Followers

Monday, February 8, 2010

Insan, Ingatlah!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Semoga sahabat-sahabat sekalian berada dalam keadaan sihat sejahtera.


2-3 entry sebelum ini saya ulas daripada buku ‘Insan, Ingatlah!’ hasil karya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya membelinya pada 19 Feb 2007 ttpi membacanya pada tahun 2010. Alhamdulillah, telah saya khatamkan dan amat-amat mencadangkan kpd sahabat-sahabat  utk membacanya. InsyaAllah, pembawaannya dekat di hati pembaca.

Sewaktu saya mengadiri ceramah Ust Shaari baru-baru ini di DQ ( Kejatuhan ‘Abbasiyah ) beliau mengatakan, ketika membaca sirah, letakkan diri kita di tempat tersebut untuk menjiwai apa yang kita baca.



Seperti mana buku ini, ianya membawa kita mengembara ke satu alam yang dinamakan alam akhirat. Saya baca sedikit demi sedikit utk menjiwai apa yang digambarkan dan diceritakan oleh buku ini. Seram sejuk apabila membacanya. Sungguh, alam akhirat itu berlaku dengan sangat dasyat utk kita gambarkan.

Pada muqaddimahnya, dinyatakan perihal mengingati mati sebagai suatu peringatan yang berharga.
Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Hendaklah kamu memperbanyakkan ingat akan perkara yang boleh meleburkan kelazatan hidup,” bertanya Abu Hurairah: “Apakah yang boleh meleburkan kelazatan hidup itu?” Jawab Rasulullah “Zikrul Maut” iaitu mengingati akan mati. 
 
Kita ini ibarat seorang murid yang memasuki ujian peperiksaan, tetapi keputusan dirahsiakan ujian itu dirahsiakan. Bolehkah kita yakin yang kita ini akan lulus ujian? Semuanya menjadi teka- teki dan keputusannya hanya akan diketahui apabila catatan amal seseorang itu telah dibentangkan oleh Allah Taala pada hari hisab di Padang Mahsyar kelak.



KERAS HATI
Penyakit rohani yang dianggap berbahaya ialah penyakit ‘keras hati’. Di antara tanda-tanda keras hati ialah apabila tidak lagi merasa gerun dan bersalah apabila melakukan maksiat dan tidak merasa seronok apabila melakukan ketaatan, tidak merasa gerun dengan neraka dan tidak teringin terhadap syurga, tidak merasa benci berkawan dengan syaitan atau iblis dan sebaliknya tidak berselera mendekati malaikat. Ada tanda-tanda penyakit ini pada anda? Kalau ada cepat-cepat bawa hati utk dirawat pada doktor hati.

CARA UBATI PENYAKIT HATI
Ada beberapa cara utk mengubati hati. Antaranya dengan mengingati mati, kerana mengingati mati merupakan penawar yang paling berkesan, dan mampu melembutkan hati yang keras, dan seterusnya menghilangkan sifat-sifat mazmumah yang menjatuhkan martabat manusia sehingga ke taraf haiwan.

Cara yang ke-2 ialah berusaha mendekati majlis ilmu, iaitu majlis ilmu yang dipenuhi tazkirah dan nasihat, banyak menumpukan pemikiran serta tindakan yang menjurus kepada usaha untuk mencari keredhaan Allah SWT. Majlis ilmu seperti ini merupakan pusat rawatan yang mempunyai kemudahan pakar utk merawat penyakit hati.



Yang ke-3 ialah mendampingi ulama akhirat, ini suatu yang penting kerana Rasulullah SAW telah menyatakan bahawa para ulama itu adalah pewaris Nabi.

Yang ke-4 ialah ziarah atau takziah kematian, ini suatu yang penting bagi mengambil iktibar. Apabila melihat jenazah terbujur, menunjukkan berakhirnya babak kedua kehidupan yg menamatkan segala usaha ikhtiar, terbaring sepi untuk menempuh suatu perjalanan abadi, di samping bakal menerima natijah dan akibat dari amal yang telah dilakukan.

PEMERGIAN AYAH NANI
Alhamdulillah, sebelum pengebumian ayah Nani, sempat saya melihat wajah arwah. Subhanallah, wajahnya tersenyum. Ada ukiran senyuman di bibirnya dan sedikit kerutan di dahi. Alhamdulillah, syukur pada Allah beliau dikurniakan nikmat sebegini. Selepas membaca buku ini, sekurang-kurangnya saya tahu mengapa beliau tersenyum. Diturunkan rahmat pada saat ketika ajalnya tiba. Semoga kita semua jua mendapat nikmat seperti ini, Amin Ya Rabb.

 BACALAH BUKU NI
Utk akhirnya, bacalah buku ini. Bacalah dengan penuh penghayatan, supaya minda dan jiwa kita akan menyedari bahawa perjalanan kita di alam sana amatlah sukar. Bahkan pada Nabi dan Rasul sendiri merasakan kesukaran ketika menghadapinya, apatah lagi kita insan naïf ini. Semoga Allah ampunkan segala dosa kita. Amin Ya Rabb

Tuhan,
Berilah petunjuk padaku
Bimbinglah kehidupanku
Ke arah mana harus ku tuju
Yang menentu nasibku

No comments:

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails