Followers

Showing posts with label Anakku. Show all posts
Showing posts with label Anakku. Show all posts

Tuesday, February 7, 2012

Aktiviti Marwan di Terengganu

Assalamualaikum wbt.

Cuti semester yg lepas, habis je exam saya buat permohonan pada suami utk balik ke Terengganu selama seminggu. Alhamdulillah, abg yg sporting meluluskan permohonan saya. Kesian juga kat suami yang sorang-sorang d Gombak, tp 4 hari je. hehe.

Seminggu d terengganu, kami x ke mana-mana. Tapi banyak betul aktiviti Marwan d kampung, dan masa ni Marwan mmg manja betul dengan tokki (ayah saya), sbb tokki rajin bawa dia g jalan-jalan keliling rumah. Biarlah gambar2 ni yang bercerita ttg aktiviti Marwan ye :)



Main daun palas. Nek Wan (nenek saya), cuti raya cina ni nak buat ketupat. Ajak Marwan sekali lipat daun, bukan main seronok dia.


Aksi baru lepas mandi.. hanger adalah barang kegemaran marwan


camnilah Marwan pagi-pagi. Teman tokki baca Quran.. Tokki tu tengah kontrol Marwan, sbb tangan Marwan cepat dan tangkas bab koyak-koyak ni


ni tgh cium or tengah gigit? Marwan tengah geram sebenarnya dengan patung ni.. habis dia gigit, tarik2, tendang2 patung ni

gambar ni paling best! Marwan tengah teman tok nyang (moyang) ajarkan budak kampung mengaji. Bukan main serius muka

Ramahnya Marwan pergi tegur kakak ni

posing dgn tok nyang!

 kelambu ni saiz XXXL tau! Ummi Abi beli sbb banyak nyamuk di kampung. tengok dalam tu Marwan nampak kecikk je. dia tengah demam

tengah demam. asyik nak tokki dukung je. Malam-malam tokki yang bangun tidurkan marwan merengek sbb demam.

Dengan Nek Wan..

babai Terengganu. nanti Marwan datang lagi yee!!!

seronokmya balik kampungggg!

Marwan 7 bulan

Assalamualaikum wbt.

Sekian lama nak menulis entry ni, tp x tertulis2. bukan senang nak menaip, Marwan akan dtg kat saya bila saya buka laptop. Bukan setakat tepuk-tepuk laptop, bahkan mengorek2 keypad, sampai tercabut dah button F9. itulah asyik menangguh je nak menulis. Bila marwan tidur, masa tu lah sy ambil buat kerja rumah.
Alhamdulillah skrang sy d UIA, sambil2 add lagi satu subjek, sy ambil kesempatan ni utk update blog.

1- Alhamdulillah, dengan izin Allah Marwan masih menyusu badan sepenuhnya tanpa dicampur dgn susu formula. Susu masih banyak, cuma Marwan dah semakin kurang minum sebab dah mula makan makanan pejal. saya selalu berdoa semoga Allah mengizinkan Marwan dapat menyusu sepenuhnya sampai 2 tahun. Amin insyaAllah. tentang pemakanan, Marwan begitu berselera time makan. Sekarang dah makan 3 kali sehari. Biasanya Marwan akan makan bubur + carrot + kentang yang dah diblander. hasilnya, Marwan semakin tegap dan berisi. Tak boleh dukung sebelah tangan dah :)

2- Sejak dah boleh merangkak dan duduk ni, alhamdulillah terasa lebih mudah. nak memasak pun mudah. Kalau letak Marwan kat ruang depan, dia akan dtg sendiri kat dapur. merangkak pelan2. Kalau saya tak sedar dia datang, dia akan tegur saya.. "eeyyy". hehe.

3-punggah. kemas. punggah. kemas. ni rutin saya dan Marwan. kalau jumpa beg baju, Marwan akan keluarkan semua baju dalam tu. then saya lipat balik simpan. kalau ada buku atas meja, marwan akan berdiri, paut pada meja dan tolak semua benda yang ada atas meja. Yang paling ditakuti, marwan yang berjalan dengan walkernya di dapur, nak memunggahkan rak pinggan saya. setakat ni dia tarik tudung periuk dn bekas2 plastik. kalau dipunggahnya barang kaca x taulah :)

4- Sejak Marwan 7 bulan ni lah, kali pertama saya tengok Marwan begitu berminat bila mendengar azan. Kali pertama saya tengok Marwan yang sdg bermain, bila ada azan d TV, dia cepat2 pegi dekat TV dan dok diam depan TV smbil tgk azan. Subhanallah. dan sekanrang ni bila time azan je saya akan buka TV cepat2. Pernah sekali saya d dapur, dan Marwan sdg bermain d dapur, dalam walkernya. Tiba-tiba ada zikir d tv Hijrah oleh Munif, Marwan berkejar dengan walkernya sbb nak tgk dan dgr zikir tu.

5- Marwan dah tau mana pintu nak keluar, dan dah tau kalau ummi dan abi bersiap-siap nak g mana2. Bila abi siap2 nak g kerja, pakai baju kemas-kemas, pakai stokin, Marwan akan merangkak cepat2 kat abi dan minta dukung. pastu bila Ummi minta nak dukung, Marwan dah tak nak. Amboi, bukan main lagi. dan kalau Abi balik dari kerja, Marwan sambut Abi dengan gelak tawa tanda sangat seronok abi balik, sampai ummi pun x nak tengok dah.

6- Marwan sbg alarm pagi. Sekarang ni saya dah x pasang alarm jam. Sebab Marwan mmg bangun awal setiap hari. dalam 5.30 gitu. bila bangun, Marwan x menangis. Dia main sorang-sorang atas katil dan sambil tepuk-tepuk badan saya. Kalau nak buat kerja rumah, saya kena berlumba dan fight dengan Marwan, bangun dulu sebelum dia. hehe

7- setakat ni walaupun Marwan dah kenal org, tp dia boleh lagi didukung oleh sape-sape. Tapi dengan syarat bawa dia berjalan, senyaplah dia. marwan nampak lebih berminat dgn org lelaki berbanding org perempun. agaknya dia tau yg org perempuan x larat nak dukung dia kot :)


Sedar tak sedar Allah dah beri kesempatan kehidupan, dan marwan pun dah 7 bulan! sekejap je masa berlalu. Kalau dulu Marwan hanya mampu berbaring, dan sekarang dah pun boleh meneroka dunia sendri dgn bebas. Maha Suci Allah!

sempena Maulidur Rasul, saya doakan semoga keluarga ku mampu menjadikan rasulullah sebagai ikutan, qudwah hasanah dalam keluarga kami.

allahumma solli 'ala Muhammad

Monday, January 16, 2012

Marwan 6 bulan

Assalamualaikum wbt..

Baru je bersihkan sawang kat rumah, sekarang bersihkan sawang kat blog plak.

Alamak! Ummi terskip laporan marwan 5 bulan!
Bukan apa, hari tu sibuk sikit dgn assignment + marwan demam + final exam + abi demam = x da mood nak update blog. Bukan x de masa sbb masa tu sentiasa ada kalau diurus dengan bijak.

Apapun, 5-6 bulan ni banyak betul perkembangan Marwan.

Macam biasa, 3 bulan lebih Marwan dah boleh meniarap. Then lepas demam 4 bulan, Marwan boleh meniarap dengan laju dan lebih baik, tak terkial-kial spt sebelumnya.

Masa demam 5 bulan, Marwan bermula utk merangkak. Masa demam tu lah punggung Marwan dpt diangkat  dan kaki Marwan  dah berlipat mcm org merangkak. Tp sekejap je sebab tu baru permulaan.

Masa 6 bulan pun demam jugak, syukurlah waktu tu hujung minggu dan lagi seminggu nak exam final.

Sekarang, lagi 2 hari Marwan nak masuk 7 bulan. Alhamdulillah Marwan dah boleh duduk dan merangkak dgn baik sepenuhnya kira-kira 4-5 hari lepas. Sebelum ni dalam 2-3 langkah je, pastu turun meniarap balik.
TAPI,

Marwan x banyak merangkak. Dia banyak minta org dukung dia, dan minta org bawak dia keluar jalan-jalan. Lagi tak bawak lagi tu dia merengek. Bila dibawa berjalan sekitar rumah senyap lah dia.  Tak kisah sape pun, kenal atau pun tak, kalau berdiri je mesti hulur tangan minta dukung.

Dan sekarang Ummi pun x blh berenggang sgt dgn si kecil ni utk waktu2 tertentu. Kadang-kadang Ummi terpaksa jalan pelan-pelan belakang Marwan supaya dia tak sedar, tapi lepas tu dia mula cari dan mula lah merengek cari Ummi.. tapi x semua waktu. Ada juga yang dia boleh bersama org lain.

Marwan dapat walker baru yang mak ngah Juhaida hadiahkan. Marwan pakai kadang-kadang je, time nak makan, time Ummi tengah siap-siap nak ke kuliah. Marwan nampak begitu sernok pakai walker sbb dia bebas nak ke mana-mana. Ni mesti Marwan tgh tunggu nak dapat kaki ni. Siap lah Ummi Abi nak kena kejar dia!

Mainan Marwan?
Hanset, remote TV, bekas tupperware, gelas plastik, botol, buku, surat khabar.. hehe. Marwan lebih minat brg2 macam ni berbanding mainan2 dia yang Ummi belikan.

Marwan pun dah pandai tlg Ummi mengemas.
Dia pandai baca surat khabar, belek satu-satu dan koyakkan mana yang perlu.
Dia pandai keluarkan balik baju2 dalam beg yang Ummi dah lipat, mungkin nak cek baju mana yang Ummi masukkan :)

Setakat ni alhamdulillah, biarpun Marwan dah mula makan makanan pejal, tapi Marwan masih menyusu badan sepenuhnya. Syukur ya Allah atas nikmat yang tidak terhitung. Mudah mudahan Allah permudahkan saya utk menyusu Marwan sehingga 2 tahun. Amin Ya Allah..

Erm, apa lagi ya?

Waktu bangun tidur Marwan tetap. Kira-kira 5.30 pg - 6.00 pagi. Kadang-kadang saya dan suami masih belum bangun, tgk2 Marwan dah bangun. kadang-kadang bila saya sedar, Marwan sedang setia menanti saya bangun di tepi sambil tangan memicit hidung, mulut dan muka saya.
Waktu bangun pagi dia tak menangis. Dia akan buat kerja sendiri, dan bila saya bangun Marwan akan tersengih depan saya..
Jarang saya tgk Marwan bangun dengan muka masam. Marwan memang seorang yang ceria dan mudah tersenyum.. Jadi saya bangun tidur selalu terhibur dgn gelagat Marwan. Itulah yang mewarnakan hari-hari saya..Terima kasih Marwan! :)

Jangan lupa doa utk anak. Doa seorang ibu makbul.

Ya Allah, semoga anakku ini membesar dalam kasih sayang manusia dan kasih sayang Mu, dorongkanlah aku dan suamiku utk membesarkan pejuang kecil Marwan Majdi dengan jiwa tarbiyah, biah keislaman dalam mengenalMu dan RasulMu...
Tiada daya dan kekuatan melainkan dariMu Ya Allah... Amin Ya Rabb

Sunday, November 13, 2011

Marwan dan Sheikh Usamah




Marwan dan Sheikh Usamah di KLIA, semasa menghantar Syuhada ke Jordan. Gambar yang penuh kenangan, Marwan diusap dan didoakan oleh Sheikh. Mg berkah ulama sampai padamu duhai anakku :)

Wednesday, November 2, 2011

Corat coret Marwan 4 Bulan

bismillahirrahmanirahim

hari ni 2 Nov, jadi sebelum menjejaki 19 Nov (Marwan akan masuk 5 bulan) saya ambil kesempatan ni utk mencoret sedikit ttg anakanda tercinta yang soleh, Marwan Majdi.

beberapa hari sebelum Marwan masuk 4 bulan, marwan cirit-birit, lama jugak dalam seminggu lebih. keadaan ni buatkan di asyik menangis. dalam sehari tu ada la dalam 6-7 kali berak, najis warna hijau, biasanya warna kuning. Kemudian x lama lepas tu Marwan batuk dan selsema. Walaupun x berapa sihat, tapi Marwan tidur malam ok, dan x lah banyak meragam sangat. kami ke klinik, dan doktor bagi ubat cirit-birit, batuk, selsema dan kembung (padahal x kembung pun).

Then  malam 13 Okt tu, keluarga saya (ma, abah, 3 abg) , suami dan Marwan keluar makan kat Gombak utk meraikan hari lahir suami saya. Masa keluar tu marwan senyap je tgk lampu-lampu yg ada. Kemudian dia terlelap. Balik je rumah, menangis. Hairan juga, bagi susu tak nak, dodoi pun x nak. Rupanya badan Marwan panas! Demam rupanya. Agaknya kena angin malam kot. So, pengajarannya kalau marwan nampak x berapa sihat jangan buat keluar malam!

Syukurlah Marwan demam hujung minggu. Esoknya jumaat saya ponteng study circle, syukurlah mak saya ada temankan. kesian saya tgk Marwan. saya bagi ubat demam saya klinik kesihatan bagi (paracetamol).

hari Ahad, demam Marwan masih x kebah, batuk pun x hilang, masih cirit birit, dan ada muntah 2-3 kali. Tapi alhamdulillah Marwan masih menyusu dgn baik. Jadi kami ambil keputusan ke hospital Selayang. ni pertama kali ke hospital ni, sbb baru tau rupanya ada perkhidmatan pesakit luar. Malam Ahad tu kami ke sana, ada tempat khas rawatan utk org demam. Mmg musim demam waktu tu, sbb cuaca x menentu. Marwan diambil darah, nak pastikan kena denggi x. Ingatkan kena tunggu lama, rupanya sekejap je dah dpt result. alhamdulillah, marwan cuma demam biasa. Doktor kata, ubat yg klinik bagi tu x sesuai utk baby minum. then doktor bagi ubat antibiotik , kena makan selama seminggu. malam tu lepas makan ubat alhamdulillah badan Marwan dah x panas.

Inilah hikmah ujian Allah taala, diuji dgn anak sakit supaya kita sabar. dan hikmah duji ini juga menambah pengetahuan dan pengalaman kt sbg ibu dan bapa mcm mana nak handle. jd pandanglah ujian Allah dgn pandangan yg positif.
Bila marwan demam, baru tau ttg hospital Selayang yg sangt bagus perkhidmatannya, ttg ubat ubatan Marwan dll.

Dah sihat?? Alhamdulillah..

TAPI..

betul la org tua2 kata, budak demam ni sbb nak kalih bulan, dan nak jadi lebih pandai.

Lepas Marwan baik demam, dia semakin cekap meniarap, dah makin laju. letak je terus meniarap. banyak perkembangan marwan sejak masuk 4 bulan.

Antaranya
Genggaman yang makin kuat- pegang botol sendiri, tarik tudung ummi, tarik rambut.


Dah banyak sembang (dgn org dan sorang-sorang)
Banyak ketawa mengekek (dulu senyum je). pantang diagah gelak bukan main.


Focus TV (ni sejak dulu)
Focus Buku


Suka tgk org yg bercakap (padahal bukan ckp dgn dia)
Dah menoleh bila panggil "Marwannnn..."


Tangan dah boleh mencapai apa yg dia nak capai. kalau ckp dekat-dekat ada ja dia nak sentuh, mulut, hidung, telinga.. (spek abi tunggu masa)
Buang stokin sendiri. angkat kaki tinggi-tinggi pastu tarik stokin sampai tercabut.




Suka tengok diri sendiri kat cermin

marwan bangun je tidur kalau dia x lapar dia x menangis. senyap je atas katil tu sambil hisap jari.
waktu yg paling aktif adalah waktu pagi. celik je mata, bila agah mamai mamai pun dah terus senyum.

Mmg geram sangat main dgn marwan sbb komentalan beliau yg buat saya geram. hehe. Tiap tiap malam buat bantal peluk.

Syukur baru-baru ni di ijtima' Tarbawi, saya dan suami berkesempatan bertemu dgn TG Nik Aziz. Alhamdulillah TG mengusap marwan dan mendoakan utk Marwan. Moga darah ulama mengalir pada diri anak ummi ni.

Apapun saya doakan anak soleh Marwan Majdi akan sentiasa sihat dalam keberkatan hidup. Doakan Ummi dapat jwb exam dgn baik tau! Amin insyaAllah.


Tuesday, September 20, 2011

marwan dah 3 bulan

bismillahirrahmanirrahim.

ok. 5 minit utk update blog. skrang kena pandai jaga masa, x blh bazir banyak depan komputer.

Marwan, anak sy yg sorang ni alhamdulillah dah pun berusia 3 bulan. Marwan adalah seorang yg tegap, maksudnya badannya x lembik. bayangkanlah, usia seminggu dah pun boleh angkat kepala skt2. Tulang dia pun nampak keras. So,kalau nak pegang pun x la rasa takut sangat.

Masa saya mengandungkan Marwan pun blh dikatakan agak lasak. Masa marwan 4 minggu, saya bergoncang bawak motor meniti bumper, turun naik tangga tingkat 4 di mahalah aminah. sampai usia Marwan 7 bulan pun saya masih bwk motor ke kuliah. yang paling x leh lupa, saya pernah main bowling masa marwan 5/6 bulan. baling pelan2 je. tapi dapat strike, alhamdulillah :) Nilah pengalaman mengandungkan Marwan.

 Marwan dah boleh meniarap skt2, kalau diletakkan meniarap blh dah angkat kepala. boleh la bertahan dalam 5 minit kot. tidur pun kdg2 meniarap, baru tidur lama skt. kalau tidur terlentang cepat je terjaga sbb terkejut.

Alhamdulillah Marwan x banyak kerenah. X mcm awal-awal saya balik ke Gombak dulu, nak solat pun x boleh. Marwan x nak dok bawah,asyik kena pegang je.  Nak masak buka posa pun kena tunggu abinya balik. Tak pun kena ulang alik dari dapur ke tempt tidur marwan. sbb dia tidur skjp2. Lama-kelamaan Marwan pun stabil. Dah blh baring kat bawah atas tilam dia, x nangis pun. Cuma bila dah lama sgt dia akan buat la suara rayuan nak suruh angkat. boring agaknya. Bila angkat terus senyap.

Marwan mmg menghiburkan. terutama bila bersembang dengan dia. Entah apa yang diceritakan saya mengiyakan je. Mudah mudahan saya dan suami akan jadi tempat dia meluahkan perasaan walaupun dia dah besar kelak.

Pernah saya bawa Marwan ke masjid UM, ikut suami yang ada mesyuarat d situ. Sambil solat, saya letakkan Marwan di sebelah. selesai solat, saya baca Quran. Masa tu bulan posa. Marwan senyap je dok baring, tgh mood elok masa tu. Tiba-tiba ada sorang mak cik datang di tempat saya dan memuji Marwan.
"Eh, baiknya budak ni. Bakal ulama esok-esok ni."
dan sempat mak cik tu pesan pada saya,
"Jaga dia elok2 ye, bagi dia jadi ulama'
saya jwb InsyaAllah.
Pesanan yg ringkas, tp menusuk kalbu. jaga bagi jd ulama'? Besar tanggungjwb tu. X blh ambil mudah setiap perbuatan yg kita lakukan sbg Murabbi Marwan. saya kena hampir dan akrab dgn Tuhan kalau mahukan Marwan dididik dgn baik. rabbuna Yusahhil lana.

Sekarang Marwan menyusu secara esklusif, alhamdulillah. sebelum ni pernah campur dgn susu Dumex, biasalah org2 tua takut x cukup susu bila nak tinggal dia kat pengasuh.
Tapi bila saya baca blog Izaidah iaitu Ummu Aziz, saya jadi teruja. Zed mampu lakukan! Kenapa tidak saya?
kemudian saya menghubungi Zed minta panduan utk penyusuan esklusif, dan alhamdulillah masuk minggu kedua ni, bekalan susu sentiasa cukup. Allah Maha pemberi Rezeki. Terima kasih Ummu Aziz atas panduan yg ckp bermakna.

Mmg guna duit banyak, tapi ini adalah pelaburan demi kesihatan anak tersayang.
Saya beli pam spectra Dew, cooler bag, ice pack dan botol autumn. kosnya RM500 lebih. duit blh dicari, tpi kesihatan anak lebih penting. Susu ibu adalah anugerah ALlah, free je Allah bagi, kena yakin yang kita blh lakukan dan khasiat yg saaaangat banyak.

ok dah lebih 5 minit. jmpa lagi. assalamualaikum :)

Monday, July 11, 2011

Mari menuju Ilahi, anakku Marwan

Anakku Marwan,
Kelahiranmu memberi seribu erti dalam hidup Ummi. Naluri keibuan yang Allah beri pada Ummi yang sudah bergelar ibu ini menautkan keazaman yang mendalam utk kita sama-sama berusaha mencapai matlamat terakhir dalam kehidupan kita sekeluarga... iaitu mati dalam keredhaan Allah..

Kata Rasulullah SAW yang dinyatakan oleh Abu Hurairah: "Tidaklah setiap org yg lahir melainkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Kristian ataupun Majusi. (Riwayat al-Bukhari)

Marwan lahir dalam keadaan fitrah, seorang manusia yang suci dari dosa. Terasa beratnya amanah Ummi sbg ibu utk mencorakkan peribadimu, Sayang. Utk memanusiakan Marwan dan mengenalkan Marwan pada Tuhan dan Rasul.
  

Permata hati Ummi dan Abi,

Ketahuilah anakku, azan dan iqamah yang dibisikkan di telinga Marwan oleh Abimu sejurus Marwan tiba di dunia, memberi mesej kepada Marwan yang Marwan lahir ke dunia ini adalah sebagai khalifah, ada tugas yang Allah beri pada Marwan dan seluruh umat manusia di dunia ini.
'Tegakkan agama dan tadbir dunia dengannya'.

Andai kita semua x mampu tadbir diri sendiri, kita juga x akan mampu tadbir dunia ini.

Ketika Marwan lahir, tangisanmu menjemput air mata Ummi dan Abi utk mengalir dalam kegembiraan. Tanda kesyukuran atas nikmat zuriat yang Allah kurniakan pada Ummi dan Abi sbg penyambung generasi dakwah. Semoga ketika kematianmu nanti akan menjemput pula tangisan org2 sekelilingmu dengan kegembiraan pada dirimu yang pulang bertemu Pencipta.

Anakku,

Menjadi tugas Ummi dan Abi utk mendidik Marwan supaya Marwan dapat membesar dgn baik dalam tarbiyah Islam. 

Tugas ini membuat Ummi merenung diri Ummi yang serba dhaif ini.
Sudahkah Ummi mengamalkan ajaran Islam sungguh-sungguh sebelum Ummi mendidikmu?
Bagaimana dengan amalan dan akhlaq Ummi sbg seorang muslimah, sblm mendidik Marwan mempunyai peribadi unggul, meneladani Rasulullah?
Ummi tidak ingin menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul.

Terasa benar yang diri Ummi ini juga masih merangkak di perjalanan menuju Tuhan. Masih banyak dosa yang menghiasi diri dan masih banyak kekurangan dan kelemahan diri.

Kehadiranmu Marwan sepeti cahaya yang menyalakan api keazaman dalam diri Ummi utk menjadi yang lebih baik. Ummi harus berusaha utk menjadi ibu yang cemerlang supaya kehidupan Marwan di dunia ini tidak disia-siakan.

Ummi dan Abi pimpin tanganmu Sayang,
Mari kita sama-sama berusaha menjadi yang lebih baik..
Bait an-Nur harus kita serikan dengan keindahan Islam,
Kita nyalakan dengan seri dan pesona bicara al-Quran,
Kita ceriakan dengan gelak tawa kasih sayang antara kita..
Moga bertamu mawaddah, rahmah dan sakinah,
Agar cahaya yang gelap menjadi terang,
Hidup yang sekali menjadi bererti...

Anakku,
mari kita sama-sama berdoa..

Ya Allah,
Dengan kemuliaan dan kebesaranMu ya Allah,
Berilah petunjuk dalam kehidupan kami,
Bimbinglah kami sentiasa
dan janganlah Engkau berpaling dari kami walau seketika

Ya Rahman,
 Titipkan dari kasih sayangMu yang Maha Luas
Dalam keluarga kami ini
Jauhi keluarga kami dari sifat-sifat mazmumah
Yang bisa memecah belahkan ukhwah dan silaturrahim kami
pacakkan Ya Allah keindahan hati yang mulia
dan pandangan hati yg jernih
agar kami bisa melalui dunia yg penuh duri ini
dengan mudah dan cekal

Dengan rahmat dan kasih sayangMu ya Allah
makbulkanlah..
Amin ya rabb

Monday, July 4, 2011

alkisah Marwan..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Alahai lamanya x update. Bukannya sibuk pun. Banyak  benda yang nak dicerita tapi jari ni dah mengeras, susah dah menaip kat laman blog ni. hehe. Alhamdulillah hari ni jari lembut skit kot.

kalau entry saya yang lepas ttg menghitung hari nak bergelar ibu, alhamdulillah saya dah 16 hari bergelar ibu. Ibu kepada budak kecik comel yang tgh tidur di sebelah saya ni.  :)

Marwan Majdi - nama yang dipilih oleh abinya dan dipersetujui oleh umminya. Kata abg, abg nak letak 'wan' kat nama anak, biarlah kat belakang pun memandangkan saya ni keturunan wan. saya pulak nak cari nama yg mula huruf 'J' memandangkan keluarga suami mmg mengekalkan huruf 'J'. nama anak saudara yang sulung, Juwaini b Johaibi b Juhan b Jusoh.
tapi Alahai bukan senang nak cari nama yang mula huruf J ni.



Marwan Majdi maksudnya yang bermaruah dan kemuliaanku. Didoakan mudah mudahan Marwan akan jadi anak akan menjaga maruah dan kemuliannya sbg orang Islam. amin InsyaAllah.

MUJAHID DAKWAH JR

Kenapa saya bagi gelaran ini pada Marwan?
Sebab saya nak Marwan ikut jejak langkah abinya bahkan lebih hebat.
Sepanjang saya kenal suami, sejak dari remaja lagi suami saya banyak terlibat dgn aktiviti dakwah dan tarbiyah. Suami banyak menitik beratkan hal pendidikan agama, menjaga keluarganya, memilih sahabat-sahabat yg soleh sbg pembimbing. Mudah mudahan Marwan pun begitu juga ye. 

SUATU KENANGAN

Sebenarnya banyak yg nak diceritakan terutama pengalaman mengandungkan dan melahirkan Marwan. Cuma ttg pengalaman mengandungkan Marwan mungkin di lain entry.

Cuma yang nak diceritakan, saat-saat indah sewaktu melahirkan Marwan.

Buat mereka yang x de pengalaman lagi, sbnarnya beranak awal 2 minggu atau seminggu dari tarikh due, buatkan ibu mengandung ni lebih lega, berbanding ibu yang menunggu lepas tarikh due. Sebab tiap hari akan buat hati tertunggu-tunggu. Alahai, kan penantian tu satu penyeksaan.

Cukup 36 minggu, saya dihantar pulang ke Perlis. Utk standby.
dan bila cukup 37 minggu, saya mula menanti kehadiran insan baru ni. 37 minggu menandakan bayi telah pun matang dalam kandungan dan kalau dilahirkan, tidak dikira kelahiran pramatang.

Dan waktu ni pulak masa yang cukup meriah dengan kenduri kendara. Saya mmg suka kenduri kat Perlis ni, sbb antara favourite masakan adalah rebung daging. Fuh, mmg sodap.
Ditambah dengan kata-kata semangat dari keluarga dan kwn2 yang bunyinya mmg sama
"Sufi makan puas-puas nanti dah pantang x leh makan dah". Saya pun apa lagi, tiap hari ikut mak pergi kenduri dengan perut yang sarat ni.
Waktu yang sarat ni lah mmg bagus utk berjalan banyak supaya mudah bersalin.

Cukup 38 minggu, suami saya yang bekerja di Gombak pulang ke Perlis. Saya pun apa lagi, tiap hari pujuk baby supaya keluar.
"baby, abi dah balik ni. boleh lah kluar. kami semua rindu nak tgk baby"

Alhamdulillah, baby mmg keluar pun. tapi bukan yang dalam perut saya. tapi perut biras saya. hehe.
tahun ni meriah sikit, Mak mentua saya dapat 2 cucu dalam satu bulan.
Biras saya, Kak Nurul bersalinkan anak ke-4 pada 11 Jun d Hosp Kangar.

 Juhaidi Najdan- sepupu Marwan yang baru lahir

Saya yg masih gagah berjalan, alhamdulillah dpt la gi ziarah kak nurul sambil2 g tinjau tempat saya nak bersalin nanti. Suami pun nampak la gmbaran kat mana nak daftar, wad kat mana. 
Sambil-sambil menunggu di wad, Mak pun kata.. "Satgi kot Sufi pun nak bersalin hari ni. Hehe"

Cukup 39 minggu, suami saya balik Perlis lagi. Suami sy selalu pesan kat baby dalam perut, "nak keluar tunggu abi balik dulu tau"

18 jun, hari sabtu. waktu ni saya cukup 39 minggu. Cadangnya petang tu nak ajak suami jalan-jalan di taman. tapi memandangkan dah lewat petang, saya hanya sempat berjalan di pasaraya hafifah je. Nak cari Pizza, sambut hari bapa utk Abah.

Petang tu saya rasa sakit di perut. tapi sakit ni saya dah biasa. Cuma malam tu saya rasa lenguh di pinggang. Malam tu sebelum tidur, suami ada kata. "Baby nak keluar esok kot, hadiah sempena hari bapa".
saya senyum je. Tak taulah bila baby ni nak kluar.


mulut abg mmg masin. Pukul 1 saya terjaga. Air ketuban dan pecah! Tapi saya x rasa sakit.
Contraction pun x rasa. so dengan rilexnya saya bersiap-siap utk ke hospital.

dalam hati saya, waktu-waktu mcm ni org x ramai kot bersalin.
Bila sampai di hosp, patient bukan main ramai lagi. Doktor yang periksa saya pun nampak mcm ada batu kat mata dia. (mengantuk)

memandangkan hari minggu, doktor yang bertugas tu yang on call lah.

"ramainya patient hari ni, Akak bertugas dari pagi tadi patient x henti-henti dtg nak bersalin", doktor wanita muda mengeluh pada saya. Mmg kesian tgk, tapi itulah pengorbanan dan jihad doktor. berjaga demi menyelamatkan nyawa manusia.

ttg bersalin ni, saya tak ceritakan terperinci lah. Cuma Allah takdirkan saya melahirkan anak secara pembedahan. bukan normal.
saya dibius separuh, kiranya pembedahan dalam keadaan saya sedar.

Saya berlagak cool dan tenang, sbb waktu sebegini mmg kena pandai kawal emosi. 
Keadaan dalam bilik bedah dengan layanan yang mesra membuatkan saya stabil. Tidaklah terlalu takut. Dan saya nampak keadaan org yang bekerja pun x nampak stress, malah nampak enjoy. (maksudnya x lah nampak suasana yg tegang, mcm nak bedah org yg berpenyakit serius)

Pembedahan bermula.
Apa yang berlaku saya x nampak sbb ada penghadang kain.
selepas beberapa minit, saya rasa gegaran pada perut.menandakan doktor sdg mengeluarkan bayi dari perut.Yang membuatkan saya tahu sbb saya pernah tonton video bersalin scr bedah ni.

Tak berapa lama, saya mendengar tangisan Marwan.
Saya menangis.  Terharu.
Saya telah menjadi ibu...
Anakku, selamat datang ke dunia.
Ketika itu, tertaballah saya abgi seorang ibu, menyambut amanah yang berat dari Tuhan.

Anak yang saya rindu utk ditatap dan didukung.
Tahukah perasaan ibu yg mengandung 9 bulan? Rindu. sekalipun terasa dekat dan bersatu dalam rahim, namun yg dirasai adalah tendangan-tendangan nakal dari baby utk mengusik jiwa ibunya. :)
dalam hati tertanya-tanya bagaimanakah rupanya, bagaimana jasadnya.
Selesai pembedahan, saya rasa lega, Suatu pengalaman yang Allah beri pada saya.

Ketika bersembang dgn suami ketika di wad lepas bersalin, rupanya Abg pun menangis ketika azan dan iqamah di telinga Marwan.
Syukur ya Allah, atas nikmat yang diberikan ini. Semuanya selamat.


wajah Marwan ketika baru lahir

Bersalin scr pembedahan, mmg x akan merasa sakit apa pun sms melahirkan anak. sebab tu ada sesetengah ibu yang ambil jalan mudah x nak sakit, sengaja memilih utk bedah. Tapi, bersalin normal mmg lebih nikmat utk menjadi ibu sbenarnya.

Di wad, saya x rasa nak tidur. Sbb hati rasa sgt gembira.
Lepas bersalin, emosi kena jaga. Jangan biarkan diri dikuasai stress.

 sempat lagi posing dengan anak

Kini saya semakin faham, kenapa walau sakit mcm mana pun melahirkan anak, ibu x pernah serik utk melahirkan anak.
Ketika sakit, mmg terasa seperti nak bersumpah x nak beranak lagi. tapi, di sinilah Allah memberi kekuatan pada wanita. yang pada mereka ada kasih sayang dan belas pada insan yg dikandung. ketika mendengar tangisan dan merasai nikmatnya membelai anak, setiap kesakitan menjadi gugur dan tidak lagi diingat oleh ibu.
Subhanallah. Cantiknya apa yang Allah beri pada hambaNya.

Cukup sekadar ini dulu.
Perkongsian ini sekadar berkongsi dgn shbt2 yang bakal mengandung dan  bakal menimang cahaya mata.
dan ianya juga sebagai catatan diri, mudah mudahan akan dibaca oleh Marwan apabila di besar kelak. Amin :)



Marwan ditahnik oleh Tuan Guru Dr Harun Din. Mg menjadi ulama kelak :)

Monday, May 23, 2011

Menghitung hari bergelar ibu..



Detik demi detik
Waktu demi waktu
Masa berlalu
                                  
Kini usia kandungan telah pun mencecah 35 minggu.. Little mujahid/ah telah mendiami dalam rahimku ini selama 35 minggu. Alhamdulillah, 3 kali scan, doctor mengatakan little mujahid/ah ni sihat-sihat aje..

Persediaan dari segi material dah pun siap. Baju, lampin, pampers, sarung kaki dan tangan, dll…
Tapi bagaimana pula dengan persediaanku yang bakal bergelar seorang ibu?

Mendapat title ibu bererti mendapat jawatan baru dari Allah SWT. Jawatan yang tidak ada perletakannya sehinggalah disoal oleh Allah soal didikan seorang ibu pada anak (juga merujuk pada ayah). 

Di samping seronok utk mendapat cahaya mata sebagai penyeri dalam perkahwinan, debaran tentulah ada. Memikirkan anak yang kukandung ini akan menjadi apa bila besar nanti? 



MENUAI HASIL APA YANG DITANAM

Pernah satu hari, saya dan suami bersama-sama kedua ibu bapa mertua ke kuliah Ust Harun Din di Madi, Kangar. Seusai solat Maghrib, sementara Ust Harun Din menyampaikan kuliah beliau, ada flyers kecil diedarkan. Tentang kuliah Dhuha kupasan Kitab al-Azkar oleh Ust Juzaili Juhan, iaitu suami saya. Mak (ibu mertua) sejurus membaca flyers tersebut berkata kepada saya,

“ Mak dah lama cari Ustaz yang nak mengajar Kitab al-Azkar, x sangka Muhammad (suami saya) yang mengajar kitab ni. Boleh Mak sambung mengaji kitab ni”.

Kata-kata Mak membuatkan saya termenung jauh.

Mak dah boleh menuai hasil, anak yang Mak didik akhirnya mampu memberi manfaat pada Mak sendiri. Tak perlu cari Ust jauh-jauh, anak sendiri boleh mengajar Mak.

Justeru, anak saya pula nanti bagaimana?

Ada anak dari kecil hinggalah ke besar,hidup hanya menyusahkan ibu bapa. Ibu bapa tak dapat menuai hasil penat lelah membesarkan anak-anak.
Sekalipun anak itu doctor, jurutera, guru seandainya tiada hasrat utk membalas jasa dan budi org tua, maka sia-sialah pengorbanan si ibu dan ayah.

Ibu dan bapa bukan mendambakan duit dan harta kekayaan dari anak, cukuplah doa anak yang soleh menjadi peneman sewaktu kita di kubur kelak.

MENJADI MURABBI

Detik-detik menunggu kelahiran si anak kecil utk menjenguk dunia adalah waktu yang diberikan Allah kepada si ibu dan ayah utk bermuhasabah sejauh mana peribadi diri yang ada utk diwariskan pada anak?
Memang iman tidak dapat diwarisi.

Namun sedikit sebanyak tempias akhlaq dan pegangan akidah kedua ibu bapa akan terkena pada anak.
Kan bapa borek anak rintik?

Mahukan anak jadi mujahid/ah..
Namun takkan menjadi kalau ibu bapa sendiri tidak lurus dalam amalannya.

Allahuakbar.

Mencetak sebuah generasi baru dalam zaman seperti ini memang suatu cabaran yang kental utk dihadapi.  

PROSES DIDIKAN ANAK



Proses mendidik anak bermula dari perkenalan kedua ibu bapa, sungguh beruntunglah org yang mampu menjaga hubungan ketika saat pertemuannya dengan calon suami/ isteri, keberkatan yang diraihnya dialirkan pada si anak yang bakal lahir.

Pernah ada seorang sahabat yang mengadu pada saya, kerana kesukaran mengawal hati apabila berada dalam fatrah bertunang. Apa yang saya mampu nasihatkan pada dia adalah, kalau betul nak anak yang soleh dan berkat, jadikan matlamat tu sebagai kekuatan utk menjaga hati sebelum berkahwin.  

Seterusnya apabila diizinkan Allah utk bercambah benih dalam janin, anak di dalam janin juga sudah mampu dididik oleh ibu dan ayah dengan penjagaan makanan dan rangsangan pada anak dalam kandungan. Pada waktu ini, anak sebaiknya dibawa ke tempat-tempat yang baik, didengarkan dgn alunan Quran dan si ibu dan ayah mempunyai kesihatan psikologi yang baik juga, kerana gelombangnya akan sampai pada si anak.

Dan apabila anak lahir, menjadi satu tugas yang baru utk tidak sekadar memberi keperluan material yg cukup pada anak, ttp bahkan menyediakan keperluan rohani pada anak yang dididik. Kemahiran juga diperlukan agar didikan tidak menjadi semberono sahaja.  



Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, berilah kekuatan kepada kami dan zuriat kami utk menjadi org yang taat dan patuh kepadaMu, jauhilah kami dari azab api neraka.

Mohon sahabat-sahabat doakan supaya anak ini akan menjadi anggota jundi yang bakal membela Islam kelak. Amin ya robb :)

Thursday, January 13, 2011

Dah 4 bulan..

Alhamdulillah, anak Ummi ni dah 4 bulan rupanya. Cepatnya masa berlalu. Mungkin kerana kesibukan kuliah di Uia membuatkan saya x perasan yg anak saya ni semakin membesar.

Majalah Pa & Ma

Semenjak saya mengandung, selain buku-buku agama, saya dan suami membeli Majalah Pa & Ma utk rujukan. Saya sememangnya puas hati dgn majalah ni kerana memberi maklumat-maklumat yang penting sbg persediaan utk menjadi ibu dan ayah. Selain fakta-fakta sains, tips-tips menjaga anak, keperluan-keperluan bayi dan pengalaman-pengalaman ibu2 mengandung & bersalin, tak ketinggalalan hukum-hukum agama dan nasihat-nasihat utk menjaga anak dengan menitik beratkan pentarbiyahan cara Islam.

Antara fakta yg saya baca, ketika bayi berusia 4 Bulan, atau 16 minggu saiz bayi adalah sebesar buah pir. Pengedaran darah dan saluran air kencing mula berfungsi. Bayi mungkin sudah bermain dengan tali pusat pada waktu ini.

Alhamdulillah, cukup usia 4 bulan saya dan suami ke klinik utk pemeriksaan Ultrasound (scan). Benarlah fakta yang saya baca, pemeriksaan Ultrasound boleh meningkatkan hubungan batin antara ibu dan anak.

Semasa pemeriksaan, anak saya bergerak-gerak. Wah.. teruja betul. Saya dan suami tergelak tengok aksi baby dalam perut. Masa kami tengok (saya, suami dan doctor) tangannya bergerak, diletakkan pada mukanya. Abinya kata baby malu org tgk dia. Hehe.

Doktor kata Alhamdulillah baby sihat, aktif.

Ah, tak sabar rasanya menunggu anak Ummi ni lahir. :)

Sementara belum lahir, saya dah bawa baby ronda sekeliling Uia, bawa pergi kelas, gi meeting, gi ceramah, gi program. Abinya kata, seronoklah Ummi g mana-mana ada org teman. Hehe.

Antara pesanan senior saya, Kak Yati yg dah pun selamat bersalin, jgn jadi terlalu manja, nanti anak tak pandai nak berdikari. Dan jangan tinggalkan kerja-kerja dakwah, sbb di sinilah punca keberkatan utk diri kita dan keluarga. Pesanan ni membuatkan saya kuat, dan saya berdoa semoga saya tak direhatkan daripada meneruskan perjuangan, biarpun apa yg saya boleh sumbangkan menjadi sedikit terbatas.

Mengandung semasa berjauhan dgn suami, bagi saya tidaklah menjadi masalah. Mungkin kerana keadaan saya yg agak sihat dan tidak banyak kerenah membuatkan saya dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Sokongan suami, keluarga dan rakan-rakan menjadi penguat kpd saya.

Saya sangat-sangat bersyukur pada Allah kerana Dia banyak memudahkan jalan saya. Aturan masa yg Dia aturkan pada saya cukup-cukup membuatkan saya terharu dan bersyukur.

Pada awal usia kandungan, Allah tetapkan pada masa saya bercuti, sebulan di rumah. Ketika tu agak teruk dgn alahan, tp boleh dikira tahap sederhana. Suamilah yang byk berkorban, walaupun penat bekerja, sanggup lagi melayan kerenah isterinya ini. Tlg memasak (mujur suami pandai masak), tlg buat kerja-kerja rumah, belikan tu, belikan ni. Trm kasih atas pengorbanan Abang :)

Berakhir trimester pertama, saya mula menjejakkan kaki ke UIA. Waktu ni alahan masih berbaki. Oleh kerana saya baru tamat Celpad,proses registration saya agak lambat. Biasanya org yg kes macam saya ni mmg kena register manual, turun naik tangga cari lecturer. Tapi, sy cuba juga register online, mengharapkan ada kekosongan utk saya. Dan Alhamdulillah, semuanya sy dpt register secara online dengan 14 jam kredit. Syukur sangat pada Allah, byk yang dipermudahkan. Berkat baby dalam kandungan.

Ketika saya sibuk register, Hana’ bersama saya.

“Sufi, saya dengar khabar Sem 1 nanti mula bulan 9”

“Ye ke? Ah, Uia mmg selalu banyak khabar angin”, saya tak menerima secara terus walaupun hakikatnya saya mmg gembira seandainya ianya sahih.

“Entahlah, tapi khabarnya berita ni dah diumumkan”.

Saya menyampaikan berita ini ada suami, dan suami pun mendengar berita yang sama daripada sahabatnya di UM.

Alhamdulillah, saya dan suami syukur tak terhingga dengan berita ni. Kenapa terlalu gembira? Sebab saya akan berpantang lama, siap dapat beraya dengan anak lagi sebelum menyambung kuliah tanpa perlu study leave.

Allahuakbar.

Inilah nikmat yang tidak disangka-sangka yang Allah kurniakan.

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya dari jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya”, Surah at-Thalaq, ayat 2-3.










Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails