Followers

Thursday, February 11, 2010

Pikiaq sat...



10 Februari 2010
Sem  ni saya x lah banyak kelas. Kelas Arab sahaja. Minggu ni Ust Fairuz masuk wad. Jadi, kelas hanya sekali minggu ni. Kesempatan kekosongan masa, Alhamdulillah saya telah diajak Adiela dan  Kak G-ah utk ke UKM, mesyuarat ttg program Gamis di sana.
Dengan menaiki kereta kancil putih, dan dipandu oleh Kak G-ah (driver expert). Lama jugak perjalanan, dan saya banyak berdiam diri di belakang sementara Adiela bersembang banyak dengan Kak G-ah.
Seusai mesyuarat, kami bertiga kembali bersembang dalam perjalanan pulang setelah makan petang. Sesi perbualan kami bertiga sepanjang perjalanan pergi dan balik banyak memberi kesan pada jiwa saya. Inilah perbualan dengan pejuang srikandi, bukan omongan kosong, semuanya mendidik jiwa.
JANGAN BANYAK BERI ALASAN
“Sufi, masa 1st Year nilah banyakkan ambil peluang utk buat kerja dakwah. Jangan beri alasan apabila diminta buat kerja”, pesan Kak G.  Saya mengiakan.
Lain cerita antara junior dan senior. Masa 1st Year ni dikira masa emas. Beban x seberat senior 3rd and 4th Year. Momentum mula berkurangan, tumpuan pada akademik meningkat.  Assignment, Kuiz, Exam bertalu-talu. Org Trg kate, ‘Sibuk Dok Oh’.
Jiwa dan perasaan juga lain. Junior lebih bersemangat. Tak dinafikan, bila dah jadi senior ni kdg2 rasa jiwa dihinggapi virus . Virus yang menyebarkan propaganda ‘aku ni dah banyak menyumbang utk kerja dakwah. Bagilah peluang pada adik-adik pulak’.

JEMU


Sahabat saya, pernah berkata. Antara sebab FUTUR adalah merasa jemu dgn dakwah. Hari-hari sebut pasal perjuangan, tarbiyah.. dan akhirnya dia sendiri merasa bingung entah apa yang dia inginkan dari hidup ini. Akhirnya, sahabat-sahabat mula ditinggalkan dan mula membawa haluan sendiri. Mencari kehidupan sendiri.

Inilah tapisan daripada Allah SWT. Kita tak boleh nak optimis apa yang kita akan jadi satu hari nanti. Kita berjuang macam mana pun, tak boleh nak conform yang kita ni dah ada tiket nak masuk syurga Allah SWT. Bahkan kadang-kadang di kalangan pejuang sendiri, berbakul-bakul dosa. Dosa mungkin bukan dosa zina, maksiat dll. Tapi dosa riya’, angkuh dan megah dengan diri yang dirasakan berjuang.
Na’uzubillahiminzalik. Mana tahu, bila berjumpa di hadapan Allah SWT kelak, x banyak pahala dalam akaun. Banyak amalan yang Allah tak terima disebabkan buat kerja dakwah bukan kerana Allah. MasyaAllah, apalah nasib kita satu hari nanti.

APA JADI BILA DAH KAHWIN???



“Bila dah kahwin, patutnya dari gear 2 jadi gear 3, 4 dan 5. Bukan gear reverse”, getus Kak G.
Betul tu. Bila kahwin, kadang-kadang dari aktif mula jadi slow. Katanya nak focus pada family. Kalau banyaklah jundi yang jadi macam ni, maka perkahwinan mula jadi fitnah. Figure-figure seperti Kak Nurul, Ust Syaari, Ust Amin Idris, bila dah berkahwin pun makin rancak berprogram. Bahkan lebih aktif dari orang bujang. Inilah kesan daripada perkahwinan atas dasar perjuangan.
Bak kata Ust Dzulkhairi, berkahwin bukan utk menghabiskan masa dgn bermesra, tapi  utk melengkapkan perjuangan.

MEMBACA


“Kak, macam mana nak berfikir secara kritis dan kreatif?”, Adiela mengajukan soalan. 
“Banyakkan membaca, itulah kuncinya”,Kak Gi-ah menjawab.
Kalau ada disiplin membaca, itulah yang terbaik! Membaca bukan sekadar nak tahu apa isinya, tapi mampu mengasak-asak minda dan mencetuskan idea-idea yang bernas.
Bila brainstorm, baru boleh keluar macam-macam fakta, idea-idea baru. Banyak perkara yang boleh ‘rebrand’ selain mengikut arus yang lama. Kadang-kadang kita berprogram suka mengikut ‘adat warisan’ yang lama. Pembawaan gaya baru bukan mudah, tapi bila buat pembaharuan barulah ‘FRESH’.
_____________________________________________________________________________________

Hidup di Gombak banyak mendidik saya, membawa saya banyak berfikir ttg apa yang harus dilakukan utk ummah. Insan-insan di sekeliling saya agak mencabar. Bila gaya hidup kdg2 seolah tidak bertuhan. Pada mulanya saya Cultural Shock. Resah gelisah memikirkan tanggungjawab saya yang perlu saya pikul. Apatah lagi mengambil kos agama. Tanggungjawab utk menyebarkan pada insan sekeliling harus saya pikul.
Tapi akhirnya saya sedar, bahawa keadaan pincang ini harus saya sesuaikan diri. Sedikit demi sedikit saya memulakan agenda dakwah, menghalusi hati. Mendoakan mereka supaya kembali semula pada Tuhan.
Pernah saya katakan pada sahabat di Kuantan, walaupun saya beria nakkan kos IRK, tapi saya dah bersedia, mungkin kehidupan saya lebih baik atau lebih buruk berbanding di Kuantan. Di Gombak, kalau tgk malam-malam setiap sudut pemandangan pasti ada couple. Baju sisters pun macam-macam jenis. Majority memilih utk berseluar.
Kuatnya cabaran MasyaAllah…

Tapi,
Paling penting! Jangan menjauhi mereka.
Fenomena biasa, bila berbeza fikrah, yang usrah pegi usrah, yang tgk movie ttp tgk movie di bilik. Tak bertegur sapa. Kadang-kadang rumet yang ‘kurang fikrah’ agama ni tak merasakan kewujudan insan-insan yang berdakwah ni.
Bukan senang nak masuk dgn golongan yang anti-Ustaz/ Ustazah ni. Ada jenis mad’u susah dan ada yang senang. Mudah-mudahan kita diberi kekuatan iman utk membimbing diri kita dan juga orang di sekitar kita.

Bukan senang nak menyebut ttg futur, takut-takut kitalah ahlinya. Kalau langkah kita kurang mantap, insyaAllah kita mula balik pelan-pelan mencari kekuatan diri.
Sama-sama doakan ek!
Lah skali, supo skalo (kecek Klate) kito pattung sket deh..

Meniti hidup nan indah
Rahmat Allah sentiasa dicari
Hati jauh pasti gundah
Cepat-cepat baiki diri

5 comments:

Murtadha Bin Rafaai said...
This comment has been removed by the author.
Muhammad Syafiq said...

wah, org tu dh sibuk dgn program gamis skrg ni...

nurjalilah said...

Salam ayong.

Bagi tips sikit,cner nk masuk dgn orang2 yg xde fikrah Islam..

aqmy said...

bertapak-tapak melangkah ke hadapan..

Muhammad said...

Salam.mohon copy ya..

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails