapa tidak saya?
kemudian saya menghubungi Zed minta panduan utk penyusuan esklusif, dan alhamdulillah masuk minggu kedua ni, bekalan susu sentiasa cukup. Allah Maha pemberi Rezeki. Terima kasih Ummu Aziz atas panduan yg ckp bermakna.

Mmg guna duit banyak, tapi ini adalah pelaburan demi kesihatan anak tersayang.
Saya beli pam spectra Dew, cooler bag, ice pack dan botol autumn. kosnya RM500 lebih. duit blh dicari, tpi kesihatan anak lebih penting. Susu ibu adalah anugerah ALlah, free je Allah bagi, kena yakin yang kita blh lakukan dan khasiat yg saaaangat banyak.

ok dah lebih 5 minit. jmpa lagi. assalamualaikum :)

Monday, September 19, 2011

Pengalaman bertemu Sheikh Usamah

Jumaat lepas, saya, suami, marwan dan ahli keluarga ramai2 ke KLIA utk menghantar adik saya, Syuhada yg menyambung pelajaran ke Jordan dalam bidang Syariah. dia adalah orang pertama dalam keluarga saya yg belajar di luar negara.

Sementara menunggu ketibaan kwn2 adik saya yg akan turut sama-sama ke Jordan, kami sekeluarga menanti di tempat duduk sambil berbual-bual.
 Semasa saya sedang mendukung Marwan, Allah takdirkan saya ternampak kelibat seorang lelaki yang berpakaian rasmi al-Azhar, dan ada seorang pengiring di sebelah beliau. Saya terus memerhatikan beliau yg sedang berjalan.Apabila terpandang wajah beliau, hati saya berbisik, "Eh,macam Sheikh Usamah".

Saya mengenal Sheikh kerana suami saya sering menceritakan ttg sheikh dan guru-gurunya. Saya tidak pernah bertemu dgn mereka.

Sheikh Yusri, dtg ke Perlis sewaktu saya belum berkahwin. Sheikh Jamal dtg ke Perlis lepas saya berkahwin, tapi saya belajar di KL. Dan Sheikh Jamal sekali lagi dtg ke KL, tp saya berpantang di Perlis. Jadi inilah kali pertama saya bertemu dgn Sheikh atau guru suami saya di Mesir.

Saya kenal Sheikh Usamah melalui gambar2 dan video2 you tube yang suami tunjukkan pada saya. kehebatan alim ulama menjadi kekaguman dan menimbulkan keinginan utk bertemu dgn mereka.

ok. sambung cerita tadi.
Bila saya nampak kelibat Sheikh Usamah, dgn separuh yakin saya khabarkan pada suami saya yg sdg berbual dgn kwn lamanya.
"Abang, tu mcm Sheikh Usamah".

Suami memandang ke arah Sheikh, dan berkejar mendapatkannya. Saya memerhatikan dari jauh, dan ternyata mmg benar lelaki itu adalah maulana Dr Usamah!

saya tersenyum. Dapat merasakan perasaan suami saya waktu itu. Suami saya sememangnya amat amat sgt merindukan guru-gurunya di mesir.
lantas saya ke sana dan menyerahkan marwan pada suami utk didoakan Sheikh. Sheikh Usamah memegang dada Marwan dan mendoakan.

Ya Allah, makbulkanlah doa ulama pada anakku ini.

dan kesempatan di ambil utk bergambar dgn Sheikh Usamah.(gambar x dpt lagi)

Perasaan gembira bertemu dgn maulana Dr Usamah Syed Mahmud Al-Azhari-hafizahullah ta'ala 'anhu masih belum hilang. Begitu juga dgn suami. Mudah mudahan Allah memberi lagi peluang sebegini. insyaAllah Amin :)

Sunday, September 11, 2011

Aku pelajar, isteri dan ibu


Bismillahirrahmanirrahim

Hari pertama di UIA, kembali sbg pelajar setelah 5 bulan bercuti. Percutian yang sgt bermakna, kerana waktu inilah saya dilantik oleh Allah utk menjadi seorang ibu.. Terima kasih Ya Allah.. :)

Waktu saya menulis ini, saya sgt merindui Marwan.. Usia Marwan dah pun 2 bulan lebih.. lagi seminggu nak cukup 3 bulan.. Tabiat anak saya sorang ni saya makin faham..

Bangun pagi, x menentu. Kdg2 awal, kdg2 lewat. Tapi Marwan seorang yg ceria. Kalau dia bangun dalam keadaan x mengantuk, dan tak lapar, dia akan mula ajak bersembang dan gelak. Mmg mencuit hati. Banyak betul dia cerita pagi-pagi, sampai sy pun x larat nak layan.. 

Tapi pagi ni, sekejap saja saya dapat bersembang dgn Marwan. Bersiap-siap utk ke kelas, prepare makanan dan pakaian utk sy dan suami. Berat hati nak melepaskan Marwan. Saya doakan Marwan akan dijaga oleh pengasuh lebih baik dari jagaan kami berdua.

Penat tak jadi ibu?

So far, tak ada masalah lagi. Jadi ibu dan isteri mmg ada tanggungjwb, tapi t’jwb yang dilaksanakan dgn penuh cinta dan kasih akan melenyapkan penat dan lelah. 

Senyuman dan gelak tawa Marwan, menghiburkan hati. Inilah anugerah yang Allah beri. Kdg2 bila penat dgn kerja dan tugasan yg banyak, pelukan dan tawa riang marwan membuatkan hati terasa betul2 tenang dan gembira. 

Marwan x banyak meragam. Dia suka tgk benda bergerak. TV pun dia boleh focus, tgk warna-warni. Dan suka naik benda2 yang bergerak, cth naik kereta dan stroller.
Bila naik kereta, Marwan akan tgk pemandangan, kereta yang bergerak sampailah dia tertidur. Kalau naik stroller pun senyap je dia sambil tgk sekeliling. Alhamdulillah Marwan mudah dibawa ke mana-mana.
Cuma Marwan susah tidur kalau bergerak dari tempat ke tempat. Cth masa pergi beraya, setiap rumah yg kami kunjungi Marwan akan terjaga dan menangis sbb tidurnya terganggu.

Marwan yang montel?
Marwan mmg semangat! Hehe. Baru 2 bulan tp x nampak mcm 2 bulan. Mcm 3-4 bulan. Kecik atau besar, saya doakan Marwan sentiasa sihat dgn susu ibu anugerah Allah ni J
Kalau bab tidurkan Marwan, saya serah pada Abinya. Abi akan dodoikan Marwan, enjut2 tangan. Hehe. Anak abi katakan :)

Bila tgk anak org lain dah blh berjalan, saya x sabar nak tgk Marwan membesar. Nak Marwan jadi generasi Quran, mantap akidah dan Iman, kerana Marwan adalah asset akhirat saya dan suami. 

Cukup alkisah Marwan, kini saya adalah sebagai seorang isteri, ibu dan pelajar. Mmg mendebarkan, entah bagaimana saya akan lalui semua ni. Mampu atau tidak, saya bergantung pada Allah SWT dan saya begitu yakin yang Allah tidak akan memberatkan hambaNya dgn perkara yang tidak mampu digalasnya.
Sewaktu saya mahu bertunang, Abah ada menanyakan, mampukah saya  berkahwin semasa belajar? Saya jwb saya tidak tahu sbb itu adalah perkara masa depan. Jadi, saya berdoa pada Allah seandainya saya mampu harungi semua ni, permudahkan urusan pernikahanku ini. Dan Alhamdulillah Allah mmg permudahkan segalanya. 

Saya mulakan langkah baru ini dengan keyakinan pada diri sendiri yang saya mampu lakukan yg terbaik. Saya membayangkan yg saya mahu Marwan belajar bersungguh-sungguh, maka saya harus mulakan diri saya sbg qudwah pada Marwan. Allah beri nikmat dapat merasai perasaan sbg ibu, maka sy harus gunakannya sbb saya juga masih ada ibu bapa yg mengharapkan kejayaan anaknya.
Tak lupa pada peneman hidup, suami tercinta yang saaaaangat banyak mendorong dan menyokong saya. Selama saya hidup dgn suami, suami sentiasa memberi tunjuk ajar. Bahkan belajar masak gulai pun suami yg ajarkan. Hehe. 

Kerja-kerja rumah kami lakukan bersama. Marwan juga kami jaga bersama. Suami saya tidak kekok utk menukar lampin, tukar baju, tidurkan Marwan. Sungguh saya sangat menghargai insan seperti Abang yang tidak pernah membiarkan saya sendirian.  Semoga Allah memberkati kehidupan Mujahid Dakwah saya ini. Semakin banyak t’jwb yang kami lakuka bersama, smg bertambah cinta saya pada suami. Mg Allah berkati percintaaan ini . amin

Kehidupan berumah tangga sms belajar blh mendatangkan manfaat ataupun mudarat. Kalau masih dalam keadaan mahu bermain-main dgn t’jwb, berkahwin hanya sekadar cinta, maka kehidupan blh jd umbang ambing.
Hidup berumah tangga banyak mendorong saya utk ubah diri. Seandainya saya tidak berstrategi dalam mengatur kehidupan, tidak ada misi utk dicapai, disiplin tidak menentu, dalaman tidak kuat, mmg saya menempah tiket kegagalan. 

Saya perlu belajar utk senditif dgn masa. Kena atur masa utk suami, utk anak, utk kerja rumah, utk pelajaran, utk social dgn kwn2, utk keluarga, utk gerak kerja dakwah dan utk diri sendiri. Mmg terasa x mampu utk laksanakan semua ni, namun saya bergantung pada Allah dan sentiasa memohon agar Allah sentiasa memberi petunjuk dan permudahkan jalan saya ini. 

Niat utk menuntut ilmu, nak luaskan empayar dakwah, nak bina generasi Quran… smg Allah sampaikan sgl hajat dan cita2 yang mulia..  Amin ya rabb

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails