“Tak Kembara ke mana ke cuti ni?”, soal Ustaz Syauqi, mengajar BTQ saya dulu.
“Taklah Ust. Musim Tengkujuh sekarang. Kembara minda aje”, jwb saya.
Alhamdulillah, sekarang dah bercuti. Tak kembara ke mana-mana. Cuma mengadap laptop tiap hari. Lagipun dah lama tak selongkar bahan-bahan mengisi minda ni.
Entry kali ni saya bawakan satu cerita yang diminati ramai, iaitu NUR KASIH. Pada mulanya saya tak berminat utk follow cerita ni semasa masih di kampus. Entah apa yang best sangat hingga dibualkan oleh ramai penduduk kampus. Kawan2 pun download setiap kali berlalu setiap episode. Boleh tahan jugak penangan Nur Kasih yang menjadi kegilaan ramai ni. Sampai ada yang bagi nama anak pun Nur Kasih.
Bila dah mula cuti, saya mengumpul buku-buku dan movie2 utk mengisi ruang kosong saya. Buku masih belum disentuh sebab sibuk dengan Nur Kasih nilah. Hampir 4 hari saya menghabiskan masa utk menonton kesemua 25 episod. (ni mesti ada yang geleng kepala ni). Sekarang musim tengkujuh. Setiap hari hujan. Tambah-tambah seronok tgk movie sejuk2 camni.
SYURGA CINTA
Sebelum saya tgk Nur Kasih, saya tgk Filem Syurga Cinta. Mesejnya sama dgn Nur kasih, bertemakan keinsafan menemui Tuhan. Cuma Syurga Cinta bukan bersiri. Ikut rating, saya bagi Syurga Cinta 2/5. Ada dpt dikesan, kesilapan pada skripnya. Yang sepatutnya menjadi hadith, dikatakan ayat Quran.
Cerita Syurga Cinta ni kurang memberi kesan bagi saya. Sedang bercakap ttg Tuhan, tapi dalam keadaan berpakaian ketat. Bercakap ttg haram berdua-duaan, tetapi dalam keadaan berdua-duaan. Pelik kan?
“Walau bagaimanapun, filem-filem bercirikan Islam ini perlu lebih menuruti Syariat Islam khususnya dari sudut aurat wanita. Saya bukan seorang pembikin filem. Namun pendedahan aurat yang berlaku dalam filem ini tetap mencalarkan sedikit nilai Islam menelusuri filem ini.”
Filem sebegini sebegini sebenarnya adalah sbg medium dakwah. Mad’u moden belum tentu nak baca buku-buku agama, apatah lagi nak gerakkan kaki pergi dgr ceramah agama. Cerita yang berkonsepkan cinta sesama Insan menjadi tarikan kpd para remaja mutakhir ni. Malahan, lambakan novel pun byk menyelitkan unsur cinta. Alhamdulillah, semakin lama semakin byk novel dan cerita Islamik. Baguslah kalau ianya diniatkan utk membimbing masyarakat ke arah mencari erti hidup bertuhan. Bukan semata-mata mencari keuntungan duniawi.
Bila tgk cerita ni, benarlah kata Allah dalam surah As-Soff, ayat 2-3.
“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan”.
Menyeru diri sebelum menyeru mad’u. Kalau mcm tu, sampai bila nak berdakwah kalau tunggu diri nak jadi betul2 baik?
Seiringkanlah. ‘Islah Nafsak wad’u ghoirok’. Perbaiki dirimu, dan serulah org lain. Kita menyeru diri kita pada masa yang sama kita menyeru orang lain. Tapi bila cerita ini ditampilkan sebegini, penonton akan jadi keliru, apatah lagi yang tidak mempunyai kefahaman yang mendalam ttg agama. Sebaiknya, apa yang dicakapkan, kemudian dibuat. Barulah tak keliru penonton yang menengoknya.
Eh! Jenguk- jenguk laman Abu Saif ni, terjumpa plak entry ni. Jadi saya masukkan sekali
Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.
Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.
Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.
Masalah skrip.
- Jalan ceritanya amat baik. Masakan tidak, saya sendiri berusaha menetapkan satu masa untuk menontonnya kerana jalan cerita yang dipromosikan oleh media.
Tetapi idea dan jalan cerita yang baik itu dimanifestasikan oleh dialog-dialog yang menunjukkan longgarnya kesungguhan panel skrip MIG membuat kajian agar ia tidak keterlaluan menjauhi dunia sebenar.
Tidak dilupakan, kualiti dialog yang berlangsung di antara Irham dan Imam (lakonan Wazata Zain) di sebuah Surau.
“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu. Tetapi Dia memandang hati dan amal kamu” [Hadith riwayat Muslim]
Secara keseluruhan, saya berpandangan bahawa filem SYURGA CINTA adalah sebuah percubaan yang sederhana. Namun setelah membaca di review di internet, saya dapati begitu ramai penonton yang menyukai filem SYURGA CINTA ini dan terkesan dengannya.
Pertamanya, syabas kepada pengarah filem ini, Kabir Bhatia, anak kelahiran New Delhi kerana berjaya menghasilkan satu filem yang amat baik. Saya bagi rating 4.5/5. Drama Islamik selalunya banyak daripada negara jiran kita,Indonesia. Seperti Aqso dan Madina. Ttp drama Indonesia banyak membawa rentak yang sama, iaitu banyak org iri hati dgn kebahagiaan malahan banyak pulak episode membuatkan penonton jadi boring.
Nur Kasih ini bertemakan kekeluargaan. Hubungan ayah dan anak yang penuh konflik, suami dan isteri yang dinikahkan secara paksa, juga perhubungan sesama ipar duai yang kadang2 diuliti dgn fitnah. Bagi saya, cerita ini membawa suatu yang realistic dalm kehidupan kita seharian. Banyak ibrah atau pengajaran yang blh kita ambil dari cerita ini. Bukan sekadar menonton secara suka-suka.
SENI DIDIKAN
Dalam satu keluarga, lagi banyak anak, lagi banyak ragam. Allah jadikan anak sebagai penyeri ataupun ujian kepada sang ibu dan ayah. Namun, tak wajar kalau ibu dan ayah nak membandingkan dan menyamakan kesemua anak mereka. Setiap anak akan membawa watak yang berbeza, minat yang berlainan, sikap dan cita-cita yang tidak sama dgn adik beradik yang lain.
Adam berbeza dgn Aidil. Adam lebih nakal, tak suka mengaji. Namun, dalam kekerasan hatinya, dia masih sanggup menyerahkan rotan kepada ayahnya utk merotan dirinya. Kalau zaman sekarang lebih memilih utk lari dari rumah biarpun dimarah dgn sedikit. Kebiasaannya itulah didikan cara dulu. Guna rotan utk mendidik. Dari sudut satu pandang sisi, Hj Hassan mengatakan sepatutnya dia memilih utk merotan Adam sebagai pilihan yang terakhir, bukan yang pertama. Tapi dia memilih yang pertama. Sebab tu Adam jadi begitu.
“Adam dan Aidil tak sama.
Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga.
Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang.
Malah jadi layu.
Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur.
Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…” (Hajjah Khadijah)
Tapi dari sudut pandangan yang lain, rotan itulah yang membuatkan Adam sedar ttg manfaat cara didikan ayahnya dahulu. Biarpun Adam menemui jalannya setelah kematian ayahnya, sekurangnya dia menemui jalannya sebelum dia mati. Ayahnya pasti bangga biarpun telah tiada.
Saya pernah ditanya oleh sahabat saya, Siti Munirah. Macam mana cara didik anak yang sebenarnya? Tegas takut jauh dgn kita, lembut sangat takut manja sangat. Last-last pijak kepala kita.
Saya teringat satu kata-kata oleh kakak saya yang sedang menjadi guru praktikal. Teacher Soli orang panggil dia. Kakak saya mmg tegas semasa mengajar, tapi prinsipnya ‘ Tegas tapi approachable’. Saya bersetuju.
Saya banyak mengikuti perkembangan dan penulisan Ust Hasrizal. Kedua-dua buku Aku Terima Nikahnya telah saya khatam. Malah ayah saya pun memuji ttg penulisannya yang santai setelah saya menghadiahkannya buku Bercinta Sampai Syurga.
Kata Ust, “Sentuhan kasih sayang ibu dan bapa kepada anak-anak harus betul terjemahannya. Dengan terjemahan perbuatan yang salah untuk memberi makna kasih sayang, kurnia boleh jadi bala. Kebaikan boleh berakhir dengan keburukan.”
Memilih utk memahami anak-anak lebih baik daripada terus menghukumnya. Langkah yang lebih baik, adalah menjadi kawan kepada anak kita bila dah sampai usia yang matang. Saya kagum dgn seorang sahabat saya, Ainun. Baginya cukuplah ibunya sebagai tempai perkongsian segala-galanya. Dia tak perlu utk mencari orang lain utk mencari tempat meluahkan perasaan.
Tiada nikmat hidup seindah peluk restu seorang ibu
Tiada nikmat hidup seindah azimat kata seorang bapa
Tiada nikmat hidup seindah setia seorang isteri
Tiada nikmat hidup seindah doa seorang anak
Aku tidak meminta dunia dari-Mu ya Allah.
Cukuplah sekadar nikmat-nikmat itu
Menemani nikmat beriman aku kepada-Mu
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Seni didikan adalah cukup penting. Kerap mencederakan emosi anak-anak tanpa memberi sebab yang rasional membuatkan anak menjadi semakin jauh dan jauh dgn kedua ibu bapanya. InsyaAllah, jadikan pengalaman sbg anak mahupun sbg ibu bapa utk mencari jalan bagaimana utk menjadi ‘kawan’ kepada anak kita sendiri.
TADHIYAH/PENGORBANAN
Ciri ini ditonjolkan oleh watak Aidil, abg kpd Adam. Aidil berkorban utk adiknya sejak dari kecil lagi. Meskipun ayahnya menyebelahi Aidil yang berwatak baik, namun tidak diketepikan adiknya yang nakal dan sering juga menyakiti abgnya sendiri. Tidak hanya berkorban semasa kecil, namun apabila telah dewasa juga berkorban utk Adam seseorang yang dicintainya, Nur Amina. Sesuatu yang sukar utk dilakukan, namun terpaksa akur pada keputusan ayahnya. Aidil juga yakin, akan nada pengganti yang lebih baik utk dirinya.
Watak Aidil tenang. Tenang dalam berbicara, semasa senang mahupun semasa susah. Saya kagum dan selesa dgn watak ini. Nasihat-nasihat yang dilontarkannya ckp baik bahasanya dan berkesan di hati. Tahniah pada penulis skrip yang bekerja di sebalik tabir.
Pengorbanan bukan suatu yang mudah. Kalau dalam Ukhwah, setinggi-tinggi ukhwah adalah ithar. Saya ambil dari novel Terasing, karangan Hilal Asyraf, ‘Ithar dan bersangka baik memerlukan iman utk melakukannya’. Ya, memerlukan kekuatan iman utk melakukannya. Memikirkan kepentingan dan kebahagiaan orang lain, tidak mudah utk kita melakukannya. Tetapi tidak sukar sekiranya hubungan kita bertaut erat dgn Tuhan.
Lepas berkorban, kena fitnah lagi. Itulah hakikat kehidupan. Buat baik tak semestinya dibalas baik. Tapi tu dari manusia. Kalau dari Allah, buat baik cnform Allah bagi ganjaran. Kalau tak di dunia, pasti di akhirat.
KEREDHAAN
Watak-watak dalam ni kerap meminta maaf, dan meminta redha sesama mereka. Anak-anak menunjukkan penghormatan yang tinggi pada seorang ibu. Tengok pada watak Mak Jah, seorang ibu tunggal. Seronok apabila tengok kedua anak yang soleh begitu menjaga hati dan perasaan seorang ibu.
Malah pada watak Nur, meskipun marahkan suaminya, tetap pergi jauh dalam keadaan meminta redha suaminya. Dan ketika suaminya begitu membencinya, masih lagi menghulurkan tangan utk memohon kemaafan dan keredhaan seorang suami.
Keredhaan kedua ibu bapa adalah punca keberkatan dalam hidup kita.
Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.
Pernah merasakan hidup tak menjadi? Cuba fikirkan.
Jika kita mengalami kehidupan yang sempit lagi serba tak menjadi, hendaklah diperhatikan hubungan kita dengan ibubapa. Ini kerana seorang anak yang berada di bawah keredhaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi lapang lagi mudah hasil daripada keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepadanya. Sebaliknya seorang anak yang berada di bawah kemurkaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi sempit dan serba tak menjadi, disebabkan kemurkaan Allah kepadanya.
NUR
Bukan watak Nur yang saya maksudkan. Tapi Nur Hidayah. Cahaya petunjuk dari Allah.
Adam dan Katrina memegang watak ini. Menemui keinsafan setelah ditimpa musibah. Di sinilah cerita ini memberi mesej bahawa sebarang musibah yang diberi Allah SWT adalah sebagai sentuhan teguran daripada Allah SWT utk menyelamatkan kita daripada terus tenggelam dalam kelalaian.
KUPASAN DARI SUDUT TASAWUF
http://aidaqelantani.multiply.com/
Secara umumnya, Allah s.w.t. menimpakan bala dan musibah kepada seseorang kerana tiga sebab, sesuai dengan jenis orang yang ditimpa musibah tersebut.
Pertama: Andainya Allah s.w.t. menimpakan musibah dan bala kepada golongan musuh Allah s.w.t., dan golongan yang bersikap sombong dengan Allah s.w.t., dari kalangan orang-orang kafir dan golongan fasiq, maka ia merupakan suatu bentuk azab dan siksaan dari Allah s.w.t. yang dikenakan kepada mereka di dunia lagi.
**(relate dgn Nur Kasih)
Kedua: Andainya Allah s.w.t. menurunkan musibah kepada orang-orang mu'min yang kurang beradab di hadapan Allah s.w.t., dengan melakukan pelbagai maksiat, maka ia merupakan peringatan buat mereka supaya mereka kembali kepada Allah s.w.t., dan kembali beradab di hadrat Ilahi s.w.t. dengan mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ia merupakan suatu kenikmatan dalam kesulitan.
Ketiga: Andainya Allah s.w.t. memberi musibah kepada golongan khawas (orang-orang soleh) atau golongan khawasul-khawas di kalangan hamba-Nya, yang sentiasa menjaga adab dengan Allah s.w.t., maka musibah tersebut merupakan pintu-pintu untuk meningkatkan darjat mereka di sisi Allah s.w.t., dengan kesabaran mereka.
Banyak lagi yang boleh kita rungkaikan, namun cukuplah setakat ini dahulu. Ambillah mana teladan yang baik, tolaklah mana yang tidak baik. Cerita ni menyejukkan mata pada pakaian muslimatnya, cuma ada juga beberapa babak yang pada episod awal yang kurang baik.
Wallahualam, selamat menonton.
8 comments:
khawas-khawasul khawas.. ainun pernah menyebutnye bila kasi tazkirah ttg golongan2 org yg berpuasa..
nur hidayah same gak dgn nur alhuda kan?
hehe. salam perpisahan yg sementara kak sufi=)
sebenarnya saya tertunggu2 malam jumaat nak makan kt tg lumpur, tp sedihnya x jadi :(
cepatnya huda komen. hehe. tu lah, kak sufi nak gi jugak Tg Lumpur, tapi Allah lebih mengetahui segala perancangan. Kita tak berpisah pun Huda, cuma belajar je tempat lain-lain. Ada masa kak Sufi gi ziarah Kuantan ek..
sufi, xde link blog aku pun dalam bloglist g7?
tsk tsk :'(
wah 4 hari utk habiskan 25 ep?.gile lah semangat haha.
wah mantop k.yong bleh habiskan dalam masa 4 hari.k.lang tgk dalam 3 hari je..hehe
atie, cuba tgk betul-betul dalam list tu, adelah. saya tulis Mardiati.. kena pakai spek pasni
Kak Lang lagi mantap. 3 hari. mesti x makan, tak tidur, tak mandi
hm..syurga cinta dah tgk,xprasan lak ksilapan tu..tgk main2 je..nur kasih baru dapat dari kwn,bru episod 1..
ish k.yong nie k.lang tido jer..makan pon terlebih kenyang..
mandi sekali je sari sejuk..sebb hujan..(^_^)
Post a Comment