Followers

Friday, December 11, 2009

Kembara Bermula Lagi...

Hati berbunga ceria

Saat kaki melangkah masuk

Perkarangan Taman Ilmu dan Budi

Yang menjadi tempat Kembara Ilmuku

Tak tergambar betapa indahnya

Suatu perasaan di persada sanubari

Apabila doa sekian lama

Dikabulkan Tuhan

Menadah doa dan harapan

Agar dimudahkan jalan mengutip bekalan

Di pesisir jalan-jalan yang bertebaran


Syukur Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran saya panjatkan setelah hajat yang sekian lama utk menuntut Ilmu agama di Gombak ini akhirnya dimakbulkan Tuhan. Berbulan-bulan saya istikharah dan bermunajat, supaya ditunjukkan jalan yang terbaik utk saya dan akhirnya inilah jawapannya.


KENAPA TUKAR KOS?

Kenapa? Saya perlu menjawab soalan ni yang ditanya berulang-ulang oleh sahabat-sahabat. Susah juga utk menjawabnya. Akhirnya, setelah habis membaca buku ‘Setengah Berisi Setengah Kosong yang dihadiahkan oleh Keluarga PRESSS semasa jamuan perpisahan dahulu, sy terjumpa satu puisi. Barangkali puisi ini mampu menjadi jawapannya.


Bukan titik yang menyebabkan tinta,

Tapi tinta yang menyebabkan titik,

Bukan cantik yang menyebabkan cinta,

Tapi cinta yang menyebabkan cantik.


Tak pernah terfikir oleh saya berkenaan ‘CINTA’ kepada kos yang kita ambil. Mungkin barangkali saya telah ‘terdoktrin’ oleh pernyataan yang mana mengatakan minat dah x penting, yang penting dpt go on. Bidang Matematik x pernah berada dalam senarai cita-cita dahulu. Cuma, apabila dah dpt kos Sains Fizikal, saya cuba memberi peluang kpd diri sendiri dahulu utk mencuba, mana tahu kalau ini yg terbaik buat saya. Tapi nampaknya tidak. Saya tidak dpt ‘menjiwai’ dgn baik kos yang sy dpt ini. Lantas, sy tekad utk tukar kpd kos yang menjadi cita-cita saya ini.


Orang bijak pandai pernah berkata: Pilihlah ilmu yang lebih menarik dan sesuai dgn hatimu, kerana kejayaan dalam belajar bergantung kepada keinginan dan kemudahan ilmu itu”.


PERASAAN

Suatu yg tidak dpt nak digambarkan. Seorang diri saya memasuki perkarangan UIAM Gombak ini, seperti tidak percaya yang saya telahpun menjadi pelajar IRK. Hati berbunga ceria. Dalam batch DQ gen 7, nampaknya saya seorang sahajalah yang menjadi wakil dalam kos ini. Urusan saya mendaftarkan diri dibantu oleh sahabat saya, Syuhada yang juga pelajar IRK.


HIKMAH

Sesuatu perkara yang berlaku dlm hidup kita pasti ada hikmahnya. Dan Allah telahpun menetapkan kedudukan terbaik buat hambaNya. Biarpun perlu berada di Kuantan selama satu sem, ianya memberi pengalaman yang terindah dlm hidup saya. Sekurang-kurangnya dpt merasai tempat ilmuan pelajar Sains yang bijak pandai ini. Tidak perlu tk dibandingkan antara Kuantan dan Gombak, kerana masing-masing membawa perwatakan tersendiri. Ada pro dan ada kontranya.


SYAHDU

Alunan merdu suara imam kedengaran dari masjid Uia dgn bacaan pelbagai Qiraat. Membuatkan saya teringatkan suasana di DQ dulu. Terubat rindu utk solat di masjid. Berdampingan dgn rumah Allah memberi ketenangan pada jiwa. Ketika di CFS dan UIA Kuantan, kadar utk solat di masjid sgt terbatas. Tapi di sini, masjid menjadi tempat lepak para pelajar dan juga persinggahan sebelum menunggu kelas bermula.


RINDU

Sudah pasti bayangan sahabat-sahabat lama bertandang di ruang legar ingatan ini.Kerinduan hadir, namun kita perlu fahami putaran kehidupan memerlukan kita optimis terhadap kehidupan kita sekarang. Riak wajah student Uia di sini mudah utk tersenyum apabila bersua biarpun saling tidak mengenali.


Kembara Ilmu bermula

Mengutip permata menagih mutiara

Agar tersemat di kalbu

Membentuk diri pejuang sejati

Takkan luntur dek hujan

Takkan goyang dek ribut

Atur langkah dgn teliti

Supaya tidak menyesal di kemudian hari

6 comments:

munadhia said...

salam. kak sufi. adakah yan juga perlu 2kar kos. tgk k.sufi tuka kos. ya trasa sgt tringin juga 2ka...tp, i have 1 1/2 year more 2 go...go on je la 4 diz moment.

DaruL said...

izyan. jangan tuka kos. tapi belajar len lepas grad. huhu just joking.

kak sufi, slamat maju jaya.. kenang kami dalam doamu..

Lurve Najeeha said...

salam ateh kak ya sayang!!!
iallah ... kamu x sendirian sahabat:) walaupun kamu seorang saje yng mewakili gen7 namun yakin!!
kam min fiatin qalilatin GHOLABAT fiataan kthiratan:)
iallah ader mase kak ya dtg ziarah ye!!! Lurve u fillah!!

Wise_souL said...

SELAMAT BERJUANG DI BUMI UIA GOMBAK..KENANG KAMI (M8 3.5) DLM DOAMU..=)

Kembara Sufi said...

Yan - Macam huda cakap, ambil apa yang yang Yan nak lepas hbs AED. Teruskan apa yang Yan sdg belajar sekarang k. Lagipun kita kekurangan arkitek yang berjiwa agama apatah lagi Yan mampu jadi ikon arkitek muslimah. :)
Huda- Terima Kasih, Huda.Tak lupa, entah2 org sana lupa kak Sufi x? :)
Kak Aya - Kak Aya, terima kasih banyak atas sokongan. :)
Shimah n salihah - bilik itu sentiasa kukenang. hehe. jaga diri molek deh

qamar_muneera said...

Alhamdulillah. tahniah sufi. penantian sudah berbalas...

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails