Followers

Sunday, December 20, 2009

Jom Bantu Ust Nazrey!!



Konsert Nasyid NAZREY JOHANI TOUR de TAHFIZ
16 Disember 2009 (RABU)
Main Hall CAC Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8 mlm - 12 mlm
artis yang hadir : NAZREY (ex-vokalis kumpulan RAIHAN), INTEAM, AL-GEBRA, & NICE

Assalamualaikum wbt..

Saya bukanlah peminat konsert, tapi dipujuk jua oleh Kak Jie utk ke konsert ni. Kak Jie pun bukan peminat konsert, tapi barangkali Allah telah menggerakkan hati kami utk ke konsert ini.

Persembahan dimulakan oleh artis-artis jemputan seperti kumpulan Nice, Algebra dan in Team. Saya tidaklah terlalu menumpukan perhatian pada persembahan tersebut krn sdg sibuk bermesej dgn adik-adik Kuantan. ^_^

Namun, apabila tiba giliran Ust Nazrey Johani, saya menjadi hiba dan sayu.
Ust bukan berkonsert saja-saja. Bukan utk dirinya, bukan utk mana-mana industri nasyid.
Tapi utk UMAT ISLAM.

Beliau pada malam tersebut meluahkan perasaannya dan menjelaskan mengapa dia keluar Raihan. Saya x pernah tahu dan x pernah ambil tahu. Cuma mmg agak terkejut dgn penarikan dirinya dari Raihan suatu ketika dahulu. Yang saya tahu cuma beliau ingin berdakwah.

RUPANYA beliau sdg dlm perancangan utk menubuhkan sebuah Kompleks Pengajian Tahfiz Bayu Syahadah di tanah kelahiran beliau sendiri, iaitu di Ranau Sabah. Beliau melakukan semua ini kerana kesedihan pada penduduk sabah yang tidak terbela dan semakin ramai yang murtad.
Ust Nazrey membaca sajak dgn penuh perasaan

Maklumat seterusnya ini saya dptkan dari blog lain:

Usaha ke arah mewujudkan pusat tahfiz ini telah giat dilaksanakan oleh beliau sejak keluar dari Raihan lagi. Alhamdulillah, usaha beliau sudah mula menampakkan hasil apabila berjaya mendapat tanah waqaf seluas 30 ekar di Ranau. Beliau turut mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk arkitek, kontraktor, ahli korporat, pemimpin setempat dan menteri.

Menurut beliau, keadaan pengembangan Islam di Sabah agak terbatas kerana hampir tiada madrasah atau pusat pengajian Islam di sana, tidak seperti di semenanjung. Beliau yang merupakan seorang saudara baru turut meluahkan rasa dukacitanya di atas beberapa kes saudara baru yang kembali murtad dan terdapat juga sebuah kampung yang keseluruhannya kembali murtad kerana kurangnya pengajian ilmu Islam dan pendedahan mereka terhadap agama Islam.

Kompleks pengajian tahfiz ini akan dibina berkonsepkan ala resort atau homestay di kaki gunung Kinabalu berhampiran sebatang sungai. Kami turut dipersembahkan dengan tayangan 3d cadangan rekabentuk kompleks tersebut yang turut dilengkapi rumah kakitangan, rumah musafir, rumah tetamu dan chalet.

Beliau meletakkan target untuk mengumpul sejumlah RM15 juta dan meletakkan harapan agar dapat memulakan operasi tahfiz ini hujung tahun 2011.

Semoga usaha murni beliau ini akan dipermudahkan dan diberi ganjaran amal jariah yang tak berkesudahan... amiinnn...



( Ust dan anaknya yang comel di atas pentas)


Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di blog http://www.tahfizsyahadah.blogspot.com/

atau di facebook: tahfizsyahadah
atau di twitter: tahfizsyahadah
atau email: tahfizsyahadah@gmail.com

Ini perjuangan orang lain, KITA PULA BAGAIMANA? TEPUK DADA TANYA IMAN……

Makna Hijrah Pada Siswa

SUARA SISWA : MAKNA HIJRAH PADA SISWA
STUDIO 1, ANGKASAPURI RTM
14/12/2009 - Isnin


Bismillahi wal hamdulillah…

Kali pertama menjejakkan kaki ke Angkasapuri tapi bukan kali pertama ke stesen TV. Saya bersama Kak Jie mengikuti rombongan UIA ke sana.
Wakil SRC, Kak Masyitah yang mana merupakan Timbalan Presiden SRC 3 UIA, dipilih utk menjadi salah seorang ahli panel dalam kalangan 2 lelaki lain.
2 panel lagi adalah pimpinan tersohor, TYDP Usim, Ust Najib manakala seorang lagi wakil UITM dari Lujnah Dakwah dan Kerohanian.

Pengalaman menarik, bersama Dr Fazley yang menjadi hos.

Namun, x banyak yg saya ingat isinya. Cuma antara point-point yang dibincangkan:
1) Makna hijrah pada siswa?
2) Perubahan bagaimanakah yang diperlukan?
3) Hijrah bujang kepada berkeluarga bagi siswa/siswi?
4) Hijrah bertudung kepada tidak? Mengapa begitu?

X dpt byk sgt point. Tu je kot (^_^)

Wednesday, December 16, 2009

pendakwahkah kita?

Kitakah Pendakwah?.. Satu Muhasabah Jujur


Seorang Da’ie – bersegera menunaikan Solat berjamaah apabila azan telah dikumandangkan

Kita – selalu melewatkan solat dan hanya sempat dengan saf beberapa detik sebelum Imam salam



Seorang Da’ie – mewajibkan dirinya agar tetap membaca Al-Quran setiap hari walau sedikit

Kita – sering terlupa membaca Al-Qur’an dengan beralasan sibuk dan membacanya sesekali setelah berlalu berhari-hari



Seorang Da’ie – amat memerhati dan menjaga masanya, tidak diisi secara sia-sia melainkan dengan sesuatu yang terancang dan bermanfaat

Kita – kurang member perhatian kepada masa, sering membuangnya dengan sia-sia dan melakukan banyak perkara secara kebetulan


Seorang Da’ie – selalu terasa dirinya diawasi oleh Allah, mengingati akhirat dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya

Kita – sering tidak terasa kebersamaan Allah, melupai akhirat dan kematian serta kerap menangguh-nangguh amal dan taubat


Seorang Da’ie – suka menghadiri halaqah ilmu, sangat mencintai ilmu dan Ulama’ serta berlapang dada dengan teguran atau nasihat sebagai proses peningkatan diri

Kita – cepat merasa cukup dengan ilmu yang ada, kurang bermotivasi dengan majlis ilmu dan sukar menerima teguran orang lain


Seorang Da’ie – rumahtangganya dihiasi dengan bi’ah solehah, persekitaran tarbiyah, hidup dengan sunnah dan ibadah serta meriah dengan hiburan Al-Qur’an atau nasyid-nasyid Islami

Kita – rumah menjadi sarang syaitan, kosong dari gema Al-Qur’an, hambar dari ruh ibadat dan sunnah, penuh dengan maksiat, hiburan, tayangan-tayangan televisyen yang merosakkan akhlak


Seorang Da’ie – menguasai diri, rasional, berlaku adil terhadap sesiapa pun dan menetapkan sesuatu dengan benar

Kita – sering dikuasai emosi dan marah sehingga membelakangkan keadilan, kebenaran atau kebaikan orang lain


Seorang Da’ie – jiwanya dipenuhi cinta dan kasih sayang, mudah memaafkan, berjiwa besar dan tidak pendendam

Kita – jiwa dirajai dengan benci, suka bermusuhan, sukar memaafkan, keras, kasar dan pendendam


Seorang Da’ie – menjauhi riba, berusaha seupaya mungkin memastikan setiap urusan muamalat terpelihara dari unsur haram dan syubhat

Kita – mencari-cari alasan bagi mengharuskan terjerumus dalam riba, memandang remeh dan tidak sensitive dengan perkara yang haram maupun syubhat dalam muamalat


Seorang Da’ie – memperuntukkan sebahagian harta yang dimilikinya walaupun sedikit untuk dana dakwah

Kita – tidak rasa pentingnya infak, tiada peruntukan untuk dana dakwah kecuali sekali sekala malah zakat (selain zakat fitrah)pun sering terabai


Seorang Da’ie – tahu menguruskan kewangan dan sentiasa menyimpan di masa senang sebagai persiapan di masa kesusahan mendadak

Kita – boros, tidak membudayakan tabungan, suka membuat pinjaman dan tidak mengurus kewangan secara berhemah


Seorang Da’ie – sentiasa berfikir, bangun, berdiri dan bergerak mengusahakan strategi demi strategi untuk menjayakan dakwah Islam

Kita – menunggu, menanti, mengharap keajaiban dan kebetulan dalam usaha menjayakan dakwah


Medan berbicara berbeza dengan medan berfikir, medan amal berbeza dengan medan berbicara, medan jihad berbeza dengan medan beramal, medan jihad yang benar berbeza dengan medan jihad yang salah


Sangatlah mudah bagi sebahagian besar manusia untuk berfikir. Namun tidak semua yang terdetik dalam benak fikiran mampu terungkap dengan kata-kata yang keluar dari lisan. Banyak orang yang boleh berbicara, tetapi amat sedikit di antara kata-kata ucapan itu tercermin dalam bentuk perbuatan. Masih banyak orang yang mampu berbuat amal, tetapi hanya sedikit yang mampu menanggung beban jihad yang begitu berat. Ada orang yang sanggup menanggung beban jihad, tetapi tidak ramai yang mampu berjihad dengan istiqamah!



Kesimpulannya, pendakwahkah aku?

Tuesday, December 15, 2009

Motivasi Usahawan

SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN & KEUSAHAWANAN
13 DISEMBER 2009
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
ANJURAN : JAKIM, MAIWP, ISMA & PEMBINA

Assalamualaikum wbt..
Sedikit perkongsian bersama sahabat-sahabat.

Saya tak pernah pergi ke seminar sebegini. Namun tiba-tiba tergerak pula hati utk pergi setelah diajak oleh Sarah Omar memandangkan tiada apa-apa yg hendak dibuat pada hari minggu sebegini.

Semenjak saya masuk Kuantan dahulu, saya mula terdedah dgn dunia bisnes. Saya kurang berminat dan tidak berjiwa bisnes. Namun, sedikit demi sedikit mentaliti saya berubah apabila bersama sahabat-sahabat saya menggerakkan bisnes HPA. Hebat betul sahabat-sahabat saya mencari duit. Sedikit sebanyak terkena juga tempiasnya pada saya.

Seminar ni mmg best. Suasana yang santai, penceramah yang pandai menyelitkan unsur humor tidak kering gusi dibuatnya.

Apa yang saya boleh simpulkan dari seminar ni, tokoh-tokoh usahawan Melayu Muslim yang dijemput ini byk memberi motivasi dan dorongan pada peserta supaya bergiat cergas utk menjadi usahawan yang berjaya.

INDUKSI HATI

Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada mereka. (Ar-Ra’d, ayat 11)

Ayat inilah yang menjadi sumber kekuatan kepada mereka utk berjaya. Sumber kekuatan yang pastinya diperoleh daripada Allah SWT. Bahkan mereka mengambil tokoh Abdul Rahman bin ‘Auf sebagai idola mereka.

FORUM BERSAMA JUTAWAN

Teruja saya apabila melihat panelis-panelis yang dijemput adalah dari kalangan JUTAWAN. Tambah teruja apabila mereka adalah MELAYU. Tambah – tambah teruja lagi mereka adalah MUSLIM. Tiada mengenepikan agama biarpun banyak harta yang dikendong.

Banyak perkara yang dibincangkan terutama dari segi pengalaman mereka. Saya tak banyak maklumat. Cuma byk take note hal motivasi. Mungkin kita boleh berkongsi serba sedikit. Tak semestinya apply utk menjadi usahawan sahaja, bahkan dalam apa jua aspek sekalipun.

• Kena ada BIG DREAM. So, kena pasang cita-cita yang BESAR supaya kita nampak apa yang kita nak kejar.
• Kena banyak MEMBACA supaya byk ilmu dan maklumat
• Nak berjaya memerlukan SIKAP DAN SEMANGAT luar biasa. Antara isu yang dibincangkan juga adalah berkaitan bangsa MELAYU yang byk dipandang rendah oleh org lain bahkan oleh orang Melayu sendiri.
• Kita perlukan LATIHAN DEMI LATIHAN utk berlari lebih laju dan kencang
• Latih mind-set, “MESTI HARD-WORK”
• AIM!! - utk menjadi TANGAN YANG BERADA DI ATAS bukan BERADA DI BAWAH
• SUNNATULLAH – “Bersama kesusahan itu ada kesenangan”. Ini apa yang Allah cakap. So, book awal-awal utk hidup susah dulu. Kalau senang dulu, nanti susah kemudian.
• Bergiat dalam bidang keusahawanan ni byk mengubah karakter kepada BERANI.


Mungkin itu sahaja kot. Wallahualam

Friday, December 11, 2009

Kembara Bermula Lagi...

Hati berbunga ceria

Saat kaki melangkah masuk

Perkarangan Taman Ilmu dan Budi

Yang menjadi tempat Kembara Ilmuku

Tak tergambar betapa indahnya

Suatu perasaan di persada sanubari

Apabila doa sekian lama

Dikabulkan Tuhan

Menadah doa dan harapan

Agar dimudahkan jalan mengutip bekalan

Di pesisir jalan-jalan yang bertebaran


Syukur Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran saya panjatkan setelah hajat yang sekian lama utk menuntut Ilmu agama di Gombak ini akhirnya dimakbulkan Tuhan. Berbulan-bulan saya istikharah dan bermunajat, supaya ditunjukkan jalan yang terbaik utk saya dan akhirnya inilah jawapannya.


KENAPA TUKAR KOS?

Kenapa? Saya perlu menjawab soalan ni yang ditanya berulang-ulang oleh sahabat-sahabat. Susah juga utk menjawabnya. Akhirnya, setelah habis membaca buku ‘Setengah Berisi Setengah Kosong yang dihadiahkan oleh Keluarga PRESSS semasa jamuan perpisahan dahulu, sy terjumpa satu puisi. Barangkali puisi ini mampu menjadi jawapannya.


Bukan titik yang menyebabkan tinta,

Tapi tinta yang menyebabkan titik,

Bukan cantik yang menyebabkan cinta,

Tapi cinta yang menyebabkan cantik.


Tak pernah terfikir oleh saya berkenaan ‘CINTA’ kepada kos yang kita ambil. Mungkin barangkali saya telah ‘terdoktrin’ oleh pernyataan yang mana mengatakan minat dah x penting, yang penting dpt go on. Bidang Matematik x pernah berada dalam senarai cita-cita dahulu. Cuma, apabila dah dpt kos Sains Fizikal, saya cuba memberi peluang kpd diri sendiri dahulu utk mencuba, mana tahu kalau ini yg terbaik buat saya. Tapi nampaknya tidak. Saya tidak dpt ‘menjiwai’ dgn baik kos yang sy dpt ini. Lantas, sy tekad utk tukar kpd kos yang menjadi cita-cita saya ini.


Orang bijak pandai pernah berkata: Pilihlah ilmu yang lebih menarik dan sesuai dgn hatimu, kerana kejayaan dalam belajar bergantung kepada keinginan dan kemudahan ilmu itu”.


PERASAAN

Suatu yg tidak dpt nak digambarkan. Seorang diri saya memasuki perkarangan UIAM Gombak ini, seperti tidak percaya yang saya telahpun menjadi pelajar IRK. Hati berbunga ceria. Dalam batch DQ gen 7, nampaknya saya seorang sahajalah yang menjadi wakil dalam kos ini. Urusan saya mendaftarkan diri dibantu oleh sahabat saya, Syuhada yang juga pelajar IRK.


HIKMAH

Sesuatu perkara yang berlaku dlm hidup kita pasti ada hikmahnya. Dan Allah telahpun menetapkan kedudukan terbaik buat hambaNya. Biarpun perlu berada di Kuantan selama satu sem, ianya memberi pengalaman yang terindah dlm hidup saya. Sekurang-kurangnya dpt merasai tempat ilmuan pelajar Sains yang bijak pandai ini. Tidak perlu tk dibandingkan antara Kuantan dan Gombak, kerana masing-masing membawa perwatakan tersendiri. Ada pro dan ada kontranya.


SYAHDU

Alunan merdu suara imam kedengaran dari masjid Uia dgn bacaan pelbagai Qiraat. Membuatkan saya teringatkan suasana di DQ dulu. Terubat rindu utk solat di masjid. Berdampingan dgn rumah Allah memberi ketenangan pada jiwa. Ketika di CFS dan UIA Kuantan, kadar utk solat di masjid sgt terbatas. Tapi di sini, masjid menjadi tempat lepak para pelajar dan juga persinggahan sebelum menunggu kelas bermula.


RINDU

Sudah pasti bayangan sahabat-sahabat lama bertandang di ruang legar ingatan ini.Kerinduan hadir, namun kita perlu fahami putaran kehidupan memerlukan kita optimis terhadap kehidupan kita sekarang. Riak wajah student Uia di sini mudah utk tersenyum apabila bersua biarpun saling tidak mengenali.


Kembara Ilmu bermula

Mengutip permata menagih mutiara

Agar tersemat di kalbu

Membentuk diri pejuang sejati

Takkan luntur dek hujan

Takkan goyang dek ribut

Atur langkah dgn teliti

Supaya tidak menyesal di kemudian hari

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails