Followers

Sunday, December 20, 2009

Jom Bantu Ust Nazrey!!



Konsert Nasyid NAZREY JOHANI TOUR de TAHFIZ
16 Disember 2009 (RABU)
Main Hall CAC Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8 mlm - 12 mlm
artis yang hadir : NAZREY (ex-vokalis kumpulan RAIHAN), INTEAM, AL-GEBRA, & NICE

Assalamualaikum wbt..

Saya bukanlah peminat konsert, tapi dipujuk jua oleh Kak Jie utk ke konsert ni. Kak Jie pun bukan peminat konsert, tapi barangkali Allah telah menggerakkan hati kami utk ke konsert ini.

Persembahan dimulakan oleh artis-artis jemputan seperti kumpulan Nice, Algebra dan in Team. Saya tidaklah terlalu menumpukan perhatian pada persembahan tersebut krn sdg sibuk bermesej dgn adik-adik Kuantan. ^_^

Namun, apabila tiba giliran Ust Nazrey Johani, saya menjadi hiba dan sayu.
Ust bukan berkonsert saja-saja. Bukan utk dirinya, bukan utk mana-mana industri nasyid.
Tapi utk UMAT ISLAM.

Beliau pada malam tersebut meluahkan perasaannya dan menjelaskan mengapa dia keluar Raihan. Saya x pernah tahu dan x pernah ambil tahu. Cuma mmg agak terkejut dgn penarikan dirinya dari Raihan suatu ketika dahulu. Yang saya tahu cuma beliau ingin berdakwah.

RUPANYA beliau sdg dlm perancangan utk menubuhkan sebuah Kompleks Pengajian Tahfiz Bayu Syahadah di tanah kelahiran beliau sendiri, iaitu di Ranau Sabah. Beliau melakukan semua ini kerana kesedihan pada penduduk sabah yang tidak terbela dan semakin ramai yang murtad.
Ust Nazrey membaca sajak dgn penuh perasaan

Maklumat seterusnya ini saya dptkan dari blog lain:

Usaha ke arah mewujudkan pusat tahfiz ini telah giat dilaksanakan oleh beliau sejak keluar dari Raihan lagi. Alhamdulillah, usaha beliau sudah mula menampakkan hasil apabila berjaya mendapat tanah waqaf seluas 30 ekar di Ranau. Beliau turut mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk arkitek, kontraktor, ahli korporat, pemimpin setempat dan menteri.

Menurut beliau, keadaan pengembangan Islam di Sabah agak terbatas kerana hampir tiada madrasah atau pusat pengajian Islam di sana, tidak seperti di semenanjung. Beliau yang merupakan seorang saudara baru turut meluahkan rasa dukacitanya di atas beberapa kes saudara baru yang kembali murtad dan terdapat juga sebuah kampung yang keseluruhannya kembali murtad kerana kurangnya pengajian ilmu Islam dan pendedahan mereka terhadap agama Islam.

Kompleks pengajian tahfiz ini akan dibina berkonsepkan ala resort atau homestay di kaki gunung Kinabalu berhampiran sebatang sungai. Kami turut dipersembahkan dengan tayangan 3d cadangan rekabentuk kompleks tersebut yang turut dilengkapi rumah kakitangan, rumah musafir, rumah tetamu dan chalet.

Beliau meletakkan target untuk mengumpul sejumlah RM15 juta dan meletakkan harapan agar dapat memulakan operasi tahfiz ini hujung tahun 2011.

Semoga usaha murni beliau ini akan dipermudahkan dan diberi ganjaran amal jariah yang tak berkesudahan... amiinnn...



( Ust dan anaknya yang comel di atas pentas)


Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di blog http://www.tahfizsyahadah.blogspot.com/

atau di facebook: tahfizsyahadah
atau di twitter: tahfizsyahadah
atau email: tahfizsyahadah@gmail.com

Ini perjuangan orang lain, KITA PULA BAGAIMANA? TEPUK DADA TANYA IMAN……

Makna Hijrah Pada Siswa

SUARA SISWA : MAKNA HIJRAH PADA SISWA
STUDIO 1, ANGKASAPURI RTM
14/12/2009 - Isnin


Bismillahi wal hamdulillah…

Kali pertama menjejakkan kaki ke Angkasapuri tapi bukan kali pertama ke stesen TV. Saya bersama Kak Jie mengikuti rombongan UIA ke sana.
Wakil SRC, Kak Masyitah yang mana merupakan Timbalan Presiden SRC 3 UIA, dipilih utk menjadi salah seorang ahli panel dalam kalangan 2 lelaki lain.
2 panel lagi adalah pimpinan tersohor, TYDP Usim, Ust Najib manakala seorang lagi wakil UITM dari Lujnah Dakwah dan Kerohanian.

Pengalaman menarik, bersama Dr Fazley yang menjadi hos.

Namun, x banyak yg saya ingat isinya. Cuma antara point-point yang dibincangkan:
1) Makna hijrah pada siswa?
2) Perubahan bagaimanakah yang diperlukan?
3) Hijrah bujang kepada berkeluarga bagi siswa/siswi?
4) Hijrah bertudung kepada tidak? Mengapa begitu?

X dpt byk sgt point. Tu je kot (^_^)

Wednesday, December 16, 2009

pendakwahkah kita?

Kitakah Pendakwah?.. Satu Muhasabah Jujur


Seorang Da’ie – bersegera menunaikan Solat berjamaah apabila azan telah dikumandangkan

Kita – selalu melewatkan solat dan hanya sempat dengan saf beberapa detik sebelum Imam salam



Seorang Da’ie – mewajibkan dirinya agar tetap membaca Al-Quran setiap hari walau sedikit

Kita – sering terlupa membaca Al-Qur’an dengan beralasan sibuk dan membacanya sesekali setelah berlalu berhari-hari



Seorang Da’ie – amat memerhati dan menjaga masanya, tidak diisi secara sia-sia melainkan dengan sesuatu yang terancang dan bermanfaat

Kita – kurang member perhatian kepada masa, sering membuangnya dengan sia-sia dan melakukan banyak perkara secara kebetulan


Seorang Da’ie – selalu terasa dirinya diawasi oleh Allah, mengingati akhirat dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya

Kita – sering tidak terasa kebersamaan Allah, melupai akhirat dan kematian serta kerap menangguh-nangguh amal dan taubat


Seorang Da’ie – suka menghadiri halaqah ilmu, sangat mencintai ilmu dan Ulama’ serta berlapang dada dengan teguran atau nasihat sebagai proses peningkatan diri

Kita – cepat merasa cukup dengan ilmu yang ada, kurang bermotivasi dengan majlis ilmu dan sukar menerima teguran orang lain


Seorang Da’ie – rumahtangganya dihiasi dengan bi’ah solehah, persekitaran tarbiyah, hidup dengan sunnah dan ibadah serta meriah dengan hiburan Al-Qur’an atau nasyid-nasyid Islami

Kita – rumah menjadi sarang syaitan, kosong dari gema Al-Qur’an, hambar dari ruh ibadat dan sunnah, penuh dengan maksiat, hiburan, tayangan-tayangan televisyen yang merosakkan akhlak


Seorang Da’ie – menguasai diri, rasional, berlaku adil terhadap sesiapa pun dan menetapkan sesuatu dengan benar

Kita – sering dikuasai emosi dan marah sehingga membelakangkan keadilan, kebenaran atau kebaikan orang lain


Seorang Da’ie – jiwanya dipenuhi cinta dan kasih sayang, mudah memaafkan, berjiwa besar dan tidak pendendam

Kita – jiwa dirajai dengan benci, suka bermusuhan, sukar memaafkan, keras, kasar dan pendendam


Seorang Da’ie – menjauhi riba, berusaha seupaya mungkin memastikan setiap urusan muamalat terpelihara dari unsur haram dan syubhat

Kita – mencari-cari alasan bagi mengharuskan terjerumus dalam riba, memandang remeh dan tidak sensitive dengan perkara yang haram maupun syubhat dalam muamalat


Seorang Da’ie – memperuntukkan sebahagian harta yang dimilikinya walaupun sedikit untuk dana dakwah

Kita – tidak rasa pentingnya infak, tiada peruntukan untuk dana dakwah kecuali sekali sekala malah zakat (selain zakat fitrah)pun sering terabai


Seorang Da’ie – tahu menguruskan kewangan dan sentiasa menyimpan di masa senang sebagai persiapan di masa kesusahan mendadak

Kita – boros, tidak membudayakan tabungan, suka membuat pinjaman dan tidak mengurus kewangan secara berhemah


Seorang Da’ie – sentiasa berfikir, bangun, berdiri dan bergerak mengusahakan strategi demi strategi untuk menjayakan dakwah Islam

Kita – menunggu, menanti, mengharap keajaiban dan kebetulan dalam usaha menjayakan dakwah


Medan berbicara berbeza dengan medan berfikir, medan amal berbeza dengan medan berbicara, medan jihad berbeza dengan medan beramal, medan jihad yang benar berbeza dengan medan jihad yang salah


Sangatlah mudah bagi sebahagian besar manusia untuk berfikir. Namun tidak semua yang terdetik dalam benak fikiran mampu terungkap dengan kata-kata yang keluar dari lisan. Banyak orang yang boleh berbicara, tetapi amat sedikit di antara kata-kata ucapan itu tercermin dalam bentuk perbuatan. Masih banyak orang yang mampu berbuat amal, tetapi hanya sedikit yang mampu menanggung beban jihad yang begitu berat. Ada orang yang sanggup menanggung beban jihad, tetapi tidak ramai yang mampu berjihad dengan istiqamah!



Kesimpulannya, pendakwahkah aku?

Tuesday, December 15, 2009

Motivasi Usahawan

SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN & KEUSAHAWANAN
13 DISEMBER 2009
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
ANJURAN : JAKIM, MAIWP, ISMA & PEMBINA

Assalamualaikum wbt..
Sedikit perkongsian bersama sahabat-sahabat.

Saya tak pernah pergi ke seminar sebegini. Namun tiba-tiba tergerak pula hati utk pergi setelah diajak oleh Sarah Omar memandangkan tiada apa-apa yg hendak dibuat pada hari minggu sebegini.

Semenjak saya masuk Kuantan dahulu, saya mula terdedah dgn dunia bisnes. Saya kurang berminat dan tidak berjiwa bisnes. Namun, sedikit demi sedikit mentaliti saya berubah apabila bersama sahabat-sahabat saya menggerakkan bisnes HPA. Hebat betul sahabat-sahabat saya mencari duit. Sedikit sebanyak terkena juga tempiasnya pada saya.

Seminar ni mmg best. Suasana yang santai, penceramah yang pandai menyelitkan unsur humor tidak kering gusi dibuatnya.

Apa yang saya boleh simpulkan dari seminar ni, tokoh-tokoh usahawan Melayu Muslim yang dijemput ini byk memberi motivasi dan dorongan pada peserta supaya bergiat cergas utk menjadi usahawan yang berjaya.

INDUKSI HATI

Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada mereka. (Ar-Ra’d, ayat 11)

Ayat inilah yang menjadi sumber kekuatan kepada mereka utk berjaya. Sumber kekuatan yang pastinya diperoleh daripada Allah SWT. Bahkan mereka mengambil tokoh Abdul Rahman bin ‘Auf sebagai idola mereka.

FORUM BERSAMA JUTAWAN

Teruja saya apabila melihat panelis-panelis yang dijemput adalah dari kalangan JUTAWAN. Tambah teruja apabila mereka adalah MELAYU. Tambah – tambah teruja lagi mereka adalah MUSLIM. Tiada mengenepikan agama biarpun banyak harta yang dikendong.

Banyak perkara yang dibincangkan terutama dari segi pengalaman mereka. Saya tak banyak maklumat. Cuma byk take note hal motivasi. Mungkin kita boleh berkongsi serba sedikit. Tak semestinya apply utk menjadi usahawan sahaja, bahkan dalam apa jua aspek sekalipun.

• Kena ada BIG DREAM. So, kena pasang cita-cita yang BESAR supaya kita nampak apa yang kita nak kejar.
• Kena banyak MEMBACA supaya byk ilmu dan maklumat
• Nak berjaya memerlukan SIKAP DAN SEMANGAT luar biasa. Antara isu yang dibincangkan juga adalah berkaitan bangsa MELAYU yang byk dipandang rendah oleh org lain bahkan oleh orang Melayu sendiri.
• Kita perlukan LATIHAN DEMI LATIHAN utk berlari lebih laju dan kencang
• Latih mind-set, “MESTI HARD-WORK”
• AIM!! - utk menjadi TANGAN YANG BERADA DI ATAS bukan BERADA DI BAWAH
• SUNNATULLAH – “Bersama kesusahan itu ada kesenangan”. Ini apa yang Allah cakap. So, book awal-awal utk hidup susah dulu. Kalau senang dulu, nanti susah kemudian.
• Bergiat dalam bidang keusahawanan ni byk mengubah karakter kepada BERANI.


Mungkin itu sahaja kot. Wallahualam

Friday, December 11, 2009

Kembara Bermula Lagi...

Hati berbunga ceria

Saat kaki melangkah masuk

Perkarangan Taman Ilmu dan Budi

Yang menjadi tempat Kembara Ilmuku

Tak tergambar betapa indahnya

Suatu perasaan di persada sanubari

Apabila doa sekian lama

Dikabulkan Tuhan

Menadah doa dan harapan

Agar dimudahkan jalan mengutip bekalan

Di pesisir jalan-jalan yang bertebaran


Syukur Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran saya panjatkan setelah hajat yang sekian lama utk menuntut Ilmu agama di Gombak ini akhirnya dimakbulkan Tuhan. Berbulan-bulan saya istikharah dan bermunajat, supaya ditunjukkan jalan yang terbaik utk saya dan akhirnya inilah jawapannya.


KENAPA TUKAR KOS?

Kenapa? Saya perlu menjawab soalan ni yang ditanya berulang-ulang oleh sahabat-sahabat. Susah juga utk menjawabnya. Akhirnya, setelah habis membaca buku ‘Setengah Berisi Setengah Kosong yang dihadiahkan oleh Keluarga PRESSS semasa jamuan perpisahan dahulu, sy terjumpa satu puisi. Barangkali puisi ini mampu menjadi jawapannya.


Bukan titik yang menyebabkan tinta,

Tapi tinta yang menyebabkan titik,

Bukan cantik yang menyebabkan cinta,

Tapi cinta yang menyebabkan cantik.


Tak pernah terfikir oleh saya berkenaan ‘CINTA’ kepada kos yang kita ambil. Mungkin barangkali saya telah ‘terdoktrin’ oleh pernyataan yang mana mengatakan minat dah x penting, yang penting dpt go on. Bidang Matematik x pernah berada dalam senarai cita-cita dahulu. Cuma, apabila dah dpt kos Sains Fizikal, saya cuba memberi peluang kpd diri sendiri dahulu utk mencuba, mana tahu kalau ini yg terbaik buat saya. Tapi nampaknya tidak. Saya tidak dpt ‘menjiwai’ dgn baik kos yang sy dpt ini. Lantas, sy tekad utk tukar kpd kos yang menjadi cita-cita saya ini.


Orang bijak pandai pernah berkata: Pilihlah ilmu yang lebih menarik dan sesuai dgn hatimu, kerana kejayaan dalam belajar bergantung kepada keinginan dan kemudahan ilmu itu”.


PERASAAN

Suatu yg tidak dpt nak digambarkan. Seorang diri saya memasuki perkarangan UIAM Gombak ini, seperti tidak percaya yang saya telahpun menjadi pelajar IRK. Hati berbunga ceria. Dalam batch DQ gen 7, nampaknya saya seorang sahajalah yang menjadi wakil dalam kos ini. Urusan saya mendaftarkan diri dibantu oleh sahabat saya, Syuhada yang juga pelajar IRK.


HIKMAH

Sesuatu perkara yang berlaku dlm hidup kita pasti ada hikmahnya. Dan Allah telahpun menetapkan kedudukan terbaik buat hambaNya. Biarpun perlu berada di Kuantan selama satu sem, ianya memberi pengalaman yang terindah dlm hidup saya. Sekurang-kurangnya dpt merasai tempat ilmuan pelajar Sains yang bijak pandai ini. Tidak perlu tk dibandingkan antara Kuantan dan Gombak, kerana masing-masing membawa perwatakan tersendiri. Ada pro dan ada kontranya.


SYAHDU

Alunan merdu suara imam kedengaran dari masjid Uia dgn bacaan pelbagai Qiraat. Membuatkan saya teringatkan suasana di DQ dulu. Terubat rindu utk solat di masjid. Berdampingan dgn rumah Allah memberi ketenangan pada jiwa. Ketika di CFS dan UIA Kuantan, kadar utk solat di masjid sgt terbatas. Tapi di sini, masjid menjadi tempat lepak para pelajar dan juga persinggahan sebelum menunggu kelas bermula.


RINDU

Sudah pasti bayangan sahabat-sahabat lama bertandang di ruang legar ingatan ini.Kerinduan hadir, namun kita perlu fahami putaran kehidupan memerlukan kita optimis terhadap kehidupan kita sekarang. Riak wajah student Uia di sini mudah utk tersenyum apabila bersua biarpun saling tidak mengenali.


Kembara Ilmu bermula

Mengutip permata menagih mutiara

Agar tersemat di kalbu

Membentuk diri pejuang sejati

Takkan luntur dek hujan

Takkan goyang dek ribut

Atur langkah dgn teliti

Supaya tidak menyesal di kemudian hari

Tuesday, November 24, 2009

IBRAH NUR KASIH





Bismillahirrohmanirrohim.

“Tak Kembara ke mana ke cuti ni?”, soal Ustaz Syauqi, mengajar BTQ saya dulu.
“Taklah Ust. Musim Tengkujuh sekarang. Kembara minda aje”, jwb saya.

Alhamdulillah, sekarang dah bercuti. Tak kembara ke mana-mana. Cuma mengadap laptop tiap hari. Lagipun dah lama tak selongkar bahan-bahan mengisi minda ni.

Entry kali ni saya bawakan satu cerita yang diminati ramai, iaitu NUR KASIH. Pada mulanya saya tak berminat utk follow cerita ni semasa masih di kampus. Entah apa yang best sangat hingga dibualkan oleh ramai penduduk kampus. Kawan2 pun download setiap kali berlalu setiap episode. Boleh tahan jugak penangan Nur Kasih yang menjadi kegilaan ramai ni. Sampai ada yang bagi nama anak pun Nur Kasih.




Bila dah mula cuti, saya mengumpul buku-buku dan movie2 utk mengisi ruang kosong saya. Buku masih belum disentuh sebab sibuk dengan Nur Kasih nilah. Hampir 4 hari saya menghabiskan masa utk menonton kesemua 25 episod. (ni mesti ada yang geleng kepala ni). Sekarang musim tengkujuh. Setiap hari hujan. Tambah-tambah seronok tgk movie sejuk2 camni.

SYURGA CINTA



Sebelum saya tgk Nur Kasih, saya tgk Filem Syurga Cinta. Mesejnya sama dgn Nur kasih, bertemakan keinsafan menemui Tuhan. Cuma Syurga Cinta bukan bersiri. Ikut rating, saya bagi Syurga Cinta 2/5. Ada dpt dikesan, kesilapan pada skripnya. Yang sepatutnya menjadi hadith, dikatakan ayat Quran.

TALK FOLLOWED BY ACTION

Cerita Syurga Cinta ni kurang memberi kesan bagi saya. Sedang bercakap ttg Tuhan, tapi dalam keadaan berpakaian ketat. Bercakap ttg haram berdua-duaan, tetapi dalam keadaan berdua-duaan. Pelik kan?

Walau bagaimanapun, filem-filem bercirikan Islam ini perlu lebih menuruti Syariat Islam khususnya dari sudut aurat wanita. Saya bukan seorang pembikin filem. Namun pendedahan aurat yang berlaku dalam filem ini tetap mencalarkan sedikit nilai Islam menelusuri filem ini.”

- Ust Hairul Nizam. Kata beliau sewaktu mengupas filem bila cinta bertasbih. (http://hairulnizammathusain.blogspot.com/)

Filem sebegini sebegini sebenarnya adalah sbg medium dakwah. Mad’u moden belum tentu nak baca buku-buku agama, apatah lagi nak gerakkan kaki pergi dgr ceramah agama. Cerita yang berkonsepkan cinta sesama Insan menjadi tarikan kpd para remaja mutakhir ni. Malahan, lambakan novel pun byk menyelitkan unsur cinta. Alhamdulillah, semakin lama semakin byk novel dan cerita Islamik. Baguslah kalau ianya diniatkan utk membimbing masyarakat ke arah mencari erti hidup bertuhan. Bukan semata-mata mencari keuntungan duniawi.

Bila tgk cerita ni, benarlah kata Allah dalam surah As-Soff, ayat 2-3.

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan”.

Menyeru diri sebelum menyeru mad’u. Kalau mcm tu, sampai bila nak berdakwah kalau tunggu diri nak jadi betul2 baik?
Seiringkanlah. ‘Islah Nafsak wad’u ghoirok’. Perbaiki dirimu, dan serulah org lain. Kita menyeru diri kita pada masa yang sama kita menyeru orang lain. Tapi bila cerita ini ditampilkan sebegini, penonton akan jadi keliru, apatah lagi yang tidak mempunyai kefahaman yang mendalam ttg agama. Sebaiknya, apa yang dicakapkan, kemudian dibuat. Barulah tak keliru penonton yang menengoknya.

Eh! Jenguk- jenguk laman Abu Saif ni, terjumpa plak entry ni. Jadi saya masukkan sekali


Jodoh ada tiga jenis jodoh.
Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.
Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.
Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.

Dialog di atas adalah kemuncak kepada perjalanan kisah yang dipaparkan oleh filem SYURGA CINTA arahan terkini Pengarah Ahmad Idham. Saya suka kepada dialog itu kerana ia meninggalkan sesuatu yang boleh dipegang oleh penonton sebagai teladan yang mahu diambil daripadanya.


-Bersahaja, tidak berputar belit di dalam falsafah, senang dan dekat dengan kehidupan sebenar masyarakat kita.

Masalah skrip.

- Jalan ceritanya amat baik. Masakan tidak, saya sendiri berusaha menetapkan satu masa untuk menontonnya kerana jalan cerita yang dipromosikan oleh media.
Tetapi idea dan jalan cerita yang baik itu dimanifestasikan oleh dialog-dialog yang menunjukkan longgarnya kesungguhan panel skrip MIG membuat kajian agar ia tidak keterlaluan menjauhi dunia sebenar.

- Saya kira, cukuplah sekadar idea pergaulan bebas, alergik dengan orang bertudung dan kegemaran clubbing dipaparkan secara ala kadar. Tetapi tidak perlulah sampai menjadi kurang ajar yang bukan sahaja dalam konteks masyarakat Melayu Muslim di Malaysia, malah di kalangan English dan Londoners pun ia dikategorikan sebagai kurang ajar, dan bukannya being English atau Londoners.

- Tiada diskusi atau perbualan antara Irham dan Cikgu Syuhadah yang mempunyai impak anjakan paradigma.
Tidak dilupakan, kualiti dialog yang berlangsung di antara Irham dan Imam (lakonan Wazata Zain) di sebuah Surau.


- Luahan hati Irham itu amat baik, tetapi nasihat yang diberikan oleh Imam ideanya mustahil dapat meredakan keserabutan fikiran anak muda seperti Irham. Ia berbelit-belit dan tidak jelas mesej yang hendak diberikan kepada Irham. Saya sendiri sukar menangkap apa sebenarnya yang cuba dinasihatkan oleh Imam berkenaan kepada Irham.


- Malah terdapat kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku apabila Imam mengatakan sebuah Hadith Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam sebagai Firman Allah dari al-Quran.

“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu. Tetapi Dia memandang hati dan amal kamu” [Hadith riwayat Muslim]


Ia sebuah kecuaian yang mencacatkan kualiti idea dan dialog sebuah filem.

- Akan tetapi saya memuji keberkesanan lakonan Awal Ashaari semasa Irham tertekan dengan pelawaan kawannya untuk meminum arak pasca kesedaran dirinya. Dalam keadaan yang keliru dan bingung, Irham hampir kalah dengan pelawaan itu tetapi tanpa sengaja beliau telah membaca Bismillah sebelum menonggang air setan itu, dan ia mengejutkan dirinya sendiri.


- Kespontanan yang dipaparkan, melekat di kepala penonton.
Secara keseluruhan, saya berpandangan bahawa filem SYURGA CINTA adalah sebuah percubaan yang sederhana. Namun setelah membaca di review di internet, saya dapati begitu ramai penonton yang menyukai filem SYURGA CINTA ini dan terkesan dengannya.


-Suatu pencapaian.
Semoga kelompongan yang ditinggalkan, diisi sebaik mungkin, sehabis baik.


Alhamdulillah, saya juga bersetuju dgn pandangan Ust hasrizal. Yang paling menarik cerita ni, saya suka tgk gelagat adik Haziq, memegang watak sebagai Ikmal. Memang mencuit hati.

NUR KASIH




Pertamanya, syabas kepada pengarah filem ini, Kabir Bhatia, anak kelahiran New Delhi kerana berjaya menghasilkan satu filem yang amat baik. Saya bagi rating 4.5/5. Drama Islamik selalunya banyak daripada negara jiran kita,Indonesia. Seperti Aqso dan Madina. Ttp drama Indonesia banyak membawa rentak yang sama, iaitu banyak org iri hati dgn kebahagiaan malahan banyak pulak episode membuatkan penonton jadi boring.


Nur Kasih ini bertemakan kekeluargaan. Hubungan ayah dan anak yang penuh konflik, suami dan isteri yang dinikahkan secara paksa, juga perhubungan sesama ipar duai yang kadang2 diuliti dgn fitnah. Bagi saya, cerita ini membawa suatu yang realistic dalm kehidupan kita seharian. Banyak ibrah atau pengajaran yang blh kita ambil dari cerita ini. Bukan sekadar menonton secara suka-suka.

SENI DIDIKAN

Dalam satu keluarga, lagi banyak anak, lagi banyak ragam. Allah jadikan anak sebagai penyeri ataupun ujian kepada sang ibu dan ayah. Namun, tak wajar kalau ibu dan ayah nak membandingkan dan menyamakan kesemua anak mereka. Setiap anak akan membawa watak yang berbeza, minat yang berlainan, sikap dan cita-cita yang tidak sama dgn adik beradik yang lain.

Adam berbeza dgn Aidil. Adam lebih nakal, tak suka mengaji. Namun, dalam kekerasan hatinya, dia masih sanggup menyerahkan rotan kepada ayahnya utk merotan dirinya. Kalau zaman sekarang lebih memilih utk lari dari rumah biarpun dimarah dgn sedikit. Kebiasaannya itulah didikan cara dulu. Guna rotan utk mendidik. Dari sudut satu pandang sisi, Hj Hassan mengatakan sepatutnya dia memilih utk merotan Adam sebagai pilihan yang terakhir, bukan yang pertama. Tapi dia memilih yang pertama. Sebab tu Adam jadi begitu.

“Adam dan Aidil tak sama.
Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga.
Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang.
Malah jadi layu.
Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur.
Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…” (Hajjah Khadijah)


Tapi dari sudut pandangan yang lain, rotan itulah yang membuatkan Adam sedar ttg manfaat cara didikan ayahnya dahulu. Biarpun Adam menemui jalannya setelah kematian ayahnya, sekurangnya dia menemui jalannya sebelum dia mati. Ayahnya pasti bangga biarpun telah tiada.

Saya pernah ditanya oleh sahabat saya, Siti Munirah. Macam mana cara didik anak yang sebenarnya? Tegas takut jauh dgn kita, lembut sangat takut manja sangat. Last-last pijak kepala kita.

Saya teringat satu kata-kata oleh kakak saya yang sedang menjadi guru praktikal. Teacher Soli orang panggil dia. Kakak saya mmg tegas semasa mengajar, tapi prinsipnya Tegas tapi approachable’. Saya bersetuju.


Saya banyak mengikuti perkembangan dan penulisan Ust Hasrizal. Kedua-dua buku Aku Terima Nikahnya telah saya khatam. Malah ayah saya pun memuji ttg penulisannya yang santai setelah saya menghadiahkannya buku Bercinta Sampai Syurga.


Kata Ust, Sentuhan kasih sayang ibu dan bapa kepada anak-anak harus betul terjemahannya. Dengan terjemahan perbuatan yang salah untuk memberi makna kasih sayang, kurnia boleh jadi bala. Kebaikan boleh berakhir dengan keburukan.”

Memilih utk memahami anak-anak lebih baik daripada terus menghukumnya. Langkah yang lebih baik, adalah menjadi kawan kepada anak kita bila dah sampai usia yang matang. Saya kagum dgn seorang sahabat saya, Ainun. Baginya cukuplah ibunya sebagai tempai perkongsian segala-galanya. Dia tak perlu utk mencari orang lain utk mencari tempat meluahkan perasaan.



Tiada nikmat hidup seindah peluk restu seorang ibu
Tiada nikmat hidup seindah azimat kata seorang bapa
Tiada nikmat hidup seindah setia seorang isteri
Tiada nikmat hidup seindah doa seorang anak
Aku tidak meminta dunia dari-Mu ya Allah.
Cukuplah sekadar nikmat-nikmat itu
Menemani nikmat beriman aku kepada-Mu

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Seni didikan adalah cukup penting. Kerap mencederakan emosi anak-anak tanpa memberi sebab yang rasional membuatkan anak menjadi semakin jauh dan jauh dgn kedua ibu bapanya. InsyaAllah, jadikan pengalaman sbg anak mahupun sbg ibu bapa utk mencari jalan bagaimana utk menjadi ‘kawan’ kepada anak kita sendiri.

TADHIYAH/PENGORBANAN

Ciri ini ditonjolkan oleh watak Aidil, abg kpd Adam. Aidil berkorban utk adiknya sejak dari kecil lagi. Meskipun ayahnya menyebelahi Aidil yang berwatak baik, namun tidak diketepikan adiknya yang nakal dan sering juga menyakiti abgnya sendiri. Tidak hanya berkorban semasa kecil, namun apabila telah dewasa juga berkorban utk Adam seseorang yang dicintainya, Nur Amina. Sesuatu yang sukar utk dilakukan, namun terpaksa akur pada keputusan ayahnya. Aidil juga yakin, akan nada pengganti yang lebih baik utk dirinya.

Watak Aidil tenang. Tenang dalam berbicara, semasa senang mahupun semasa susah. Saya kagum dan selesa dgn watak ini. Nasihat-nasihat yang dilontarkannya ckp baik bahasanya dan berkesan di hati. Tahniah pada penulis skrip yang bekerja di sebalik tabir.

Pengorbanan bukan suatu yang mudah. Kalau dalam Ukhwah, setinggi-tinggi ukhwah adalah ithar. Saya ambil dari novel Terasing, karangan Hilal Asyraf, ‘Ithar dan bersangka baik memerlukan iman utk melakukannya’. Ya, memerlukan kekuatan iman utk melakukannya. Memikirkan kepentingan dan kebahagiaan orang lain, tidak mudah utk kita melakukannya. Tetapi tidak sukar sekiranya hubungan kita bertaut erat dgn Tuhan.

Lepas berkorban, kena fitnah lagi. Itulah hakikat kehidupan. Buat baik tak semestinya dibalas baik. Tapi tu dari manusia. Kalau dari Allah, buat baik cnform Allah bagi ganjaran. Kalau tak di dunia, pasti di akhirat.

KEREDHAAN

Watak-watak dalam ni kerap meminta maaf, dan meminta redha sesama mereka. Anak-anak menunjukkan penghormatan yang tinggi pada seorang ibu. Tengok pada watak Mak Jah, seorang ibu tunggal. Seronok apabila tengok kedua anak yang soleh begitu menjaga hati dan perasaan seorang ibu.

Malah pada watak Nur, meskipun marahkan suaminya, tetap pergi jauh dalam keadaan meminta redha suaminya. Dan ketika suaminya begitu membencinya, masih lagi menghulurkan tangan utk memohon kemaafan dan keredhaan seorang suami.

Keredhaan kedua ibu bapa adalah punca keberkatan dalam hidup kita.

Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.

Pernah merasakan hidup tak menjadi? Cuba fikirkan.

Jika kita mengalami kehidupan yang sempit lagi serba tak menjadi, hendaklah diperhatikan hubungan kita dengan ibubapa. Ini kerana seorang anak yang berada di bawah keredhaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi lapang lagi mudah hasil daripada keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepadanya. Sebaliknya seorang anak yang berada di bawah kemurkaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi sempit dan serba tak menjadi, disebabkan kemurkaan Allah kepadanya.

NUR

Bukan watak Nur yang saya maksudkan. Tapi Nur Hidayah. Cahaya petunjuk dari Allah.

Adam dan Katrina memegang watak ini. Menemui keinsafan setelah ditimpa musibah. Di sinilah cerita ini memberi mesej bahawa sebarang musibah yang diberi Allah SWT adalah sebagai sentuhan teguran daripada Allah SWT utk menyelamatkan kita daripada terus tenggelam dalam kelalaian.

KUPASAN DARI SUDUT TASAWUF
http://aidaqelantani.multiply.com/

Secara umumnya, Allah s.w.t. menimpakan bala dan musibah kepada seseorang kerana tiga sebab, sesuai dengan jenis orang yang ditimpa musibah tersebut.

Pertama: Andainya Allah s.w.t. menimpakan musibah dan bala kepada golongan musuh Allah s.w.t., dan golongan yang bersikap sombong dengan Allah s.w.t., dari kalangan orang-orang kafir dan golongan fasiq, maka ia merupakan suatu bentuk azab dan siksaan dari Allah s.w.t. yang dikenakan kepada mereka di dunia lagi.

**(relate dgn Nur Kasih)
Kedua: Andainya Allah s.w.t. menurunkan musibah kepada orang-orang mu'min yang kurang beradab di hadapan Allah s.w.t., dengan melakukan pelbagai maksiat, maka ia merupakan peringatan buat mereka supaya mereka kembali kepada Allah s.w.t., dan kembali beradab di hadrat Ilahi s.w.t. dengan mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ia merupakan suatu kenikmatan dalam kesulitan.


Ketiga: Andainya Allah s.w.t. memberi musibah kepada golongan khawas (orang-orang soleh) atau golongan khawasul-khawas di kalangan hamba-Nya, yang sentiasa menjaga adab dengan Allah s.w.t., maka musibah tersebut merupakan pintu-pintu untuk meningkatkan darjat mereka di sisi Allah s.w.t., dengan kesabaran mereka.

Banyak lagi yang boleh kita rungkaikan, namun cukuplah setakat ini dahulu. Ambillah mana teladan yang baik, tolaklah mana yang tidak baik. Cerita ni menyejukkan mata pada pakaian muslimatnya, cuma ada juga beberapa babak yang pada episod awal yang kurang baik.
Wallahualam, selamat menonton.

Tuesday, November 10, 2009

Only for genius student!!



p/s: yang ni utk org yg genius je. Yang baru nak belajar jgn ikut

Relax Minda



Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung
Rambutan.

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan
melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan
Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk
pemeriksaan terakhir.

“Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau
Ahmad jawab eluk saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu
sini sedikit masa lagi” Terang Doktor pada Ahmad.

“Baik Doktor Ahmad sedia menjawab” jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke
dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor).

“Awak nampak cahaya tu” tanya Doktor

“Nampak Doktor” jawab Ahmad tersenyum.

“Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad” arah Doktor tu pada Ahmad.

“Kat Dinding tu?” tanya Ahmad tersenyum.

“Ye laaa” jawab Doktor.

“Hi hi hi saya tak gila lah Doktor……tak nak lah saya buat..” jawab Ahmad

“mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini…awak lulus ujian saya..” Doktor
berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu
gate.

“Tunggu tunggu Ahmad” Doktor memanggil balik Ahmad.

“Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?” tanya Doktor tu sebagai
soalan terakhir.

“Hi hi hi…Doktor ingat saya bodoh ker Doktor…..kalau saya
panjat…..saya pegang cahaya tu….Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu
saya akan terjatuh…” jawab Ahmad selamba

“mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad” kata Doktor pada Ahmad.

“Baik nya doktor…..” sukanya hati Ahmad.

Belajarlah berkata cukup & bersyukurlah


Sumber: I Luv Islam
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh.


Minggu lepas saya sempat menonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top-top. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk. Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba-tiba Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh-gocoh & sibuk meminta maaf, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia. Mana taknya, sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang), "saya harap ini tak pernah terjadi".

Kuasa Magik

Rupa-rupanya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya. Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba-tiba datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata; "some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta). Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu?

Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak? Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata-mata. Tapi perkara ini sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam-macam dan seolah-olah itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita?

Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita? Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharapkan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang-kurangnya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan? Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

We Are What We Wish For

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak. Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru-baru ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat.

Ibu mana yang tidak kasihan melihat anaknya susah hati? Suatu hari, ibu saya beritahu saya yang dia tiap-toap hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah... Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah?


'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki. Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana ia akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar? Masa saya grad, ekonomi negara sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada overtime(OT). Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110 SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan, dah habis duit gaji. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Tidak Pernah Cukup

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul-betul saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga! Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan-kawan saya berlumba-lumba masuk syarikat lain yang menawarkan gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan-rakan saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja. Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Bagi saya, yang penting adalah apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati.

Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada setiap hari. Peringatan ini benar-benar terkesan dalam hati saya. Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang-bayang. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang-bayang) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya. Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain atau dapat tambah OT. Dah banyak dia apply tapi tak dapat-dapat sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup.

Namun, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba-tiba dia dapat banyak OT. Hari-hari balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit sebelum ke tempat kerja. Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hanya hari Ahad dia dapat rehat. Bila nak main-main dengan anak-anak? Ke masjid pun hari Jumaat sahaja. Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala-galanya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara-saudara semua juga melalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup? Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Berdoalah kepada Allah, moga-moga Dia berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin... Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup...

Tuesday, November 3, 2009

Berhentilah Mengeluh..

9.22 am - Rabu - 4 Nov 2009



Hujan yang pada mulanya renyai-renyai makin lama makin mencurahkan isinya..
Flora dan fauna tersenyum gembira.. Terasa rahmat apabila hujan turun. Terasa dekat dgn kasih-sayangNya
Awan mendung sejenak, namun tidak selamanya. Kembali cerah setelah selesai menunaikan kewajipannya utk menurunkan hujan.. Subhanallah...



Dengan iringan lantunan suci ayat-ayat alQuranulkarim
Aku merenung sedalam-dalamnya dari manakah datangnya titisan-titisan air yang putih jernih ini..
Ketika ini seluruh alam mendapat nikmat daripada Siapa yang menitiskannya
Tidak termampu oleh mana-mana tangan makhluk melainkan daripada Pencipta makhluk ini sendiri...



Duhai Manusia...
Tidak termampu olehmu utk menghitung segala nikmat Allah
Nikmat Allah yang bersifat infinity..
Diberi pada sekalian makhluknya tidak kira mereka beriman ataupun tidak..


Duhai Manusia,
Terkadang hidupmu diuliti kegembiraan
Terkadang sebaliknya
Berapa banyak hidupmu diuji berbanding diberi nikmat
Syukurmu sedikit
Keluhanmu banyak


Berhentilah mengeluh!!
Usah ditangisi apa yang kian luput darimu
Kejarlah iman dan taqwa
peneman hidupmu di alam selepas engkau menutup mata kelak



Duhai diri...
kenangkan betapa Allah kasihkanmu
Allah lebih dekat dan tahu apa yang kita perlukan
Melihat apa yang terjadi
Dengan mata hati
Kasih Allah datang bersama ujian
Teruskan merintih padaNya
tapi bukan mengeluh



Berhentilah mengeluh...
Hidup ini bukan utk dikeluhkan
tapi utk disyukuri...

Kembara Sufi Mengatur Langkah

**** Post kali ini saya ambil dgn izin dari blog http://www.pemudaiman.blogspot.com. Blog ini adalah hasil penulisan barisan penulis-penulis yang berjaya, bekas pelajar Sek Men Keb Agama Kedah. Dua daripada semua penulis adalah Ust Syauqi, mengajar saya BTQ di CFS dan Ust Nasser Seman, mengajar bahasa Arab semasa ting 3 di SMKAP dulu. Post mereka kali ini berkebetulan dgn nama pena saya, Kembara Sufi. Jom sama-sama hayati. Di samping tu bolehlah follow blog pemudaiman yang sgt mantap ini!!************

..‘Hiduplah di dunia seolah-olah kamu seorang pedagang atau pengembara’

Sedar tak sedar sudah hampir 32 tahun = 11,520 hari = 276,480 jam saya telah mengembara di dunia fana ini . Dari seberat +- 3 kg hinggalah mencapai 70kg . Dari bayi yang hanya tahu menangis ke seorang guru . Mulanya kembara bersama ibu+ayah , kemudian diringi rakan taulan , kini membawa anak dan isteri menyertai permusafiran yang belum ada noktah hentinya .

Bagaimanakah anda ?

Ya ! kita pedagang yang sedang bermusafir .. mencari erti diri seorang hamba ..mencari hakikat kehidupan .. mencari cinta Yang Maha Mencipta .. kita terus mencari dan mencari . Dalam pencarian ini kita ;perlukan bekalan buat penghilang lapar dan dahaga panasnya mahsyar ,perlukan teman buat pembimbing diri yang pelupa akan adanya pembalasan.

Saya bersyukur kehadrat Ilahi mempunyai teman yang sentiasa mengingatkan betapa diri yang pelupa ini perlu mencari harta ukhrawi yang bertebaran di dunia ini . Biarpun berjauhan namun nama ini tidak dilupakan untuk menaiki bahtera mengharungi kembara yang belum sampai ke perhentiannya . Panggilan sahabat makan malam untuk sama-sama mencatat tinta ilmu dan pengalaman dalam alam maya memulakan satu kembara yang baru dalam hidup walaupun kadang-kadang terfikir apa yang hendak dikhabarkan ? apa yang hendak dikongsikan ? apa pengalaman bernilai ? Namun seperti kata Pak Lan lebih baik kita jadi orang yang telah buat dari terus menerus berfikir nak buat .

Biarpun berlari-lari anak namun akhirnya sampai jua dari asyik duduk menunggu untuk memecut . Kalau lihat pada binatang .. paling letih sekali bila melihat sloth bergerak , teramat lambat biarpun besar .Ia memerlukan selama 1 bulan untuk bergerak sejauh 1 batu . Namun ia terus bergerak , berjalan , mengembara tidak menunggu sahaja dek kelemahan yang ada pada dirinya .

Begitulah juga dengan kita , jangan hanya menunggu untuk sesuatu berlaku ke atas kita barulah kalut , gelabah ..... bila maut nak menjengah barulah teringat bekalan itu ini ... Ingatlah kembara kita ada penamatnya .. kelak ia akan tiba . Bila ? Dimana ? Bagaimana ? hanya Dia yang mengetahui .


Sufi !! Mengapa sufi ? Sekadar istilah yang diberi, nama yang diletakkan . Menempuh perjalanan dalam dunia moden kini memerlukan banyak pedinding dan ketahanan . Para sahabat menitiskan air mata hanya dengan mendengar alunan ayat al-quran akan tetapi hati-hati yang moden ini sukar . Ibarat tanah yang gersang perlukan hujan yang berterusan . Begitulah kita dalam dunia yang terlalu mudah memperoleh dosa , teramat luas ruang untuk berpahala . Menghadapi rencam kehidupan kini kita perlu menyucikan hati , membersihkan jiwa , menguatkan amalan agar kita berada di landasan yang lurus .

Sufi !! untuk membetulkan fahaman agar tidak disalaherti . Tidak semestinya sufi itu perlukan syeikh tertentu , tidak benar sufi itu perlukan wirid-wirid yang istimewa , tidak betul jika sufi itu hanya ilham dan makrifat . Kita semua adalah sufi hakikatnya; selagimana kita berkelana berbekalkan al-Quran dan as-Sunnah , selagimana berjuang untuk meninggikan kalimah Allah , selagimana hati-hati kita masih berpaut dengan tali Allah ..


Kembara sufi ; pengembaraan kita seharian menuju keredhaan Allah . Biarpun kita hanya bergerak ke tempat yang sama saja ,biarpun kita hanya pi mai pi mai tang tu namun setiap detik perjalanan hidup kita adalah kembara yang dicatat dalam diari raqib dan aatid .


Kita tidak sedar yang kita sebenarnya datang dari tempat yang jauh dan kini semakin hampir untuk kembali ke sana . Bertambahnya umur tanda singkatnya perjalanan yang bakal ditempuhi , bekalan perlu dicari , pusaka harus diwarisi moga tinggalan kita ada gunanya nanti . Gunakanlah tanda itu sebaik-baiknya . Sedarkah kita ! hanya pedagang di dunia yang dipinjamkan menuju akhirat , rumah yang kekal abadi .

Thursday, October 29, 2009

Untukmu ~ CTS

Mmg dah lama sgt x menulis. Langsung x ada idea. Tapi kali ni ada permintaan dari Nadiatul Ajeerah. Katanya nak tajuk "Patah Tumbuh Hilang Berganti".

Hmm.. saya tak ada idea ttg tu. Sbb tajuk tu mcm sesuatu yang x pasti lagi. Cuma bolehlah kalau nak berkongsi ttg pengalaman saya di CFS dan CTS. (dkt2 kan bunyinya).

Sewaktu di CFS, saya menyandang jawatan kecil dalam PRESSS (Pre-Sciences Society) yang mana menggabungkan jurusan sains fizikal dan sains biologi. Saya tidak pernah berhasrat utk mengambil jurusan Sains Fizikal. Tapi apabila memikirkan agak ngeri utk mengambil Subjek Biologi, maka saya meneruskan kudrat utk berada dalam jurusan ini. Inilah satu-satunya subjek yang tidak ada Biologi.

Kenangan mmg byk. Apatah lagi apabila terbabit dgn persatuan. Saya menyertai insan-insan yang bertanding pada malam AGM setelah dimasukkan nama oleh Commitee pada malam Presss Night. Asam garam kehidupan mentadbir, mengurus, berhadapan dgn situasi-situasi getir, itulah yang manisnya apabila berpersatuan.

Kejayaan berpersatuan saya tak nilai dari banyaknya program. Tapi dari segi nilai program itu sendiri. Adakah mampu membawa hati-hati manusia ke jalan Allah ataupun sebaliknya.

Di sinilah tempat utk kita mengaplikasikan teori. Antara teori yang paling banyak orang gagal adalah pengurusan masa. Termasuklah saya. Justeru, dgn kegagalan ni ramai yang memandang persatuan byk memakan masa study dan rendah status akademiknya.
bagi saya tidak. Sbb orang yang sibuk adalah orang yang paling banyak masa. Semakin sibuk, semakinm dia sedar yang dia tidak punya banyak waktu dan sekalugus akan memanfaatkan waktunya dgn baik.

Berprogram mmg meletihkan. Kadang-kadang membawa kpd pertelingkahan. Orang bermasalah itu ini. Kadang-kadang malas, kadang-kadang rajin. Serabut dgn akademik lagi. Ahli dengan perangai camtu, camni. Tapi, bila kita dah biasa hadapi, insyaAllah dan boleh handle dgn tenang. Itulah pergolakan hati insan. Tak akan sama. Bak kata pepatah, Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Menjelang Tahun Kedua, adik-adik baru masuk. Keluarga PRESSS makin besar. Keadaan AGM (Annual General Meeting) agak kelam-kabut apabila tersalah umum beberapa nama pimpinan baru yang akan naik. Maklumlah, byk ajk, banyak tangan. Lain keputusan, lain yg diumum. Lepas habis AGM, semua pakat bincang. Buat sharing moment. nak bgtau or tak nak. Lebih kurang 2-3 orang yang tersilap. Presiden pulak buat keptusan nak tkr kos ke ICT. Sume jadi serabut. Headcom DnT pulak buat keptusan tiba-tiba nak tarik diri dari jadi AJK. Huhu. Macam-macam. Akhirnya macam mana?

Akhirnya, kami teruskan juga dgn committe yang tersalah umum. hasilnya? Alhamdulillah, semuanya ok. Malah sangat rajin dan berwawasan. Presiden pulak akhirnya tidak jadi tukar kos (mmg x ttp pendirian) dan Headcom Dnt meneruskan utk menarik diri menjadi commitee.

Banyak lagi kisah lain. Tapi yang dtg melintas waktu ni yg tu lah.

Honestly, tak susah sewaktu sy mentadbir PRESSS dulu. Tak banyak ragam. Malah dari segi AJK pun terutamanya di sebelah muslimat saya dpt rasakan keterikatan sbg ahli keluarga. Terima kasih buat semua sahabat dan adik-adik2 tercinta. tak lupa buat barisan ajk Muslimin dan Muslimat dan Penasihat persatuan, Mdm Nazira dan Bro Nazim.



Tutup buku Cfs. Kini di alam CTS pulak.




Bila dah masuk kuantan, 2 jurusan tadi dah terpisah. Cts, Bio Tek dan Bio Med.

Cts hanya sekelas, dlm lingkungan 73 orang. Bila dah sekelas, jadi makin rapat dgn semua ahli kelas.

Kalau nak cerita ttg CTS, rasanya dah cerita pada post sebelum ni. (hidup sekali, biar bererti).

Sedar tak sedar, dah 4 bulan berlalu. Lecture class dah habis. Masing-masing dah mula mengadap buku utk final. (tapi ramai juga yang masih mengadap facebook ~siapa tu??).

Dan mungkin masa saya dah sampai ke penghujung utk saya bersama CTS. (syahdunya).
Pendek kata, sy mmg bahagia dgn shbt2 dan adik-adik CTS. tak sombong, happy Go Lucky, malah sentiasa bersemangat sms belajar. Sesuatu yang saya contohi sejak dulu.

Tak tahu apa yang hendak dikongsi, cuma ada terbelek satu buku kegemaran saya, MENYINGKAP RAHSIA KEJAYAAN oleh Dr. Aidh Al-Qarni.

Satu artikel yang cukup menarik!!

SIFAT PENUNTUT ILMU YANG BERJAYA

:: Dia memiliki kemahuan yang kuat yang tidak mengenal lelah, keinginan yg besar utk berhasil, semangat yang besar dalam menuntut ilmu dan berusaha sedaya upaya meraih faedah yang banyak.

Jua beberapa kata-kata yang menarik yang saya tujukan buat sahabat dan adik2 CTS ~ daripada buku KELUARKAN SINGA DARIPADA DIRI ANDA karangan Muhammad Zakaria.

" Jika anda mahu hidup anda mencapai kejayaan besar, mulailah dengan menyedari bahawa anda ibarat seorang pengarang buku dan setiap hari anda punya peluang utk menulis halaman yang baru"

" Ketika kebanyakan orang hanya mengelamun ttg kejayaan, sang juara bangun dan bekerja keras utk mencapainya'

"Setiap kejayaan dibina atas keupayaan utk melakukan lebih baik drpd setakat baik-baik shj"


Salam sayang tulus dari hati yang ikhlas~ :)

Semoga beroleh kejayaan dunia dan akhirat.




Kehidupan di dunia ini adalah laksana lautan yang yang jarang tenang. Airnya beriak terus, bergelombang dan berombak. Kesusahan terletak dalam kemudahan dan kemudahan pula terletak dalam kesusahan- HAMKA

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails