Followers

Friday, February 6, 2009

madah 1 -Kembaraku Menuju Hijrah


KEMBARAKU

Kembaraku menuju hijrah..

Insan biasa berpalit dosa
memiliki kehidupan seolah tiada penghujung
saban hari, tiada pedoman
entah apa yang dicari
semuanya fatamorgana
makin dikejar, makin menghilang
jua ibarat air laut
makin diminum, makin haus
hidup tiada hala tuju
melangkah pergi mengikut rentak emosi
terkadang gembira terkadang sedih
namun jiwa kosong
penat mencari apa yang tidak mengisi
apa yang diimpi sudah diperolehi
namun hati masih meronta-ronta
seakan ada yang tiada
HATI mula mendesak diri
engkau mesti mencari yang “tiada” itu

Kembara bermula
Dengan bermacam pencarian
Fitrah manusia, mencari agama
ISLAM dicari, ilmu diterokai..
Akhirnya yang tiada DIJUMPAI!!!

Kini Kembara HIJRAH
Hijrah menuju Allah
Pencarian diteruskan
Khazanah permata diterokai lagi
Kerana dasar permukaan tidak cukup untuk menenangkan
Rontaan HATI yang begitu kuat mendesak

Dalam Kembara, bertemu SANG PERJUANGAN
Hati gembira dan kagum, ingin melamarnya

Namun sayang,
SANG PERJUANGAN menolaknya.
“Engkau JIJIK!!”, katanya pada HATI
Terkedu HATI,
Memandang diri yang penuh dengan titik noda kehitaman.

“Wahai SANG PERJUANAGN,
Adakah aku tidak ada peluang lagi untuk memilikimu?”
“Ada. Bersihkan dirimu dulu”
“Bagaimana? Aku tidak tahu. Ajarkan padaku”
“Bertaubatlah wahai hati. Aku akan menyerah diri padamu tatkala engkau telah suci dan jernih”

HATI menyendiri.
Mencari murabbi mengajarkannya membersihkan diri
HATI menyesal
HATI bertaubat
HATI berazam tidak akan mengulangi lagi kesilapannya.

Saban waktu HATI menyucikan dirinya.
HATI gembira, sukmanya tenang
Alunan zikir menghiasi dirinya
Asma Allah melegari ruang di dalamnya

Janji ditepati
SANG PERJUANGAN menyerah diri
“Kini aku mahu bersamamu, duhai HATI. Terimalah aku”
“Aku menerimamu duhai PERJUANGAN. Tetaplah dalam hatiku. Aku begitu merinduimu”
“Duhai HATI, wujudkan rabithahmu dengan Sang Hati yang lain. Mereka menunggumu. Mereka juga mempunyai sahabatku dalam hati mereka. Apabila telah terikat, berjuanglah bersama mereka”
“Aku akan lakukannya.” HATI tersenyum

HATI menangis syahdu
Alangkah nikmatnya berada bersama mereka dlm satu saff perjuangan
Mengapa aku tidak mencarinya dari dulu lagi?
Aku banyak dosa,
Tuhan, Ampunkan aku

Kembara diteruskan,
Selagi HATI masih diberi nyawa
Pengembaraan mesti diteruskan
Sehingga destinasi abadi ditemui
Bertemu RABB meredhainya
Penuh kecintaan

“Kembara Menjejaki Cinta Ilahi”

No comments:

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails