Followers

Tuesday, May 5, 2009

MUSLIMAT: POWER! POWER! POWER!

“Saya sudah lali, sudah mangli dengan ungkapan 'pelemah semangat' yang sering dituturkan muslimin tatkala melihat ada muslimat yang mungkin pada pandangan mereka 'agak menonjol' dan 'terkehadapan'. Saya juga sudah biasa sangat dengan persepsi-persepsi kaum Adam, dengan pandangan dan lirikan sinis mereka tatkala saya bangun untuk memberikan pandangan dalam mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan. Tak kurang ada yang senyum-senyum, gelak-gelak, berbisik-bisik. Pelbagai reaksi ditunjukkan. Dalam sesi muhasabah muslimin-muslimat, pernah ada seorang muslimin menyatakan yang dia pelik dengan saya yang tak serik-serik untuk bangun dan bagi pandangan walaupun saya pernah dikritik dan kehadiran saya kadang-kadang 'tidak disenangi' muslimin kerana 'menggugat' mereka. Saya tak katakan semua muslimin begini. Ada segelintirnya memang absolutely macam ni ! Saya tak kata saya bagus sangat, sebab saya memang tak bagus sangatlah saya masih tidak boleh diterima oleh semuanya!

Salah satu sebab muslimat terus terkebelakang antaranya kerana inilah. Tak tahan dengan penangan dan kerenah muslimin yang jenis ni. Tapi hakikatnya, sebab ini bukanlah 'real problem' kepada kelesuan gerakan muslimat, tapi hanya sekadar 'presented problem'. Realnya muslimat selalu berdepan dengan masalah krisis keyakinan diri, rasa rendah diri (inferior) yang tak bertempat, malu yang tak perlu dan juga dibuat-buat. Pergi lebih dalam lagi, muslimat sebenarnya selalunya sangat kurang membaca, kurang kemahiran. Inilah antara penyebab utama pada pandangan saya, gerakan muslimat tak boleh sekencang gerakan feminisme liberal yang lain, tak mampu pergi jauh memimpin dan membuat perubahan.

Justeru, muslimat perlu 'sedar' dan 'terasa' akan hakikat ini. Saya sendiri sebenarnya cukup-cukup terasa. Saya tahu ada insan-insan diluar sana yang mengatakan yang muslimat "POYO" , bercakap je lebih dari tindakan. Bercakap pulak kosong, tak berisi. Itupun kalau bercakap, berdozen-dozen muslimat hanya mampu menjadi tukang angguk dan tukang geleng sahaja dalam mesyuarat-mesyuarat penting, hingga kadang kehadiran mereka tak dirasai pun. Inilah antara agenda-agenda ujian yang menguji gerakan muslimat.”


Petikan ni ana ambil daripada blog kak nurul syuhada, zaujah Ust Syaari. Sangat setuju dengan pernyataan ni! Membawa ana utk berfikir panjang serta menganalisis. Benar! Muslimat selalu menjadi bahan dengan isu ‘lemah’.
Muslimat lemah.
Muslimat selalu rendah diri.
Muslimat senyap dalam meeting.
Muslimat cakap banyak sangat dalam meeting.
Muslimat tak thiqah di belakang muslimin.
Muslimat dq dulu vs muslimat dq uia jadi perbincangan.
Lagi? (tambah sendiri)

PERSOALAN (utk dijawab)

1)Ada senior ana katakan, muslimat banyak futur sebab bila dah kahwin, sibuk dgn anak-anak dan keluarga. Malah, perancangan sebelum berkahwin pun tidak diletakkan bagaimana kehidupan dlm perjuangan kita selepas memiliki keluarga sendiri.
Banyak kisah anak-anak terabai dek ibu dan ayah yang sibuk ‘berjuang’. Bagaimana agaknya kehidupan seorang muslimat menguruskan keluarga di samping tidak mengenepikan perjuangan? Muslimat fulltime?


2) Muslimat tak semuanya berani bercakap di hadapan. Yang tak berani, mungkin sebab rasa tak ckp ilmu, tak layak, rasa tak perlu, malu, takut idea tak bernas, soalan ntah ape-ape.

Monolog kebiasaan :
“Kalau aku tanya soalan, soalan ni simple je. Ntah-ntah semua org dah tau ”
“Kalau aku bgn jwb, jwpan tak semantap budak DQ yang lengkap dengan dalil, hujah, hadith”
“Kalau aku bangun, muslimin akan pandang aku dengan pandangan penuh kePOYOan mereka pada aku”
“Kalau aku bagi idea, mesti awal-awal lagi kena reject. Better aku dgr je idea org lain ”

“Kalau aku ………”
Banyaknya kalau..

Apa cara dan jawapan terbaik utk meningkatkan motivasi insan-insan yang bermonolog seperti ini?

3) Aku bersekolah di sekolah semuanya perempuan. Bila masuk DQ, pemikiranku agak jumud lantaran suasana di DQ begitu meng’attack’ku utk menyempitkan fikiran. Muslimat menjadi agak takut utk berhadapan dgn muslimin. Dalam kelas Bahasa Inggeris, aku rasa tak banyak muslimat bersuara utk menunjukkan skill mahupun kebolehan mereka. Aku tahu kenapa.. MALU dgn para hafiz Quran. Sesetengah Huffaz tidak suka utk melihat muslimat yg menonjol dan terkehadapan. Adakah thiqah, jaga pandangan, atau ego?

Apa cara terbaik utk muslimat berani ke hadapan dgn mengekalkan ke’izzahan mereka sbg srikandi Islam? Perlukah utk tampil di kaca mata televisyen dengan berfesyen semata-mata memenuhi syrat pihak TV utk memudahkan kita berdakwah pada org ramai?


4) ana pernah terfikir dan masih blm dpt jwpannya. Kalau muslimin kuat solat, akan ada tanda hitam di dahinya. Tapi ana tak pernah lihat tanda hitam di dahi muslimat. Kenapa ya?


5) katakan seorang muslimat ni mengalami penyakit ‘malu’ yg kritikal. Bercakap kat dpn pun malu, menulis ttg dakwah pun malu, bekerja pun malu. Agak-agak apa yg dia boleh buat utk membantu Islam?

Ada jawapan?
Jom kongsi

Allah-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi[1394] dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, QS 48. Al Fath :4.
Yaa.. Allah… berolehkanlah kami kekuatan dan kesabaran dalam beribadah kepada-Mu Allahumma Amiiiin

7 comments:

مرضيا تي محمد جا ميلي ~ said...

salam sahabatku sufi,

sungguh, aku sendiri pernah dipandang rendah atas ke'tidakmalu'an aku untuk ke hadapan, beri pendapat, bertanya dan menjawab soalan.

Hati terguris, itu pasti.
Tapi akal yang mampu menilai sesuatu secara rasional, menguatkan hati.
alhamdulillah, aku tekad dgn pendirian, biarkan si lelaki yang secara tidak sedar, menjadi salah satu faktor kejatuhan wanita, kemunduran Islam.

Tampillah ke hadapan dengan penampilan seorang muslimah.

Pernah mendapat pengakuan dari beberapa orang lelaki, mereka bangga ada muslimah yang berani ke hadapan, bersama-sama dengan lelaki.

itulah EQUALITY yg sebenar.
Islam is EQUAL.

Lelaki itu berkata lagi, mereka sendiri tercabar melihat muslimah yg berani, tampak hebat.
Seterusnya akan memangkin kaum Adam untuk terus memajukan diri, dan mendidik kaum Hawa utk bersama-sama maju, tegakkan dan pancarkan keindahan agama Allah di muka Bumi insyaAllah(:

Encik Penulis said...
This comment has been removed by the author.
Muqarabah said...

Salam akak..

hmm.. mmg btl apa yg akak tulis tue. saya sendiri selalu merasainya. kdg2 nak bangun utk beri pandangan tapi malu pd shbt2 yang drp DQ. sbb saya bkn drp DQ. kdg2 bila tepis malu tue n bangun jgk. rasa sangat puas!! muslimah tak boleh malu! sbb mungkin pandangan yg kita kemukakan sbnarnya sngt baik n boleh dipertimbangkan, apa salahnya kan??

kdg2 muslimin pun salu bg pandangan sinis, tp saya tak peduli. biarlah apa diorg nak pikir..

ayuh bangun sume muslimat!! kita gegarkan pentas dakwah!!!

budak kampung online said...

Salam.. baguih. bagun.. allahuakbar.

nurseri said...

Salam,


Dalam perjuangan Islam, tak sepatutnya timbul soal siapa jaguh, muslimin atau muslimat sebab matlamatnya seharusnya hanya untuk mendapat mardhotillah. Kapasiti tugas dan corak penglibatan tentunya berbeza.


Dalam kes uzbekistan, muslimah merupakan tunjang gerakan Hizbut Tahrir dalam seruan dakwah disebabkan terlalu ramai kaum muslimin yang dipenjara, diseksa bahkan dibunuh dek kekejaman pemerintah penyembah Amerika di sana. Alhamdulillah, sekalipun dengan himpitan dan penindasan yang berterusan, seruan kami semakin bersemarak di sana dan semua ini adalah usaha dan pengorbanan sayap mulimah Hizbut Tahrir Uzbekistan.


Di sini ana sisipkan berita yang diceduk dari website rasmi kami, sekadar berkongsi betapa dahsyatnya tekanan yang dilalui oleh para pendokong kalimah Allah ini di luar sana, bukan hanya sekadar terkepung dengan keeogan manusia yang lain untuk mengambil langkah berani untuk menegakkan perkara yang haq...


London UK 10 Dis - Beberapa laporan telah diperolehi yang mengatakan bahawa pihak polis di Tashkent, Uzbekistan telah menahan 28 Muslimah dengan tuduhan 'terlibat dengan ekstremisme agama'. Selepas penahanan itu, mereka telah 'difilemkan dalam adegan porno' dan telah diberi amaran bahawa video tersebut akan dibuat lagi sekiranya mereka enggan mengaku telah melakukan 'jenayah' tersebut.

Beberapa Muslimah yang ditangkap telah dituduh sebagai angggota Hizbut Tahrir atau terlibat dengan Hizbut Tahrir. Inilah episod terbaru dalam kempen ganas Uzbekistan ke atas kaum Muslimin yang berani bersuara menentang kezaliman rejim Karimov.

Shahlo Sultonova, ibu mertua kepada salah seorang Muslimah yang ditahan mengatakan kepada RFE/RL bahawa pihak polis telah menyeksa menantunya dalam usaha untuk mendapatkan pengakuan darinya. Beliau juga menambah bahawa kumpulan Muslimah yang ditangkap ini telah difilemkan dalam video porno yang pihak polis memberi amaran bahawa video seperti ini akan diambil lagi sekiranya mereka enggan mengaku melakukan 'jenayah' tersebut.

Dr. Nazreen Nawaz, wakil media Muslimah Hizbut Tahrir Britain memberi komentar sebagaimana berikut:-

"Ini merupakan laporan terbaru yang cukup jijik mengenai paksaan seksual dan ugutan ke atas Muslimah oleh rejim Karimov yang kejam yang berhadapan dengan seruan untuk mengembalikan syariah dan Khilafah tanpa henti. Inilah rejim yang begitu terkenal dengan 'merebus' aktivis Islam yang menentangnya.

Tekanan ke atas ketidakpuashatian politik di Uzbekistan masih berterusan sejak tragedi Andijan di bawah alasan 'menentang keganasan' dan disokong oleh kerajaan-kerajaan Barat yang terus menutup sebelah mata atas sebarang aktiviti salah laku seks di negara yang menjadi sekutu mereka itu.

Sumber:www.mykhilafah.com

Atiqah Humaira said...

SALAM SUFI..

sufi..tqa copy paste letak kat blog tqa..
moga jadi tatapan akhawat AUCKLAND, di bumi NEW ZEALAND nie..

sufi...
sufi kna bace kat blog tqa..
sbb tqa ade tambah sket...
kat bawah tu...hehehe

rindu sufi!

Kembara Sufi said...

alhamdulillah, syukran atas perkongsian sahabat-sahabat yang bermanfaat.tingkatkan prestasi, kurangkan kntroversi :)
dah baca dah tiqah. entry ana tak seberapa. miss u too! :)

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails