Followers

Wednesday, January 19, 2011

Keibuan Yang Terkubur

Ibu buang anak

Ibu tinju anak 

Ibu dera anak

Ibu belasah anak

Ibu bunuh anak

Ibu tinggal anak

Ibu gugur anak

Ibu jual anak (bahkan dalam kandungan lagi)

Ibu peralat anak


Kalau baca Harian Metro, nilah tajuk-tajuk yang akan kita baca setiap hari. Berita yang sama, berulang-ulang. 

Pihak kerajaan memberi respon utk membanteras gejala ni. Tapi, secerdik-cerdik kerajaan, apa yang dicadangkan?

·          Menubuhkan sekolah harapan di Melaka. Nak menempatkan manusia-manusia yang terlanjur ni.
·         Hospital menerima kedatangan bayi luar nikah. Dengan harapan bayi-bayi tidak lagi dibuang merata-rata.
Sedangkan pada masa yang sama, pihak kerajaan jugalah yang menganjurkan konsert-konsert artis, yg mana pergaulan bercampur di dalamnya, pesta tu, pesta ni. Kononnya nak bagi hiburan pada rakyat. Relax minda katakan.

Kalau keadaan ni berterusan, lebih kurang kes buang bayi ni beginilah.

Kerajaan sediakan medan utk melakukan maksiat, manusia berpesta nafsu dan terlanjur dan akhirnya kerajaan jugak yang tadah anak-anak luar nikah ni. Pusing sini, pusing sana duit kerajaan akhirnya dapatlah kat org2 yg bermasalah ni.

Kenapa tidak dicegah dari akar umbi?

Semua masalah social yang berlaku ni adalah disebabkan KURANG DIDIKAN AGAMA. Agama Islam dah cukup cantik dgn segala peraturan yang memenuhi fitrah dan menjaga kemaslahatan manusia. Nizhom (peraturan) yang diatur Allah bukanlah utk menyusahkan, bahkan larangan-larangan yang Allah gariskan adalah utk menjadikan manusia selari dgn kehidupan alam, bukankah Allah lebih tahu akan keperluan manusia kerana Dia adalah pencipta kita?

TAPI MANUSIA SOMBONG DAN ANGKUH. 

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya tidak mahu untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan amanah itu dipikul oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”.
                                                                                                                                                       (Al-Ahzab: 72)

Dgn jawatan dunia yang tidak seberapa,mereka  mencari jalan penyelesaian bukan dgn mencari agama sbg sumber. Hanya dgn akal yang entah logic atau tidak. Ye lah, masakan mampu menyuruh rakyat amalkan suruhan agama, isteri sendiri tak mampu utk disuruh bertudung. 

 Yang mereka tahu, kibarkan jalur gemilang megah dengan tema satu Malaysia, dgn bangunan-bangunan yang TINGGI tapi RENDAH akhlak dan morality rakyat. Ini yang kita nak banggakan dgn Satu Malaysia?

Bila nak anjur ceramah agama, mereka bangkang. 

“Ehhh jangan, nanti org kata kita ni ekstrim pulak”

Tapi bila jemput artis Gay, Adam Lambert

“Tak pe, Malaysia mengamalkan dasar terbuka”



Berbalik pada hal tadi, saya jadi geram dgn sikap ibu-ibu yang tak pandai nak bezakan dirinya dengan binatang. Mungkin diorang ni patut bela kucing kat rumah. Buat pemerhatian, kucing-kucing ni buang ke bela anak dia. Kalau Nampak kucing ni bela, bandingkan pulak diri dia dgn ibu kucing ni. Mana yang LEBIH BERAKAL?                                                                                  

Kalau rasa kucing tu lebih berakal, bolehlah buang anak merata-merata. Kesiannya tak dapat nak bezakan.. isk isk isk…

Sheikh Muhammad Ghazali mengatakan,

“Wanita adalah separuh dari rangka bangunan dunia. Bila wanita membangkang dari tugas utamanya, maka bangunan pun akan rentak dan hancur”

Wahai si Ibu.. 

Tangan lembut engkau yang menghayun buaian, bisa menggoncang dunia. Boleh jadi goncangan yang menggegarkan persada dunia dgn kelahiran mujahid/ah, ataupun goncangan yang meruntuhkan dan memecahkan langit dan bumi dengan kelahiran anak yang tidak berayah, ketika itu kemurkaan Allah menimpamu duhai ibu..

Sama ada engkau berkahwin atau tidak, engkau adalah seorang Ibu. Insan yang Allah amat muliakan. Bahkan Allah membandingkan kemuliaan ibu 3 kali berbanding si ayah. 


 Bila nafsu engkau letak no 1, maka akalmu menjadi darjat paling rendah. Jadi, bolehlah buat pembedahan otak, letak kat kaki, bukan di kepala.

Tatkala org lain begitu menginginkan zuriat, manakala engkau dengan mudah mencampakkan anugerah Allah ni. Di mana naluri keibuan yang mengalir dalam urat nadimumu, duhai insan yang bergelar wanita?


Benarlah seperti apa yang disenandungkan Ahmad Syauqi dalam syairnya..

Bila nasihat datang dari hawa nafsu,

Dan dari ketertipuan diri, 

Namakan saja itu penyesatan,

Bila suatu kaum terconteng akhlak mereka,

Maka adakanlah upacara kematian dan ratapan atas mereka, 

Bila wanita membesar dalam kebodohan, 

Para lelaki pun menyusu dengan dasar kebodohan dan kedunguan, 

Yang disebut yatim bukanlah yang ibu bapanya telah mati,

Dari kegelisahan hidup dan meninggalkannya terhina, 

Yang dinamakan yatim adalah yang engkau dapati dirinya,

Punya ibu yang membiarkannya,

Atau ayah yang sibuk sekali.

Ayuh, pada du’at! Jangan baca akhbar saja.

Inilah kerja yang menunggu kita, mengislahkan seberapa ramai boleh insane-insan yang sedang mencari identity diri. Kabur dalam mencari pegangan, hanyut dalam gelombang nafsu yang memecahkan belahkan sampan yang dinaiki manusia.

Sama ada di peringkat sekolah mahupun university, di sinilah medan kita. 

Dakwah. Menyeru kebaikan menegah kemungkaran.

ومن أحسن قولا ممن دعآ الى الله وعمل صلحا وقال انني من المسلمين
Maksudnya: Dan siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?”.              (Al-Fussilat: 33)  

Jadi apa lagi? Jom hunuskan senjata dakwah, dengan pena mahupun dengan lidah. Yang penting usaha utk memperbaiki wajah dunia yang semakin rapuh, menunggu masa utk lebur dgn kemungkaran manusia yang tiada henti.   

Saturday, January 15, 2011

Tiru Macam Mak



Bismillahirrahmanirrahim

Sebelum saya kenal suami, saya kenal ibunya dulu. Dulu saya panggil cikgu, sekarang saya panggil Mak. Mak adalah ibu mertua saya.

Kata org, nak kenal anak tengok ibu bapanya dulu.
Dan keperibadian Mak memang membuatkan saya jatuh hati. Mak mmg seorang yg saaaaaaaangat baik. 

Dari ibunya, kini saya jatuh hati pada anaknya pula. :)

**************************************************

 Mak menjaga saya ketika di awal saya masuk SMKAP. Masa tu saya di tingkatan satu. Tapi seminggu je, kemudian saya masuk asrama. 

Kami tidak rapat. Mungkin saya tak dapat sesuaikan diri. Saya diajak beberapa kali ke rumah, tapi saya tidak pergi. 

Masa Mak mengajar lagi di sekolah tu (SMKAP), saya selalu bertembung dengan Mak di sekolah. 

Pernah saya  bertembung dengan Mak dalam keadaan saya lapar. Biasalah kalau pelajar asrama ni duit selalu tak cukup. Atau dalam erti kata lain, boros. 

Mak tanya, dah makan belum? 

Saya angguk tak, geleng pun tak. Malu dengan Mak. 

Pastu Mak hulur 2 ringgit. Saya terus pergi beli makanan. Terharu, Mak macam faham yang perut saya mmg tgh menyanyi lagu rock waktu tu. Hehe.

Mak tak lama kat sekolah tu, akhirnya Mak pindah ke sekolah rendah. Kalau tak Mak akan mengajar kelas saya subjek Geografi. (dah la Geo saya B waktu PMR)

********************************************************
Hari Rabu, kami akan ke masjid. Dengar kuliah mantan pengetua SMKAP, Ustzh Siti Zarah Hj Buhi. Dan Mak mmg akan selalu hadir. Habis kuliah, akan ada org jual kuih depan masjid. Mmg jadi favourite pelajar utk beli. Tapi saya beli kdg2 je, maklumlah save duit. Tapi, kalau kebetulan bertembung dengan Mak, Mak akan tahan saya. 

“Sufi nak apa? Saya belikan”, Mak mempelawa.

“Tak pelah cikgu”, jwb saya malu-malu. 

Mak pun belikan saya kuih walaupun saya menolak. Maklumlah, hati lain mulut cakap lain. Mak macam tahu isi hati saya. 

**************************************************************

Kalau saya dibawa ke mana-mana, berjalan dengan Mak. Org akan tanya ni siapa? (merujuk kepada saya). Mak akan jawab, anak angkat. Oh, tahulah saya yg saya dah jadi anak angkat Mak.


Masa dekat SPM, saya tension. Sbb bising masa study, saya tak boleh nak focus. Jadi dengan tak malunya saya minta nak duk rumah Mak. Mak benarkan. 

Hari-hari saya berulang. Masa tu saya dah makin seronok dok rumah Mak. Sebab Mak dah ada cucu sulung. 

Bila dekat SPM, saya sangkakan saya akan pulang ke asrama, kalau duk rumah Mak, terpaksa ada org hantar saya ke sekolah. 

Dengan berat hati saya mengemas. Rupanya Mak pun berat hati dah lepaskan saya.

“Sufi dok sinilah”, Mak berjumpa masa saya mengemas.

“Nanti menyusahkan pulak org nak kena hantar Sufi g sekolah”.

“Tak pe, ramai org boleh hantar”.

“Saya pun bersetuju”, dalam hati melonjak keriangan sebab tak kena balik sekolah. Mak macam tahu isi hati saya.


Hari pertama SPM, mak masak sedap sangat. Saya makan sampai tak ingat yang saya ada exam waktu tu. 

Dan tamat SPM, saya stay lagi rumah Mak sampai hbs jamuan dan aktiviti2 pelajar.
Sebelum balik, Abg sulung meraikan saya. 

Kami makan pizza dengan adik bongsu, anak dan isterinya. 

Waktu balik rumah, mereka menghantar saya ke Ipoh. Konvoi 2 buah kereta. Huhu.. 
Terharu. Dah lah jaga saya, hantar saya sampai balik rumah pulak tu. Ketika mereka pulang, saya teringatkan mereka. Terutamanya Mak. 

Ah, baiknya hati Mak. 


Waktu dpt result, saya pulang kembali ke Perlis.
Alhamdulillah, result memuaskan. 

Dah bagitau Ma, Abah. Saya telefon Mak. 

“Dapat berapa?”, Mak tanya.

“Cuba teka?”, saya soal Mak balik. 

Mak ucap tahniah pada saya. Mak cakap risau juga kalau result tak elok, sbb saya duk di rumah Mak. 

Malam tu, Mak meraikan saya. Kami sekeluarga keluar makan. 

Mak cakap, nanti Sufi datanglah sini lagi.


Setiap tahun, saya mmg akan pulang ke Perlis. Maklumlah, tempat saya menimba ilmu .
Dan sbb saya mmg merindui keluarga angkat saya. Tambah-tambah anak saudara angkat saya yg semakin membesar ni. 

Tahun demi tahun, tiba masa anak ketiganya pulang dari Mesir utk menghadiri kenduri kahwin kakak keduanya.

Rupanya dalam hati Mak terdetik utk menjodohkan saya dengan anaknya. Walaupun kami sekadar tahu antara satu sama lain, tapi tak pernah kenal. Bercakap pun  tidak.
Berkat doa Mak, sememangnya mmg sudah tersurat yg jodoh saya mmg dengan anaknya. 

Dan saya semakin rapat dengan Mak, apatah lagi bila dah jadi menantu.


Mak mmg seorang yg istimewa. Mak bukan background agama. Tapi Mak seorang yg cukup patuh dgn ajaran agama. 

Mak suka memberi. Itulah akhlak yang mendominasi diri Mak. 

Kalau ke Masjid, Mak akan cari tabung. Sbb mak nak letak duit. 

Kalau ada org datang rumah, Mak akan usahakan juga biar ada makanan utk dijamu.

Kalau ada makanan lebih, Mak akan bungkuskan apa yg ada supaya tetamu dpt bekalan pulang.

Kalau Mak ke mana-mana, Mak tak akan lupakan anak, cucu dan menantu. Mak akan balik dengan brg2 utk ahli keluarganya, sampai Mak tak beli apa-apa utk diri dia. 

Kalau anak menantu nak balik kampung (sebelah besan dia), Mak akan ready dgn bekalan. Mak selalunya tak akan biar kami pulang dgn tangan kosong. 

Kalau ada hari lahir, anak, menantu, @ cucu, mak akan ucap selamat. Dan Mak akan belikan kek. 

Kalau saya belajar memasak dengan Mak, Mak akan beri tunjuk ajar. Kalau tak menjadi, Mak ckp jgn putus asa. Nanti cuba lagi.

Kalau saya basuh pinggan, Mak akan berada di sebelah, tlg bilas.  

Kalau saya sakit, Mak akan selalu tanya kesihatan saya dan minta saya berehat. 

Kalau ada rancangan/kuliah agama di TV atau radio, Mak akan pasang kuat-kuat. Kdg2 sambil Mak memasak, kdg2 Mak akan catat dan Mak akan amalkan.

Kalau cucu balik, Mak akan manjakan cucu. Mak tak kan marah-marah dan Mak selalu doakan cucunya dapat jd org soleh.


Itulah Mak.
Mak seorang yg pemurah. Sebab tu anaknya semuanya menjadi. 

 Dan anak-anaknya mmg akan bantu Mak tak kira lelaki atau perempuan. Anak lelaki Mak pun mmg pandai buat kerja rumah. (Untung dapat suami anak Mak. Hehe )

Mak tak pandai berleter. Tapi Mak selalu bg nasihat. 

Saya banyak belajar dengan Mak, dan saya harap saya, suami dan anak pun punya hati sebaik Mak. 


20 Januari
Hari lahir Mak. Tapi saya tak dapat pulang sebab exam Mid Term. Dari jauh saya doa utk Mak, 

semoga Mak panjang umur, murah rezeki, dpt anak dan cucu yg soleh/ah yg akan berdoa selalu utk Mak, dikurniakan nikmat iman dan taqwa berpanjangan, kesihatan yang berterusan, amalan kebaikan yang berkekalan, dan husnul khatimah di penghujung kehidupan.

Akhirnya, saya saaaaaaaayang Mak! 

SELAMAT HARI LAHIR, MAK!



Thursday, January 13, 2011

Dah 4 bulan..

Alhamdulillah, anak Ummi ni dah 4 bulan rupanya. Cepatnya masa berlalu. Mungkin kerana kesibukan kuliah di Uia membuatkan saya x perasan yg anak saya ni semakin membesar.

Majalah Pa & Ma

Semenjak saya mengandung, selain buku-buku agama, saya dan suami membeli Majalah Pa & Ma utk rujukan. Saya sememangnya puas hati dgn majalah ni kerana memberi maklumat-maklumat yang penting sbg persediaan utk menjadi ibu dan ayah. Selain fakta-fakta sains, tips-tips menjaga anak, keperluan-keperluan bayi dan pengalaman-pengalaman ibu2 mengandung & bersalin, tak ketinggalalan hukum-hukum agama dan nasihat-nasihat utk menjaga anak dengan menitik beratkan pentarbiyahan cara Islam.

Antara fakta yg saya baca, ketika bayi berusia 4 Bulan, atau 16 minggu saiz bayi adalah sebesar buah pir. Pengedaran darah dan saluran air kencing mula berfungsi. Bayi mungkin sudah bermain dengan tali pusat pada waktu ini.

Alhamdulillah, cukup usia 4 bulan saya dan suami ke klinik utk pemeriksaan Ultrasound (scan). Benarlah fakta yang saya baca, pemeriksaan Ultrasound boleh meningkatkan hubungan batin antara ibu dan anak.

Semasa pemeriksaan, anak saya bergerak-gerak. Wah.. teruja betul. Saya dan suami tergelak tengok aksi baby dalam perut. Masa kami tengok (saya, suami dan doctor) tangannya bergerak, diletakkan pada mukanya. Abinya kata baby malu org tgk dia. Hehe.

Doktor kata Alhamdulillah baby sihat, aktif.

Ah, tak sabar rasanya menunggu anak Ummi ni lahir. :)

Sementara belum lahir, saya dah bawa baby ronda sekeliling Uia, bawa pergi kelas, gi meeting, gi ceramah, gi program. Abinya kata, seronoklah Ummi g mana-mana ada org teman. Hehe.

Antara pesanan senior saya, Kak Yati yg dah pun selamat bersalin, jgn jadi terlalu manja, nanti anak tak pandai nak berdikari. Dan jangan tinggalkan kerja-kerja dakwah, sbb di sinilah punca keberkatan utk diri kita dan keluarga. Pesanan ni membuatkan saya kuat, dan saya berdoa semoga saya tak direhatkan daripada meneruskan perjuangan, biarpun apa yg saya boleh sumbangkan menjadi sedikit terbatas.

Mengandung semasa berjauhan dgn suami, bagi saya tidaklah menjadi masalah. Mungkin kerana keadaan saya yg agak sihat dan tidak banyak kerenah membuatkan saya dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Sokongan suami, keluarga dan rakan-rakan menjadi penguat kpd saya.

Saya sangat-sangat bersyukur pada Allah kerana Dia banyak memudahkan jalan saya. Aturan masa yg Dia aturkan pada saya cukup-cukup membuatkan saya terharu dan bersyukur.

Pada awal usia kandungan, Allah tetapkan pada masa saya bercuti, sebulan di rumah. Ketika tu agak teruk dgn alahan, tp boleh dikira tahap sederhana. Suamilah yang byk berkorban, walaupun penat bekerja, sanggup lagi melayan kerenah isterinya ini. Tlg memasak (mujur suami pandai masak), tlg buat kerja-kerja rumah, belikan tu, belikan ni. Trm kasih atas pengorbanan Abang :)

Berakhir trimester pertama, saya mula menjejakkan kaki ke UIA. Waktu ni alahan masih berbaki. Oleh kerana saya baru tamat Celpad,proses registration saya agak lambat. Biasanya org yg kes macam saya ni mmg kena register manual, turun naik tangga cari lecturer. Tapi, sy cuba juga register online, mengharapkan ada kekosongan utk saya. Dan Alhamdulillah, semuanya sy dpt register secara online dengan 14 jam kredit. Syukur sangat pada Allah, byk yang dipermudahkan. Berkat baby dalam kandungan.

Ketika saya sibuk register, Hana’ bersama saya.

“Sufi, saya dengar khabar Sem 1 nanti mula bulan 9”

“Ye ke? Ah, Uia mmg selalu banyak khabar angin”, saya tak menerima secara terus walaupun hakikatnya saya mmg gembira seandainya ianya sahih.

“Entahlah, tapi khabarnya berita ni dah diumumkan”.

Saya menyampaikan berita ini ada suami, dan suami pun mendengar berita yang sama daripada sahabatnya di UM.

Alhamdulillah, saya dan suami syukur tak terhingga dengan berita ni. Kenapa terlalu gembira? Sebab saya akan berpantang lama, siap dapat beraya dengan anak lagi sebelum menyambung kuliah tanpa perlu study leave.

Allahuakbar.

Inilah nikmat yang tidak disangka-sangka yang Allah kurniakan.

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya dari jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya”, Surah at-Thalaq, ayat 2-3.










Monday, January 3, 2011

Cemburu

Berjurai air mata membasahi telekung yang dipakai Isdiyanti.


“Mengapa Sayangku, tiba-tiba menangis?”, suara lelaki memecah kesunyian keheningan pagi.

Matahari belum memancarkan sinarnya, azan Subuh masih belum berkumandang. Yang ada hanya bunyi cengkerik bertasbih memuji Tuhan, deru angin lembut melambai pohonan di luar rumah seakan meraikan rahmat yang turun ketika itu.

“Is cemburu”, ujar Isdiyanti sambil menyeka air matanya. Mereka berdua baru sahaja usai solat Tahajud berjemaah, di kamar bahagia mereka.

“Aik, tiba-tiba je Is cemburu. Mengapa ni, Abang ada buat salah pada Is? Kalau ada maafkan Abang ye. Is cinta dan ratu hati Abang dunia dan akhirat”, Iskandar memujuk isterinya yang masih menangis sambil meramas tangan isterinya itu. Tak sanggup hati lelakinya melihat air mata jatuh dari insan yang amat dicintainya itu.

“Dunia akhirat?”

“Ya, dunia akhirat. Kenapa Is tanya macam tu?”

“Abang mungkin hanya boleh menjamin Is cinta Abang di dunia, tapi tidak di akhirat”.

“Maksud Is?”

“Is cemburu kalau-kalau Abang ada bidadari lain di syurga, manakala Is berada di tempat lain”, Isdiyanti semakin sebak meluahkan bicara hatinya.

Iskandar tersenyum. Itu rupanya yang menjadi punca cemburu isterinya itu.

“Tadi Abang bacakan surah Al-Waqiah dalam Tahajud kita pagi ini. Tatkala melintasi ayat 22-23, yang bermaksud ‘Dan (di dalam syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara tersimpan’, Is teringatkan ganjaran syurga utk lelaki dan wanita yang soleh. Antara nikmat yang terbesar disebut berulang kali dalam Quran adalah bidadari-bidadari yang tidak pernah disentuh oleh sesiapa manusia mahupun jin”, Isdiyanti mula menyusun kata, berkongsi apa yang menjadi kebimbangannya.

“Benar Sayang, sememangnya itulah nikmat dan ganjaran buat hambaNya yang banyak mengorbankan dirinya demi perjuangan Islam. Syurga itu buat mereka yang mengekang dirinya daripada dirinya dikuasai nafsu. Manakala neraka adalah tempat bagi mereka yang menderhaka dan menidakkan suruhan dan ajaran Tuhan. Abang juga bimbang kalau-kalau Is juga memiliki orang lain di syurga kelak. Tentu Abang juga amat cemburukanmu”, Iskandar juga turut sama menyertai emosi yang dibawa isterinya pada pagi itu.

Kedua-duanya termenung.

Bermuhasabah merenung amalan yang cetek sekali. Masih banyak tanggungjawab dakwah yang masih belum diselesaikan.

“Abang, apabila memikirkan tentang nasib kita di akhirat, kegerunan melanda. Entah apalah nasib kita, baik atau buruk. Cukupkah amalan kita utk melepasi pengadilan Allah kelak?”, Isdiyanti mencerlung muka suaminya dengan harapan suaminya dapat memberi jawapan yang bisa melabuhkan ombak gundah di hatinya.

“Andai kata kita dipilih Tuhan utk menjejaki syurga, itu kerana rahmat Tuhan. Namun, usaha kita juga kenalah berterusan dan penuh dengan kerendahan hati pada Tuhan”.

“Susah kan bang nak jadi hamba yang soleh. Banyak betul cabaran yang datang. Terkadang lemah semangat dibuatnya”.

“Jangan begitu sayang. Allah melarang kita daripada berputus asa mengejar rahmatNya. Biar sebesar mana pun ujian dan dugaan yang datang dalam hidup kita, anggaplah ianya sebagai tarbiyah dan latihan untuk kita menjadi lebih kuat. Apa saja yang Allah datangkan dalam hidup kita semuanya tidaklah sia-sia. Cuma kita kenalah pandai menilainya, sama ada dengan pandangan negatif atau positif.”

“Wah, dah jadi motivator pulak Abang ni. Hehe.. ”.

“Mestilah, tengoklah siapa suami sayang ni. Dan juga suami kepada ….”, Iskandar berlakon seakan memikirkan seseorang.

“Haa!! Suami kepada siapa, Abang? Ada hati ye nak buka cawangan satu lagi ye?”, Isdiyanti mencubit nakal suaminya, geram dengan usikan suaminya itu.

“Alaa.. Abang tak habis cakap lagi. Suami kepada bidadari Abanglah. Mudah-mudahan kita sama-sama dipilih Allah utk menjadi ahli Jannah, dan Is menjadi ketua bidadari Abang nanti,” cubitan manja Iskandar singgah di hidung permaisuri hatinya. Geli hati melihat muncung isterinya itu.

“Amin.. mudah-mudahan. Jadi, nakkan suatu perkara yang mahal, kenalah kerja keras. Berusaha perbaiki diri, perbaiki keluarga, perbaiki umat. Mudah-mudahan kita ini dinilai Allah”.

“Ya Sayang, semoga baitul dakwah kita ini dihiasi dengan semangat dan roh perjuangan. Cinta yang dihiasi dgn tadhiyah, Allah akan menggantikannya dengan ganjaran yang lebih baik. Terima kasih Sayang, kerana sudi menjadi sayap kiri Abang, kita akan sama-sama melayari empayar dakwah ini bersama”, Iskandar mengucupi dahi isterinya.

Sungguh syahdu pagi nan hening itu, muhasabah sepasang suami dan isteri yang meletakkan cinta Allah teratas dalam kehidupan. Azan Subuh memecah kesunyian, menyaksikan dua hati merendahkan diri memohon ampun pada Al-Khaliq, memohon agar terus thabat dalam perjuangan dan juga mati dalam kemuliaan.

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails