Followers

Wednesday, January 13, 2010

BILA LAGI MAHU BERUBAH??



Satu tajuk yang menarik.
Ini adalah tajuk forum yang saya hadiri baru-baru ini di Mini Auditorium UIAM Gombak. Panelnya bukanlah pensyarah, tapi di kalangan mahasiswa sendiri. Terdiri drpd dua panel, Akh Fakhrulzaki dan Akh Mohd Abdullah, dan Akh Eihkwan M. Ali sebagai moderator. 
Dan dalam forum yang berwibawa ini saya tertarik dgn satu persoalan yang dilontarkan oleh moderator kepada Akh Abdullah, APAKAH PERMULAAN UTK BERUBAH?
Panel memberi jawapan yang ringkas ttp padat iaitu:

ISTIGHFAR DAN TAUBAT.
Teringat sewaktu di Kampus Kuantan, Prof Torla memberi definisi maaf, istighfar dan taubat.
ISTIGHFAR : tutup kesalahan
TAUBAT : masuk balik ke dalam landasan yang Allah sediakan. (kembali kepada Allah)
Benar, permulaan kpd perubahan adalah kawalan HATI. Benarlah seperti yang dikhabarkan oleh Hadith Rasulullah SAW, hati adalah raja. Baik hati, maka baiklah anggotanya. Buruk hati, buruklah anggotanya.
Dan tidak lain untuk mendidik hati memerlukan mujahadah yang cukup. Apabila hati telah mula lentur, maka kerja keras masih diperlukan utk mengekalkan momentum. Pendek kata, kerja keras setiap masa utk menjaga hati . Hati-hati menjaga hati.

JOM HIJRAH!!
Macam mana nak tau kita ni hijrah ke belum?
Cek pada diri, ada peningkatan tak?
Kalau dulu baca Quran semuka 7 hari, sekarang dah mula satu muka sehari.
Kalau dulu waktu solat buat tak endah, sekarang solat lewat pun gundah.
Kalau dulu buku tengok sebelah mata, sekarang buku selalu depan mata.
Kalau dulu diri sendiri didahulukan, sekarang kawan yang didahulukan. (rakyat didahulukan)
Kalau dulu Ma’thurat sekali sehari, sekarang ma’thurat dua kali sehari.
Cuba kita letakkan penanda aras/ indikator yang senang kita lihat, samaada kita ini telah berubah atau tidak. Permulaan sebelum perkara baik menjadi sebati dgn kita mmg agak sukar utk kita lalui. Tapi insyaAllah, kita usaha sungguh-sungguh utk membuang tabiat yang lama dan membina tabiat yang baru.
MESTI KUAT SEMANGAT!! :)



2 comments:

Niezarm said...

salam saudari. ini memang entri yang baik. saya sentiasa berfikir.. berubah sememangnya sesuatu yang sukar terutamanya untuk remaja.

ada kalanya.. ada orang tidak suka bila kita mahu berubah ke arah kebaikan.

pelik tp ada terjadi

Kembara Sufi said...

betul tu. tak smeua org suka. InsyaAllah, kita berubah kerana Allah, bukan kerana manusia

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails