Followers

Wednesday, January 13, 2010

Usah pandai bermain kata…..

Bismillahi Wal Hamdulillah

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Salam mahabbah dan salam perjuangan buat sahabat sahabat sekalian. Moga ceria diiringi iman dan taqwa. :)

Sedikit peringatan utk kita dan khususnya utk diriku sendiri.

TAUBAT SEBAGAI SAMPINGAN??

Lafaz TAUBAT yang hanya dituturkan pada lidah, namun dosa masih dikekalkan, maka bagi Saidina Ali perbuatan tersebut hanyalah suatu pendustaan kepada Allah SWT. Urusan taubat itu bukanlahlah suatu tugas sampingan dalam kehidupan yang dilakukan secara sambil lewa dan tergopoh-gapah, bahkan ianya perlu menjadi suatu agenda program dalam kehidupan seharian. Walaupun lidah menyebut perkataan taubat, namun tidak semestinya ianya menjadi satu permohonan yang diterima Allah SWT.

6 PENGERTIAN TAUBAT

Kata Saidina Ali, bahawa yang dikatakan taubat itu ada 6 pengertian:
1 – Sekiranya kamu telah melakukan dosa yang lalu, maka taubatnya hendaklah kamu menyesali segala kesalahan dan dosamu itu.
2 – Jika kamu melakukan kesalahan dan dosa kepada Allah SWT kerana meninggalkan perintah yang wajib, maka hendaklah kamu mengerjakan semula kewajipan yang telah kamu tinggalkan itu.
3 – Sekiranya kamu melakukan kezaliman kpd org lain, maka taubatnya ialah bahawa wajib bagi kamu memulangkan semula apa-apa juga yg berlaku kpd org itu, sehingga tiada lagi perkara yg bersangkutan dgn org yang kamu zalimi itu dan dia memaafkan segala penganiyaan yang kamu lakukan terhadapnya.
4 – Maka sekiranya kamu melakukan maksiat sehingga diri dan jiwamu sebati dgn maksiat itu, maka demikian jugalah kamu wajib melakukan taat kepada Allah sehingga jiwamu sebati dengan ketaatan itu.
5 – Sebagaimana lazat dan manisnya maksiat yang kamu lakukan, maka demikianlah pula kamu lakukan ketaatan sekalipun pahit.
6 – Sekiranya kamu melakukan maksiat kepada Allah dalam keadaan gembira dgn gelak ketawa, maka sampailah giliran kamu menangis menyesali dosa yang kamu lakukan itu berserta mengerjakan segala ketaatan kpd Allah SWT.

PAHIT ITU UBAT

Hati yang sakit perlukan ubat sebagai rawatan. Bukan mudah untuk menelan kepahitan. Tapi, itulah yang harus kita tanggung sekiranya kita begitu menginginkan hati yang sihat dan bersih utk melayari kehidupan ini.
Kata Hukama’ , ‘Bahawa jalan menuju ke neraka itu dikelilingi dengan kemanisan dan kelazatan, kerana semuanya adalah sesuai dgn runtunan nafsu. Sebaliknya, jalan ke syurga itu dikelilingi dengan onak dan duri kepahitan, kerana sifat ketaatan itu amat sulit utk dicapai, dia terpaksa menempuh segala perit getir’.
Sekiranya hati kita telah terbiasa melakukan maksiat, maka kita perlu mencari jalan bagaimana utk membiasakan diri dengan ketaatan. Tukarkan daripada lazatnya melakukan maksiat kepada lazatnya melakukan ibadah kepada Allah SWT.
Pendek kata, lafaz taubat sahaja tidak cukup. Bahkan perlu kepada segenap penghayatan dan cuba utk menunaikan tuntutan taubat. Kadang2 kita sudah merasa cukup dgn lafaz Istighfar, namun jauh meninggalkan hak-hak manusia yang telah kita zalimi.

Ya Allah, pandulah jiwa-jiwa kami ini menuju jalan yang lurus. Usah Kau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri. Amin Ya Rabb

Hati keras manakan bergetar
Tertipu taubat hanya di lidah
Dosa melaut tiada sedar
Tiba maut menjemput sudah

Wallahualam

1 comment:

alifnunalif said...

Masya Allah..

syukran ya ukhti atas artikelnya...

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails