Followers

Tuesday, May 5, 2009

MUSLIMAT: POWER! POWER! POWER!

“Saya sudah lali, sudah mangli dengan ungkapan 'pelemah semangat' yang sering dituturkan muslimin tatkala melihat ada muslimat yang mungkin pada pandangan mereka 'agak menonjol' dan 'terkehadapan'. Saya juga sudah biasa sangat dengan persepsi-persepsi kaum Adam, dengan pandangan dan lirikan sinis mereka tatkala saya bangun untuk memberikan pandangan dalam mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan. Tak kurang ada yang senyum-senyum, gelak-gelak, berbisik-bisik. Pelbagai reaksi ditunjukkan. Dalam sesi muhasabah muslimin-muslimat, pernah ada seorang muslimin menyatakan yang dia pelik dengan saya yang tak serik-serik untuk bangun dan bagi pandangan walaupun saya pernah dikritik dan kehadiran saya kadang-kadang 'tidak disenangi' muslimin kerana 'menggugat' mereka. Saya tak katakan semua muslimin begini. Ada segelintirnya memang absolutely macam ni ! Saya tak kata saya bagus sangat, sebab saya memang tak bagus sangatlah saya masih tidak boleh diterima oleh semuanya!

Salah satu sebab muslimat terus terkebelakang antaranya kerana inilah. Tak tahan dengan penangan dan kerenah muslimin yang jenis ni. Tapi hakikatnya, sebab ini bukanlah 'real problem' kepada kelesuan gerakan muslimat, tapi hanya sekadar 'presented problem'. Realnya muslimat selalu berdepan dengan masalah krisis keyakinan diri, rasa rendah diri (inferior) yang tak bertempat, malu yang tak perlu dan juga dibuat-buat. Pergi lebih dalam lagi, muslimat sebenarnya selalunya sangat kurang membaca, kurang kemahiran. Inilah antara penyebab utama pada pandangan saya, gerakan muslimat tak boleh sekencang gerakan feminisme liberal yang lain, tak mampu pergi jauh memimpin dan membuat perubahan.

Justeru, muslimat perlu 'sedar' dan 'terasa' akan hakikat ini. Saya sendiri sebenarnya cukup-cukup terasa. Saya tahu ada insan-insan diluar sana yang mengatakan yang muslimat "POYO" , bercakap je lebih dari tindakan. Bercakap pulak kosong, tak berisi. Itupun kalau bercakap, berdozen-dozen muslimat hanya mampu menjadi tukang angguk dan tukang geleng sahaja dalam mesyuarat-mesyuarat penting, hingga kadang kehadiran mereka tak dirasai pun. Inilah antara agenda-agenda ujian yang menguji gerakan muslimat.”


Petikan ni ana ambil daripada blog kak nurul syuhada, zaujah Ust Syaari. Sangat setuju dengan pernyataan ni! Membawa ana utk berfikir panjang serta menganalisis. Benar! Muslimat selalu menjadi bahan dengan isu ‘lemah’.
Muslimat lemah.
Muslimat selalu rendah diri.
Muslimat senyap dalam meeting.
Muslimat cakap banyak sangat dalam meeting.
Muslimat tak thiqah di belakang muslimin.
Muslimat dq dulu vs muslimat dq uia jadi perbincangan.
Lagi? (tambah sendiri)

PERSOALAN (utk dijawab)

1)Ada senior ana katakan, muslimat banyak futur sebab bila dah kahwin, sibuk dgn anak-anak dan keluarga. Malah, perancangan sebelum berkahwin pun tidak diletakkan bagaimana kehidupan dlm perjuangan kita selepas memiliki keluarga sendiri.
Banyak kisah anak-anak terabai dek ibu dan ayah yang sibuk ‘berjuang’. Bagaimana agaknya kehidupan seorang muslimat menguruskan keluarga di samping tidak mengenepikan perjuangan? Muslimat fulltime?


2) Muslimat tak semuanya berani bercakap di hadapan. Yang tak berani, mungkin sebab rasa tak ckp ilmu, tak layak, rasa tak perlu, malu, takut idea tak bernas, soalan ntah ape-ape.

Monolog kebiasaan :
“Kalau aku tanya soalan, soalan ni simple je. Ntah-ntah semua org dah tau ”
“Kalau aku bgn jwb, jwpan tak semantap budak DQ yang lengkap dengan dalil, hujah, hadith”
“Kalau aku bangun, muslimin akan pandang aku dengan pandangan penuh kePOYOan mereka pada aku”
“Kalau aku bagi idea, mesti awal-awal lagi kena reject. Better aku dgr je idea org lain ”

“Kalau aku ………”
Banyaknya kalau..

Apa cara dan jawapan terbaik utk meningkatkan motivasi insan-insan yang bermonolog seperti ini?

3) Aku bersekolah di sekolah semuanya perempuan. Bila masuk DQ, pemikiranku agak jumud lantaran suasana di DQ begitu meng’attack’ku utk menyempitkan fikiran. Muslimat menjadi agak takut utk berhadapan dgn muslimin. Dalam kelas Bahasa Inggeris, aku rasa tak banyak muslimat bersuara utk menunjukkan skill mahupun kebolehan mereka. Aku tahu kenapa.. MALU dgn para hafiz Quran. Sesetengah Huffaz tidak suka utk melihat muslimat yg menonjol dan terkehadapan. Adakah thiqah, jaga pandangan, atau ego?

Apa cara terbaik utk muslimat berani ke hadapan dgn mengekalkan ke’izzahan mereka sbg srikandi Islam? Perlukah utk tampil di kaca mata televisyen dengan berfesyen semata-mata memenuhi syrat pihak TV utk memudahkan kita berdakwah pada org ramai?


4) ana pernah terfikir dan masih blm dpt jwpannya. Kalau muslimin kuat solat, akan ada tanda hitam di dahinya. Tapi ana tak pernah lihat tanda hitam di dahi muslimat. Kenapa ya?


5) katakan seorang muslimat ni mengalami penyakit ‘malu’ yg kritikal. Bercakap kat dpn pun malu, menulis ttg dakwah pun malu, bekerja pun malu. Agak-agak apa yg dia boleh buat utk membantu Islam?

Ada jawapan?
Jom kongsi

Allah-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi[1394] dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, QS 48. Al Fath :4.
Yaa.. Allah… berolehkanlah kami kekuatan dan kesabaran dalam beribadah kepada-Mu Allahumma Amiiiin

Saturday, May 2, 2009

Aku Hamlatul Quran

Bisikan ketenangan menyelubungi nurani, kesyahduan ku rasakan amat bererti, acap kali ku terdengar alunan suara insan-insan kerdil
membasahi lidah dengan kalamMu Ya Ilahi, tiada putus-putus mendampingi kitabMu, membaca, mentadabbur, meneliti ayat-ayat suci. Segolongan insan yang dihormati, segolongan insan yang dipandang tinggi, inilah insan yang bergelar Hamlatul Quran, iaitu pendukung kitab suci. Hamlatul Quran itulah aku!

Terngiang-ngiang di telingaku ungkapan kata yang penuh makna, yang hanya dapat dihayati oleh hati-hati yang suci. Wasiat Ibnu Mas’ud yang berbunyi..

“...seharusnya bagi seorang Hamlatul Quran itu mengetahui...
malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang
sia-sia, dan khusyuknya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia...”

Aku merenung sejenak, Hamlatul Quran...begitukah aku?

Kata-kata itu mengetuk fikiranku, menyentuh hatiku, menyedarkan aku dari lamunanku, betapa Hamlatul Quran yang hakiki adalah insan-insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan, mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dalam keperitan..Baru ku sedar, Hamlatul Quran..kau luar biasa!

Tatkala ku imbas kembali kisah silamku yang penuh dengan kelalaian, kealpaan, keseronokan seperti orang-orang kebanyakan, sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dengan diri yang dhaif ini..

Namun... Kau anugerahkan jua aku kemuliaan ini, menjadi salah seorang insan pilihanMu, di dalam dunia Hamlatul Quran yang penuh dengan janji-janji manis di akhirat nanti.. ibu bapaku bakal Kau pakaikan dengan mahkota sebagai hadiah pengorbanan mereka mendidik ku mengenali kehidupan insani.

Tidak mahukah engkau dibangkitkan dengan sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah yang berseri-seri? Hamlatul Quran, alangkah beruntungnya dikau..!

Sahabat-sahabat Al-Quran, sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu? Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi? Ataukah manusia yang yang masih bertakhta di sanubari? Ataukah kasih manusia yang masih kau dambai? Pernahkah kau rasakan
Al-Quran itu teman sejati? Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi..yang implikasinya tidak sama dengan realiti kehidupan Hamlatul Quran?

Sahabatku... ingatlah, kita dipertemukan kerana Al-Quran, ukhuwwah mahabbah yang terjalin ini atas nama Al-Quran, dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah aku seorang Hamlatul Quran yang sejati dan hakiki, sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi. agar kehadiranku di dunia ini dihargai. Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri. Sesungguhnya kehidupan di dalam dunia ini sungguh indah tidak terperi dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati. Lantas itu, ku pinta padaMu Ilahi, agar saat-saat akhir hayatku, alunan kalamMu jua yang mengiringi pemergianku.

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails