Followers

Friday, March 15, 2013

Ikhlaskah kita?

Assalamualaikum..

Hari ni dalam perjalanan menuju ke kelas, sambil-sambil memandu saya mendengar suara Ustazah Hafizah Musa di radio IKIM, seorang pendakwah wanita yang cukup saya minati lantaran kata-katanya yang bisa menerobos masuk ke indera telinga dan bisa menggegarkan sukma. Bisa mengetuk pintu hati yang kadang kala mengeras seperti tidak dibaja.. 

Persoalan yang Ustazah lontarkan adalah ttg IKHLAS..

ya. 
Ikhlaskah aku selama kehidupan aku?
Amalan yang tidak ikhlas, tidak akan diterima Allah. Maksudnya, amalan aku yang bercampur dan diadun dengan unsur-unsur lain spt riya', ujub, menunjuk, takbur, Allah tak nak semua ni! Pendek kata, kdg2 kita perasan bagus, perasan baik tapi sebenarnya amalan kita tu ibarat debu yang berterbangan. Tak de gunanya, x de nilai d sisi Tuhan!  

Allah..
Na'uzubillahi min zalik.

Muhasabah diri, adakah kita berusaha sesungguh hati utk menjadi org Ikhlas?
Apa reaksi kita apabila kadang kala riya' menghampiri apabila mendapat pujian?
Tersengih bangga, kembang setaman? mula rasa diri hebat?
Ada tak kita berusaha utk memulangkan segala pujian pada Yang Esa? 
Ada x kita beristighfar sesungguh hati utk menolak virus riya' menjajah taman hati?

Atau hanya sekadar membiarkan ianya singgah berulang kali.. dan kemudian, apabila tidak dihambat pergi perasaan itu, maka virus riya' dan hati semakin serasi, semakin erat.. terasa ingin bersama sentiasa.
Ruginya kita apabila segala amalan jadi sia-sia. 
Mari kita minta supaya Allah didik kita, jaga hati kita, bimbing kita.
Iltizam sungguh-sungguh supaya kita ni dpt jadi org yg ikhlas. 

Memang, nak jd ikhlas bukan mudah. Namun, penilaian Allah adalah pada usaha kita, biarpun mungkin kita mati sebelum dpt merasai maqam ikhlas yang terbaik di sisi Allah.

Mari jadi orang IKHLAS...

Monday, February 4, 2013

Kalam pembukaan tirai semester

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni hari kedua pembelajaran. Melalui hari pertama (semalam) cukup termotivasi dengan nasihat-nasihat drpd lecturer. Saya titipkan di sini supaya dpt berkongsi dengan rakan-rakan.

9 pagi, Dr Azman masuk ke kelas.
Sambil-sambil ta'ruf dengan pelajar, ust mengingatkan kami.
Seperti biasa, tentulah ust menyebut ttg niat. Apa niat kami utk belajar?
Exam?
Jangan.

Niat utk bukan utk exam, tapi utk faqih dalam ilmu.
Kamu semua memegang amanah utk mendalami dan menyampaikan ilmu.

Amanah?
Allah. beratnya taklifan ni.
Bermakna, tugas sy adalah utk memahami apa yg diajarkan dalam kelas, dan menyampaikan pd manusia lain. Apatah lagi, saya memilih bidang fiqh, ramai manusia d luar sana yang tidak memahami fiqh. Adakah saya mahu belajar sambil lewa, dan apabila graduasi nanti, apabila ditanyakan soalan, saya menjawab "maaf saya tidak tahu".

alangkah ruginya masa belajar bertahun-tahun, dgn bayaran yuran pengajian, akhirnya saya graduasi sbg mahasiswa yang 'tidak berisi'. tidak mampu memanfaatkan orang lain.

Sebak rasanya, hanya tinggal 2 smester baki pengajian. Saya rasa begitu nikmat belajar d UIA, rasa seronok, rasa gembira.. kerana Allah beri peluang utk mendalami ilmu agama.

Ya Allah, bantulah hambaMu ini utk meluruskan niat, bersungguh mendalami ilmu, tidak banyak merungut dgn tugasan.

Tuesday, January 29, 2013

Muhasabah sbg tolibul 'ilm

Assalamualaikum.. :)

Tersenyum. Sebab sekian lama x tulis blog, malam ni paksa diri juga utk menulis sedikit pada blog kesayangan ni. Saya x istiqamah, kejap tulis, kejap senyap. Apapun saya ttp cuba utk tidak meninggalkan terus blog saya ni.

Hari ni 29 Jan, esok 30 Jan. Tarikh untuk dpt result bg sem lepas. Memang berdebar. Saya doakan smg Allah beri yang terbaik utk saya, juga utk shbt2 saya yg lain. Rakan-rakan semua doa utk saya ye. :)

Bercakap ttg pengajian, sy masih ada 4 semester lagi utk menghabiskan pengajian di UIAM, 3 semester panjang, 1 semester pendek. Dan tahun ni, rakan-rakan seangkatan akan mula graduasi, dan meninggalkan saya yang terlewat setahun kerana penukaran kos dari Math ke IRK.

Sayu hati mula terasa, apabila terbayang wajah sahabat2 yang mula menamatkan pengajian. Soal graduasi tidak menjadi kesalan d hati saya, kerana saya begitu seronok menjadi pelajar IRK. Mungkin inilah hikmah yg dpt sy rasakan apabila dpt merasakan berada dalam bidang yg mmg kita minati. Saya mmg meminati bidang Fiqh, dan saya berazam utk melakukan yang terbaik pada setiap sem yang saya lalui.

Namun, yang menjadi kesalan, apabila kdg2 sy merasakan sy belajar hanya utk exam, dan tidak betul2 menghayati tugas sbg tolibul 'ilm. Hasilnya, ilmu hanya ada dalam buku, tiada dalam dada. Bagaimana keadaan sy kelak ketika graduasi nanti? Adakah sy akan graduasi dgn ilmu yang penuh d dada, atau hanya catatan di sijil graduasi sbg pelajar, sedangkan ilmu yang ditadah selama 4 tahun dgn penat lelah menyiapkan assignment, tidak mampu utk menjadikan sy manusia yang berilmu d sisi Allah? Alangkah sia-sianya perjalanan sy d bumi ilmu dan budi ini, sedangkan tiada amalan yang diangkat di sisi Ilahi?

Kini, masa masih ada utk saya menghayati dan menjalani kehidupan sbg pelajar dgn penuh itqan. Allah suka org yang itqan (melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh). Semoga Allah sentiasa meredhai kita dalam perjalanan ini.  Amin.

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails