Followers

Monday, July 12, 2010

SEBUAH PESONA PERNIKAHAN


Assalamualaikum wbt
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Lama betul saya meninggalkan blog ini tanpa diupdate. Penuh bersawang. Mungkin barangkali saya masih dalam tempoh penyesuaian diri dalam alam baru dan status baru menjadi isteri. :)
Seusai membaca blog sahabat karib, Siti Munirah, teruja saya membacanya… Kalamnya menyentuh kalbu, mengingatkan saya bahawa jangan sekali-kali bermimpi utk menjadi insan biasa. Terima kasih Munirah, semoga kalammu beroleh keberkatan dan rahmat utk setiap apa yang kamu tulis.
BERKONGSI PENGALAMAN
Sekian lama saya meniatkan utk berkongsi pengalaman dgn shbt2 sekalian berkenaan alam yg saya tempuhi ini sebelum dan selepasnya. Sesungguhnya, pernikahan adalah agenda terbesar dalam diari hidup kita.  Memilih utk berkahwin bermakna memilih utk hidup sehidup semati, berkongsi apa jua susah dan senang dengan seorang teman yang bernama LELAKI.
                Pada saat saya menulis post ini, pernikahan saya baru berusia  sebulan, seminggu dan sehari. Sedikit demi sedikit saya bertatih di alam ini, dibimbing oleh suami yang sememangnya banyak memahami keadaan berkahwin dgn isteri yang masih belajar.
                Sebelum berkahwin, saya lebih gemar membaca penulisan shbt2 yang byk berkongsi pengalaman mereka di alam ini, justeru memberi saya inspirasi utk turut sama berkongsi, memandangkan sahabat2 saya masih ramai lagi yang bujang trang tang tang . Antara penulisan yg saya ikuti adalah Ust Hasrizal, pasangan Kak Nurul dan Akh Imran dan pasangan Kak Nurul dan Ust Shaari dll. Terima kasih kepada mereka atas coretan yang sungguh bermanfaat.
SEBUAH PERTEMUAN
Bagaimana bermulanya satu pernikahan, tentu sekali dgn pertemuan. Bagaimana saya bertemu dgn calon suami, menjadi satu soalan popular yg perlu saya jawab sejak saya mengumumkan ttg walimah yang akan saya adakan.  Jadi jwpn yang sama saya ulang dan ulang utk mengisi kotak tanda tanya sahabat2.
                Suami adalah anak kepada ibu angkat. Saya tahu kewujudannya, tetapi x pernah mengenali beliau apatah lagi bercakap memandangkan  beliau menuntut di Mesir. Saya menjadi anak angkat kepada  ibu dan keluarganya sejak Ting 1. Tetapi saya mula rapat dengan keluarga ini sejak ibu angkat saya mendapat menantu dan cucu.
                Ditakdirkan Allah, pada tahun 2007 beliau pulang ke Malaysia utk menghadiri kenduri kahwin kakaknya di Perlis. Dan setelah beliau pulang, ibu angkat bercadang utk memperkenalkan saya padanya sekiranya dia tiada lagi calon. Percaturan Allah Maha Hebat, suami saya telah mendapat beberapa petunjuk berkenaan ciri saya sebelum beliau pulang ke Malaysia ketika sedang tawaf. Apabila ibunya bercerita ttg saya, ciri-ciri yang ibunya ceritakan sama dgn petunjuk yang diperolehi oleh beliau. Dan akhirnya, setelah disampaikan hasrat pada saya, barulah saya teringat yang saya juga pernah terlintas hati semasa tahun 2005 berkenaan wajah beliau di Mesir dan menjadi menantu ibu angkat saya.
                Saya sering ditanya, bagaimana nak yakin ‘dia’ tu jodoh kita?  Setiap org akan mendapat petunjuk yang berbeza2. Antara petunjuk yang kuat kami dapat adalah cadangan utk menjodohkan kami bukan hanya pada ibu angkat, tapi juga pada jiran, sahabat, guru dan lain-lain, sekitar dalam 4-5 orang. Sungguh tidak disangka, Allah mencampakkan perasaan tersebut utk menguatkan lagi yang jodoh kami berdua sememangnya telah diaturkan Tuhan.
Pada sebuah pertemuan, hargainya dgn ikatan kita pada Tuhan. Peliharalah sebuah pertemuan dgn syariat yang Allah gariskan, insyaAllah akan diberkati  bukan hanya hingga ke jinjang pelamin, tetapi hingga ke akhir hayat kita.
Dan pada sebuah pertemuan juga, pasakkan niat betul2 utk apa kita bernikah. Utk sekadar menghalalkan cinta atau ada agenda besar yang kita impikan? Memiliki sebuah keluarga yang menjalankan syariat Allah, anak-anak yang taat pada Allah dan Rasul, serta mencintai akhirat. Allahuakbar, semoga Allah memudahkan kita utk mencapai niat yang suci ini..
USIA MUDA
                SEkian lama 3 tahun kami taqdim, ketika awal masuk Kuantan, terdetik di hati saya utk mengikat tali pertunangan memandangkan macam macam perkara yang berlaku sepanjang percutian saya setelah tamat matrik. Namun, sebegini mudahkah utk saya menyampaikan hasrat di hati pada ayah dan ibu memandangkan saya ini masih belajar dan tambahan pula saya masih mempunyai 3 abg dan sorang kakak yg  belum berkahwin.  Apa saudara-mara saya akan kata, lantaran dalam kalangan sepupu saya yang sgt ramai, susah nak cari yang kahwin ketika belajar. Agak lama perkara ini menghantui saya, namun saya kira istikharahlah jawapannya. Istikharah saya lakukan, dan akhirnya dgn penuh tawakal saya sampaikan pada abah menerusi telefon.
REAKSI
                Reaksi abah tak dapat dibaca, setuju atau tidak. Cuma dia menyatakan kebimbangan bolehkan saya berkahwin semasa belajar. Jawapan yg saya beri cuma istikharahlah. Saya sendiri tidak pasti apakah yang akan berlaku pada masa akan dtg, mampu atau tidak saya bawa. Saya tawakal, sekiranya tidak dipersetujui, saya akan pasrah. Saya tidak mendesak ibu bapa saya, kerana saya yakin tentu sekali Allah akan memudahkan jalan sekiranya pertunangan saya ini akan membawa kebaikan.
MERISIK
                Ketika ibu dan ayah angkat dtg merisik, Alhamdulillah abah memberi respon. Abah setuju. J Tapi dengan syarat kedua-kedua mesti berada di Malaysia, bukan sorang Mesir dan sorang Malaysia. Bahkan Abah terus mula mencari tarikh utk melangsungkan majlis pertunangan. Saya begitu bersyukur kerana jalan utk kami berdua bersatu dimudahkan Allah. Bahkan bakal tunang saya (waktu itu) ditaqdirkan Allah dapat pulang ke Malaysia dan terus bekerja di sini. Cantik kan percaturan Allah? J
PERTUNANGAN
                Abah yang maklumkan pada saudara-mara dan adik beradik, bukan saya. Tentu sekali abg saya terkejut dengan makluman ini, namun Alhamdulillah tiada siapa yang membantah.  Dengan majlis yg sederhana, ikatan janji utk melangkah kealam perkhwinan telah pun dipateri antara dua keluarga.
                Kata orang, waktu bertunang ni mencabar. Sebab hati dah makin dekat. Jgn lupa utk tidak menghebahkannya, cukup sekadar maklumkan pada mereka yang sepatutnya tahu. Banyak hikmahnya pada suruhan utk merahsiakannya. Antaranya adalah utk mengelakkan kita malu sekiranya jodoh x kekal lama, mengelakkan dari dengki khianat org ramai.
PERKAHWINAN
                Jangkaan saya, saya akan berkahwin pada hujung tahun ini. Tapi setelah dibincangkan antara 2 pihak, Alhamdulillah tarikh diawalkan kepada bulan 6. Saya bersyukur kerana bertunang tidak lama. J Dan majlis walimah saya diuruskan oleh kedua ibu bapa saya, yang bertungkus lumus utk memberi  yg terbaik utk saya. Terima kasih ma abah, dan mak abah ( mertua).
KEHIDUPAN BARU
Setelah membaca teori perkahwinan, saya kini berada di alam reality. Alam baru antara saya dan suami, berstatus isteri, menantu dan Puan. Status yang memerlukan saya berubah utk menyesuaikan diri dgn keadaan baru.
“Macam mana, susah x kahwin?”
Jwpan saya, bergantung pada sikap diri kita dan pasangan utk memudahkan perkahwinan atau menjadikan ianya sukar. Cabaran tentu sekali ada, apatah lagi di saat permulaan, adalah masa utk mengenali siapakah pasangan kita yang sebenarnya. Kehendak yang berbeza, sikap yang pelbagai..
Namun, dengan akhlaq yang diajar oleh Rasulullah SAW  utk sentiasa berlapang dada, sentiasa memaafkan dan menerima keadaan pasangan kita seadanya menjadikan hari-hari yg dilalui sgt indah. Jadi, di sinilah peri pentingnya utk kita memilih pasangan yang memilih jalan menyintai Allah dan Rasul.
HIDUP UNTUK MEMBERI
Saya amat berterima kasih pada Ust Hasrizal kerana memberikan teori terbaik dalam perkahwinan, iaitu Hidup Utk Memberi. Memikirkan soal ini, apabila bermuhasabah berkenaan peranan kita sebagai seorang isteri, akan sentiasa menyesal kerana memikirkan sering tidak memberi khidmat yang terbaik utk suami tersayang. 
Bila dah berkahwin, x sama macam bujang. Bangun pagi fikir utk diri sendiri. Tapi bila celik mata di pagi hari, fikir bagaimana pakaian suami, makanan suami, brg2 suami dan lain-lain sehinggalah mata ditutup utk berehat seketika (tidur). Letihkan menjadi isteri?  Tentu sekali tidak, kerana khidmat dan tugas yang kita jalankan meraih pahala yang berpanjangan, bahkan seronok kerana dapat memudahkan urusan suami.
MENJADI ISTERI KEDUA
                Sebelum bernikah, saya sudah tau yang saya akan menjadi isteri kedua. Berkongsi seorang lelaki dgn isteri pertama yang sekian lama telah dinikahkan sebelum suami saya mengenal saya.
                Bila berkongsi, kenalah faham yang suami tidak akan sentiasa bersama kita, bahkan mungkin akan lebih akrab dengan isteri pertama.  Saya juga harus menyintai isteri pertamanya dan turut sama dalam gerak kerja suami dgn isteri pertamanya.
                Isteri pertamanya adalah perjuangan. Suami saya adalah milik masyarakat. Sekian lama suami saya menuntut di Mesir, kini tiba masa utk berbakti di Malaysia, membantu mengislahkan bumi Perlis, menaikkan pemimpin yang sewajarkan utk memimpin bumi ini.
BERJAUHAN
                Allah beri nikmat mudah utk berkahwin, tapi diuji pula utk tinggal berjauhan. Alhamdulillah, perasaan itu milik Tuhan, berat ataupun ringan, kita kembali pada Tuhan. Kalau dulu bezanya saya hanya seorang pelajar, tapi kini saya seorang pelajar dan isteri. Saya kembali ke UIA utk meneruskan perjuangan tapi dalam keadaan, seorang teman dan guru mengiringi kehidupan saya. Biarpun jasad berjauhan, tapi hati tetap mendekat. Saya dipagari dgn nasihat-nasihat suami yang menginginkan kebaikan pada diri saya. Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana dikurniakan jodoh yang soleh, yang dapat mendorong saya utk memperbaiki diri ke arah yg lebih baik.
                Antara nikmat berjauhan, setiap kali berjumpa akan terasa seperti pengantin baru. Tambahan lagi, semangat utk belajar begitu membara, bahkan saya begitu mengharapkan agar dpt menghadiahkan kejayaan yang bermakna utk suami, ibu ayah kandung dan mertua.
PERASAAAN
Apa perasaan selepas kahwin?
Tenang.
Kalau dulu cinta bergelora kerana berlabuh menyintai seorang insane yang belum tentu lagi menjadi milik kita, tapi sekarang cinta yang bergelora itu semakin tenang ibarat ombak yang berlabuh di pantai yang landai.
Ingatlah, sewaktu sebelum berkahwin, andai kita terseksa dgn cinta pada manusia yang masih belum halal, mengadulah pada Tuhan. Minta Dia jaga perasaaan kita, agar tidak dicemari dgn salahnya tindak tanduk kita. Sebelum menanti halalnya cinta utk disuburkan, menangislah kalau perlu menangis memikirkan betapa susahnya utk menjaga hati kita yang berbolak balik ini.
Tapi bila lepas kahwin, bercintalah sepuas-puasnya. Insan yang diharapkan telahpun menjadi milik kita. Dengan itu, ibadah pun mudah utk dilakukan, hati lapang dan gembira apabila hiburan suami isteri menjadi halal dan seronok bila ada penguat semangat utk meniti hari-hari yang mendatang.
Sahabat,
Ketahuilah Perasaan itu milik Tuhan. Dia berkuasa utk mencampakkannya, dan Dia berkuasa utk menarik balik. Apa yang kita takutkan, kalau dia menarik rasa cinta itu setelah kita berkahwin. Pasti akan menyirna mawaddah, mahabbah dan rahmah. Kerana itu, jagalah sebaiknya hubungan sebelum nikah agar Allah lebih mencampakkkan lagi rasa cinta kita selepas kita bernikah.
GENAP 22  TAHUN
Sememangnya saya memang target utk bernikah pada usia 22 tahun. Dan Alhamdulillah, Allah telah menyampaikan hasrat saya ini. Pada tarikh 5 Jun, adalah hari keenam selepas hari kelahiran saya pada 30 Mei. Allah Itu Maha Tahu.
                Mudakah saya pada usia ini? Kalau pendapat peribadi saya, usia ini bukanlah muda. Cuma mungkin boleh dikategorikan sebagai kahwin awal berbanding sahabat2 yang lain. Saya tidak ada rasa menyesal utk meninggalkan zaman bujang saya di belakang, bahkan cuma apa yang saya harapkan adalah dapat menjadi yang lebih baik sebelum saya menemui ajal saya, dibimbing oleh insane yang amat saya cintai.
TIPS KAHWIN AWAL
Nak tips?
Mudah je. Tawan ibu bapa anda.
Bagaimana?
Tunjukkanlah kematangan anda di rumah sama ada dari segi tindakan, tutur kata dan perbuatan anda. Dengan cara ini, ibu bapa anda akan percaya yang anda telah pun layak dan sesuai utk menjadi isteri atau suami orang. Tapi bergantunglah juga pada keadaan kewangan keluarga, pemikiran ibu bapa ada yang berpandangan kahwin selepas tamat belajar itu lebih baik.
USIA PERNIKAHAN
Saya baru menjadi isteri kira-kira sebulan lebih. Kalau naik kapal nak belayar, kira-kira baru nak panas enjin. Kalau setahun bernikah, mungkin baru melalui air laut yang tenang. Ombak di hadapan, kita sendiri masih belum tahu.  Sementara usia pernikahan masih belum matang, semoga Allah memberikan kami kesabaran dan ketabahan utk mengemudi bahtera yang dikurniakan Allah ini.


Mungkin cukup kot setakat ni. Apa yang saya ceritakan ini,bukan lah yang terbaik utk diteladani. Namun, sekadar berkongsi, mudah mudahan sahabat-sahabat sekalian dapat mencorakkan pertemuan kalian dgn lebih baik dari kami. Akhir kalan, doakan kami dan  saya akhiri dgn beberapa gambar pernikahan saya.


PENGHARGAAN


Walimah di Ipoh



Jutaan terima kasih BUAT:



Suamiku yang tersayang, kerana sudi menerima diriku ini yang serba kekurangan sebagai seorang peneman hidupmu. Mohon redha menjadi isteri


  Ibuku, yang telah bersusah payah menguruskan majlis ini buatku, dan yang paling berharga, menjahitkan aku sehelai jubah putih utkku pakai pada majlis akad nikah ni. Satu kenangan yang amat berharga, sentuhan dari tangan seorang ibu..




Abah yang membacakan Khutbah, mengakad nikahkan menantu sulungnya.. terima kasih banyak Abah.. Jasamu sgt dikenang



Saudara yang paling rapat, Cik n family



Pada Anis dan Ojah, pengapits yang berpenat lelah membantuku sejak dari awal lagi. Semoga kalian menyusul cepat2 lepas ni :)
Sahabatku dari Kuantan dan Gombak, terharunya bila sahabat-sahabat dtg, terasa sungguh gembira dengan kehadiran  kalian memeriahkan surau Taman Anda... 


Tak Lupa rombongan muslimin yg turut 'ambil berkat' :). Terima kasih utk Syahid, selaku jiran yang banyak membantu


Kejutan dari TIKUS.. Abg dan kakak TIKUS amat terharu dgn nyayian yang diperdengarkan. Kenangan yang x dapat dilupakan.



My beloved sis, yang jadi mak andam terjun saya. InsyaAllah menyusul pas ni :)


Last but not least

Pada abg2ku, Wan Syahmi, Wan Mohd Fadhli dan Wan Ahmad Tajuddin 
dan kakakku Wan Fatimah Solihah
maaf sebab terrrrrr langkah
hehe
tu lah, sape suruh lambat sangat 
penat nak ikut giliran tau

Utk Syuhada dan Dik Wang
Jangan lupa PMR dan SPM tahun ni yer....

utk keluargaku, terima kasih utk segalanya
Semoga Allah membalas jasa kalian dgn sebaik2 ganjaran 



 Gambar ni menarik: susunan mantap oleh phtographers :)





WALIMAH DI PERLIS




Saudara -maraku di sebelah Utara


Sahabat-sahabat Ex-Smkap
Korang memang BEST! :)



My Angah, Photoghrapher yang bertauliah..
Terima kasih susah payah turun perlis dari KL



Tak lupa utk yang bersusah payah menjayakannya Mak, Abah, Abg Johaibi, Kak Nurul, Kak Ngah, Abg Nadmin, dan satu-satunya adik Ipar Hasif


Dan tak lupa watak tambahan tapi penting, my anak menakans Juwaini, Jalilah dan Nailly Jazmina





14 comments:

dakwatunnisa said...

Salam sayang buat kakakku,
Jazakillah atas perkongsian. Tumpang gembira. InsyaAllah Allah akan snts memelihara keluarga akak. Teruskan perjuangan ya.

siti fatimah bt abd.ghaffar said...

assalamualaikum warahmatullah..
jzkillah ats perkongsiaan.moga ikatan suci yg terjalin akn berkekalan shg ke syurga.Allahumma amin.Selamat berjuang kak sufi,moga kak sufi dan suami snts dirahmati n diredhai Allah selalu,insyaallah..

qamar_muneera said...

Alhamdulillah... syukran atas perkongsian. tertarik dengan perenggan yang menceritakan perasaan selepas berkahwin. Tenang.
Kalau dulu cinta bergelora kerana berlabuh menyintai seorang insane yang belum tentu lagi menjadi milik kita, tapi sekarang cinta yang bergelora itu semakin tenang ibarat ombak yang berlabuh di pantai yang landai.

Antara hikmah perkahwinan yang selalu kami jumpa adalah ketenangan untuk beribadah...=)
Apapun barakallahulakuma..semoga ikatan yang terjalin ini akan menguatkan kedua-dua belah pihak untuk terus pmemperjuangkan agama. Allahuakbar!

the mujahadah said...

"menaikkan pemimpin yang sewajarkan utk memimpin bumi ini "

insyaALLAH

janji ALLAH psti belaku

Wardatul Ad-Din said...

Assalamualaikum...

Buat kakak yang tersayang yang sekarang sudah dimiliki orang. Semoga sentiasa di dalam perlindungan rahmat Allah.(Inspirasi buat diri). Betul perancangan Allah itu yang terbaik akak. Semoga ikatan yang terbina sentiasa bernaung di bawah rahmat Allah. Semoga terus berjaung dan jadi isteri solehah kakakku syang. Salam penuh kerinduan darpada adikmu=)

Syihabudin Ahmad said...

owh.. bik ustaz ju upanya :) nice..

Nur Afiqah Mohd. Anuar said...

salam k.sufi...

syukran ye coz akhirnye k.sufi dpt berkongsi kisah yg dh lama sy nk dgr..
Alhamdulillah,sy dh kt Medan utk smbung bljr,doakan ye..
Sy doakan agr bhtera rumah tgga yg dilayari k.sufi dan ustz akn berkekalan dan dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah,semoga dpt bercnta di syurga,Amiin =)

:: siMpLe-sHida :: said...

Assalamualaikum... ya little sufi ;) uh.. dh kena panggil Puan Sufi ni..ehehhe.. ;)

jalan-jalan singgah terbace..lalu pelan-pelan meneliti kalamOnolog dik. aiwah, open diari tu..insyaallah moge perkongsian ilmu tersebar utk pelayar blog aplikasi method dan modus operandi yg dik gunapakai..hihihi.

alhamdulillah, pintu-pintu rezeki dik dilapangkanNya. tiap manusia sudah tertulis segala sejarah kehidupannya. namun, kita hanya merancg utk merencanakan mngikut kata HATi sendiri.futuremore, itulah qada' qadar.. ketentuanNya.

walakin, harus diingat.. jika kita sudah merancang...ada halangan.. itu dinamakan HIKmah ;) hehehe.. justeru, sentiasa berlapang dada.. think positif deh!mmg cantik percaturanNya.. kerna DIA meletakkan sesuatu ats dasar kemampuan kita.. kerna DIA mmg MAHA MENGETAHUI.

okey dik.. dh macam nk karang esei pulak kak =D. insyaallah jumpe lg somewhere we belong.. slmt meneruskan kehidupan yg penuh berliku-liku dgn tOl-toL yg menunggu di depan nun. make it balance yaa.. study+jemaah+zaujah.

barakaallahukum... slmt berjuang!!

Fakeh said...

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, SILA GOOGLE TAJUK-TAJUK SEPERTI DI BAWAH INI:-

(a) SIFAT 20 - http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
(h) TAJUK KHAS - BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA ASWJ

FAKEH KHALIFAH SAKA

Khalil Khusairi Zainol said...

best ye kak..biasalah tu..22 xmuda sgt..abg ana yg juga sahabat baik suami akak pun,kawin umo 20..hehe

. N U R I L L A H E E . said...

Assalamu'alaikum warohmatullah ya ukhti ...

Jazakillahu khairan khatiran di ats prkongsian ... tntu skali ukhti tdk mngenali ana ttpi ana jga mngalami prkara yg sma ..

dtgnya seorg pemuda yg mlamar ana di usia yg muda . nmun spt yg ukhti ktakn , sstgh ibubapa mahu anknya mnamatkn plajaran trlebih dhulu , dn slh stunya adlh ibu bapa ana .

Justeru , ana slalu brdo'a agr Allah jauhkn kami dr maksiat , zina dan dosa . Dan agr Allah prtemukn ana dgn hmbaNya yg soleh . Andai dia adlh jodoh ana , atau sebaliknya , ana berdo'a agr ana redho dgn ketentuanNya ...

Tp stu prsoalan brmain di benak ana . Mmndgkn ana bru mngenali dia dlm 2 bln ni . Dan sjak akhir2 ni ana slalu trjumpa dan terbaca blog2 ukhti2 ykni plajar2 uia ygbrkahwin awl , msih brgelar pljar . Cntohnya sblm ni ana trbaca blog ukhti Syuhada , isteri ust.Syaari dan kini blog ukhti . Mohn pndgn dr ukhti dan dr shbt2 lain andai ada prkongsian yg brmanfaat ...

_wassalam_

ibnah said...

salam..kak nak tnye...ape tips utk kite pilih bakal suami kite? jika bbrp org dtg melamar, bgmana kite nak yakin jika salah sorang tu jodoh utk kita?

anis zul said...

salam sis,anis ad copy paste kate2 sis dalam blog anis.minx izin ea:)

Si Puteri Ali said...

masyaALLAH rzekiNYA tiada siapa yg mnduga..

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails