Followers

Friday, April 17, 2009

PEMILIK HATIKU..setelah Allah & Rasul

PEMILIK HATIKU..setelah Allah & Rasul
Ni tajuk buku baru, karangan Fatimah Syarha..
Buku ni dibeli oleh Kak Jie kat Book Fair PWTC, tapi ana yang baca dulu.
bukunya simple, nipis tapi padat.

Ana pernah jumpa face to face dgn kak Syarha dan suami dia masa Kuliah Srikandi PRESSS. Kak Syarha mmg lembut orangnya.Dan semasa beliau bagi ceramah, ana dapat rasakan kasih sayang yg terbit dari hatinya sampai kepada kami yang mendengar ni. Tak hairanlah, buku kak Syarha penuh dgn kelembutan dan byk menyentuh emosi remaja terutama muslimat. mungkin inilah kelebihan yang Allah kurniakan pada kak Syarha. namun kelebihan ini dikongsi bersama, dan dia berusaha menyelamatkan gadis-gadis yang sdg hanyut dgn cinta..

KAGUM..
beliau mampu menjadi ikon remaja yg mempunyai ketegasan dalam kelembutan dalam memilih haluan hidupnya. Beliau berkongsi bagaimana utk memiliki cinta yg suci murni, bukan cinta dalam debu, yg penuh dgn habuk jahiliah.

Walaupun telah berkahwin, kini dia berkongsi pula bagaimana untuk menjadi Isteri yang solehah setelah berjaya melalui zaman remaja yang penuh dgn dugaan.

Buku ni lebih berkisar ttg catatan hati seorang isteri yang cukup berhati-hati dan waspada memilih suami. sama ada cerita yang dlm buku ni adalah kehidupan kak Syarha sendiri atau tidak, wallahualam. yang penting, ambillah yang baik dan sama-sama amalkan.

INDAH..
bila segalanya kerana Allah.
jika masih remaja, biar sibukkan diri mencari cinta Allah. kerana, di situlah permulaan bagaimana kita akan mencorakkan keluarga kita kelak. di sinilah peringkat tarbiyyah adalah fardu muslim.Kalau masa remaja dah sibuk bercinta, bila dah berkahwin, cinta jadi makin pudar. masing-masing dah jemu dan mula berperang antara satu sama lain.

BERBEZA..
Cinta yang bermula di arena perkahwinan dgn cinta yang bermula sebelum diijabkabulkan. keberkatan cinta pasangan yang menjaga diri sebelum perkhwinan amat memberi kesan pada kebahagiaan rumahtangga.

Buku ni bagus, memberi semangat dan motivasi pada diri kita untuk mencari keberkatan di sebalik kehidupan. kdg2 kita kerap tertipu dgn diri sendiri. sangka kita, kita dah pilih jalan yang terbaik, namun rupanya ianya cuma nikmat sementara shj.tak kekal pun. cthnya, sblm berkahwin punya byk kongsi tazkirah sampai lewat mlm. kejutkan tahjud, ingatkan solat.. Fuh, bkn main lagi. tapi bila lps kawin smua tu hilang entah ke mana..

pasangan yang dpertemukan atas dasar perjuangan lebih kukuh dan terjamin drpd pasangan yang tidak mempunyai matlamat perkhwinan kerana Allah. kerana apabila sesebuah perkhwinan itu dilanda badai yang menghempas kuat, masing-masing akan ingat Allah. Allah lah penyelamat, Allah lah tempat mengadu, meminta agar dikuatkan hati. Malah Baitul Muslim dirancakkan lagi dgn taman-taman ilmu, penuh mawaddah wa rahmah. anak-anak dididik dgn mengenalkan mereka pada Islam.

Keluarga yang bahagia bermula daripada peribadi ibu dan ayah..

8 comments:

munadhia said...

salam. huhu.k.sufi, ari tu yan berajat nk bli buku ni. tp, yan plih buku sultan muhammad al fateh..mana aci k.ji da ble dulu..hehe~

Unknown said...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

Kembara Sufi said...

salam..
YAN- hehe. kongsi je. buku ni ringkas je. nanti pinjam ngan kak jie. kak sufi beli buku salahudin al ayubi.

ANAK PENDANG SEKELUARGA- syukran atas ziarah. sama-sama berkongsi maklumat

DAKWATUNNISA said...

Assalamulaikum kak sufi..
hidayah n yantie ni.. Alhamdulillah.. km pun dah baca buku ni.. best sngt.. mg d pengajan buat kita semua...

rijal88 said...

"...Mari kita berjanji,berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita yang pada umur 18, memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah dan Dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan Dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi Dakwah akan sentiasa bertunjang dalam diriku..."

(Zainab A-Ghazali)

rijal88 said...

salam'alaik,

klu nti nk tmbhkan pengetahuan mengenai siasah maka ana cadangkan baca:


Tanya tentang buku ini
Tajuk : Sistem Politik Islam
Pengarang : Khalid Ali Muhammad al-Anbariy
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
Harga seunit (piece): RM 29.90

#bacaan buku ni pada level sederhna

#sebarkanlah

Kembara Sufi said...

terima kasih atas cadangan. nanti ana cari buku tu, insyaAllah

Nabilah said...

ربنا هب لنا من أزوجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما

Salam ayong...angah setuju ngn kata2 ayong...buku ni sgt sesuai tuk remaja mcm kita..bahasa yg dsmpaikn oleh k.syarha penuh dgn kelembutan & keunikan yg tersendiri ..angah da beli buku tu...(",)

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails