Melangkah ke alam universiti, makin banyak perubahan yang dialami. Dari gelaran pelajar, menyandang pula kita jawatan mahasiswa/ mahasiswi. Dan juga pastinya banyak yang perlu diubah, dari segi sikap, matlamat, gaya kehidupan, prinsip hidup, pengurusan kewangan dan sebagainya.
Dan beza berada di university dengan sekolah, adalah kurang/tiada lagi budaya meraikan guru. Kalau ada pun d CFS ni, mungkin hanya by group. Terkenang di sekolah dulu, setiap kali 16 Mei, guru-guru pasti akan diraikan. Biar mereka bergembira pada hari itu dengan bermacam-macam agenda yang pastinya membuatkan guru gembira. Biarpun kita tahu, dengan sambutan hari guru itu tidaklah mampu utk membalas jasa mereka, namun sekurang-kurang mereka tahu yang pelajar begitu menghargai mereka.
Dicetuskan oleh Vice President 1, lantas Deputy President PRESSS memanjangkan dan mengusahakan idea Majlis Restu Ilmu ini diadakan. Alhamdulillah, setelah mendapat respon positif daripada Madam Sabrina dan Madam Humaiyah, maka berlakulah program ini pada 12 Februari 2009 di Masjid Kolej Islam Malaya.
Program ini merupakan program penutup bg PRESSS dan sangat bermakna bagi kami semua kerana program ini lain dari yang lain dan tak pernah lagi mana-mana society mengadakan program sedemikian. Biarpun lecturer yang dapat hadir tidaklah ramai, tapi kiranya itulah kali pertama majlis seumpama itu diadakan. Alhamdulillah, sambutan amat baik. Ramai pelajar 2nd Year datang terutama sisters. (brothers ttp golongan minoriti).
Sayu hati apabila Madam Sabrina selaku wakil lecturer melafazkan bahawa mereka merestui ilmu yang diperolehi pelajar. Yang paling penting, objektif pada malam itu adalah untuk merasakan keterikatan dan hubungan yang erat antara pelajar dan para pensyarah. Kalau di sekolah lama dahulu, dipanggil ayahanda dan bonda pada cikgu-cikgu. Mereka bagaian ibu bapa kedua kita yang menjaga dan mendidik kita di sekolah.Ah, betapa memori di sekolah dahulu begitu menggamit hati.
Doa untu guru yang dibaca pada malam itu:
Ya Allah, bagiMu sahajalah segala pujian, Engkaulah Penerang Langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya. BagiMu sahajalah segala pujian, Engkaulah Yang Mendirikan langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya. BagiMu sahajalah segala pujian, Engkaulah Pemilik langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya.
Ya Allah, sesungguhnya kami mendapat didikan melalui asuhan tangan-tangan masyaikh dan guru-guru kami, maka balasilah mereka Ya Allah dari kami sebaik-baik balasan di dunia maupun di akhirat.
Ya Allah peliharalah mereka, muliakanlah mereka dan angkatlah darjat kedudukan mereka, dan berkatilah umur mereka, terimalah amal soleh mereka, dan jadikanlah apa yang mereka korbankan sebagai amalan ikhlas mengharapkan keredhaanMu yang mulia.
Ya Allah, Tuhan Yang Mengatur Langit dan Bumi, Yang Mengatur arasy yang besar, Tuhan kepada segala sesutau, Yang Memecahkan bijian (Yang Berkuasa ke atas sesuatu), Yang Menurunkan, Taurat, Injil dan Al-Quran.
Y a Allah, berikanlah manfaat kepada kami, dgn keberkatan masyaikh kami dan dengan ilmu mereka di dunia dan akhirat. Jadikanlah kami mengikut jejak langkah mereka. Rezekikanlah kami mudah mengikut manhaj mereka dan manhaj NabuMu Sayidina Muhammad SAW.
Ya Allah, ajarilah kami apa-apa yang member manfaat kepada kami, dan berikanlah kami manfaat dengan apa yang telah Engkau ajari kami dan tambahilah ilmu kepada kami. Rezekikanlah kepada kami kefahaman para Nabi, hafazan para Rasul dan ilham para Malaikat yang dekat denganMU.
Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung denganMu dari ilmu uang tidak member manfaat, hati yang tidak khusyu’, jiwa yang tidak pernah kenyang, dan seruan yang tidak diterima.
Ya Allah, yang berkuasa menukar segala keadaan, tukarkanlah keadaan kami dan keadaan orang Islam kpd sebaik-baik keadaan.
Ya Allah, ampunilah ayah-ayah dan ibu-ibu kami, masyaikh dan guru-guru kami, saudara-saudara lelaki dan perempuan kami, dan ampunilah semua muslimin dan muslimat, sama ada yang masih hidup di antara mereka atau yang telah meninggal dunia, yang mereka itu bersaksi kepada keesaanMu dan risalah NabiMu yang mereka mati dalam persaksian yang benar itu….
(Dikarang oleh : Ustaz Muhadir)

1 comment:
Alhamdulillah akhirnya berakhir jua pengajian di cfs.Perjuangan harus diteruskan!
Post a Comment