Followers

Monday, December 1, 2008

AKU DAN ISLAM


Keceriaan dan kebahagian adalah impian setiap insan. Dan, untuk mencapai perkara tersebut, kita terpaksan melalui pelbagai onak duri cubaan untuk mampu kita meraih keindahan dalam kehidupan ini.

Pejuang Islam seringkali dimomokkan dengan pelbagai ujian, cabaran, dugaan dan rintangan. Sememangnya, sesiapa yang memilih perjuangan Islam sebagai cara hidup dan pegangan pendiriannya, pasti akan melalui perkara yang mungkin tidak seindah seperti mana yang sering diimpikan.

Adakah pejuang Islam tidak berhak mengecap kebahagiaan? Adakah pejuang Islam tidak layak untuk bergembira?, Adakah pejuang Islam tidak layak untuk bahagia?

Semua insan mahukan perkara itu! Itu lumrah naluri manusia. Islam tidak melarang pejuangnya untuk mengecapi bahagia. Banyak hadis dan para hukama yang menyeimbangkan perkara tersebut.

Namun, apa yang nak diperbincangkan disini ialah, menjadi seorang pejuang Islam PASTI akan menerima pelbagai cemuhan, ejekan, perlian, pandangan sinis, umpatan dan sebagainya. Pejuang Islam akan dipandang ‘ganjil’ di mata masyarakat. Manusia yang sebenarnya pada pandangan masyarakat ialah menjadi ‘insan biasa’ seperti mana manusia lainnya. Menjadi pejuang Islam ialah satu tiket menjadi ‘insan luarbiasa’!

Di Malaysia, kebanyakan roh perjuangan Islam bermula di pengajian terutama di institusi pengajian tinggi. Disitu, kebanyakan qadeer-qadeer yang baru, dididik dan di asuh agar menjadi pejuang yang hebat suatu hari nanti.

Maka, klimaks yang berlaku di IPT ialah, satu pegangan dan tsiqah yang amat mendalam kepada perjuangan Islam. Mereka begitu sensitif berkaitan islam dan isu-isu dan timbul darinya. Ombak perjuangan meluap-luap kerana membaranya semangat cintakan Islamnya. Semua ini adalah kerana mungkin:

  1. mempunyai sahabat disekeliingnya
  2. masih terkongkong dalam masyarakat kampus yang ratanya sama sepertinya.
  3. ilmu yang sentiasa terhidang di depan mata

Perjuangan di IPT adalah satu-satunya perjuangan yang paling indah jika hendak dibandingkan dengan perjuangan di suasana lainnya.

Namun, keberadaan kita di IPT bukanlah selamanya! Yang selamanya ialah perjuangan kita! Perpindahan kita ke suatu tempat ke tempat yang lain bukanlah tiket untuk kita turut mengubah identiti diri kita yang sentiasa Islam dulunya...

Realiti yang hendak disampaikan disini ialah, ‘itulah yang berlaku’! Perjuangan di luar tidak seindah perjuangan di dalam. Maka, ramai yang tidak mahu menghadapi risiko kehilangan kebahagian akan mengambil jalan pintas sebagai pejuang Islam ialah dengan hanya menonton sahaja.

Sememangnya, jika tiada ketelusan hati yang jernih hanya pada Islam, kita tidak mampu untuk mencari perjuangan! Jiwa lesu dan tidak tahu apa lagi yang hendak diperjuangkan.

Sesiapa yang masih menjadikan Islam sebagai dirinya, pasti akan menerima kritikan, di perli, dan sebagainya.

Akhirun kalam, walau apapun yang terjadi, istiqamahlah. Nilailah yang mana kaca dan yang mana permata. Janji Allah pasti tiba! Jika bukan disini, pasti akan terjadi disana! Sesungguhnya kemanisan perjuangan Islam tidak seperti manisnya gula yang semua orang tahu akan kemanisannya. Ia seperti manisnya buah. Akan terasa manisnya, jika kita sendiri yang merasa dan memakannya!

Dalam usaha menghasilkan dan ‘mencari’ pejuang Islam!

Semarakkan Perjuangan!

No comments:

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails