Followers

Friday, April 17, 2009

PEMILIK HATIKU..setelah Allah & Rasul

PEMILIK HATIKU..setelah Allah & Rasul
Ni tajuk buku baru, karangan Fatimah Syarha..
Buku ni dibeli oleh Kak Jie kat Book Fair PWTC, tapi ana yang baca dulu.
bukunya simple, nipis tapi padat.

Ana pernah jumpa face to face dgn kak Syarha dan suami dia masa Kuliah Srikandi PRESSS. Kak Syarha mmg lembut orangnya.Dan semasa beliau bagi ceramah, ana dapat rasakan kasih sayang yg terbit dari hatinya sampai kepada kami yang mendengar ni. Tak hairanlah, buku kak Syarha penuh dgn kelembutan dan byk menyentuh emosi remaja terutama muslimat. mungkin inilah kelebihan yang Allah kurniakan pada kak Syarha. namun kelebihan ini dikongsi bersama, dan dia berusaha menyelamatkan gadis-gadis yang sdg hanyut dgn cinta..

KAGUM..
beliau mampu menjadi ikon remaja yg mempunyai ketegasan dalam kelembutan dalam memilih haluan hidupnya. Beliau berkongsi bagaimana utk memiliki cinta yg suci murni, bukan cinta dalam debu, yg penuh dgn habuk jahiliah.

Walaupun telah berkahwin, kini dia berkongsi pula bagaimana untuk menjadi Isteri yang solehah setelah berjaya melalui zaman remaja yang penuh dgn dugaan.

Buku ni lebih berkisar ttg catatan hati seorang isteri yang cukup berhati-hati dan waspada memilih suami. sama ada cerita yang dlm buku ni adalah kehidupan kak Syarha sendiri atau tidak, wallahualam. yang penting, ambillah yang baik dan sama-sama amalkan.

INDAH..
bila segalanya kerana Allah.
jika masih remaja, biar sibukkan diri mencari cinta Allah. kerana, di situlah permulaan bagaimana kita akan mencorakkan keluarga kita kelak. di sinilah peringkat tarbiyyah adalah fardu muslim.Kalau masa remaja dah sibuk bercinta, bila dah berkahwin, cinta jadi makin pudar. masing-masing dah jemu dan mula berperang antara satu sama lain.

BERBEZA..
Cinta yang bermula di arena perkahwinan dgn cinta yang bermula sebelum diijabkabulkan. keberkatan cinta pasangan yang menjaga diri sebelum perkhwinan amat memberi kesan pada kebahagiaan rumahtangga.

Buku ni bagus, memberi semangat dan motivasi pada diri kita untuk mencari keberkatan di sebalik kehidupan. kdg2 kita kerap tertipu dgn diri sendiri. sangka kita, kita dah pilih jalan yang terbaik, namun rupanya ianya cuma nikmat sementara shj.tak kekal pun. cthnya, sblm berkahwin punya byk kongsi tazkirah sampai lewat mlm. kejutkan tahjud, ingatkan solat.. Fuh, bkn main lagi. tapi bila lps kawin smua tu hilang entah ke mana..

pasangan yang dpertemukan atas dasar perjuangan lebih kukuh dan terjamin drpd pasangan yang tidak mempunyai matlamat perkhwinan kerana Allah. kerana apabila sesebuah perkhwinan itu dilanda badai yang menghempas kuat, masing-masing akan ingat Allah. Allah lah penyelamat, Allah lah tempat mengadu, meminta agar dikuatkan hati. Malah Baitul Muslim dirancakkan lagi dgn taman-taman ilmu, penuh mawaddah wa rahmah. anak-anak dididik dgn mengenalkan mereka pada Islam.

Keluarga yang bahagia bermula daripada peribadi ibu dan ayah..

Tuesday, April 14, 2009

KITA SERING BERALASAN…



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Lama benar tak jenguk blog ni. Sibuk? Tak lah. Cuma tak ada kemudahan internet di rumah. Jadi kalau ada kelapangan, kadang-kadang pergi juga ke CC. Boleh juga tau perkembangan semasa.


Percutian selama hampir 4 bulan harus dimanfaatkan. Rugilah kalau masa yang dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa ada pengisian. Semakin hari, umur semakin berkurang. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Kita sendiri tidak sedar yang kita sebenarnya semakin mendekati kematian.


Menyebut tentang kematian, akhir-akhir ini ana banyak menghabiskan masa dengan membaca buku-buku sirah. Tak lain tak bukan, apabila ianya berkaitan dengan peperangan, pasti mati syahid menjadi idaman pejuang muslim. Mereka hebat, berjuang tak gentar. Dek kerana nikmat syurga yang Allah tawarkan pada mereka, mereka berlumba-lumba terjun di medan peperangan, menghapuskan kaum kuffar laknatullah, dengan memegang satu prinsip, ‘Mati Syahid atau Hidup Mulia’.

SHEIKH AHMAD YASIN atau nama sebenarnya Ahmad

Ismail Yasin, seorang bintang yang popular dalam perjuangan Islam. Seorang bintang yang mana beliau bukanlah terkenal kerana ketampanan, kecantikan, suara yang merdu atau lain-lain seperti yang diraih oleh Siti, Mawi mahupun Nabil, bahkan beliau seorang yang lumpuh seluruh badan, hilang upaya melihat pada mata kanannya dan kabur mata kiri. Akan tetapi kerana semangat perjuangannnya membela Islam, dan beliau mampu menghidupkan dan menaikkan semangat pejuang-pejuang Palestin untuk terus mara kehadapan tanpa keraguan.

Bintang ini begitu dikehendaki oleh pihak Zionis. Biarpun lemah dan tidak berupaya, malah apabila hendak bergerak pun memerlukan pertolongan orang lain, namun beliau tetap digeruni oleh musuh. Beberapa serangan peluru berpandu yang dilancarkan dari helicopter Apache dan jet pejuang F16 gagal mengenai tubuh lemah itu, hinggalah pada pagi Isnin 22 Mac 2004, ketika baru selesai menunaikan sembahyang Subuh berjemaah di masjid, tokoh utama dalam perjuangan umat islam Palestin ini gugur syahid setelah tubuhnya hancur berkecai diletupkan oleh peluru berpandu.


Hilangnya seorang bintang popular. Jasadnya disemadi, rohnya mengadap Ilahi, namun namanya tetap di hati.


Soalnya, dengan jasad yang lumpuh dan tidak berupaya, beliau masih mampu dan tetap gah mewarnai arena perjuangan dengan ketaqwaannya pada Allah. Zionis yang lengkap dengan senjata pun gerun pada Sheikh Ahmad Yasin ini. Ketokohan pejuang ini eloklah dijadikan iktibar bagi kita yang sihat walafiat dan seringkali mencari alasan. Kononnya kita masih lagi belajar, dan tidak mahu memikirkan hal-hal jihad. Atau tidak cukup ilmu, harta tidak ada, ibu bapa tidak mengizinkan, berpenyakit, diri masih muda, rakan-rakan tidak membantu… seribu alasan dicari semata-mata untuk menjadikan diri tidak layak lagi untuk menjejakkan kaki di medan perjuangan. Menuntut ilmu juga adalah ruang jihad. namun, apabila hanya sekadar mengejar keuntungan duniawi, maka ia tidak lagi dikira jihad kerana ianya hanya menguntungkan diri, bukanlah mengungtungkan Islam.


Teringat kisah seorang srikandi Islam, yang dipanggil Ummu Mahjan. Beliau seorang wanita yang berkulit hitam, miskin dan bertubuh lemah. Beliau menyedari bahawa dirinya memiliki kewajipan terhadap akidahnya dan masyarakat Islam, lalu apa yang boleh beliau lakukan padahal beliau adalah seorang wanita yang tua dan lemah? Akan tetapi beliau sedikit pun tidak bimbang dan ragu-ragu dan sedikit pun tidak ada rasa putus asa dalam hatinya. Putus asa adalah perkara yang tidak dikenal di hati orang-orang yang beriman. Begitulah, keimanan beliau telah menunjukkan kepadanya untuk menunaikan t’jwab yang besar. Maka beliau membersih kotoran dan dedaun daripada masjid dan beliau menjaga kebersihan rumah Allah (masjid) kerana dengan tubuhnya yang lemah, itu sahaja yang mampu beliau lakukan.

Ummu Mahjan tidak memandang remeh soal menjaga kebersihan kerana itu sememangnya dituntut dalam Islam. Beliau terus menerus melakukan pekerjaan tersebut dan akhirnya wafat. Rasullulah menyedari akan kehilangan beliau lalu menyolatkannya di kuburnya, lalu bersabda:
“Sesungguhnya kubur ini terisi dengan kegelapan ke atas penghuninya dan Allah meneranginya bagi mereka kerana aku telah menyolatkannya”. Semoga Allah merahmati Ummu Mahjan yang sekalipun beliau adalah seorang yang lemah dan miskin, namun beliau telah berperanan sesuai dengan kemampuannya.



Lihat pula keadaan diri kita yang hidup dengan serba kemewahan dan kesenangan. Hendak apa semua ada. Lantaran sering berada di zon selesa, kita menjadi pengecut untuk menjadi anak muda yang mempunyai kekuatan semangat, cita-cita, keazaman, idealism untuk merubah dan menjadi agen perubahan. Masa tidak menunggu kita. Ayuh, kita mulakan azam baru. Tajdidkan niat, dan usah menjadi pejuang yang sentiasa beralasan. Kerana jika Sheikh Yasin beralasan kerana sakit dan lumpuh, mana mungkin beliau mampu menjadi perwira agama, menemui Tuhan dengan senyuman. Semoga Allah merahmati roh beliau. Amin.

Rujukan:
1) Ahmad Yasin dan Rantisi dalam kenangan, karangan Ibnu Ismail.
2) Peranan Wanita Pada Zaman Rasulullah SAW, karangan Puan Amina dan Kamilarini.

Cerpen 2 - KETULUSAN HATI


Petang itu, bayu angin menyinari sinar petang. Sangat indah. Awan comel berambal-ambal di langit. Cahaya matahari berselindung segan silu di sebalik awan menjadikan suasana redup dan teduh.
“Kehidupan dan ujian adalah satu rangkaian yang tidak dapat dipisahkan lagi. Tidak dapat tidak semua manusia pasti akan diuji menurut darjat keimanannya. Semakin dekat menghampiri RabbNya, semakin kuat pula dugaan. Mengapa sedemikian? Kerana Sang pencipta ingin sekali menguji kekuatan cinta Sang Hamba kepada Sang Pencipta.
Mudah untuk kita melafazkan bahawa kita cinta kepadaNya. Namun payah benar menghadapi dugaan perasaan dek ujian bertalu yang diterima.
Kehilangan, kugundahan, kegelisahan, kesedihan, kekecewaan… lumrah hidup manusia utk merasainya tatkala dihadapkan dengan mehnah”, Fatimah menghurai panjang lebar sambil merenung keindahan tasik Darul Quran yang berada di hadapannya. Sungguh cantik ciptaan Allah, tidak cukupkah bukti kebesaran Allah ini mengajak manusia untuk kembali ke pangkal jalan, bisik hati Fatimah.

“Benar.Tapi Fatimah, ana tak pernah lihat anti bersedih. Sejak ketiadaan ibu bapa, anti nampak tetap ceria menguruskan adik-adik anti,” Adlin mengesat air matanya yang tumpah.
“Suratan takdir, Lin. Siapa kita untuk mempersoalkannya.”

“Tapi ana, sehingga sekarang masih membawa hati yang lara ini. Hati ana dah jauh dari keluarga sendiri. Sahabat-sahabat lain mengatakan ana tidak bersyukur kerana ana masih mempunyai keluarga yang sempurna, sedangkan anti tidak. Tapi, perasaan kecewa yang wujud dalam diri ana sukar untuk dibendung”.

“Kenapa dengan keluarga anti?”
“Entahlah, ana jauh hati mungkin kerana keluarga ana ditimpa banyak masalah. Ana sendiri kesal dengan cara didikan ibu dan ayah ana sehingga kami adik beradik menjadi begini. Lihat sahaja kakak dan abang ana, jauh dari landasan yang sebenar. Malah, titipan kasih sayang dalam keluarga juga tidak dirasai”.
“Anti tak bahagia? ”
“Tidak. Saban hari ana hanya menangis. Ana rasa sama sahaja kalau ana ada atau tidak di rumah. Ana seperti tiada kepentingan dalam keluarga.”
“Anti kesal?”
“Entahlah, hati ini sukar difahami”, Adlin mula sebak. Tidak dapat ditahan lagi, air mata panas mula mengalir keluar mengairi pipi.

“Adlin”, Fatimah menoleh memandang sahabatnya yang mula tertunduk sayu.
“Cuba tanya dirimu, ikhlaskah menerima ujian ini? Sebagai seorang hamba, kita harus akur menerimanya biarpun perit”, Fatimah menelan air liur. Dua wajah tersayang terbayang di hadapannya.
“Adlin, sewaktu ana menerima berita kematian ayah ana, hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya perasaan ana waktu itu. Ibu ana baru sahaja meninggalkan kami yang masih dahagakan kasih sayang, kini ayah pula yang menyusul pergi. Sayu hati ana melihat adik-adik yang masih kecil, melihat pemergian ibu dan ayah sedangkan rakan-rakan sepermainan masih ada tempat bermanja.”

Fatimah cuba sedaya upaya menahan butir-butir mutiara dari kelopak matanya gugur. Dibiarkan bertakung dan cepat-cepat dikesatnya. Fatimah menyambung lagi.

“Ana cuba mencari kekuatan diri. Ana anak sulung. Mana mungkin ana lemah sedangkan analah penjaga dan teladan buat adik-adik ana. Waktu tu, sahabat-sahabat banyak memujuk dan memberi kata-kata semangat untuk meneruskan kehidupan dengan tabah. Namun, ana masih lagi bersedih . Masih belum ada yang mampu memujuk. Kehilangan mereka begitu dirasai. Ana seolah tidak mampu lagi meneruskan kehidupan.”

Adlin mendengar bicara Fatimah satu persatu. Dia ingin mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada sahabatnya.

“Namun, sehinggalah suatu hari, ana bertemu dengan seorang pensyarah kita, Ustazah Najlaa’. Ana adukan segala masalah hati dan merintih pada dia. Ustazah memberikan jawapan yang cukup berkesan di hati. Sampai sekarang, ana masih lagi teringat setiap patah kata ustazah Najlaa’.

“Ustazah pernah mengadu pada sahabat Ustazah tentang masalah hidup yang Ustazah alami. Ustazah sering difitnah apabila keluar berceramah dan membicarakan kebenaran yang orang lain sukar terima. Ustazah menangis apabila merasai peritnya ujian perjuangan ini, Fatimah. Namun, satu jawapan yang cukup memberikan kekuatan pada Ustazah, sahabat Ustazah mengatakan andai Ustazah masih mengeluh dan kesal dengan ujian yang Ustazah terima, maka Ustazah masih belum mencapai maqam ikhlas. Kerana hati ini masih mengharapkan kesenangan dalam berjuang, maka apabila ditimpa dugaan yang berat, kita akan mudah merintih dan tewas dengan ujian yang sedikit ini. Kita teladani pejuang-pejuang terdahulu, mengapa mereka kuat menghadapi ujian Allah, bukan hanya mereka ikhlas memperjuangkan kalimah yang haq dan menentang kebatilan, bahkan mereka menunggu-nunggu kasih sayang Allah yang ditunjukkan melalui kesusahan dan keperitan hambaNya. Mari kita ambil iktibar, anakku”

"Sejak dari itulah, ana cuba mengumpul kekuatan dan cuba mengikhlaskan diri untuk menerima dugaan ini".


Sebak hati Adlin tidak mampu dibendung lagi. Dia memeluk Fatimah dan menangis semahu-mahunya.

“Ana tak ikhlas, Fatimah. Ana tak ikhlas sebagai seorang anak. Anak terlalu banyak menyalahkan ibu dan ayah ana sendiri”.
“Fatimah, mengapa disebabkan kesalahan yang sedikit, maka kebaikan yang terlalu banyak dilupakan? Dan bukankah manusia bertambah dewasa dan tahu memilih yang benar dan salah? Untuk apa akal dan hati yang Allah cipta dan kurniakan jika bukan untuk memujuk ego supaya tunduk pada ajaran yang hak?”, Fatimah membalas pelukan Adlin dengan penuh kasih sayang.

“Kembalilah dengan hati yang ikhlas, berbaktilah pada kedua orang tuamu sebelum berakhir dengan kesedihan dan penyesalan sepanjang hayat”,ujar Fatimah. Kerinduan pada arwah orang tuanya begitu memilukan hatinya. Mereka pergi sebelum sempat dia mengungkapkan yang dia amat sayang dan cintakan ayah dan ibunya.

Thursday, April 2, 2009

KEM REMAJA EXCELLENT 5


Pada 16-18 Mac, sejurus selesai Kem Srikandi, ana diajak pula oleh abg angkat untuk menjadi fasilitator di Kem Remaja Excellent, bertempat di Gua Kelam, Perlis anjuran HPA.
Sambutan kurang menggalakkan. Peserta hanya 18 orang yang terdiri daripada 13-18 tahun. Mungkin kerana ramai yang mengambil peluang cuti sekolah ni utk pulang ke kampung halaman dan juga mengadakan kenduri-kendara.
Beruntunglah bagi siapa yang digerakkan hatinya utk mencari pengisian hati nurani, biarpun terpaksa mengorbankan waku cuti masing-masing. J

Sudah lama tidak berkunjung ke Gua Kelam ni. Inilah antara destinasi pelancongan di Perlis yang mendapat tempat di hati pengunjung.
Sejarah gua kelam? Alamak, tak ingat la pulak. Yang paling menjadi tarikan di situ adalah titi panjang yang berada di dalam gua tersebut. Mmg kelam (gelap) dalam tu. Kalau nak tembus gua tu paling kurang 15 minit perjalanan. Keindahan gua semulajadi, dengan deru air sungai di bawah titi, sangat indah ciptaan Allah SWT.
Perjalanan agak jauh menuju ke tapak perkhemahan yang dinamakan perkhemahan hujan-hujan. Semua peserta, fasi dan urusetia akan menginap di dalam khemah. Tempatnya cantik, tenang dan damai. Malah, kera-kera pun meraikan kami semua di tempat tersebut.
Ana tidak sepenuhnya berada bersama peserta memandangkan pada malam pertama ana terpaksa pulang dahulu lantaran tidak bersedia utk menyertai Kem tersebut.
Hari kedua, peserta dihidangkan dengan ceramah, LDK, riadah dan lain-lain. Pada malam muhasabah pula, kami ramai-ramai bergelap di dalam gua sambil berzikir bersama-sama air sungai yang tidak henti mengalir. Semoga ada hati-hati yang dapat merasakan keagungan Allah dengan merasai sentuhan ciptaanNya.
Pada hari ketiga, ana hanya sempat melihat adik-adik bermandi-manda di dalam sungai. Lantaran ada tugas lain, ana terpaksa minta diri awal.

Sekian dahulu.

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails