Followers

Tuesday, January 29, 2013

Muhasabah sbg tolibul 'ilm

Assalamualaikum.. :)

Tersenyum. Sebab sekian lama x tulis blog, malam ni paksa diri juga utk menulis sedikit pada blog kesayangan ni. Saya x istiqamah, kejap tulis, kejap senyap. Apapun saya ttp cuba utk tidak meninggalkan terus blog saya ni.

Hari ni 29 Jan, esok 30 Jan. Tarikh untuk dpt result bg sem lepas. Memang berdebar. Saya doakan smg Allah beri yang terbaik utk saya, juga utk shbt2 saya yg lain. Rakan-rakan semua doa utk saya ye. :)

Bercakap ttg pengajian, sy masih ada 4 semester lagi utk menghabiskan pengajian di UIAM, 3 semester panjang, 1 semester pendek. Dan tahun ni, rakan-rakan seangkatan akan mula graduasi, dan meninggalkan saya yang terlewat setahun kerana penukaran kos dari Math ke IRK.

Sayu hati mula terasa, apabila terbayang wajah sahabat2 yang mula menamatkan pengajian. Soal graduasi tidak menjadi kesalan d hati saya, kerana saya begitu seronok menjadi pelajar IRK. Mungkin inilah hikmah yg dpt sy rasakan apabila dpt merasakan berada dalam bidang yg mmg kita minati. Saya mmg meminati bidang Fiqh, dan saya berazam utk melakukan yang terbaik pada setiap sem yang saya lalui.

Namun, yang menjadi kesalan, apabila kdg2 sy merasakan sy belajar hanya utk exam, dan tidak betul2 menghayati tugas sbg tolibul 'ilm. Hasilnya, ilmu hanya ada dalam buku, tiada dalam dada. Bagaimana keadaan sy kelak ketika graduasi nanti? Adakah sy akan graduasi dgn ilmu yang penuh d dada, atau hanya catatan di sijil graduasi sbg pelajar, sedangkan ilmu yang ditadah selama 4 tahun dgn penat lelah menyiapkan assignment, tidak mampu utk menjadikan sy manusia yang berilmu d sisi Allah? Alangkah sia-sianya perjalanan sy d bumi ilmu dan budi ini, sedangkan tiada amalan yang diangkat di sisi Ilahi?

Kini, masa masih ada utk saya menghayati dan menjalani kehidupan sbg pelajar dgn penuh itqan. Allah suka org yang itqan (melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh). Semoga Allah sentiasa meredhai kita dalam perjalanan ini.  Amin.

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails