Segala puji bagi Allah yang telah mendidikku
Yang menghilangkan kebutaan dengan petunjuk dalam hatiku
Yang memuliakanku dan meneguhkan pendirianku
Sementara aku adalah orang yang penuh dosa dan kekurangan
Kemudian selawat dan salam ke atas rasul junjungan Muhammad
Manusia yang paling baik dan paling mulia
Berikut kepada keluarga dan sahabat baginda
Dan sesiapa yang mengikuti jalannya dari pada tabiin
Dengan Nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, setelah sekian lama dapat juga meluangkan masa untuk menulis dalam blog ni. Buntu juga apa yang nak ditulis.. Mmg ada cita-cita tersemat di sanubari untuk menjadi penulis. Setakat ni baru beberapa sajak yang dapat dihasilkan. Tapi rasanya dengan bakat yang tidak seberapa, wajar untukku belajar dengan lebih banyak agar dapat menghasilkan penulisan yang lebih matang. Apepun, kena ingat yang blog bukan tempat untuk meluahkan perasaan yg sepatutnya menjadi rahsia hati..
Tetapi seperti kata sahabat ana, jadikan blog ni sebagai medan dakwah. Mudah-mudahan ada hati-hati yang tersentuh dengan penulisan yang kita tampilkan. Paling penting, kena IKHLAS!! Bukan untuk mencari populariti atau apa-apa yang sewaktu dengannya.
ERTI HIDUP PADA MEMBERI.. kata-kata siapa ek? Kalau siapa yang ada terbaca buku Ustaz Hasrizal, dia taulah kata-kata ni. Ringkas tapi cukup memberi makna yang mendalam. Mungkin Ustaz membawa kata-kata ini dalam kehidupan berumahtangga, namun bagi ana ianya dapat diaplikasi di mana-mana. Memikirkan soal peranan, bukan pada hak. Ana pernah membawa kata-kata ini sewaktu memberi tazkirah dalam satu mesyuarat PRESSS(Pre Sciences Students Society). Bagi ana, kalau di dalam persatuan, sekiranya kita sering memikirkan hak sebagai committee, ianya tidak akan berkesudahan. Kerana ianya tidak akan dapat tercapai 100%. Ada sahaja kekuarangan, malah terbeban dgn kerja-kerja yang ada.Tetapi sekiranya kita memikirkan soal peranan kita sebagai seorang yang memegang amanah, pasti apa sahaja yang kita lakukan tidak terfikir untuk mendapatkan balasannya.
Begitu juga dengan persahabatan, berada dalam jemaah, keluarga, pelajaran dan sebagainya. Namun, mudah ke nak buat? Cakap mmg la senang. Tapi, kita cubalah buat. Cuba jadi seorang yang sanggup berkorban. Kadang2 kita selalu memikirkan apa yang patut kita dapat sebagai seorang anak, seorang pelajar, seorang sahabat. Tapi x de plak fikir betul2 ttg apa yang patut kita beri. Bila kita tak fikir ttg hak berbanding peranan, tak delah kita ni nak berasa hati sangat kalau tak dapat sesuatu. Ye tak? Ana pun harap dapat didik jiwa untuk miliki sikap begini. insyaAllah.
Hmm.. sebut ttg peranan seorang anak. Imtihan final dah dekat. Kurang 2 minggu lagi nak exam. Nak-nak exam lepas raya. Huhu.. lecturer pun bimbang. Student bimbang tak? Masa raya, ujian masing-masing. Kalau yang jenis buat rumah terbuka tiap hari tu, nasiblah. Ana plak time raya jenis tak dok setempat. Hari raya pertama kat Kuala Terengganu, kampung belah mak. Raya kedua biasanya g Dungun,tempat rumah lama dulu. Ziarah jiran-jiran lama. Iyalah, hubungan silaturrahim kena jaga, jangan bagi putus. Lagipun rumah yang kat Dungun kena g tengok selalu. Kot-kot ada yang rosak, kenalah baiki. Banyak kenangan kami 7 beradik kat situ. Semuanya nakal-nakal.. bila dah besar,barulah lega sikit hati mak. J Raya ketiga plak kat kemaman, kampung abah. Eh, banyak plak cerita pasal raya. Itulah, tadi nak mula tulis bukan main payah. Bila dah tulis payah plak nak berhenti.
Bila dah dekat imtihan, apa yang paling penting adalah MOTIVASI DALAMAN. Ya, kerana ialah penggerak kpd jasad untuk sanggup bersengkang mata, bermujahadah dan sbg energy untuk menentang sifat malas.
Ana ambil kata-kata seorang masrawi dalam blognya:
“Kadang kala kita tercari-cari apakah cara yang terbaik untuk memotivasikan diri sendiri bagi mencapai kejayaan? Jawapannya sudah tentulah diri kita sendiri, iaitu kekuatan jiwa (القوة النفسية) dan pemikiran yang positif الفكر الأيجابى)) sebagai pembakar semangat dan perisai maknawi kepada kita apabila berhadapan dengan sebarang bentuk ujian dan cabaran. Maka menjadi kewajipan kepada kita untuk membina dan menggilap kedua-dua kekuatan dalaman tersebut dengan beberapa intipati agar ianya sentiasa segar dan utuh dalam sanubari.
Intipati Pertama : Kesedaran yang sejati الوعي الحقيقي))
Intipati Kedua : Keinginan yang teguh الأرادة القوية))
Intipati Ketiga : Kesungguhan yang jitu الجهد العظيم))
Intipati Keempat : Doa dan Tawakkal الدعاء والتوكل))
Kita haruslah menyedari bahawa kejayaan adalah suatu kebaikan yang dituntut ke atas umat Islam demi kebahagian dunia dan akhirat. Maka kejayaan kita dalam menuntut ilmu adalah kejayaan untuk Islam kerana dapat melepaskan diri kita dari belenggu kejahilan di samping dapat memberi peringatan kepada yang lain. Kejayaan dalam menuntut ilmu juga adalah merupakan hadiah istimewa buat kedua ibu dan bapa kita yang telah banyak berkorban harta dan tenaga. Bukankah seorang anak itu dituntut untuk melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapanya? Maka menyedari akan hakikat ini, menjadi suatu kewajipan ke atas Tolibul Ilmi untuk mengambil berat tentang masa agar tidak digunakan pada perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Al-Syeikh Ibnu “Atoillah Al-Sakandari menukilkan dalam kitabnya Al-Hikam :
الرجاء ما قارنه العمل والا فهو أمنية
“Suatu pengharapan itu mestilah diiringi dengan usaha, sekiranya tidak ia hanyalah menjadi angan-angan kosong sahaja”
Maka segala perancangan dan usaha mestilah dilakukan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian dan matlamat kejayaan. Kemanisan suatu kejayaan itu hanya akan dapat dirasai selepas melalui kesengsaraan yang hanya bersifat sementara. Oleh yang demikian, ayuh kita mulakan langkah, lipatgandakan usaha, korbankan masa dan tenaga di samping memanjatkan doa dan tawakkal moga diiringan redho dan inayah Rabul Jalil.”
Tersentuh tak?? Mudah-mudahan sebagai peringatan kita bersama.:)
“Sufiah,belajarlah ilmu sains demi kepentingan ummah. Kerana umat Islam amat memerlukan ahli sains yang berjiwa agama. Bukan hanya sekadar belajar/mengajar ilmu Matematik tanpa menghubungkan dengan pemilik ilmu ini iaitu Allah SWT. Pujuklah diri untuk terus belajar Matematik biarpun ianya sukar”, kata Madam Faizah, lecturer kesayangan ana sewaktu ana berjumpa dengan Madam mengatakan kesukaran untuk belajar Matematik.
Ana terbaca dalam satu buku,
“Apabila engkau ingin memiliki kemahiran dalam suatu bidang maka ceburkanlah dirimu ke dalamnya, hadapilah pelbagai halangan dan rintangan yang ada di dalamnya, cintailah ia dan rinduilah keadaannya kerana seseorang apabila merindui sesuatu maka dia akan cenderung ke arahnya.”
Jadi?? Tumbuhkanlah minat pada Matematik, cintai Matematik, dan hidup dengan Matematik.
Mathematics without practising is nothing. Practice non stop. Biarpun ana telah jauh ke belakang, namun kehidupan sebenar mengajar agar lupuskan perkataan putus asa dalam kamus hidup. Move Forward!! Lakukan anjakan paradigma semampu mungkin.
Engkau harus melalui catra yang sukar, menghadapi rintangan dan hambatan sehingga engkau berhasil meraihnya. Firman Allah SWT yang maksudnya:
“Bersungguh-sunggguhlah engkau di jalan Allah dengan sebenar-benarnya.”
Jauhilah sifat malas, menunda-nunda waktu dan berangan-rangan kerana ia adalah pangkal kerosakan dan modal utama orang-orang yang gagal.
Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bersungguh-sungguh dan Allah amat membenci orang yang lemah dan gagal. Sesungguhnya roti yang paling lazat adalah roti yang didapati dengan peluh bercucuran di kening, dan tidur yang paling lena ialah setelah kepenatan, dan sebaik-baik arsa kenyang adalah setelah lapar, dan sesungguhnya bunga mawar itu tidak akan gugur melainkan setelah ia mekar, dan dahan yang elok baru diketahui nilainya setelah ia dibakar.
Akhirul kalam
Mereka yang inginkan kkejayaan
Adalah mereka yang memiliki cita-cita yang tinggi seperti bintang yang bersinar
Mereka yang memiliki azim yang kuat
Yang dapat member petunjuk dan keutamaan.
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment