Detik demi detik
Waktu demi waktu
Masa berlalu
Kini usia kandungan telah pun mencecah 35 minggu.. Little mujahid/ah telah mendiami dalam rahimku ini selama 35 minggu. Alhamdulillah, 3 kali scan, doctor mengatakan little mujahid/ah ni sihat-sihat aje..
Persediaan dari segi material dah pun siap. Baju, lampin, pampers, sarung kaki dan tangan, dll…
Tapi bagaimana pula dengan persediaanku yang bakal bergelar seorang ibu?
Mendapat title ibu bererti mendapat jawatan baru dari Allah SWT. Jawatan yang tidak ada perletakannya sehinggalah disoal oleh Allah soal didikan seorang ibu pada anak (juga merujuk pada ayah).
Di samping seronok utk mendapat cahaya mata sebagai penyeri dalam perkahwinan, debaran tentulah ada. Memikirkan anak yang kukandung ini akan menjadi apa bila besar nanti?
MENUAI HASIL APA YANG DITANAM
Pernah satu hari, saya dan suami bersama-sama kedua ibu bapa mertua ke kuliah Ust Harun Din di Madi, Kangar. Seusai solat Maghrib, sementara Ust Harun Din menyampaikan kuliah beliau, ada flyers kecil diedarkan. Tentang kuliah Dhuha kupasan Kitab al-Azkar oleh Ust Juzaili Juhan, iaitu suami saya. Mak (ibu mertua) sejurus membaca flyers tersebut berkata kepada saya,
“ Mak dah lama cari Ustaz yang nak mengajar Kitab al-Azkar, x sangka Muhammad (suami saya) yang mengajar kitab ni. Boleh Mak sambung mengaji kitab ni”.
Kata-kata Mak membuatkan saya termenung jauh.
Mak dah boleh menuai hasil, anak yang Mak didik akhirnya mampu memberi manfaat pada Mak sendiri. Tak perlu cari Ust jauh-jauh, anak sendiri boleh mengajar Mak.
Justeru, anak saya pula nanti bagaimana?
Ada anak dari kecil hinggalah ke besar,hidup hanya menyusahkan ibu bapa. Ibu bapa tak dapat menuai hasil penat lelah membesarkan anak-anak.
Sekalipun anak itu doctor, jurutera, guru seandainya tiada hasrat utk membalas jasa dan budi org tua, maka sia-sialah pengorbanan si ibu dan ayah.
Ibu dan bapa bukan mendambakan duit dan harta kekayaan dari anak, cukuplah doa anak yang soleh menjadi peneman sewaktu kita di kubur kelak.
MENJADI MURABBI
Detik-detik menunggu kelahiran si anak kecil utk menjenguk dunia adalah waktu yang diberikan Allah kepada si ibu dan ayah utk bermuhasabah sejauh mana peribadi diri yang ada utk diwariskan pada anak?
Memang iman tidak dapat diwarisi.
Namun sedikit sebanyak tempias akhlaq dan pegangan akidah kedua ibu bapa akan terkena pada anak.
Kan bapa borek anak rintik?
Mahukan anak jadi mujahid/ah..
Namun takkan menjadi kalau ibu bapa sendiri tidak lurus dalam amalannya.
Allahuakbar.
Mencetak sebuah generasi baru dalam zaman seperti ini memang suatu cabaran yang kental utk dihadapi.
PROSES DIDIKAN ANAK
Proses mendidik anak bermula dari perkenalan kedua ibu bapa, sungguh beruntunglah org yang mampu menjaga hubungan ketika saat pertemuannya dengan calon suami/ isteri, keberkatan yang diraihnya dialirkan pada si anak yang bakal lahir.
Pernah ada seorang sahabat yang mengadu pada saya, kerana kesukaran mengawal hati apabila berada dalam fatrah bertunang. Apa yang saya mampu nasihatkan pada dia adalah, kalau betul nak anak yang soleh dan berkat, jadikan matlamat tu sebagai kekuatan utk menjaga hati sebelum berkahwin.
Seterusnya apabila diizinkan Allah utk bercambah benih dalam janin, anak di dalam janin juga sudah mampu dididik oleh ibu dan ayah dengan penjagaan makanan dan rangsangan pada anak dalam kandungan. Pada waktu ini, anak sebaiknya dibawa ke tempat-tempat yang baik, didengarkan dgn alunan Quran dan si ibu dan ayah mempunyai kesihatan psikologi yang baik juga, kerana gelombangnya akan sampai pada si anak.
Dan apabila anak lahir, menjadi satu tugas yang baru utk tidak sekadar memberi keperluan material yg cukup pada anak, ttp bahkan menyediakan keperluan rohani pada anak yang dididik. Kemahiran juga diperlukan agar didikan tidak menjadi semberono sahaja.
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, berilah kekuatan kepada kami dan zuriat kami utk menjadi org yang taat dan patuh kepadaMu, jauhilah kami dari azab api neraka.
Mohon sahabat-sahabat doakan supaya anak ini akan menjadi anggota jundi yang bakal membela Islam kelak. Amin ya robb :)
3 comments:
Semoga anak yang lahir menyalin sifat ummi dan abinya...^_^
Semoga lebih baik dari ibu bapanya.. :) Auntie Munirah bila nak balik Malaysia?
Saya suka entry ni kak wan..semoga suatu hari,saya pun dapat jadik macam kak wan dan mudah-mudahan macam mak mentua kak wan...err,mksud saya..ada anak yang boleh tuai2 tula..hehehe
Post a Comment