Followers

Saturday, August 8, 2009

Kembara ke Sekinchan

Sudah lama saya ingin menulis ttg arwah. namun, tak tertulis-tulis. Cukup sekadar saya membaca post sahabat-sahabat berkenaan arwah.
Teringat dulu sewaktu saya mendengar perkhabaran ttg kematian arwah:

Sedang saya menulis post yang sebelum ini (kini di hujung kembara),
Satu msg daripada seorang sahabat :


‘Askum. Nabil shbt yg sgt kita cintai kerana Allah SWI tlh selamat kembali ke rahmatullah. Minta sahabat hadiahkan al fatihah (7x) & al-Ikhlas (11x). Semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan auliya’ & solihin.’

Innalillahiwainnailaihiroji’un.Berderau darah saya bila baca msg ni. Dalam percaya atau tidak, saya membuat pengesahan dengan sahabat-sahabat yang lain. Dialah sahabat seperjuangan dari gen 7 yang kedua pergi selepas Ammar Zulkifli dalam tempoh yang terdekat(kurang dari sebulan). Baru rancang nak pergi melawat dia.

Terasa sangat apabila sahabat seperjuangan terdekat pergi meninggalkan kita. Persoalan yang timbul, ‘ Bilakah giliran kita?’ satu persoalan yang menjadi renungan bersama. Soal umur yang muda tidak menjadi jaminan utk kita hidup lebih lama. Bukan soal dunia yang kita tinggalkan, tapi soal bekalan kita bagaimana tatkala mengadap Allah kelak.

Muhammad Nabil bin Marwan, terkenal dengan sebagai ahli IqNIQ. Seorang penasyid yang pernah mendapat anugerah pelajar Mithali semasa di darul Quran. Juga sebagai ketua lajnah Tarbiyah.
Beliau meninggal dunia kerana sakit. Pada mulanya sakit anemia. selang beberapa lama beliau dikhabarkan mula sembuh dan beransur baik. Namun, tak berapa lama, beliau dikhabarkan pula bengkak hati dan organ dalaman rosak. Doctor mengatakan harapan beliau agak tipis.

Tidak disangka dia pergi meninggalkan kami dahulu di medan perjuangan ini.
Dalam tempoh sebulan, beliau menuruti jejak arwah Ammar Zuklkifli, juga mantan IQRAC.
Allah lebih mengasihi mereka.
Ya Allah, letakkanlah keduanya dalam kalangan hambaMu yang soleh dan beriman. Ameen.

Pastinya apabila sahabat tiada lagi di depan mata, kita pasti terkenang memori bersama. Saya juga salah seorang yg tidak pernah berckp dgn beliau, namun ada memori yg terpateri di ingatan. Di DQ dan UIA, kami menjadi peserta utk pertandingan ping pong. Beliau yang rapat dgn ustaz Muktasyaf, apabila diberitakan hal kematiannya kpd Ustaz, Ustaz mengeluh. kerana pd ketika arwah sakit, tiada siapa yg memberitahu Ustaz.

Artikel ini saya copy daripada sahabat karib saya, Siti Munirah (pengarang terkenal abad ini). selamat membacanya.

Kembara Ke Sekinchan
Bismillahirrahmanirrahim...

Hari yang saya nanti-nantikan akhirnya tiba. Sejak dimaklumkan oleh beberapa orang sahabat bahawa akan diadakan satu ziarah ke rumah arwah Nabil, saya teruja. Saat itu sentiasa saya nanti-nantikan.

Akhirnya, hujung minggu lepas bersamaan 31 Julai, saya dan beberapa orang sahabat berlepas ke Kuala Lumpur menaiki bas.

Pagi Ahad kami bersiap-siap untuk bertolak ke Sekinchan. Sepatutnya, semalam lagi kami bertolak. Namun pemandu tidak bersedia untuk memandu pada waktu malam. Tambahan pula kereta yang disewa tidak begitu baik kondisinya. Bimbang terjadi perkara yang tidak diingini di tengah jalan nanti.

Entah macam mana, kereta yang disewa tidak mahu hidup. Seperti apa yang kami bimbangkan sebelum ini. Mujur tidak bergerak semalam. Berhempas pulas Sufi, sahabat saya menghidupkannya. Namun tidak berjaya. Hati saya mula tidak sedap. Sahabat-sahabat kembara lain sedah bertolak ke Shah Alam dan bermalam di sana sejak semalam lagi. Cuma, kami berlima yakni saya, Sufi, Syuhada, Ain dan Andak masih di UIA Gombak. Bimbang sekali kami tidak sempat menjejakkan kaki ke bumi Sekinchan. Sedang itu tujuan utama kembara saya kali ini.

"Pergi beli makanan dulu," pinta Sufi. Saya akur.

"Kita terpaksa batalkan rancangan ke Sekinchan. Kereta tak mahu hidup," kata Sufi sebaik sahaja saya kembali dari membeli makanan. Saya dapat membaca wajah separuh serius Sufi. Saya tahu dia bergurau.

"Jangan main-main!" Walaupun saya tahu Sufi bergurau saya tidak nafikan saya bimbang Sufi benar-benar maksudkan apa yang diucapkannya.

"Betul kak Muni. Kereta ni tak boleh hidup. Kita memang tak dapat pergi," sokong Ain. Saya kian cuak walaupun saya dapat merasakan mereka berdua berpakat untuk mengenakan saya dan Syuhada.

"Cuba fikir, kita nak pergi dengan apa?" tambah Sufi. Saya cuba menyembunyikan kekecewaan dengan makan.

"Lepas makan, kita siap-siap ke terminal untuk balik ke kuantan,"

Tidak lama kemudian dua buah kereta memasuki perkarangan Mahallah Maryam. Tahulah saya, Sufi bergurau. Saya menghela nafas lega.

Alhamdulillah, dengan bantuan beberapa sahabat dari UIA Gombak, kami berjaya memperoleh sebuah kereta sewa lain. Terima kasih buat Mahirah, Afiqah, Saiful, Lukman, Munzir, Faiz dan tiga orang lagi yang saya tak ingat namanya.

Sufi berjaya buat saya tidak keruan. Lakonannya menjadi walaupun tidak sepenuhnya berjaya.

Perjalanan ke sana memakan masa lebih tiga jam. Hati saya berdebar-debar. Keinginan untuk bersua muka dengan kedua-dua orang tua arwah kian menebal. Saya tidak mampu melelapkan mata sepanjang perjalanan walaupun keletihan masih tersisa pada tubuh.

Lebih tujuh buah kereta tersusun elok di perkarangan rumah Pak Cik Marwan waktu saya tiba. Sahabat-sahabat lain sudah mula menunggu di ruang tamu. Muslimat duduk di bahagian dalam manakala muslimin berada di ruang hadapan. Kehadiran kami disambut oleh ibu arwah. Masyaallah, muka arwah saling tak tumpah wajah ibunya. Sebelum ini saya hanya mendengar tentang hal itu dari mulut orang saja. Lama saya tenung wajah ibu arwah. Saya tercari tampang tubuh Pak Cik Marwan tapi tidak kelihatan.

Sejak terbaca artikel yang dipos oleh Saudari Syahirah dalam blognya, jalananapermusafiran.blogspot.com, ingin sekali saya bertemu dan mengenali kedua-dua orang tua arwah dengan lebih dekat. Kini hasrat itu tercapai.

Rupa-rupanya, kumpulan saya adalah kumpulan terakhir yang sampai. Sahabat-sahabat lain telah sedia menanti. Tanpa membuang masa lagi bacaan Ratib Hadad dimulakan.
Kami dijamu dengan nasi putih dan pelbagai jenis lauk pauk. Terima kasih buat keluarga Pak Cik Marwan kerana sudi menerima kehadiran kami.

Kemudian kami bergerak ke Tanah Perkuburan Islam Batu 23, Sekinchan, kawasan perkuburan di mana arwah dikebumikan. Hati saya benar-benar sayu. Melihat batu-batu nisan yang berceracak saya tiba-tiba gerun. Suatu hari saya pasti menjadi penghuninya. Mati itu pasti. Cuma, sebagai insan biasa saya tidak terlepas daripada melupakan rumah kecil itu. Lupa bahawa sana akan menghuninya kelak. Benarlah, mengingati mati itu membunuh kelazatan hidup di dunia.

Suasana tanah perkuburan tenang. Namun, bagaimana keadaan penghuni di dalamnya tiada siapa tahu. Sesetengah daripada mereka mungkin sedang berperang dengan kesakitan yang tidak terungkap. Manakala mungkin sebahagian lagi sedang berbahagia atas kepatuhan mereka pada perintah Yang Esa.

Sahabat-sahabat muslimat yang kami nanti-nantikan tidak juga kunjung tiba. Jadi hanya kami berlima yang menziarahi kubur arwah sebelum sahabat-sahabat muslimin mengambil alih. Tentu mereka punya lebih banyak kenangan dengan arwah dan sudah tentu mereka jauh lebih merasakan kehilangan arwah. Selepas menyedekahkan al-fatihah buat arwah kami kembali ke rumah Pak Cik Marwan kerana kereta salah seorang ahli kembara tiba-tiba bermasalah.

Sambil menunggu kereta sahabat saya ini dibaiki, saya menunggu di ruang dalam rumah, tempat kami menjamu selera tadi. Perilaku adik bongsu arwah, Najmuddin menarik minat saya. Kanak-kanak berusia lapan tahun yang dipanggil udin oleh keluarganya itu sedang berbaring di bawah katil sambil menyanyi-nyanyi. Wajahnya ditutup apabila kami mengintainya. malu agaknya. Merdu suaranya saya tidak nafikan.

“Nabil, waktu kecil-kecil dulu suka menyanyi, macam Udin ni,” maklum Mak Cik Norida. Saya mengambil tempat duduk Mak Cik Norida sebaik sahaja wanita itu bangun bagi mendapatkan air untuk sahabat saya, Sufi yang kehausan. Dari kedudukan itu, suara Udin jelas di pendengaran saya. Dan di belakang saya Pak Cik Marwan sedang duduk bersandar di atas sebuah kerusi. Barulah saya dapat melihat wajah ayah arwah dengan jelas.

Saat itu,air mata saya berladung perlahan-lahan gugur tanpa dapat ditahan lagi. Entah mengapa. Itu kali pertama saya menangis sejak arwah pergi. Malam saya mendapat khabar arwah menghembuskan nafas terakhir, saya sekadar sebak. Ketika itu, saya sedang menghadapi konflik lain yang mencuri sebahagian besar perhatian saya.

Saya perasan Pak Cik Marwan melihat pada saya. Cepat-cepat saya kesat air mata dan berpura-pura senyum. Namun air mata ini kian menjadi-jadi. Saya bangun dan beredar sehingga suara Udin tidak lagi kedengaran. Suara itu yang membuatkan saya sebak.

Sepanjang arwah sakit, saya langsung tidak berkesempatan untuk melawatnya. Malah, saya berkeyakinan bahawa arwah akan sembuh. Hanya kiriman doa dan solat hajat yang mampu saya hulurkan. Ternyata, Allah jauh lebih menyayanginya.

“Usu nangis ke?” tegur andak. Saya letakkan jari di bibir sebagai isyarat menyuruh andak diam. Bimbang makin ditegur makin menjadi-jadi pula tangisan saya. Andak mengangguk-angguk tanda faham. Berkali-kali saya beristighfar.

Sebelum berangkat pulang, diadakan perjumpaan antara muslimin dan muslimat. Sufi masih di dapur.

Rupa-rupanya, Sufi bukan sekadar dapat minum air malah dapat ber’sharing moment’ dengan Mak Cik Norida. Menyesal betul saya tidak temankan Sufi tadi. Memang saat itu saya tunggu-tunggu sejak menjejakkan kaki ke rumah arwah. Apa yang dikongsi oleh Mak Cik Norida tidak ubah seperti apa yang saya baca di blog jalananpermusafiran.blogspot.com. Walaupun begitu saya ingin sekali dengar tentangnya daripada mulut Mak Cik Norida sendiri.

Apa yang paling saya kagum tentang arwah ialah arwah mampu menenangkan emaknya yang runsing. Walaupun arwah sendiri tenat. Berbeza benar dengan saya. Sakit sikit pun saya sudah telefon ibu dan mengadu.

“apa-apa jadi kat Nabil nanti, mak redha ye mak,” Antara dialog yang Sufi cerita semula dalam kereta dalam perjalanan balik tempoh hari.

"Nabil ni, tak suka menyusahkan orang," tambah Sufi.

"Adiknya, Udin langsung tak boleh dengar orang sebut fasal Nabil. Dia akan sedih dan nangis,"

Arwah seolah-olah sudah bersedia untuk kembali bertemu Yang Esa. Seolah-olah arwah telah bersedia untuk berhadapan dengan malaikat maut. Saya bagaimana? Sedang saya tahu mati itu datangnya tiba-tiba. Tapi jika ditanya sama ada saya bersedia atau tidak tentu saja jawapannya tidak. Saya terfikir-fikir bila agaknya saya akan bersedia? Sedang dalam Al-Quran Allah menyatakan bahawa kebanyakan manusia tidak sangka yang dia akan mati di saat malaikat maut mencabut nyawanya. Lalu merayu-rayulah mereka kepada Allah untuk kembali ke dunia dan beramal. Namun, sudah tentu perkara itu tidak akan terjadi. Setiap anak Adam yang meninggal dunia tidak akan lagi hidup semula.

Saya meninggalkan perkarangan rumah arwah dengan pandangan sayu. Mungkin itu kali pertama dan terakhir saya menjejakkan kaki ke situ.

Sepanjang perjalanan pulang air mata saya menitis. Sukar sekali untuk saya jelaskan kenapa. Saya banyak diam. Untuk mengelakkan sahabat-sahabat mengesan perubahan saya, saya pura-pura tidur.

Seperti yang pernah saya nyatakan dalam entri sebelum ini, saya tidak pun berbicara dengan arwah Nabil. Tidak pernah sekelas dengannya. Sejak di Darul Quran sehinggalah di Matrik. Hanya sekali-sekali bertembung di jalan. Namun, saya rasa dekat sekali dengan arwah. Mungkin kami dihubungkan oleh tali aqidah dan dasar perjuangan yang sama. Wallahu ‘alam.

Apapun, kembara saya ke Sekinchan bukan kembara yang sia-sia. Pemergian arwah pada malam Jumaat membuatkan saya optimis bahawa hidup arwah berakhir dengan husnul khatimah. Saya dapat melihat sendiri peribadi kedua-dua orang tua arwah yang mana saya percaya merupakan antara penyumbang terbesar kepada keelokan peribadi arwah sendiri sehingga dijemput oleh Allah sedemikian rupa. Antara amalan arwah yang saya tahu, mulutnya tidak pernah lekang dari zikir dan selawat. Kerana keyakinan saya ini saya gagahi untuk turut serta dalam kembara kali ini. Pemergian arwah memotivasikan saya untuk turut sama mengejar khatimah yang mulia. Saya percaya kita juga ingin khatimah yang indah. Sama-sama kita berusaha dan berdoa kerana kita diberikan ruang ikhtiar oleh Allah taala untuk merencana khatimah hidup kita.

Semoga arwah bahagia di sana. Al-Fatihah....
*************************************************************************************

Seringkali apabila sahabat pergi, barulah kita menyedari bahawa indahnya kenangan kita dgn dia. Sama seperti arwah Kak Hajar, apabila arwah pergi, sahabat-sahabat mula memberi respon dalam blog masing-masing. Mengenangkan memori lalu, suka, duka, pahit dan manis. Mengenangkan kebaikan arwah pada kita.
Soalnya, selepas dia menutup mata buat selamanya, tahukah dia yang kita sayangkan dia selama persahabatan ini terjalin?
oleh itu,hargailah sahabat-sahabat yang berada di samping kita. beritahu yang kita sayangkannya kerana Allah. supaya andai dia diminta kembali oleh Allah, dia membawa bersama jalinan ukhwah bersama cinta kita kepadanya..

Kepada semua sahabat, saya menyayangi kalian kerana Allah. Tak tergambar ukhwah yang terjalin antara kita, pasti perit apabila terpaksa melalui perpisahan sementara mahupun yang kekal abadi. Moga destinasi abadi yakni Syurga nan indah menjadi medan pertemuan kita semula.

UHIBBUKUNNA FILLAH :)
Maafkan segala kesalahan diriku ini..

5 comments:

cahaya_solehah said...

erm...
walaupun nabil telah meninggalkan kita di dunia ini, moga dia terus hidup d cc Allah SWT..

p/s: cbe konfemkan balik, rsenya sblm ni arwah hanya disyaki menghidap chikungunya, tapi tak +ve pun.. wallahua'lam, saya pun tak brp psti..

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

Kembara Sufi said...

haah. mak dia ckp tak kena pun chikunguya. nanti saya betulkan balik. :)

qamar_muneera said...

betul2. kita jarang hargai benda yg ada depan mata. Macam Arwah tok km dulu, masa dia ada selalu merungut mcm2. tapi bila dia dak meninggal barulah nak menangis air mata darah..huhu hargai selagi masih memiliki...

Kembara Sufi said...

itulah..
salah satu sifat manusia, susah nak merasa cukup dengan apa yg ada.
sama-sama fikirkan siapa yang ada di sekeliling kita. mungkin kita x akan jumpa mereka lagi ataupun mereka tak akan jumpa kita lagi.
itulah kehidupan yang smentara. kejarlah kehidupan yg abadi di sana

munirah yusof said...

sebuah coretan kembara yang penuh pegisian dan motivasi kepada pembaca..terima kasih pada semua yang menulis..

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails