Ibu buang anak
Ibu tinju anak
Ibu dera anak
Ibu belasah anak
Ibu bunuh anak
Ibu tinggal anak
Ibu gugur anak
Ibu jual anak (bahkan dalam kandungan lagi)
Ibu peralat anak
Kalau baca Harian Metro, nilah tajuk-tajuk yang akan kita baca setiap hari. Berita yang sama, berulang-ulang.
Pihak kerajaan memberi respon utk membanteras gejala ni. Tapi, secerdik-cerdik kerajaan, apa yang dicadangkan?
· Menubuhkan sekolah harapan di Melaka. Nak menempatkan manusia-manusia yang terlanjur ni.
· Hospital menerima kedatangan bayi luar nikah. Dengan harapan bayi-bayi tidak lagi dibuang merata-rata.
Sedangkan pada masa yang sama, pihak kerajaan jugalah yang menganjurkan konsert-konsert artis, yg mana pergaulan bercampur di dalamnya, pesta tu, pesta ni. Kononnya nak bagi hiburan pada rakyat. Relax minda katakan.
Kalau keadaan ni berterusan, lebih kurang kes buang bayi ni beginilah.
Kerajaan sediakan medan utk melakukan maksiat, manusia berpesta nafsu dan terlanjur dan akhirnya kerajaan jugak yang tadah anak-anak luar nikah ni. Pusing sini, pusing sana duit kerajaan akhirnya dapatlah kat org2 yg bermasalah ni.
Kenapa tidak dicegah dari akar umbi?
Semua masalah social yang berlaku ni adalah disebabkan KURANG DIDIKAN AGAMA. Agama Islam dah cukup cantik dgn segala peraturan yang memenuhi fitrah dan menjaga kemaslahatan manusia. Nizhom (peraturan) yang diatur Allah bukanlah utk menyusahkan, bahkan larangan-larangan yang Allah gariskan adalah utk menjadikan manusia selari dgn kehidupan alam, bukankah Allah lebih tahu akan keperluan manusia kerana Dia adalah pencipta kita?
TAPI MANUSIA SOMBONG DAN ANGKUH.
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya tidak mahu untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan amanah itu dipikul oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”.
(Al-Ahzab: 72)
Dgn jawatan dunia yang tidak seberapa,mereka mencari jalan penyelesaian bukan dgn mencari agama sbg sumber. Hanya dgn akal yang entah logic atau tidak. Ye lah, masakan mampu menyuruh rakyat amalkan suruhan agama, isteri sendiri tak mampu utk disuruh bertudung.
Yang mereka tahu, kibarkan jalur gemilang megah dengan tema satu Malaysia, dgn bangunan-bangunan yang TINGGI tapi RENDAH akhlak dan morality rakyat. Ini yang kita nak banggakan dgn Satu Malaysia?
Bila nak anjur ceramah agama, mereka bangkang.
“Ehhh jangan, nanti org kata kita ni ekstrim pulak”
Tapi bila jemput artis Gay, Adam Lambert
Berbalik pada hal tadi, saya jadi geram dgn sikap ibu-ibu yang tak pandai nak bezakan dirinya dengan binatang. Mungkin diorang ni patut bela kucing kat rumah. Buat pemerhatian, kucing-kucing ni buang ke bela anak dia. Kalau Nampak kucing ni bela, bandingkan pulak diri dia dgn ibu kucing ni. Mana yang LEBIH BERAKAL?
Kalau rasa kucing tu lebih berakal, bolehlah buang anak merata-merata. Kesiannya tak dapat nak bezakan.. isk isk isk…
Sheikh Muhammad Ghazali mengatakan,
“Wanita adalah separuh dari rangka bangunan dunia. Bila wanita membangkang dari tugas utamanya, maka bangunan pun akan rentak dan hancur”
Wahai si Ibu..
Tangan lembut engkau yang menghayun buaian, bisa menggoncang dunia. Boleh jadi goncangan yang menggegarkan persada dunia dgn kelahiran mujahid/ah, ataupun goncangan yang meruntuhkan dan memecahkan langit dan bumi dengan kelahiran anak yang tidak berayah, ketika itu kemurkaan Allah menimpamu duhai ibu..
Sama ada engkau berkahwin atau tidak, engkau adalah seorang Ibu. Insan yang Allah amat muliakan. Bahkan Allah membandingkan kemuliaan ibu 3 kali berbanding si ayah.
Bila nafsu engkau letak no 1, maka akalmu menjadi darjat paling rendah. Jadi, bolehlah buat pembedahan otak, letak kat kaki, bukan di kepala.
Tatkala org lain begitu menginginkan zuriat, manakala engkau dengan mudah mencampakkan anugerah Allah ni. Di mana naluri keibuan yang mengalir dalam urat nadimumu, duhai insan yang bergelar wanita?
Benarlah seperti apa yang disenandungkan Ahmad Syauqi dalam syairnya..
Bila nasihat datang dari hawa nafsu,
Dan dari ketertipuan diri,
Namakan saja itu penyesatan,
Bila suatu kaum terconteng akhlak mereka,
Maka adakanlah upacara kematian dan ratapan atas mereka,
Bila wanita membesar dalam kebodohan,
Para lelaki pun menyusu dengan dasar kebodohan dan kedunguan,
Yang disebut yatim bukanlah yang ibu bapanya telah mati,
Dari kegelisahan hidup dan meninggalkannya terhina,
Yang dinamakan yatim adalah yang engkau dapati dirinya,
Punya ibu yang membiarkannya,
Atau ayah yang sibuk sekali.
Ayuh, pada du’at! Jangan baca akhbar saja.
Inilah kerja yang menunggu kita, mengislahkan seberapa ramai boleh insane-insan yang sedang mencari identity diri. Kabur dalam mencari pegangan, hanyut dalam gelombang nafsu yang memecahkan belahkan sampan yang dinaiki manusia.
Sama ada di peringkat sekolah mahupun university, di sinilah medan kita.
Dakwah. Menyeru kebaikan menegah kemungkaran.
ومن أحسن قولا ممن دعآ الى الله وعمل صلحا وقال انني من المسلمين
Maksudnya: Dan siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?”. (Al-Fussilat: 33)
Jadi apa lagi? Jom hunuskan senjata dakwah, dengan pena mahupun dengan lidah. Yang penting usaha utk memperbaiki wajah dunia yang semakin rapuh, menunggu masa utk lebur dgn kemungkaran manusia yang tiada henti.
2 comments:
Tidak boleh tidak perlu mula mentarbiyah fard muslim itu sendiri, kemudian membina masyarakat Islam kecil (Baitul Muslim) dan marhalah seterusnya sehinggalah Islam tertegak di atas muka bumi.
Mabrouk, penulisan yang mantap.
Salam rindu dari Kaherah,
Sarah Amran.
salam rindu kembali utk Sarah yang di kejauhan :) siiru 'ala barakatillah
Post a Comment