Followers

Wednesday, April 20, 2011

Terima kasih buat teman hidupku..

Sesekali menggunakan laman sosial ini utk mengucapkan terima kasih pada yang tersayang..

10 bulan pernikahan, semakin hari semakin mematangkan usia pernikahan. Namun, tiada titik noktah utk kita menyatakan yang kita telah mengenal pasangan kita biarpun telah hidup berpuluh-puluh tahun bersamanya. Kerana setiap hari kita akan belajar perkara yang baru ttg kehidupan dia dan ttg dunia pernikahan ini.

Perkahwinan...
Adalah suatu hubung kait dengan pengorbanan. Dengan pengorbanan yang dilakukan oleh pasanganlah yang bisa menambah perasa keenakan dalam hubungan. 

Terima kasih buat suamiku..

Yang memberi semangat dan motivasi utkku ketika menghadapi peperiksaan akhir semester..
Yang mencurahkan ilmu dan membantu memahamkan pada subjek yang tidak difahami..
Yang membantu menguruskan rumah ketika aku sibuk menelaah pelajaran..
Yang bekerja keras mencari nafkah demi menampung keperluan keluarga..
Yang memahami keadaan diriku yang serba kekurangan..
Yang memberi nasihat dengan hikmah tatkala isteri melakukan kesilapan..
Yang berusaha membentuk dirinya dan diriku ke arah ibu bapa yang bertaqwa...

dan paling penting..
Yang tolong memasak untukku. (part ni paling best. ,dapat rasa air tangan lelaki :) )

'Ala kulli hal, terima kasih utk semuanya, x mampu nak disenaraikan segala pengorbananmu. moga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran. Amin :)



Meniti waktu dengan bunga-bunga cinta berpanjangan.. moga berkekalan..

Tuesday, April 19, 2011

Update!

Assalamualaikum wbt..

Last post 19 Januari. Hari ni 20 April. Waah, lama tu!
 
Pagi ni, lepas menyiapkan keperluan  suami untuk pergi bekerja, tiba-tiba dtg mood utk menulis. Niat utk membersihkan sawang-sawang yg telah lama menghiasi laman blog ini.

Jarak masa yang agak lama tidak mengupdate blog sebenarnya kerana memberi laluan kepada exam final dan sibuk menguruskan persiapan rumah baru. Ditambah di saat saya mengandung ni kerap kali keletihan. Justeru, saya x punya byk mood utk menulis.

Alhamdulillah, kira-kira dah 2 minggu lebih saya dan suami telah pun menetap di bumi Gombak ini. Syukur pada Allah kerana tempoh PJJ (perkahwinan jarak jauh) kami telah pun tamat. Tak dijangka, namun mungkin berkat anak dalam kandungan yang telah menyatukan kami.

Mungkin ini aja dulu. InsyaAllah lain hari sy update lagi. :)

Wednesday, January 19, 2011

Keibuan Yang Terkubur

Ibu buang anak

Ibu tinju anak 

Ibu dera anak

Ibu belasah anak

Ibu bunuh anak

Ibu tinggal anak

Ibu gugur anak

Ibu jual anak (bahkan dalam kandungan lagi)

Ibu peralat anak


Kalau baca Harian Metro, nilah tajuk-tajuk yang akan kita baca setiap hari. Berita yang sama, berulang-ulang. 

Pihak kerajaan memberi respon utk membanteras gejala ni. Tapi, secerdik-cerdik kerajaan, apa yang dicadangkan?

·          Menubuhkan sekolah harapan di Melaka. Nak menempatkan manusia-manusia yang terlanjur ni.
·         Hospital menerima kedatangan bayi luar nikah. Dengan harapan bayi-bayi tidak lagi dibuang merata-rata.
Sedangkan pada masa yang sama, pihak kerajaan jugalah yang menganjurkan konsert-konsert artis, yg mana pergaulan bercampur di dalamnya, pesta tu, pesta ni. Kononnya nak bagi hiburan pada rakyat. Relax minda katakan.

Kalau keadaan ni berterusan, lebih kurang kes buang bayi ni beginilah.

Kerajaan sediakan medan utk melakukan maksiat, manusia berpesta nafsu dan terlanjur dan akhirnya kerajaan jugak yang tadah anak-anak luar nikah ni. Pusing sini, pusing sana duit kerajaan akhirnya dapatlah kat org2 yg bermasalah ni.

Kenapa tidak dicegah dari akar umbi?

Semua masalah social yang berlaku ni adalah disebabkan KURANG DIDIKAN AGAMA. Agama Islam dah cukup cantik dgn segala peraturan yang memenuhi fitrah dan menjaga kemaslahatan manusia. Nizhom (peraturan) yang diatur Allah bukanlah utk menyusahkan, bahkan larangan-larangan yang Allah gariskan adalah utk menjadikan manusia selari dgn kehidupan alam, bukankah Allah lebih tahu akan keperluan manusia kerana Dia adalah pencipta kita?

TAPI MANUSIA SOMBONG DAN ANGKUH. 

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya tidak mahu untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan amanah itu dipikul oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”.
                                                                                                                                                       (Al-Ahzab: 72)

Dgn jawatan dunia yang tidak seberapa,mereka  mencari jalan penyelesaian bukan dgn mencari agama sbg sumber. Hanya dgn akal yang entah logic atau tidak. Ye lah, masakan mampu menyuruh rakyat amalkan suruhan agama, isteri sendiri tak mampu utk disuruh bertudung. 

 Yang mereka tahu, kibarkan jalur gemilang megah dengan tema satu Malaysia, dgn bangunan-bangunan yang TINGGI tapi RENDAH akhlak dan morality rakyat. Ini yang kita nak banggakan dgn Satu Malaysia?

Bila nak anjur ceramah agama, mereka bangkang. 

“Ehhh jangan, nanti org kata kita ni ekstrim pulak”

Tapi bila jemput artis Gay, Adam Lambert

“Tak pe, Malaysia mengamalkan dasar terbuka”



Berbalik pada hal tadi, saya jadi geram dgn sikap ibu-ibu yang tak pandai nak bezakan dirinya dengan binatang. Mungkin diorang ni patut bela kucing kat rumah. Buat pemerhatian, kucing-kucing ni buang ke bela anak dia. Kalau Nampak kucing ni bela, bandingkan pulak diri dia dgn ibu kucing ni. Mana yang LEBIH BERAKAL?                                                                                  

Kalau rasa kucing tu lebih berakal, bolehlah buang anak merata-merata. Kesiannya tak dapat nak bezakan.. isk isk isk…

Sheikh Muhammad Ghazali mengatakan,

“Wanita adalah separuh dari rangka bangunan dunia. Bila wanita membangkang dari tugas utamanya, maka bangunan pun akan rentak dan hancur”

Wahai si Ibu.. 

Tangan lembut engkau yang menghayun buaian, bisa menggoncang dunia. Boleh jadi goncangan yang menggegarkan persada dunia dgn kelahiran mujahid/ah, ataupun goncangan yang meruntuhkan dan memecahkan langit dan bumi dengan kelahiran anak yang tidak berayah, ketika itu kemurkaan Allah menimpamu duhai ibu..

Sama ada engkau berkahwin atau tidak, engkau adalah seorang Ibu. Insan yang Allah amat muliakan. Bahkan Allah membandingkan kemuliaan ibu 3 kali berbanding si ayah. 


 Bila nafsu engkau letak no 1, maka akalmu menjadi darjat paling rendah. Jadi, bolehlah buat pembedahan otak, letak kat kaki, bukan di kepala.

Tatkala org lain begitu menginginkan zuriat, manakala engkau dengan mudah mencampakkan anugerah Allah ni. Di mana naluri keibuan yang mengalir dalam urat nadimumu, duhai insan yang bergelar wanita?


Benarlah seperti apa yang disenandungkan Ahmad Syauqi dalam syairnya..

Bila nasihat datang dari hawa nafsu,

Dan dari ketertipuan diri, 

Namakan saja itu penyesatan,

Bila suatu kaum terconteng akhlak mereka,

Maka adakanlah upacara kematian dan ratapan atas mereka, 

Bila wanita membesar dalam kebodohan, 

Para lelaki pun menyusu dengan dasar kebodohan dan kedunguan, 

Yang disebut yatim bukanlah yang ibu bapanya telah mati,

Dari kegelisahan hidup dan meninggalkannya terhina, 

Yang dinamakan yatim adalah yang engkau dapati dirinya,

Punya ibu yang membiarkannya,

Atau ayah yang sibuk sekali.

Ayuh, pada du’at! Jangan baca akhbar saja.

Inilah kerja yang menunggu kita, mengislahkan seberapa ramai boleh insane-insan yang sedang mencari identity diri. Kabur dalam mencari pegangan, hanyut dalam gelombang nafsu yang memecahkan belahkan sampan yang dinaiki manusia.

Sama ada di peringkat sekolah mahupun university, di sinilah medan kita. 

Dakwah. Menyeru kebaikan menegah kemungkaran.

ومن أحسن قولا ممن دعآ الى الله وعمل صلحا وقال انني من المسلمين
Maksudnya: Dan siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?”.              (Al-Fussilat: 33)  

Jadi apa lagi? Jom hunuskan senjata dakwah, dengan pena mahupun dengan lidah. Yang penting usaha utk memperbaiki wajah dunia yang semakin rapuh, menunggu masa utk lebur dgn kemungkaran manusia yang tiada henti.   

Saturday, January 15, 2011

Tiru Macam Mak



Bismillahirrahmanirrahim

Sebelum saya kenal suami, saya kenal ibunya dulu. Dulu saya panggil cikgu, sekarang saya panggil Mak. Mak adalah ibu mertua saya.

Kata org, nak kenal anak tengok ibu bapanya dulu.
Dan keperibadian Mak memang membuatkan saya jatuh hati. Mak mmg seorang yg saaaaaaaangat baik. 

Dari ibunya, kini saya jatuh hati pada anaknya pula. :)

**************************************************

 Mak menjaga saya ketika di awal saya masuk SMKAP. Masa tu saya di tingkatan satu. Tapi seminggu je, kemudian saya masuk asrama. 

Kami tidak rapat. Mungkin saya tak dapat sesuaikan diri. Saya diajak beberapa kali ke rumah, tapi saya tidak pergi. 

Masa Mak mengajar lagi di sekolah tu (SMKAP), saya selalu bertembung dengan Mak di sekolah. 

Pernah saya  bertembung dengan Mak dalam keadaan saya lapar. Biasalah kalau pelajar asrama ni duit selalu tak cukup. Atau dalam erti kata lain, boros. 

Mak tanya, dah makan belum? 

Saya angguk tak, geleng pun tak. Malu dengan Mak. 

Pastu Mak hulur 2 ringgit. Saya terus pergi beli makanan. Terharu, Mak macam faham yang perut saya mmg tgh menyanyi lagu rock waktu tu. Hehe.

Mak tak lama kat sekolah tu, akhirnya Mak pindah ke sekolah rendah. Kalau tak Mak akan mengajar kelas saya subjek Geografi. (dah la Geo saya B waktu PMR)

********************************************************
Hari Rabu, kami akan ke masjid. Dengar kuliah mantan pengetua SMKAP, Ustzh Siti Zarah Hj Buhi. Dan Mak mmg akan selalu hadir. Habis kuliah, akan ada org jual kuih depan masjid. Mmg jadi favourite pelajar utk beli. Tapi saya beli kdg2 je, maklumlah save duit. Tapi, kalau kebetulan bertembung dengan Mak, Mak akan tahan saya. 

“Sufi nak apa? Saya belikan”, Mak mempelawa.

“Tak pelah cikgu”, jwb saya malu-malu. 

Mak pun belikan saya kuih walaupun saya menolak. Maklumlah, hati lain mulut cakap lain. Mak macam tahu isi hati saya. 

**************************************************************

Kalau saya dibawa ke mana-mana, berjalan dengan Mak. Org akan tanya ni siapa? (merujuk kepada saya). Mak akan jawab, anak angkat. Oh, tahulah saya yg saya dah jadi anak angkat Mak.


Masa dekat SPM, saya tension. Sbb bising masa study, saya tak boleh nak focus. Jadi dengan tak malunya saya minta nak duk rumah Mak. Mak benarkan. 

Hari-hari saya berulang. Masa tu saya dah makin seronok dok rumah Mak. Sebab Mak dah ada cucu sulung. 

Bila dekat SPM, saya sangkakan saya akan pulang ke asrama, kalau duk rumah Mak, terpaksa ada org hantar saya ke sekolah. 

Dengan berat hati saya mengemas. Rupanya Mak pun berat hati dah lepaskan saya.

“Sufi dok sinilah”, Mak berjumpa masa saya mengemas.

“Nanti menyusahkan pulak org nak kena hantar Sufi g sekolah”.

“Tak pe, ramai org boleh hantar”.

“Saya pun bersetuju”, dalam hati melonjak keriangan sebab tak kena balik sekolah. Mak macam tahu isi hati saya.


Hari pertama SPM, mak masak sedap sangat. Saya makan sampai tak ingat yang saya ada exam waktu tu. 

Dan tamat SPM, saya stay lagi rumah Mak sampai hbs jamuan dan aktiviti2 pelajar.
Sebelum balik, Abg sulung meraikan saya. 

Kami makan pizza dengan adik bongsu, anak dan isterinya. 

Waktu balik rumah, mereka menghantar saya ke Ipoh. Konvoi 2 buah kereta. Huhu.. 
Terharu. Dah lah jaga saya, hantar saya sampai balik rumah pulak tu. Ketika mereka pulang, saya teringatkan mereka. Terutamanya Mak. 

Ah, baiknya hati Mak. 


Waktu dpt result, saya pulang kembali ke Perlis.
Alhamdulillah, result memuaskan. 

Dah bagitau Ma, Abah. Saya telefon Mak. 

“Dapat berapa?”, Mak tanya.

“Cuba teka?”, saya soal Mak balik. 

Mak ucap tahniah pada saya. Mak cakap risau juga kalau result tak elok, sbb saya duk di rumah Mak. 

Malam tu, Mak meraikan saya. Kami sekeluarga keluar makan. 

Mak cakap, nanti Sufi datanglah sini lagi.


Setiap tahun, saya mmg akan pulang ke Perlis. Maklumlah, tempat saya menimba ilmu .
Dan sbb saya mmg merindui keluarga angkat saya. Tambah-tambah anak saudara angkat saya yg semakin membesar ni. 

Tahun demi tahun, tiba masa anak ketiganya pulang dari Mesir utk menghadiri kenduri kahwin kakak keduanya.

Rupanya dalam hati Mak terdetik utk menjodohkan saya dengan anaknya. Walaupun kami sekadar tahu antara satu sama lain, tapi tak pernah kenal. Bercakap pun  tidak.
Berkat doa Mak, sememangnya mmg sudah tersurat yg jodoh saya mmg dengan anaknya. 

Dan saya semakin rapat dengan Mak, apatah lagi bila dah jadi menantu.


Mak mmg seorang yg istimewa. Mak bukan background agama. Tapi Mak seorang yg cukup patuh dgn ajaran agama. 

Mak suka memberi. Itulah akhlak yang mendominasi diri Mak. 

Kalau ke Masjid, Mak akan cari tabung. Sbb mak nak letak duit. 

Kalau ada org datang rumah, Mak akan usahakan juga biar ada makanan utk dijamu.

Kalau ada makanan lebih, Mak akan bungkuskan apa yg ada supaya tetamu dpt bekalan pulang.

Kalau Mak ke mana-mana, Mak tak akan lupakan anak, cucu dan menantu. Mak akan balik dengan brg2 utk ahli keluarganya, sampai Mak tak beli apa-apa utk diri dia. 

Kalau anak menantu nak balik kampung (sebelah besan dia), Mak akan ready dgn bekalan. Mak selalunya tak akan biar kami pulang dgn tangan kosong. 

Kalau ada hari lahir, anak, menantu, @ cucu, mak akan ucap selamat. Dan Mak akan belikan kek. 

Kalau saya belajar memasak dengan Mak, Mak akan beri tunjuk ajar. Kalau tak menjadi, Mak ckp jgn putus asa. Nanti cuba lagi.

Kalau saya basuh pinggan, Mak akan berada di sebelah, tlg bilas.  

Kalau saya sakit, Mak akan selalu tanya kesihatan saya dan minta saya berehat. 

Kalau ada rancangan/kuliah agama di TV atau radio, Mak akan pasang kuat-kuat. Kdg2 sambil Mak memasak, kdg2 Mak akan catat dan Mak akan amalkan.

Kalau cucu balik, Mak akan manjakan cucu. Mak tak kan marah-marah dan Mak selalu doakan cucunya dapat jd org soleh.


Itulah Mak.
Mak seorang yg pemurah. Sebab tu anaknya semuanya menjadi. 

 Dan anak-anaknya mmg akan bantu Mak tak kira lelaki atau perempuan. Anak lelaki Mak pun mmg pandai buat kerja rumah. (Untung dapat suami anak Mak. Hehe )

Mak tak pandai berleter. Tapi Mak selalu bg nasihat. 

Saya banyak belajar dengan Mak, dan saya harap saya, suami dan anak pun punya hati sebaik Mak. 


20 Januari
Hari lahir Mak. Tapi saya tak dapat pulang sebab exam Mid Term. Dari jauh saya doa utk Mak, 

semoga Mak panjang umur, murah rezeki, dpt anak dan cucu yg soleh/ah yg akan berdoa selalu utk Mak, dikurniakan nikmat iman dan taqwa berpanjangan, kesihatan yang berterusan, amalan kebaikan yang berkekalan, dan husnul khatimah di penghujung kehidupan.

Akhirnya, saya saaaaaaaayang Mak! 

SELAMAT HARI LAHIR, MAK!



Thursday, January 13, 2011

Dah 4 bulan..

Alhamdulillah, anak Ummi ni dah 4 bulan rupanya. Cepatnya masa berlalu. Mungkin kerana kesibukan kuliah di Uia membuatkan saya x perasan yg anak saya ni semakin membesar.

Majalah Pa & Ma

Semenjak saya mengandung, selain buku-buku agama, saya dan suami membeli Majalah Pa & Ma utk rujukan. Saya sememangnya puas hati dgn majalah ni kerana memberi maklumat-maklumat yang penting sbg persediaan utk menjadi ibu dan ayah. Selain fakta-fakta sains, tips-tips menjaga anak, keperluan-keperluan bayi dan pengalaman-pengalaman ibu2 mengandung & bersalin, tak ketinggalalan hukum-hukum agama dan nasihat-nasihat utk menjaga anak dengan menitik beratkan pentarbiyahan cara Islam.

Antara fakta yg saya baca, ketika bayi berusia 4 Bulan, atau 16 minggu saiz bayi adalah sebesar buah pir. Pengedaran darah dan saluran air kencing mula berfungsi. Bayi mungkin sudah bermain dengan tali pusat pada waktu ini.

Alhamdulillah, cukup usia 4 bulan saya dan suami ke klinik utk pemeriksaan Ultrasound (scan). Benarlah fakta yang saya baca, pemeriksaan Ultrasound boleh meningkatkan hubungan batin antara ibu dan anak.

Semasa pemeriksaan, anak saya bergerak-gerak. Wah.. teruja betul. Saya dan suami tergelak tengok aksi baby dalam perut. Masa kami tengok (saya, suami dan doctor) tangannya bergerak, diletakkan pada mukanya. Abinya kata baby malu org tgk dia. Hehe.

Doktor kata Alhamdulillah baby sihat, aktif.

Ah, tak sabar rasanya menunggu anak Ummi ni lahir. :)

Sementara belum lahir, saya dah bawa baby ronda sekeliling Uia, bawa pergi kelas, gi meeting, gi ceramah, gi program. Abinya kata, seronoklah Ummi g mana-mana ada org teman. Hehe.

Antara pesanan senior saya, Kak Yati yg dah pun selamat bersalin, jgn jadi terlalu manja, nanti anak tak pandai nak berdikari. Dan jangan tinggalkan kerja-kerja dakwah, sbb di sinilah punca keberkatan utk diri kita dan keluarga. Pesanan ni membuatkan saya kuat, dan saya berdoa semoga saya tak direhatkan daripada meneruskan perjuangan, biarpun apa yg saya boleh sumbangkan menjadi sedikit terbatas.

Mengandung semasa berjauhan dgn suami, bagi saya tidaklah menjadi masalah. Mungkin kerana keadaan saya yg agak sihat dan tidak banyak kerenah membuatkan saya dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Sokongan suami, keluarga dan rakan-rakan menjadi penguat kpd saya.

Saya sangat-sangat bersyukur pada Allah kerana Dia banyak memudahkan jalan saya. Aturan masa yg Dia aturkan pada saya cukup-cukup membuatkan saya terharu dan bersyukur.

Pada awal usia kandungan, Allah tetapkan pada masa saya bercuti, sebulan di rumah. Ketika tu agak teruk dgn alahan, tp boleh dikira tahap sederhana. Suamilah yang byk berkorban, walaupun penat bekerja, sanggup lagi melayan kerenah isterinya ini. Tlg memasak (mujur suami pandai masak), tlg buat kerja-kerja rumah, belikan tu, belikan ni. Trm kasih atas pengorbanan Abang :)

Berakhir trimester pertama, saya mula menjejakkan kaki ke UIA. Waktu ni alahan masih berbaki. Oleh kerana saya baru tamat Celpad,proses registration saya agak lambat. Biasanya org yg kes macam saya ni mmg kena register manual, turun naik tangga cari lecturer. Tapi, sy cuba juga register online, mengharapkan ada kekosongan utk saya. Dan Alhamdulillah, semuanya sy dpt register secara online dengan 14 jam kredit. Syukur sangat pada Allah, byk yang dipermudahkan. Berkat baby dalam kandungan.

Ketika saya sibuk register, Hana’ bersama saya.

“Sufi, saya dengar khabar Sem 1 nanti mula bulan 9”

“Ye ke? Ah, Uia mmg selalu banyak khabar angin”, saya tak menerima secara terus walaupun hakikatnya saya mmg gembira seandainya ianya sahih.

“Entahlah, tapi khabarnya berita ni dah diumumkan”.

Saya menyampaikan berita ini ada suami, dan suami pun mendengar berita yang sama daripada sahabatnya di UM.

Alhamdulillah, saya dan suami syukur tak terhingga dengan berita ni. Kenapa terlalu gembira? Sebab saya akan berpantang lama, siap dapat beraya dengan anak lagi sebelum menyambung kuliah tanpa perlu study leave.

Allahuakbar.

Inilah nikmat yang tidak disangka-sangka yang Allah kurniakan.

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya dari jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya”, Surah at-Thalaq, ayat 2-3.










Monday, January 3, 2011

Cemburu

Berjurai air mata membasahi telekung yang dipakai Isdiyanti.


“Mengapa Sayangku, tiba-tiba menangis?”, suara lelaki memecah kesunyian keheningan pagi.

Matahari belum memancarkan sinarnya, azan Subuh masih belum berkumandang. Yang ada hanya bunyi cengkerik bertasbih memuji Tuhan, deru angin lembut melambai pohonan di luar rumah seakan meraikan rahmat yang turun ketika itu.

“Is cemburu”, ujar Isdiyanti sambil menyeka air matanya. Mereka berdua baru sahaja usai solat Tahajud berjemaah, di kamar bahagia mereka.

“Aik, tiba-tiba je Is cemburu. Mengapa ni, Abang ada buat salah pada Is? Kalau ada maafkan Abang ye. Is cinta dan ratu hati Abang dunia dan akhirat”, Iskandar memujuk isterinya yang masih menangis sambil meramas tangan isterinya itu. Tak sanggup hati lelakinya melihat air mata jatuh dari insan yang amat dicintainya itu.

“Dunia akhirat?”

“Ya, dunia akhirat. Kenapa Is tanya macam tu?”

“Abang mungkin hanya boleh menjamin Is cinta Abang di dunia, tapi tidak di akhirat”.

“Maksud Is?”

“Is cemburu kalau-kalau Abang ada bidadari lain di syurga, manakala Is berada di tempat lain”, Isdiyanti semakin sebak meluahkan bicara hatinya.

Iskandar tersenyum. Itu rupanya yang menjadi punca cemburu isterinya itu.

“Tadi Abang bacakan surah Al-Waqiah dalam Tahajud kita pagi ini. Tatkala melintasi ayat 22-23, yang bermaksud ‘Dan (di dalam syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara tersimpan’, Is teringatkan ganjaran syurga utk lelaki dan wanita yang soleh. Antara nikmat yang terbesar disebut berulang kali dalam Quran adalah bidadari-bidadari yang tidak pernah disentuh oleh sesiapa manusia mahupun jin”, Isdiyanti mula menyusun kata, berkongsi apa yang menjadi kebimbangannya.

“Benar Sayang, sememangnya itulah nikmat dan ganjaran buat hambaNya yang banyak mengorbankan dirinya demi perjuangan Islam. Syurga itu buat mereka yang mengekang dirinya daripada dirinya dikuasai nafsu. Manakala neraka adalah tempat bagi mereka yang menderhaka dan menidakkan suruhan dan ajaran Tuhan. Abang juga bimbang kalau-kalau Is juga memiliki orang lain di syurga kelak. Tentu Abang juga amat cemburukanmu”, Iskandar juga turut sama menyertai emosi yang dibawa isterinya pada pagi itu.

Kedua-duanya termenung.

Bermuhasabah merenung amalan yang cetek sekali. Masih banyak tanggungjawab dakwah yang masih belum diselesaikan.

“Abang, apabila memikirkan tentang nasib kita di akhirat, kegerunan melanda. Entah apalah nasib kita, baik atau buruk. Cukupkah amalan kita utk melepasi pengadilan Allah kelak?”, Isdiyanti mencerlung muka suaminya dengan harapan suaminya dapat memberi jawapan yang bisa melabuhkan ombak gundah di hatinya.

“Andai kata kita dipilih Tuhan utk menjejaki syurga, itu kerana rahmat Tuhan. Namun, usaha kita juga kenalah berterusan dan penuh dengan kerendahan hati pada Tuhan”.

“Susah kan bang nak jadi hamba yang soleh. Banyak betul cabaran yang datang. Terkadang lemah semangat dibuatnya”.

“Jangan begitu sayang. Allah melarang kita daripada berputus asa mengejar rahmatNya. Biar sebesar mana pun ujian dan dugaan yang datang dalam hidup kita, anggaplah ianya sebagai tarbiyah dan latihan untuk kita menjadi lebih kuat. Apa saja yang Allah datangkan dalam hidup kita semuanya tidaklah sia-sia. Cuma kita kenalah pandai menilainya, sama ada dengan pandangan negatif atau positif.”

“Wah, dah jadi motivator pulak Abang ni. Hehe.. ”.

“Mestilah, tengoklah siapa suami sayang ni. Dan juga suami kepada ….”, Iskandar berlakon seakan memikirkan seseorang.

“Haa!! Suami kepada siapa, Abang? Ada hati ye nak buka cawangan satu lagi ye?”, Isdiyanti mencubit nakal suaminya, geram dengan usikan suaminya itu.

“Alaa.. Abang tak habis cakap lagi. Suami kepada bidadari Abanglah. Mudah-mudahan kita sama-sama dipilih Allah utk menjadi ahli Jannah, dan Is menjadi ketua bidadari Abang nanti,” cubitan manja Iskandar singgah di hidung permaisuri hatinya. Geli hati melihat muncung isterinya itu.

“Amin.. mudah-mudahan. Jadi, nakkan suatu perkara yang mahal, kenalah kerja keras. Berusaha perbaiki diri, perbaiki keluarga, perbaiki umat. Mudah-mudahan kita ini dinilai Allah”.

“Ya Sayang, semoga baitul dakwah kita ini dihiasi dengan semangat dan roh perjuangan. Cinta yang dihiasi dgn tadhiyah, Allah akan menggantikannya dengan ganjaran yang lebih baik. Terima kasih Sayang, kerana sudi menjadi sayap kiri Abang, kita akan sama-sama melayari empayar dakwah ini bersama”, Iskandar mengucupi dahi isterinya.

Sungguh syahdu pagi nan hening itu, muhasabah sepasang suami dan isteri yang meletakkan cinta Allah teratas dalam kehidupan. Azan Subuh memecah kesunyian, menyaksikan dua hati merendahkan diri memohon ampun pada Al-Khaliq, memohon agar terus thabat dalam perjuangan dan juga mati dalam kemuliaan.

Sunday, December 19, 2010

Hubungan Psikologi Manusia dengan pemilihan bidang pengajian

Alhamdulillah, berakhir minggu pertama pengajian di UIA Gombak. Semester ni adalah semester pertama saya bergelar mahasiswi kuliah IRK untuk tahun yang pertama.

Cepatnya masa berlalu. Bila terfikir balik, sewaktu di Kuliah Matematik di Kuantan dulu, betapa berat saya merasai waktu-waktu yang berlalu seakan ingin mencipta mesin menuju masa yang akan datang. Seusai menghabisi 5 semester di Matrikulasi, dgn istikharah dan keyakinan hati, saya membuat keputusan untuk bertukar bidang ke Kuliah IRK. Dalam tempoh menuju ke saat ini, Alhamdulillah keputusan ini tiada keraguan malah kemantapan hati senantiasa bertambah dari hari ke hari.

Sehinggakan Anis selalu bertanya,

“Setakat hari ni dah berapa peratus?”

“Adalah 200%.. Hehe”

Ketika saya di Kuantan, ingatkan saya seorang saja yang nak tukar kos. Rupa-rupanya ramai lagi yang senasib dengan saya. Malahan mereka lebih mendahului saya. Antaranya Zahidah dan Asilah yang menukar dari Kuliah Matematik ke bidang Perubatan di Ardil Kinanah.

Dan seusai pengajian di Kuantan selama satu sem, Munirah juga melakukan keputusan yang sama untuk berhijrah menukar bidang pengajian, sekalipun dia harus menunggu kira-kira hampir setahun untuk meneruskan cita-citanya, mengambil bidang Perubatan di Mesir.

Dan makin mengejutkan saya, setibanya di Gombak untuk pendaftaran, Zul dan Rina yang saya temui juga melakukan keputusan yang sama.

Apa yang ingin saya konklusikan, penukaran kos/bidang semangnya adalah satu keputusan yang agak besar untuk dilakukan. Bergantung pada niat, kalau mmg itu adalah keptusan dr dirinya, bukan atas pengaruh org lain, insyaAllah dia akan cekal menghadapinya.

Pernah saya ditanya, adakah penukaran kos saya adalah disebabkan saya akan berkahwin (masa tu) dengan seorang Ustaz yang belajar agama?

Saya jawab tidak. Sedikit pun bakal suami saya tidak mempengaruhi. Malahan beliau mengingatkan saya apabila belajar dalam bidang agama, tanggungjwb saya akan semakin berat utk mengamalkan dan menyampaikan pada org lain.

Soalnya sekarang, mengapa mesti tukar kos? Adakah kos Matematik adalah satu kos yang mengerikan? Atau kos yang teruk dan tidak seronok?

Tentu sekali tidak.

Pengalaman semasa berada dalam bidang Math biarpun tidak sempat utk menghabisinya memberikan saya ruang dan peluang untuk mengenalidiri saya. Tidak semua mampu serasi, bergantung pada kepintaran dan factor psikologi yang ada pada diri masing-masing. Matematik banyak bermain dengan ilmu logic, manakala saya lebih cenderung pada bidang sastera.

Mari kita kaji dengan lebih mendalam.

Howard Gardner ialah seorang professor psikologi di Universiti Havard. Beliau adalah antara pakar psikologi yang berpengaruh dalam bidang kepintaran pada masa ini. Beliau menjadi popular apabila beliau mengemukakan teorinya yang mengatakan manusia memiliki 7 jenis kepintaran utama.

7 jenis yang disenaraikan oleh Gardner adalah:

1- Kepintaran bahasa

Mempunyai kemahiran mengenal pelbagai makna perkataan dan frasa, mengingat jumlah perbendaharaan kata yang besar, cekap menulis ringkasan dan rumusan, pandai menyusun dan menyampaikan hujah, dapat mengingat isi kandungan yang pernah dibacanya dan pandai memutar belitkan penggunaan perkataan. Memiliki kepintaran bersajak, berpantun, berbahas, bersyarah, mengarang dan memiliki perbendaharaan kata yg banyak.

Mereka yang memiliki kepintaran ini adalah para guru, wartawan, penghibur, juruhebah, peguambela, ahli politik, sasterwan, pemidato, penulis iklan, penulis skrip filem, penceramah, motivator, pendakwah dan seumpamanya.

2- Kepintaran matematik dan logic

Mempunyai kemahiran membuat rangkaian-rangkaian (penalaran) reasoning yang panjang dan kompleks, pandai menggunakan rangkaian tersebut utk menyelesaikan pelbagai msalah, pandai membuat analisis situasi yg sgt kompleks, dpt mengenal pasti factor-faktor yang menjadi asas atau dasar sesuatu masalah atau keadaan yang kompleks, pandai memahami rantaian hujah yang berjela-jela sehingga dpt membuat kesimpulan.

Mereka yang memiliki kepintaran ini adalah ahli sains, matematik, jurutera, akauntan, juruaudit, pakar computer dan lain-lain pakar yang memerlukan pemikiran logical dalam bidang mereka.

3- Kepintaran muzik

Mempunyai kemahiran mengenal pasti dengan cara yg sgt sensitive ciri-ciri ton, seperti kenyaringan, ritma dan seumpanya, pandai mengenal aspek-aspek afektif pada muzik seperti mood dan perasaan. Org yg memiliki kepintaran ini sgt berminat pada dunia bunyi-bunyian. Mereka pandai mencipta muzik dan bermain alat-alat muzik. Mereka tajam telinga dan mampu mengenal pasti pelbagai jenis bunyi.

4- Kepintaran ruang

Mempunyai kemahiran mengenal bentuk-bentuk yang serupa, mengenal bentuk-bentuk yang terselindung, menggambarkan keluasan jarak, menyelesaikan masalah jenis 2-dimensi contohnya, masalah jig-saw, dpt memahami dan menyesuaikan diri dgn keadaan di mana kedudukan tubuh badan adalah penting contohnya, masalah meletakkan kereta dalam baris memanjang.

Org yang memiliki kepntaran ini boleh menjadi juruterbang, pengukir, jurubina, dan pencipta pelbagai invensyen.

Albert Einstein menemui teori relativity dgn menggunakan kepintaran ini. Kanak-kanak yg memiliki kepntaran ini pandai membuat binaan-binaan drpd blok-blok. Mereka pandai membayangkan rupa sesuatu benda drpd pelbagai sudut. Kepintaran inilah yg dimiliki oleh org-org yang pandai membuka dan memasang semua benda-benda mekanikal. Ramai kanak-kanak yang kurang pintar belajar mata pelajaran sekolah tetapi mereka cekap membetulkan benda-benda yg rosak.

5- Kepintaran gerak badan

Mempunyai kemahiran spt atletik dan menari. Dimiliki oleh olahragwan, ahli sukan, tarian, sarkas dan lain-lain kerjaya yang menggunakan badan. Pakar bedah, pakar kraftangan, seni halus dan pelakon semuanya sangat memerlukan kepintaran ini dlm menjalankan aktiviti mereka. Kepintaran jenis mekanikal adakah gabungan 2 kepntaran, iaitu kepntaran ruang dan kepntaran gerak badan. Org yg pandai bergaul memiliki pelbagai kemahiran social yg terkandung di dalam kepintaran social.

6- Kepintaran interpersonal

Memiliki kemahiran memahami dan menilai fikiran-fikiran org lain dan yg dialami sendiri, pandai mengenal, membaca dan membezakan mood, perasaan, perangai dan, tujuan dan niat org lain melalui apa yg mrk sebut dan lakukan, mereka pandai menampilkan diri sehingga org terpesona, pandai menjalin hubungan, pandai menambat hati org. org yg memiliki kepintaran ini mempunyai keupayaan memeriksa, memehami dan menilai perasaan-perasaan sendiri.

Mereka yang memiliki kepintaran ini termasuklah para peniaga, kaunselor, guru, ahli politik, pendakwah, jurujual dan para penghibur.

Mereka cekap memahami manusia lain. Mereka pandai memimpin, mempengaruhi dan bekerjasama dgn org lain. Kanak-kanak yg memiliki kepintaran ini mempunyai ramai kawan dan pandai bergaul dgn org dewasa. Mereka suka bekerja dlm kumpulan. Mereka dpt merasakan apa yg org lain rasa. Mereka pandai membaca wajah.

7- Kepintaran intrapersonal

Kepintaran ini membolehkan seseorang memahami dirinya sendiri. Dia mengetahui keistimewaan-keistimewaan dan kekurangan-kekurangan yg ada pd dirinya. Dia tahu apa yg diminatinya dan apa yang ditakutinya, dan dia tahu apa yg dan dia tahu apa yang mendorong perilaku dan tindak tanduknya sendiri tanpa diberitahu oleh org lain. Kepintaran ini digunakan sbg asas prinsip-prinsip hidup seseorang, disiplin diri dan sumber ketabahan, kecekalan dan semangat perjuangan. Kepintaran ini menghasilkan apa yg disebut sifat bijaksana. Mereka yang memiliki kepintaran ini membuat keputusan dan tindakan berdasarkan kpd kesedaran akan siapa diri mereka yang sebenar.



Utk mencapai kejayaan tingi di dalam sesuatu bidang, seseorang itu perlu memiliki kepintaran yg tinggi di dalam kmahiran-kemahiran tertentu. Dan kata Howard Gardner, Kepintaran ini saling berkait, tidak bersifat autonomi. Cthnya, utk mencapai kejayaan tinggi dlm bidang undang-undang memerlukan sesorang itu memiliki kepintaran bahasa yang sgt tinggi, kepintaran interpersonal yg sgt tinggi dan kepintaran logical yang sangat tinggi.



KONKLUSI

Fakta-fakta yg saya bawakan di atas adalah hasil rujukan saya drpd buku Psikologi Org Berjaya hasil tulisan penulis terkenal, iaitu Ainon Mohd.

Sbg kesimpulannya, memilih jalan kehidupan utk masa hadapan memrlukan kita utk mengenal diri kita, kepintaran manakah yg kita miliki. Namun, ada org yg jelas dan dapat mengesan apakah kepintaran yg dimiliki, dan ada org sebaliknya.

Apabila tidak dapat dikesan apakah kepintaran yg dimiliki, maka kerana itulah ramai yg menjadi Pak Turut dalam memilih kos atau bidang yang akan diterajui utk masa akan dtg (main rembat je apa kos yg dapat).

Tak kurang juga factor mendapat kos lelong, lantaran pointer rendah di matrik membuatkan dia hanya menerima sahaja kos yang ada , tidak berpeluang utk memilih apa yang dihajatinya.

Justeru, memilih bidang bukan hanya menunggu jwpn istikharah dan tgk mana yg berkenan, cuba selidik diri sendiri apa yg minat, di mana letaknya kebolehan diri sendiri, dan apa cita-cita kita kelak.

Kalau ikut pengalaman saya dulu, sy dpt kos Sains Fizikal walaupun sy minta kos Sains Kesihatan Bersekutu. Sy minta kos Allied pun atas saranan senior, dan akhirnya meneruskan kos Sains Fizikal sbb minta tukar ke kos Allied x dpt. Jadi sy ikut je apa yang sy dpt tanpa mengetahui di manakah letaknya diri sy yg sepatutnya. Walaupun agak terlwat, tp sy bersyukur sbb sy ttp bertegas utk tidak hanya mengikut arus yg ada semata-mata utk mengejar segulung ijazah, tapi saya pentingkan ‘menjiwai’ bidang yang saya ambil. Biar sampai kita bercinta dengan kos yg kita ambil, yang menumbuhkan semangat utk trs belajar bersungguh-sungguh.

BAYANG-BAYANG ABAH

Kalau dulu ditanya, apakah cita-cita saya, saya jwb saya nak jadi pegawai syariah. Sbb boleh belajar faraid. Mcm abah. Jadi saya bercadang nak ambil syariah di UIA atau di Mesir.

Tapi, bila masuk DQ, saya terpaksa mengambil aliran sains, dan saya redha je lah. Mungkin ni jalan saya.

Tapi, bayang-bayang abah tidak hilang begitu saja.

Apabila saya membuat penukaran kos, bayang-bayang abah muncul kembali. Tapi tidak untuk mengambil Syariah, memandangkan kos tersebut mengambil masa 5 tahun dan saya tidak berminat utk menghafal akta-akta yang begitu banyak.

Justeru, sy mengambil kuliah IRK dan major Fiqh. Dalam bidang ini, saya akan belajar ttg Fiqh al-Mawarith dan Al-Awqaf (Juristic Study of Inheritance & Endowment). Biarpun mungkin sebahagian yg saya belajar, namun sekurang-kurangnya saya dpt belajar dan saya cuba utk meneruskan perjuangan abah biarpun hanya sekelumit kecil.

Ya Allah, sampaikanlah hajatku ini.. Amin :)

Tuesday, November 23, 2010

Amalan Ibu Yahudi semasa mengandung

Oleh: Dr Stephen Carr Leon.

Dalam tulisan ini dijelaskan bagaimana Orang Yahudi Israel dalam meningkatkan SDMnya, mungkin bisa menjadi motivasi. Namun yang menarik,semua kebiasaan mereka (Yahudi) yang dipaparkan di sini, hampir semuanya bersesuaian dengan ajaran Islam

Artikel Dr Stephen Carr Leon patut menjadi renungan bersama. Stephen menulis dari pengamatan langsung. Setelah berada 3 tahun di Israel karena menjalani housemanship dibeberapa rumah sakit di sana. Dirinya melihat ada beberapa hal yang menarik yang dapat ditarik sebagai bahan tesisnya, yaitu, “Mengapa Yahudi Pintar?”

Ketika tahun kedua, akhir bulan Desember 1980, Stephen sedang menghitung hari untuk pulang ke California, terlintas di benaknya, apa sebabnya Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau hasil usaha sendiri?

Maka Stephen tergerak membuat tesis untuk Phd-nya. Sekadar untuk Anda ketahui, tesis ini memakan waktu hampir delapan tahun. Karena harus mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

1. Persiapan awal melahirkan.

Marilah kita mulai dengan persiapan awal melahirkan. Di Israel, setelah mengetahui sang ibu sedang mengandung, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano. Si ibu dan bapak akan membeli buku matematika dan menyelesaikan soal bersama suami.Stephen sungguh heran karena temannya yang mengandung sering membawa buku matematika dan bertanya beberapa soal yang tak dapat diselesaikan. Kebetulan Stephen suka matematika. Stephen bertanya, “Apakah ini untuk anak kamu?” Dia menjawab, “Iya, ini untuk anak saya yang masih di kandungan, saya sedang melatih otaknya, semoga ia menjadi jenius.”
Hal ini membuat Stephen tertarik untuk mengikut terus perkembangannya. Kembali ke matematika tadi, tanpa merasa jenuh si calon ibu mengerjakan latihan matematika sampai genap melahirkan.

2. Cara Makan.

Hal lain yang Stephen perhatikan adalah cara makan. Sejak awal mengandung dia suka sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu. Tengah hari makanan utamanya roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang dicampur dengan badam dan berbagai jenis kacang-kacangan.
Menurut wanita Yahudi itu, daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merusak perkembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

3. Ibu Hamil Yahudi berkewajiban untuk mengkonsumsi minyak ikan.

Ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung. menjadi semacam kewajiban untuk ibu yang sedang mengandung mengonsumsi pil minyak ikan..Ketika diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi. Begitu Stephen menceritakan, “Perhatian utama saya adalah menu mereka. Pada setiap undangan yang sama saya perhatikan, mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet),” ungkapnya.

4. Ikan dan daging tidak bersama di meja

Biasanya kalau sudah ada ikan, tidak ada daging. Ikan dan daging tidak ada bersama di satu meja. Menurut keluarga Yahudi, campuran daging dan ikan tak bagus dimakan bersama. Salad dan kacang, harus, terutama kacang badam.

5. Memakan buah-buahan dulu sebelum yang lainnya.

Uniknya, mereka akan makan buah buahan dahulu sebelum hidangan utama. Jangan terperanjat jika Anda diundang ke rumah Yahudi Anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk. Akibatnya lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

6. Merokok adalah tabu.

Di Israel, merokok adalah tabu, apabila Anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok. Tanpa sungkan mereka akan menyuruh Anda keluar dari rumah mereka. Menyuruh Anda merokok di luar rumah mereka. Menurut ilmuwan di Universitas Israel, penelitian menunjukkan nikotin dapat merusakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen. Artinya, keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh). Suatu penemuan yang dari saintis gen dan DNA Israel.

7. Cara makan anak-anak yahudi.

Perhatian Stephen selanjutnya adalah mengunjungi anak-anak Yahudi. Mereka sangat memperhatikan makanan, makanan awal adalah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Dalam pengamatan Stephen, anak-anak Yahudi sungguh cerdas.

8. Rata-rata orang Yahudi menguasai 3 bahasa Arab, Hebrew dan Inggeris.

Rata rata mereka memahami tiga bahasa, Hebrew, Arab dan Inggris.

9. Dari kecil telah dilatih bermain biola dan piano.

Sejak kecil mereka telah dilatih bermain piano dan biola. Ini adalah suatu kewajiban. Menurut mereka bermain musik dan memahami not dapat meningkatkan IQ. Sudah tentu bakal menjadikan anak pintar. Ini menurut saintis Yahudi, hentakan musik dapat merangsang otak.
Tak heran banyak pakar musik dari kaum Yahudi. Seterusnya di kelas 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematika berbasis perniagaan. Pelajaran IPA sangat diutamakan.

10. Perbandingan anak California dan Israel.

Stephen, “Perbandingan dengan anak anak di California, dalam tingkat IQ-nya
bisa saya katakan 6 tahun kebelakang!! !” katanya.Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi.

11. Olah Raga.

Selain dari pelajaran tadi olahraga juga menjadi kewajiban bagi mereka. Olahraga yang
diutamakan adalah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman Yahudi-nya Stephen, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus. Disamping itu menembak bagian dari persiapan untuk membela negara.

12. Sekolah Menengah penekanan pada sains

Selanjutnya perhatian Stephen ke sekolah tinggi (menengah). Di sini murid-murid digojlok dengan pelajaran sains. Mereka didorong untuk menciptakan produk. Meski proyek mereka kadangkala kelihatannya lucu dan memboroskan, tetap diteliti dengan serius. Apa lagi kalau yang diteliti itu berupa senjata, medis dan teknik. Ide itu akan dibawa ke jenjang lebih tinggi.

13. Fakultas Ekonomi.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakultas ekonomi. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka belajar ekonomi. Diakhir tahun diuniversitas, mahasiswa diharuskan mengerjakan proyek. Mereka harus memperaktekkanya. Anda hanya akan lulus jika team Anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US 1 juta!

Anda terperanjat? Itulah kenyataannya.

Kesimpulan, pada teori Stephen adalah, melahirkan anak dan keturunan yang cerdas adalah keharusan. Tentunya bukan perkara yang bisa diselesaikan semalaman. Perlu proses, melewati beberapa generasi mungkin?

Disini kelihatan bahwa pendidikan mereka berfokus Nalar dan fikiran mengabaikan sisi kesusilaan dan adab. Mereka berhasil Mencerdaskan IQ tetapi gagal mencerdaskan EQ.

Cerdas tapi kejam.. jadi ambil sisi baiknya aja deh…….

Sunday, November 21, 2010

Lamanya..

Lamanya x update..
Rancangnya cuti ni nak update banyak-banyak. Tapi tak sihat pulak akhir-akhir ni.

Allah Maha Mengetahui.

Apapun, saya x patah semangat. Minat menulis harus saya semaikan. Cumanya masa sekarang kurang mengizinkan utk saya menambahkan bahan bacaan dan hasil penulisan memandangkan alahan yang saya alami.. tapi tidaklah teruk mana. Mudah mudahan berlalu 3 bulan, saya akan bertambah kuat jasmani dan rohani. Cuma sepanjang hari tidak lah begitu selesa utk melakukan aktiviti-aktiviti harian.

Mohon doa kalian ya!

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails