Followers

Tuesday, April 14, 2009

Cerpen 2 - KETULUSAN HATI


Petang itu, bayu angin menyinari sinar petang. Sangat indah. Awan comel berambal-ambal di langit. Cahaya matahari berselindung segan silu di sebalik awan menjadikan suasana redup dan teduh.
“Kehidupan dan ujian adalah satu rangkaian yang tidak dapat dipisahkan lagi. Tidak dapat tidak semua manusia pasti akan diuji menurut darjat keimanannya. Semakin dekat menghampiri RabbNya, semakin kuat pula dugaan. Mengapa sedemikian? Kerana Sang pencipta ingin sekali menguji kekuatan cinta Sang Hamba kepada Sang Pencipta.
Mudah untuk kita melafazkan bahawa kita cinta kepadaNya. Namun payah benar menghadapi dugaan perasaan dek ujian bertalu yang diterima.
Kehilangan, kugundahan, kegelisahan, kesedihan, kekecewaan… lumrah hidup manusia utk merasainya tatkala dihadapkan dengan mehnah”, Fatimah menghurai panjang lebar sambil merenung keindahan tasik Darul Quran yang berada di hadapannya. Sungguh cantik ciptaan Allah, tidak cukupkah bukti kebesaran Allah ini mengajak manusia untuk kembali ke pangkal jalan, bisik hati Fatimah.

“Benar.Tapi Fatimah, ana tak pernah lihat anti bersedih. Sejak ketiadaan ibu bapa, anti nampak tetap ceria menguruskan adik-adik anti,” Adlin mengesat air matanya yang tumpah.
“Suratan takdir, Lin. Siapa kita untuk mempersoalkannya.”

“Tapi ana, sehingga sekarang masih membawa hati yang lara ini. Hati ana dah jauh dari keluarga sendiri. Sahabat-sahabat lain mengatakan ana tidak bersyukur kerana ana masih mempunyai keluarga yang sempurna, sedangkan anti tidak. Tapi, perasaan kecewa yang wujud dalam diri ana sukar untuk dibendung”.

“Kenapa dengan keluarga anti?”
“Entahlah, ana jauh hati mungkin kerana keluarga ana ditimpa banyak masalah. Ana sendiri kesal dengan cara didikan ibu dan ayah ana sehingga kami adik beradik menjadi begini. Lihat sahaja kakak dan abang ana, jauh dari landasan yang sebenar. Malah, titipan kasih sayang dalam keluarga juga tidak dirasai”.
“Anti tak bahagia? ”
“Tidak. Saban hari ana hanya menangis. Ana rasa sama sahaja kalau ana ada atau tidak di rumah. Ana seperti tiada kepentingan dalam keluarga.”
“Anti kesal?”
“Entahlah, hati ini sukar difahami”, Adlin mula sebak. Tidak dapat ditahan lagi, air mata panas mula mengalir keluar mengairi pipi.

“Adlin”, Fatimah menoleh memandang sahabatnya yang mula tertunduk sayu.
“Cuba tanya dirimu, ikhlaskah menerima ujian ini? Sebagai seorang hamba, kita harus akur menerimanya biarpun perit”, Fatimah menelan air liur. Dua wajah tersayang terbayang di hadapannya.
“Adlin, sewaktu ana menerima berita kematian ayah ana, hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya perasaan ana waktu itu. Ibu ana baru sahaja meninggalkan kami yang masih dahagakan kasih sayang, kini ayah pula yang menyusul pergi. Sayu hati ana melihat adik-adik yang masih kecil, melihat pemergian ibu dan ayah sedangkan rakan-rakan sepermainan masih ada tempat bermanja.”

Fatimah cuba sedaya upaya menahan butir-butir mutiara dari kelopak matanya gugur. Dibiarkan bertakung dan cepat-cepat dikesatnya. Fatimah menyambung lagi.

“Ana cuba mencari kekuatan diri. Ana anak sulung. Mana mungkin ana lemah sedangkan analah penjaga dan teladan buat adik-adik ana. Waktu tu, sahabat-sahabat banyak memujuk dan memberi kata-kata semangat untuk meneruskan kehidupan dengan tabah. Namun, ana masih lagi bersedih . Masih belum ada yang mampu memujuk. Kehilangan mereka begitu dirasai. Ana seolah tidak mampu lagi meneruskan kehidupan.”

Adlin mendengar bicara Fatimah satu persatu. Dia ingin mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada sahabatnya.

“Namun, sehinggalah suatu hari, ana bertemu dengan seorang pensyarah kita, Ustazah Najlaa’. Ana adukan segala masalah hati dan merintih pada dia. Ustazah memberikan jawapan yang cukup berkesan di hati. Sampai sekarang, ana masih lagi teringat setiap patah kata ustazah Najlaa’.

“Ustazah pernah mengadu pada sahabat Ustazah tentang masalah hidup yang Ustazah alami. Ustazah sering difitnah apabila keluar berceramah dan membicarakan kebenaran yang orang lain sukar terima. Ustazah menangis apabila merasai peritnya ujian perjuangan ini, Fatimah. Namun, satu jawapan yang cukup memberikan kekuatan pada Ustazah, sahabat Ustazah mengatakan andai Ustazah masih mengeluh dan kesal dengan ujian yang Ustazah terima, maka Ustazah masih belum mencapai maqam ikhlas. Kerana hati ini masih mengharapkan kesenangan dalam berjuang, maka apabila ditimpa dugaan yang berat, kita akan mudah merintih dan tewas dengan ujian yang sedikit ini. Kita teladani pejuang-pejuang terdahulu, mengapa mereka kuat menghadapi ujian Allah, bukan hanya mereka ikhlas memperjuangkan kalimah yang haq dan menentang kebatilan, bahkan mereka menunggu-nunggu kasih sayang Allah yang ditunjukkan melalui kesusahan dan keperitan hambaNya. Mari kita ambil iktibar, anakku”

"Sejak dari itulah, ana cuba mengumpul kekuatan dan cuba mengikhlaskan diri untuk menerima dugaan ini".


Sebak hati Adlin tidak mampu dibendung lagi. Dia memeluk Fatimah dan menangis semahu-mahunya.

“Ana tak ikhlas, Fatimah. Ana tak ikhlas sebagai seorang anak. Anak terlalu banyak menyalahkan ibu dan ayah ana sendiri”.
“Fatimah, mengapa disebabkan kesalahan yang sedikit, maka kebaikan yang terlalu banyak dilupakan? Dan bukankah manusia bertambah dewasa dan tahu memilih yang benar dan salah? Untuk apa akal dan hati yang Allah cipta dan kurniakan jika bukan untuk memujuk ego supaya tunduk pada ajaran yang hak?”, Fatimah membalas pelukan Adlin dengan penuh kasih sayang.

“Kembalilah dengan hati yang ikhlas, berbaktilah pada kedua orang tuamu sebelum berakhir dengan kesedihan dan penyesalan sepanjang hayat”,ujar Fatimah. Kerinduan pada arwah orang tuanya begitu memilukan hatinya. Mereka pergi sebelum sempat dia mengungkapkan yang dia amat sayang dan cintakan ayah dan ibunya.

1 comment:

SALIK said...

assalamualikum srikandi sufi
insyaalah sekadar pandangan.ana tertarik dengan benteng semangat "mencapai makam ikhlas" sangat indah perhentian itu.benar ana sangat bersetujuh.cuma ana yang daif akan ilmuNYA,tidak akan mengerti apa itu ikhlas...kerana pengertian itu hanyalah milikNYA.cuma,sekiranya kita melihat segala nikmat yang Allah kurniakan...bermula dengan detik saat,melihat jasad yang masih bernyawa,fikiran yang terus mengingati Allah...dan bahkan banyak lagi nikmat2NYA yang tidak kan mampu dihitung...jika kita melihat...melihat...dan lagi terus melihat...pasti akan malulu la diri kita.jika dibandingkan dengan amal yang kita kerjakkan.tidakkan mampu membalas nikmat yang Dia beri.kita tiada kudrat untuk membalas segala pemberianNYA.jesteru andai kita punya rasa malu yang dalam,akan kita mencuba menyerahkan segala jiwa raga padaNYA.jika menimpa satu ujian,alangkah diri masih mampu mengucapkan syukur,kerana malu yang timbul lantaran tiadanya kudrat membalas nikmatNYA itu,akan melahirkan rasa cinta,rindu,menyerah dan ingin terus mentaatiNYA.jesteru ujian2 yang dihadapi dilihat satu balasan cinta dari sang Khalik.indah bukan mainan cinta Allah.seorang pengembara sufi,sering mengintai dicelahan2 aib dirinya untuk mencari hijab dengan sang khalikNYA.salam mujahada...kerana semakin hati itu melebam dengan cinta rinduNYA,semakin kuat ujian yang bakal dihadapi...bukan kerana Allah itu zalim...tidak sama sekali,bahkan Dia maha bijaksana,apa yang lebih sesuai diberikan oleh pencinta2NYA...

insyaalah seorang muslimat...
sahabiah Al-Hub

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails