Followers

Saturday, July 4, 2009

Kini di hujung kembara...



AWAS!!!
MEMBACA ARTIKEL INI BOLEH MENYEBABKAN ANDA MENGANTUK. JADI, DAPATKAN REHAT SECUKUPNYA ATAU ANDA AKAN TERTIDUR KETIKA MEMBACANYA..
INGATLAH INSAN YANG TERSAYANG



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum wbt


Agak lama tak menulis blog. Nak menulis ni pun dah terkial-kial sebab dah lama sangat tak menulis. Walaubagaimanapun, penulisan adalah satu medan yang sangat penting. Tak dapat tidak, kita kena kuasainya dengan niat sbg salah satu wadah penyaluran dakwah yang berkesan.
4 bulan percutian, satu tempoh jangka masa yang agak panjang dan kini telah pun tiba ke penghujungnya. Sepanjang tempoh ini, saya memilih untuk ‘mengembara’ berbanding dgn duduk di rumah. Sahabat-sahabat saya ada yang bekerja, membantu keluarga,menjaga nenek yg sakit, berprogram, menjadi guru sambilan, dan sebagainya. Mudah-mudahan semuanya beroleh manfaat. InsyaAllah.
Sedikit coretan berkenaan pengembaraan saya kali ini sebagai perkongsian bersama dan juga utk kenang-kenangan saya sendiri.


KEMBARA 1
8 Mac 2009 – Bertolak Ke Perlis

13-15 Mac 2009 - KEM SRIKANDI
Sek Men Keb Agama Perempuan, Kangar, Perlis
Anjuran: Alumni Pelajar SMKAP, UIA dan DQ JAKIM.
Sasaran: Pelajar Ting. 4

Berkenaan dgn program ni telah pun saya coretkan dalam post sebelum ini. Silakan untuk membacanya.

KEMBARA 2

16-18 Mac 2009 - KEM REMAJA EXCELLENT 5
Di Tapak Perkhemahan, Gua Kelam, Perlis.

Seusai tamat Kem Srikandi, saya diajak pula oleh abang angkat untuk menjadi fasilitator di Gua Kelam. Juga telah dicoretkan dan post sebelum ini ttg Kem ini.

23 Mac 2009 – Bertolak ke Shah Alam

KEMBARA 3

28 Mac 2009 - JEMPUTAN HAKIM DI ASRAMA TOH PUAN NORASHIKIN, PANDAN , SELANGOR

Inilah kali pertama saya menerima jemputan untuk menjadi hakim. Saya dijemput oleh Ustaz Badrudin, seorang Ustaz dari Persatuan Hafiz Malaysia.
Bersama-sama dengan Siti Farah dan Anis Nadia, kami diminta untuk mengadili pertandingan yang diadakan di Asrama Toh Puan Norashikin,Kg Pandan, Kuala Lumpur. Aktiviti yang dipertandingkan adalah hafazan, tilawah,syarahan, kuiz dan nasyid. Peserta pula adalah dari 4 buah asrama yayasan Selangor, iaitu Asrama Tun Dr. Ismail, Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam, Asrama Yayasan Selangor Klang dan Asrama Toh Puan Norashkin.
Di samping menjadi hakim, kami berasa sangat terhibur dengan persembahan peserta yang mantap-mantap belaka terutama persembahan nasyid yang amat bertenaga. Manakala dari sudut hafazan dan tilawah, bakat pelajar perlu diperkembangkan dan perlu lebih banyak pendedahan.

29 Mac 2009 – Bertolak Pulang ke Ipoh
15 April 2009 – Bertolak ke UIA GOMBAK

KEMBARA 4
17 April 2009 – Ke Pesta Buku PWTC

Alhamdulillah, tahun ni saya tak ketinggalan utk ke pusat ilmu ini. Saya bersama-sama akhawat UIA Gombak ke Pesta Buku di PWTC. Oleh kerana saya pergi pada hari pertama dibuka, jalan tak lah sesak sangat dan kami dapat membeli beberapa buku. (tgk pada bajetlah)
Maunya nak beli semua buku tu. Tambah-tambah kak Jie yang sakan membeli buku walaupun esok ada exam. :)

Hari ni tak dapat jumpa dgn mana-mana tokoh. Cuma bertemu dgn beberapa penasyid In-team di gerainya. Itupun dari jarak jauh.


KEMBARA 5
9 – 23 Mei 2009 – PENGAJIAN DI PONDOK PASIR TUMBUH, KELANTAN DARUL NAIM.

Bersama-sama dengan teman akrab, Ukht Anis Nadia, kami mendaftar utk menyertai program utk pelajar Universiti di Pondok Pasir Tumbuh ni.
Kalau tak silap ni kali kedua program ni diadakan. Utk 2 minggu pengajian, ada Ustaz khas yang akan mengajar kami, iaitu untuk pelajar-pelajar Universiti. Ada yang dari UIA, UPSI, UPM, UniKL dan majority daripada USM Kampus Kesihatan, Kelantan.
Ini adalah kali kedua saya mengikuti pengajian pondok. Kali pertama di Maahad Tahfiz Repek,Kelantan. Tapi di Maahad ni, lebih banyak masa dihabiskan utk menghafaz quran berbanding menadah kitab.
Berbanding di Pasir Tumbuh ni, pelajarnya tidak menghafaz Quran. Tetapi saban hari mengadap kitab. Banyak juga subjek dalam sehari. Kuliah bermula selepas subuh, 9.30 – 11.30, lepas zohor, lepas Asar, Lepas Maghrib dan selepas Isya’. Lebih kurang 8-9 kitab dalam sehari.
Kitab yang diajar khas utk kami adalah bab haidh dari kitab Sabilul Muhtadin oleh Ustaz Rahim,Kitab Pelita Penuntut daripada Ustaz Puad dan Kitab Usuluddin oleh Ustaz ……. Yang selebihnya, kami mengikuti pengajian kitab pelajar pondok itu sendiri. Bab Haidh yang diajar secara mendalam, agak sukar utk dipelajari kerana agak ‘complicated’. Kadang-kadang kami meminta Ustaz utk mengulangnya beberapa kali. Tapi soalnya, ulama yang mebahaskan hal ini adalah daripada kalangan orang lelaki. Itulah ilmu Allah yang tiada bandingan. Manakala mu’allim yang mengajarkan kami pula juga adalah lelaki. Ustaz menerangkan kepada kami dengan detail, termasuk bagaimana utk pengiraan yang bagi saya cukup menkjubkan. Alhamdulillah, satu bab ini dapat dihabiskan dalam masa 2 minggu ini.
Ustaz Rahim berfikiran terbuka dan banyak mengaitkan Sains dengan Pengajaran kitab. Ada juga yang saya rasakan perkara-perkara yang ada dalam kitab tidak pernah saya dgr. Alhamdulillah, syukur saya diberi kefahaman ini walaupun tidak semua.
Manakala Kitab Pelita Penuntut, adalah berkenaan dengan kepentingan keberkatan dalam menuntut ilmu. Ustaz Puad memilih untuk mengajar di sebalik tabir. Walaubagaimanapun, kami tidak sempat utk menghabiskan keseluruhan kitab ini. Ustaz adalah bekas pelajar di Universiti Malaya banyak membandingkan system pengajaran di Universiti berbanding pondok. Keilmuan di pondok banyak barakahnya berbanding di Universiti. Katanya, pernah lecturernya duduk di atas meja sama taraf dengan Kitab. Dan dgn kedudukan dewan kuliah yang mana pelajarnya lebih tinggi daripada mu’allim, juga menjadi factor kurangnya keberkatan dlm menuntut ilmu.
Kitab Usuluddin yang paling kecil dan nipis, Alhamdulillah mampu dihabiskan sepanjang dua minggu ini. Saya yakin dgn apa yang dibawa oleh pengajaran pondok, iaitu keimanan berteraskan ahli Sunnah wal Jamaah. Di dataran ilmu







Di sana, kami mengikuti waqi’ iaitu berpurdah. Kerana biasanya system pondok mengambil pendapat Imam Syafie yang syadid iaitu wajib berpurdah. (kalau salah tlg betulkan) Muslimin diasingkan drpd Muslimat dan pelajar Muslimat tidak dibenarkan utk pergi ke Masjid.
Satu keistimewaan yang saya lihat, Utk solat berjemaah seperti Subuh sbg cth, jemaah akan menunggu agak lama utk memberi laluan kpd para pelajar bersiap-siap dahulu dan solat bersama-sama. Jadi Solat Subuh biasanya pada jam 6.30 pagi. Zikir selepas Subuh pula adalah zikir Khas dan telah diijizahkan oleh Ustaz Puad kepada kami.
Kitab-Kitab lain adalah seperti Kitab Munyatul Musolli, Jauhar, Hikam, ‘Unwanul Falah dan lain-lain.
Antara kaedah pembelajaran di sini adalah menggunakan ‘Study Group’. Selepas mempelajari satu-satu pelajaran daripada Ustaz, kami disarankan utk menguji kefahaman di dalam group. Ada masa kami buat, dan ada masa kami tak sempat kerana terlalu letih dan syahid. Inilah salah cara utk mengingati ilmu.
Ketika Tuan Guru nak balik ke keretanya
Kenangan yang tidak dapat saya lupakan adalah bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hari Jumaat yang berkelapangan, kami sama-sama pergi ke Dataran Ilmu di kota Bharu. Kira-kira 15 minit dengan menaiki teksi. Ta’jub, walaupun di sekitarnya adalah tempat utk berjual beli, namun pada ketika Tuan Guru memberi ceramah, suasana hening dan penduduk Kelantan mula membanjiri dataran tersebut utk mendengar kalam-kalam mutiara daripada pemimpin Ulama ini. Tak sukar utk kita menemui Tuan Guru ini berbanding Menteri Besar di negeri-negeri lain.
Ukhwah yang terbina antara kami pelajar Universiti dengan pelajar Pondok, memahat seribu memori. Di sinilah kami bertemu di medan perjuangan ilmu. Sungguh, saya kagum dengan tahap keilmuan yang tinggi di kalangan pelajar pondok. Saya niatkan semoga saya dapat kembali ke Pondok ini utk menadah ilmu.
Setinggi penghargaan saya kalungkan buat penganjur program, Kak Ayu dan lain-lain yang menguruskan kitab, makanan, penginapan dan lain-lain. Dari segi yuran tak mahal. Kami Cuma perlu membayar utk makanan, penginapan, dan Kitab sahaja.
Dan juga setinggi ingatan dan kerinduan buat sahabat-sahabat yang baru dikenali, semoga ukhwah kita berpanjangan. Salam sayang, teruskan perjuangan sahabat-sahbat, adik-adik dan kakak-kakak tersayang.

KEMBARA 6

23 MAC 2009 – JELAJAH SAHABAT

Tamatnya tempoh program di Pondok Pasir Tumbuh, Mahabbah dan sahabat-sahabat lain mengambil saya dan Anis Nadia di Pondok Pasir Tumbuh pada 23 Mei ini. Seronok saya bertemu dgn sahabat-sahbat lain. Dalam lingkungan 7-8 buah kereta, Program jelajah bermula dgn melawat ibu Maziah di hospital Besut yang telah lama sakit. Namun, kami tidak berkesempatan utk melawatnya, lantas membawa Maziah pulang ke rumahnya(di besut juga). Sempat bertemu dgn ayah Maziah, dan kami doakan agar Maziah tabah menjaga ibunya yang sakit. Dia adalah anak yang baik, sanggup extend sem kerana menjaga ibunya. Satu pengorbanan yang wajar menjadi teladan buat kita semua.
Jelajah diteruskan di Kuala Terengganu, di Pantai Batu Buruk utk makan tengahari. Dan berakhir dgn majlis barbeque di rumah salah seorang sahabat ana.
Ingatkan dan berakhir. Rupanya belum lagi!!
Rombongan dari Kelantan belum pulang. Esoknya, Pada pagi tersebut, 2 buah kereta bertandang menziarahi rumah Ukhti Munirah Yusof. Tak susah pun nak sedia sbb Munirah beli je kuih-muih tu. (Oppss.. sori Muni.hehe)
Seterusnya, kami pergi melawat masjid Kristal.
Sebelum rombongan Kelantan pulang, kami mengajak mereka utk makan tengahari di rumah Liyana Izyan. Inilah yang menjadi bahan ketawa kami dalam proses menyiapkan makan tengahari di rumah Liyana. (Kiranya pecah rahsia la ni).
Lauk sebenarnya kami beli je di kedai memandangkan tak sempat utk memasak. Dan yang paling kami nak tergelak, BERAS pun tak ada kat rumah Yana!!!
Liyana dan keluarganya mmg amalkan Herbalife. Jadi agak kurang nak makan nasi.
Seterusnya, selepas rombongan Kelantan pulang, kami teruskan Jelajah kami dengan melawat sahabat-sahabat sekitar trg. Saya, Munirah, Anis, dan Liyana. Mula-mula g rumah Hazirah, Sarahayati, dan Nenek saya di Kg Banggol Katong. Seronok saya tgk nenek saya berbual dgn sahabat-sahabat saya yg sgt bijak mengenakan saya.
Kami berakhir dgn ziarah rumah Sakinah dan solat Maghrib di situ.
Istimewanya, Sakinah menghidangkan Ketupat Sotong yang tidak pernah dimakan oleh Anis. Anis tercari-cari dimanakah letaknya pulut. Oh! Rupanya di dalam sotong. Jadi, saat ini diambil kesempatan oleh Anis utk mengambil gambar Ketupat Sotong, satu spesis yang baru dikenalinya.

25 Mei 2009 – Pulang ke Ipoh

KEMBARA 7
29 Mei 2009 – Ziarah bersama-sama Adik-adik TIKUS (Team Kembara Sufi)

Sehari sebelum Hari Lahir saya, adik Syaheera, Haq dan Syafiq bertandang ke rumah. Walaupun mereka agak letih dgn Program Ta’ruf Week yang baru selesai, mereka sanggup juga dtg utk menziarah sy.
Waktu petang, saya bawa mereka berjalan-jalan menjenguk Hospital Bahagia, Tg rambutan. Inilah juga kali pertama saya dapat masuk dan melihat keadaan hospital ini.
Kami tak dibenarkan utk masuk ke dalam dorm pesakit. Namun sempat juga kami berbual dgn guard yang berbangsa India di situ dan bertanya dgn mcm2 soalan.
Saya pun dah tak berapa ingat apa yang dibualkan.
Keadaan sekitarnya agak sunyi, hening dan damai. Sesuai utk org-org yang mencari ketenangan di sini. Tanahnya luas dan lapang. Ada juga kebun-kebun dan kolam ikan yang diusahakan oleh pesakit di sini. Ada pesakit yang dah sembuh pun tinggal di kuarters yang disediakan dalam hospital bahagia tu. Kata pak guard tu, “diorang tak ingat jalan pulang”
Pengajarannya, jagalah kesihatan mental. Hadapi Stress dan tekanan hidup dgn baik, sblm kita mendaftar di tempat yang indah ini.

30 Mei 2009 – Bertolak ke kampung di Terengganu

KEMBARA 8
2 Jun 2009 – Riadah bersama adik beradik di TER

Bukan senang kami 7 beradik nak berkumpul bersama. Walaupun semuanya belum berkahwin dan masih menetap di Malaysia, komitmen kerja dan belajar membuatkan kami susah utk berkumpul bersama. Kali ini, kami mengambil kesempatan ini utk beriadah di Pusat Bowling kat TER. Berhampiran dengan Masjid Terapung. Banyak kenangan manis di sini, terutama bagi yang baru belajar bermain Bowling dan sepupu saya yang asyik ‘masuk longkang’.
Semoga ikatan kami adik beradik berkekalan. InsyaAllah.

KEMBARA 9
10 – 12 JUN 2009 – PERKHEMAHAN REMAJA ISLAM (PEKA) DI TAMAN PERTANIAN SEKAYU, KUALA BERANG, TERENGGANU

Alhamdulillah, Kembara diteruskan dengan menjadi fasilitator di dalam program ini. Bersama-sama dengan Munirah Yusof, saya menimba pengalaman di Sekayu ini dan inilah kali pertama saya pergi ke Tempat Rekreasi ini.
3 hari 2 malam, Peka yang kelima ini mengambil konsep banyak beriadah dan bermodul berbanding dengan banyak slot ceramah utk PEKA sebelum ini.
Saya suka mengambil modul-modul daripada program-program yang saya ikuti.

Antara modul yang ada dalam program ni:
1- ICE BREAKING: guna kertas lekat kat belakang, tulis apa sahaja yang kita tahu ttg sahabat kita tu.
: Lantik ketua kumpulan, penjaga masa dan pencatat kesalahan
: Nama Kumpulan dan bendera Kumpulan
2- MENARA IMPIAN : Guna Straw, ranting,selotape dan kertas surat khabar
: bina rangka bangunan/menara yang kukuh
3- KU CARI DAMAI ABADI : Berjalan di dalam hutan/ taman yang gelap, semua peserta akan menutup mata kecuali seorang ketua kumpulan dan seorang pembantu yang akan memandu jalan kepada ahli kumpulan yang menutup mata.
: Ketua kumpulan dibekalkan dengan sebatang lilin dan diminta utk mencari cahaya lampu yang betul dan meminta arah perjalanan.
### Masa ni, habis peserta meraung-raung terkena penangan pacat yang menyambut kedatangan tetamunya. Saya pun terkena jugak sekor.
4- DEBAT : Yang mana perlu dibina atas sebidang tanah yang kecil? Tandas atau ruang tamu atau bilik tidur atau dapur?
5 – KEMBARA BERMISI : Peserta dikehendaki melalui semua chek point sepanjang sungai
6 – MUHASABAH : Oleh kerana tak ada orang yang nak cnduct, akhirnya saya dan munirah telah menjadi mangsa keadaan. Selepas sedikit tayangan, saya dan Munirah mula memulakan bicara muhasabah berbekalkan teks yang ada. Namun hasilnya bagi saya kurang memberangsangkan! Pengajaran bagi saya bahawa muhasabah biarlah dari hati, x perlu lagi berpandukan teks.

***Program ini menggunakan lagu ‘Satu Hati’ sebagai lagu tema. Bagi saya dan Munirah yang tak pernah mendengar lagu ni, kami mula sibuk untuk menghafalnya.

KEMBARA 10
12-13 JUN 2009 – IJTIMA’ MAHASISWA DAN SISWAZAH MEGERI TERENGGANU

Sempat berehat juga seketika, saya dan Munirah meneruskan Kembara kami ke program Ijtima’ ini. Kira-kira jam 6 petang, kami bertolak ke KUDQI (Kolej Universiti Darul Quran Islamiah) dengan menaiki kereta.
Saya yang bertugas sebagai timbalan PC mula bekerja membantu Sakinah. Biarpun terasa penat, namun ianya terubat dgn kehadiran peserta yang agak memuaskan hati. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan objektif program ini tercapai.
***Lagu Satu Hati turut dimainkan dalam program ini. Saya dan Munirah saling berpandangan dan tersenyum.

KEMBARA 11
15 – 17 JUN 2009 – QIYADI TRAINING CAMP, DI PUSAT REKREASI PANTAI MERANG, SETIU

Ini adalah program saya yang terakhir di Terengganu. Dengan menaiki kereta Kembara, saya, Munirah dan Sakinah serta AJK Pengangkutan yang lain mula bertolak ke Setiu. Perjalanan mengambil masa kira-kira satu jam lebih.
Program ni dianjurkan oleh Kelab Rakan Pusat Islam Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Ianya adalah program untuk pimpinan yang baru dilantik utk menerajui Rakan Pusat Islam (RPI), yang mana pesertanya berusia 19 tahun. Walaupun datang dari Pulau Pinang, namun pesertanya adalah dari kalangan pelbagai negeri.
Cuma konflik kepada saya. Erm, nak ckp loghat Trg atau loghat Kedah? Kadang-kadang tergeliat juga lidah bila bercampur keduanya. Akhirnya, saya lebih memilih utk bercakap loghat Kedah semasa mengendalikan slot atau sesi dalam kumpulan.
Agak berdebar apabila ahli kumpulan saya terdiri daripada lelaki dan perempuan yang sudah matang. (maksud saya bukan kanak-kanak). Namun, dengan usia tua 2 tahun, saya menganggap mereka betul-betul spt adik saya sendiri.

Antara modul yang sempat saya rakamkan:
1 – ICE BREAKING : saya turut menggunakan modul kertas yang menulis ttg keburukan dan kebaikan sahabat-sahabat yang mereka sememangnya sudah maklum kenal antara satu sama lain. Seterusnya, mereka dikehendaki utk mencipta lirik sendiri sbg lagu tema kumpulan, dan memilih salah satu lagu daripada lagu Balqis, Ayat-Ayat Cinta atau lagu rasmi Politeknik Malaysia. Kumpulan saya memilih lagu rasmi Politeknik Malaysia dan ini lirik yang dicipta oleh mereka:

Salahudin al-ayubi panglima perang,
Berjiwa zuhud dan berjihad,
Mencontohi Rasulullah dalam peperangan,
Bertimbang rasa, berilmu agama.

Ayuh RPI ayuh maju,
Bersama memantapkan organisasi,
Mencontohi para pemimpin Islamiah,
Islam is way of life.

Wah, mantop adik-adik!!!

2 – DEBAT AWLAWIYAT : mereka diberi beberapa komitmen lain selain menjadi peserta kepada program ini. 2 kumpulan memilih utk menjadi fasi kepada program dan selebihnya memilih untuk menjadi peserta kepada kumpulan ini. Setelah diprovoke oleh fasi dan urusetia, mereka mula menjadi pening-pening lalat. Akhirnya, Ustazah member penjelasan terperinci utk menghadapi situasi sebegini.
3 – AYAM DAN MUSANG : Penat ibu dan bapa ayam menjaga anak-anaknya
4 – DAM HAJI : menguji pemikiran.
: Ikat tali raffia pada pasir membentuk dam
5 – KAFIR VS ISLAM : susah sket nak terang modul ni
6 – CIPTA ROKET : tgk gambar
7 – MASUK SEMUA DALAM BULATAN KERTAS : koyakkan kertas membentuk bulatan sehingga mampu memuatkan ahli kumpulan.
8 – KOTAK – Kotak-kotak yang besar dan kecil dilukis di atas pasir, dan smua muslimin @ semua muslimat dikehendaki berada di dlamnya.
7 – MUHASABAH : Oleh kerana sebilangan orang-orang yang bertugas dalam program ini sama
dengan program di Sekayu spt Ustaz Alghazali, Ustaz Hadi dan Ustaz Afnan, jadi pada petang sebelum malam muhasabah tersebut Ustaz Alghazali telah berbincang dgn saya secara kasar berkenaan muhasabah. Jadi, pada waktu malamnya, saya menunggu agak lama utk perbincangan berkenaan muhasabah. Tunggu punya tunggu, akhirnya saya kira tak ada meeting dan saya tak bertugas utk mengendalikan muhasabah dan akhirnya saya pun mula g isi perut kat dapur dengan Ustazah Rosmawati.
Tiba-tiba Munirah memanggil saya utk mengendalikan slot ‘menurunkan graf’ seusai slot ‘graf tinggi’ selesai. Saya beristighfar banyak kali dan memulakan bicara muhasabah. Kali ini bukan berdasarkan teks, tapi dari hati saya sendiri. Yang paling saya ingat pada malam tu, saya dengar rintihan peserta-peserta yang cukup menggetarkan hati saya dan membuatkan saya menangis juga pada malam itu.
Laungan daripada peserta lelaki:
‘Ya Allah, aku berdosa Ya Allah’(byk lagi tapi tak ingat)
‘Allahuakbar’

Dan juga dari peserta perempuan:
‘Allahuakbar’

Lama juga mereka menangis pada malam itu. Saya yakin, mereka semua suci jiwa raga mereka hingga mampu menangis sedemikian. Sehinggakan ada seorang peserta muslimin yang mula goyah dan merasakan tidak layak utk memegang jawatan yang ada.
*** Lagu ‘Satu hati’ sekali lagi dimainkan dan turut menjadi lagu tema bagi program ini. Saya dan Munirah yang telah pun menghafalnya sama-sama menyanyikannya silih berganti. Sampai naik boring Sakinah mendengarnya sehinggakan dia pun dan mula nyanyi sekali.

17 JUN 2009 – bertolak ke Perlis.

KEMBARA 12
19 – 21 JUN 2009 – MUQAYYAM JAUHARIL BARI DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA ARAU, PERLIS ANJURAN BADAN KEROHANIAN ASRAMA (BAKA) UTK PELAJAR TINGKATAN 2

Waktu Kem ni, badan saya dah mula letih. Rasa kurang bertenaga dan inginkan rehat.
Namun, saya gagahkan juga dan semangat saya berkobar-kobar semula dengan kehadiran adik-adik TIKUS (Team Kembara Sufi) yang sampai 5 pagi dari UIA. (Tasha, Farah, Syaheera, Haq, Syafiq, Am dan Syauqqi. Tak lupa juga pada Anis Sakinah dari Insaniah)
Antara modul dalam muqaiyyam ini:
1- ICE BREAKING - Ta’ruf sambil menggulung benang di jari. Akhirnya akan membuahkan satu ikatan yang sakit di jari apabila saling menarik. Modul Ta'ruf Ikatan benang










2- SELESAIKAN MASALAH – selepas ceramah Pemimpin dan adab oleh ustaz Jamnul Azhar, kami memberi beberapa situasi utk dibincangkan dalam kumpulan, kemudian dibentangkan di akhir slot.
Cth soalan :
1- Yang mana satu pilihan anda, Pemimpin berilmu ttp x beradab atau pemimpin beradab atau tidak berilmu
2- Ketua pengawas bijak berdakwah, tapi bercouple pada masa yg sama. Apa tindakan anda?

3- PRAKTIKAL SOLAT – seorang moderator di hadapan dan fasi memantau adik-adik di belakang
4- EXPLORACE – Melepasi cek point sepanjang sekolah yang saya kira amat menarik
5- MUHASABAH (MALAM BURUNG HANTU)-
Tempat: Dataran perhimpunan
Pengendali : Akh Iqbal dan Akh Ikram
Antara step-step yang digunakan:
1) Tayang video ttg Sains (keajaiban Tuhan)
2) Tayang beberapa video sakaratul maut
3) Pelajar ikat mata
4) Fasi mula membawa mereka duduk sorang-sorang di mana-mana tempat berhampiran.
5) Fasi mula mengusik peserta. Antaranya goyang pokok, bunyi-bunyian, dentuman pintu dan bercakap-cakap dgn peserta.
6) Setelah beberapa lama diusik oleh hantu-hantu fasi, semua pelajar dikumpul balik. Ada juga peserta yang berwaspada dgn fasi yang menariknya,sehingga bersilat utk mempertahankan diri.
7) Kemudian, adik-adik dibenarkan utk membuka ikatan pada mata.
8) Bacaan doa taubat yang penuh syahdu oleh Akh Afif.
9) Solat sunat taubat di dataran yang dipimpin oleh Akh Syafiq Kamil.

Esoknya, TIKUS (Team Kembara Sufi) mencuri sedikit ruang utk berkelah di Gua Kelam sebelum mereka pulang ke UIA. Berbekalkan sedikit makanan yang disediakan oleh Unit Persegaran dan Unit-Unit lain, maka dapatlah kami semua bersantap di tepi sungai Gua Kelam. Manakala Pengarah TIKUS pun dapat makan durian yang dibawa oleh Tasha setelah mengidamnya sekian lama. Begitulah alkisahnya.

KEMBARA 13
23 JUN 2009 – KULIAH MAGHRIB DI SURAU ASRAMA SEK MEN KEB AGAMA PEREMPUAN, KANGAR, PERLIS.

Sementara saya masih di Perlis, saya bersama Kak Zaini (ex-SMKAP,DQ dan UIA Kuantan) mengambil peluang ini utk sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman di samping memberi semangat dan motivasi utk kejayaan adik-adik. Kak Zaini sebagai penceramah, mengupas tajuk-tajuk berkenaan dengan al-Quran. Utk pengetahuan, Kak Zaini merupakan johan 15 Juzuk pertandingan hafazan peringkat Kebangsaan baru-baru ini. Dia adalah senior saya yang byk mendorong saya utk masuk ke DQ satu ketika dahulu. Ceramahnya agak terkesan di hati saya dan banyak menggalakkan pelajar SMKAP utk mengikuti program persijilan atau diploma Darul Quran.
Terima kasih buat Ustazah Aizatul Fitrah yang sudi menerima kedatangan kami. Sesungguhnya kami tidak akan melupakan asal usul kami, insyaAllah.

KEMBARA 14
24 JUN 2009 – REUNION SAHABAT-SAHABAT SMKAP BATCH 05

Konvoi 2 buah kereta dari Perlis, reunion kali ini diadakan di Jitra, Kedah. Alhamdulillah, berkesempatan juga saya ikut reunion kali ini. Maklumlah, saya lah orang yang paling jauh berbanding dgn shbt2 lain yang tinggal di Perlis.
Antara destinasi/ aktiviti sepanjang reunion:
1) Riadhah, main bowling 3 set. Sampai sakit satu badan esoknya
2) Solat berjemaah
3) Naik bot di tasik Darulaman, Jitra Di Tasik Darulaman, Jitra







4) Makan di rumah Nurul Atiqah. Sakan mak dia masak

Alhamdulillah, lewat petang kami bertolak balik. Semoga ukhwah yang terbina ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Salam juang buat sahabat-sahabat tersayang.

25 JUN 2009 – Pulang ke Ipoh
27 JUN 2009 – Bertolak ke Shah Alam

KEMBARA 15
29 & 30 JUN 2009 – KEM BINA INSAN DI SMK TAMAN DATO’ HARUN, PETALING JAYA.

Alhamdulillah, program saya kini tiba di penghujungnya. Namun, bagi saya inilah task yang paling sukar bagi saya berbanding program-program yang lain. Mak su (ibu saudara) meminta saya mengendalikan satu program keagamaan & motivasi di sekolahnya. Saya mula mencari fasi dan saya diberi satu slot motivasi utk adik-adik tingkatan 1.
Alhamdulillah, cari fasi tak susah. Sahabat-sahabat saya dari UIA yang masih bercuti, dan tinggal di sekitar KL sanggup turun utk mencurahkan bakti dan jasa mereka pada adik-adik.
Tapi saya yang masih lagi keletihan, mula tertekan memikirkan ttg slot motivasi yang perlu saya beri nanti. Mula-mula saya download video-video yang berkaitan dan sy tgk semua gaya motivator. Sebenarnya ada tekanan dlm diri saya kerana ceramah pertama saya di Perlis agak kurang memuaskan hati. Dan utk kali kedua ini, saya berdebar-debar juga. Memikirkan method, isi, gaya dan lain-lain. Tambahan pula bilangan peserta lebih daripada seratus. Namun, pemberi semangat saya iaitu abah saya tidak henti-henti memberi idea, semangat, berkongsi pengalaman. Abah sudah banyak berceramah berkenaan Faraid, kini saya mula utk manjadi ‘anak rintik’. Tak lupa doa ibu saya yang sentiasa mengiringi.
Utk slide, ada sebahagian yang saya ambil daripada ceramah saya di perlis dulu. Jadi tak susah lah. Kalau dulu tajuk Anak Soleh, dan kali ini saya membawa tajuk “Kembara Kehidupan”. Akhirnya, siaplah juga slide saya.

HARI PERTAMA
Dikhabarkan, peserta hari ni adalah dari 6 kelas pertama. Jadi, byk budak pandai dan akhlak baik-baik insyaAllah. Selepas mereka solat sunat Dhuha, saya memulakan ceramah saya. Namun, saya kira bukanlah ceramah sangat sbb saya memilih utk lebih banyak bertanya dan berinteraksi berbanding saya bercakap banyak. Level mereka masih rendah dan mereka lbh suka tgk video.
Satu kepuasan bagi saya yang bercakap di hdpan, apabila mendapat respon positif dari mereka. Terutama daripada pelajar lelaki. Pelajar perempuan agak pasif. Mcm-mcm andaian dri shbt dan ibu bapa saya. Ada yang kata sbb saya ni perempuan(x tertarik), sbb saya tak pandai ambil perhatian, dan juga sbb perempuan lbh matang drpd llki. Wallahualam.
Slot seterusnya menara belon. Wah, mmg gamat sungguh waktu ni. Apatah lagi tak ada fasi lelaki pada hari ni, jadi fasi perempuan kena pegang kumpulan llk. Setiap belon yang pecah akan diiringi bunyi ‘booo’ adik-adik. Agak sukar utk mengawal keadaan ktk slot ini. Ada yang bergusti, meniarap, berlari-lari. Pendek kata letih juga dibuatnya. Dan ketika proses memecahkan menara pun adik-adik bukan main bersorak. Maklumlah, seronok tgk belon kumpulan lain pecah. Lepas habis kesimpulan, sahabat saya, Siti Aminah mengisi ruang kosong dgn beberapa modul yg biasa dimainkan di UIA.
Utk akhirnya, slot muhasabah yang dipimpin juga oleh Ukht Aminah, menyentuh berkenaan ibu bapa. Alhamdulillah, menitis juga air mata adik-adik llk dan perempuan.

HARI KEDUA
Untuk hari ni saya tak bersedia langsung utk ceramah sebab semalam terlalu letih. Semua fasi turut diingatkan bahawa peserta hari ni agak teruk sbb drpd kelas belakang.
Awal pagi saya sampai, beberapa pelajar dah ditangkap oleh guru Disiplin sbb merokok. Saya tersenyum sahaja.
Bila mula ceramah, pelajar perempuan focus. Ttp llki, awal-awal lagi ada yang mula bersandar di belakang. Tak kurang ada yg btul-betul semangat. Dok di depan sekali, bawah meja yang letak LCD pulak tu. Bila kali kedua bercakap perkara yang sama, saya lebih berkeyakinan, lebih lancar, guna idea yg sama, cerita yg sama.
Seperti hari pertama, adik-adik akan diam apabila dipasangkan video atau saya bercerita apa-apa berbanding saya mengemukakan fakta. Tapi saya rasa, bagi motivator yg betul-betul berpengalaman, tentu sahaja dia mampu memukau dan mengalih perhatian adik-adik peserta. Saya budak baru belajar, kalau salah tlg tunjukkan.
Satu perkara yg masih terkesan, apabila saya Tanya siapa yg merokok, mereka tidak segan silu mengangkat tangan. Apabila saya panggil ke hadapan, dengan selamba adik yg bersongkok dtg ke hadapan.
“Kenapa merokok?”
(tersipu-sipu)
“Rasa apa?”
“Manis”
“Apa kebaikan dia?”
“Semangat”
“Apa keburukan dia?”
“Mati/Penyakit”
“Nak berhenti tak?”
“Tak nak”

Itu baru kes rokok. Kes hisap gam, hisap dadah, zina pun dah ada pada usia ni. Bagi saya, mereka byk terpengaruh, bukan kehendak sgt. Persekitaran yg membawa mrk jadi mcm tu. Bila dah sekali kena, mulalah hanyut, ponteng sekolah.
Alhamdulillah, saya puas hati berinteraksi dgn mereka, dgn respon positif yg mereka berikan.

Slot menara belon terpaksa ditukar kepada menara Straw memandangkan takut tak terkawal. Alhamdulillah, 4 fasi lelaki dtg dari UIA PJ utk memegang kumpulan lelaki. Walaubagaimanapun, Zatil dan Aminah pun kena pegang kumpulan lelaki juga. Buat menara straw pun mcm-mcm kerenah jugak. Ada yg buat betul-betul. Ada yang main-main. Kesimpulan dipendekkan dan terus kepada muhasabah yang dikendalikan oleh Akh Syafiq Kamil. Alhamdulillah, sma seperti kelmarin. Adik-adik, perempuan mahupun llk menangis apabila disentuh hal-hal ttg ibu bapa.
Sungguh, saya yakin. Adik-adik ini hatinya masih suci dan perlukan usaha kita utk dilunakkannya. Mereka perlukan bimbingan. Kesiannya mereka, apalah nasib mereka apabila hidup dlm persekitaran yang mempengaruhi mereka.
Sekalung penghargaan buat semua fasi muslimin dan muslimat yang sanggup meluangkan masa utk berkongsi ilmu dan pengalaman dgn adik-adik.


Sekian sahaja, inilah post yang paling panjang pernah saya buat dan mengambil masa kira-kira 3 malam utk menyiapkannya. Inilah pengalaman Kembara saya, barangkali bermanfaat dan barangkali juga tidak. Kini pintu medan perjuangan di Kuantan semakin menghampiri saya dan sahabat-sahabat. Tiba masanya utk kita menyematkan azam baru, utk menadah ilmu dan memasakkan cita-cita utk mati sbg pejuang syahid, biarpun mati ketika pena di tangan.
Salam juang, salam Iltizam
Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.
Assalamualaikum wbt

Wednesday, June 3, 2009

Tangisan Pembaca Al-Quran

Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas, hadith yang bermafhum; “Bacalah Al-Quran dan menangislah. Sekiranya tidak dapat menangis, maka buat-buatlah menangis (paksa menangis)."

Menangis yang dimaksudkan di sini ialah tangisan yang tercetus dari penghayatan kerana memahami ayat-ayat Al-Quran. Jika kita benar-benar memahami isi kandungan Kitabullah ini, kita dikhabarkan dengan azab dan ancaman Allah Ta’ala ke atas segenap manusia yang mengingkari akan syar’iat, jiwa-jiwa yang enggan untuk mematuhi suruhan dan larangan Tuhan.

Kita akan sedar betapa lemahnya kita dalam melunaskan janji-janji kita terhadap Allah Azzawajalla. Jika pembaca Al-Quran itu tidak dapat menangis, maka berusahalah sedaya mampu untuk mengalirkan air mata. Demi mengelakkan sebesar-besar musibah ke atas dirinya, iaitu kegagalan untuk menghayati firman Tuhan.

Untuk menampung kesukaran dalam memahami ayat-ayat Allah Ta’ala, amatlah digalakkan bagi kita untuk mengalunkan bacaan Al-Quran dan mentadabbur ayat-ayat tersebut. Jangan sekali-kali lupa untuk merujuk terjemahannya.

Yusuf Al-Qardhawi menyatakan bahawa kesan dari membaca Al-Furqan bakal membentuk dua sifat sahaja, sama ada sifat orang kafir atau orang yang beriman. Karakteristik orang kafir telah dinyatakan di dalam ayat 5, surah Fussilat yang membawa maksud; “Dan mereka berkata, ‘Hati kami sudah tertutup dari apa yang engkau seru kami kepada-Nya, dan telinga kami sudah tersumbat, dan di antara kami dan engkau ada dinding, kerana itu lakukanlah (sesuai kehendakmu), sesungguhnya kami akan melakukan (sesuai kehendak kami).”

Di dalam ayat ini, ’al-kinnah’ ditafsirkan sebagai kunci yang menghalang seseorang untuk memahami Al-Quran. Contohnya, tidak berusaha untuk memahami dan mengambil iktibar dari ayat-ayat Allah Ta’ala. Manakala ‘waqrun’ didefinisikan sebagai penyumbat yang menghalang telinga dari mendengar Al-Quran dan ‘hijab’ pula suatu yang menghalang pandangan dari memahami intipati Al-Furqan.

Pembaca Al-Quran perlulah cuba sedaya upaya untuk memahami kalam Allah Ta’ala agar tergolong dalam kelompok orang-orang yang beriman. Inilah yang telah dinyatakan di dalam ayat 53, surah Al-Qasas, maksudnya; “Dan apabila (Al-Quran) dibacakan kepada mereka, mereka berkata ‘Kami beriman kepadanya, sesungguhnya (Al-Quran) itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan kami. Sungguh, sebelumnya kami adalah Muslim.”

Ayat 2, surah Al-Anfaal pula mengkhabarkan bahawa orang yang beriman apabila dibacakan ayat-ayat Al-Quran kepadanya, akan bertambahlah iman mereka. Juga mereka merasa gementar apabila disebut nama Allah Ta’ala!

Menurut Asma’ bin Abu Bakar, para sahabat Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam apabila mendengar bacaan Al-Quran, bergenanglah air mata serta dan bergetarlah kulit mereka lantaran rasa ketundukan sebagai hamba Tuhan.

Syed Qutb menambah tentang sifat yang paling menyerlah di kalangan para sahabat, iaitu menerima Al-Quran untuk mengamalkannya.

Abu Bakar As- Siddiq dan Umar Al-Khattab, ketika berada di sisi Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam telah ditanya oleh suatu kabilah yang sedang bertengkar; siapakah yang lebih layak di kalangan kabilah itu untuk menjadi ketua. Lalu Abu Bakar menjawab si fulan, dan Umar pula menjawab si fulan. Lalu kedua-duanya bertekak dengan dengan suara yang keras sehingga turun ayat 2, surah Al-Hujuurat (larangan untuk meninggikan suara di atas suara Nabi dan untuk bersuara keras). Setelah turun ayat tersebut, kedua-dua insan agung itu mengalirkan air mata dan berbicara dengan lemah-lembut apabila berhadapan dengan Nabi.

Ayuh renung sekilas kisah tentang sikap Imam Hassan Al-Banna yang asyik mendampingi Al-Quran. Abdul Rahman As-Saati (ayahnya) menceritakan bahawa di rumahnya hanya Allah Ta’ala yang menjadi saksi bahawa Al-Banna tidak pernah melepaskan mushafnya, membaca Al-Quran dan juga berzikir.

Lazimnya, Al-Banna akan memperdengarkan bacaannya kepada Al-Hafiz dari kalangan mereka. Jika tiada Al-Hafiz di situ kecuali dari kalangan kanak-kanak, dia tetap akan menyemak bacaannya dengan kanak-kanak itu. Sujudnya juga larut dalam keimanan. Apabila Al-Banna tahu bagaimana cara Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam mengaji, dia akan mengikut cara tersebut. Kadangkala Al-Banna membaca Al-Quran dengan penuh kegentaran, dan adakalanya gembira hingga terbawa-bawa di luar tilawahnya (apabila membaca khabar-khabar gembira yang diwahyukan oleh Allah Ta’ala).

Dikisahkan bahawa seorang anak murid Hassan Al-Basri di Basrah tidak datang ke majlis ilmunya, lalu beliau bertemu dengannya untuk bertanyakan sebabnya. Anak muridnya menjawab; semasa dia sedang membaca Al-Quran, dia terjumpa ayat 11, surah As-Sajjadah. Kerana terlalu takut dengan apa yang diberitakan oleh Allah Ta’ala, sehari suntuk dia menggeletar kerana memikirkan bagaimanakah nasibnya apabila berdepan dengan malaikat maut satu hari kelak.

Dua lagi ayat yang benar-benar menjentik sikap beraninya ialah ayat 100, surah Al-Mu’minun dan ayat 41, surah Al-Qaff. Ayuh kita sama-sama membaca ketiga-tiga ayat ini.

Bagaimana pula dengan perasaan kita?




ADUHAI MUSLIMAT KITA : ANDA TAK AKAN KE MANA KALAU...





Perempuan, Wanita dan Muslimah. Sinonimnya kata-kata itu mengibaratkan seorang yang luhur disertakan dengan kelembutan yang berhias di samping diri mereka, lalu keindahan hiasan itu menjadikan perempuan atau wanita itu dianggap lambang kesopanan, ketertiban, keanggunan, kejiwaan serta semua sifat-sifat kewanitaan, ada juga yang menyebut ciptaan mulia dan cantik ini sebagai jatidiri dan nilai ketimuran.


Perempuan,

Sikapnya sering menjadi tarikan kerana kelembutan yang dipelihara, juga kerana tingkah lakunya yang berhalus, dan yang lebih dipandang mulia adalah kerana adab yang disulamkan dengan kepelbagaian akhlak yang molek serta cantik dipandang mata. Oleh kerana itu, wanita atau perempuan yang baik-baik ini senantiasa menjadi rebutan sang kumbang. Kata hati seorang lelaki: biarlah si fulan (wanita) itu ilmunya tidak setinggi mana sekalipun, yang mahunya adalah akhlak dan budinya yang baik. Maka benarlah isi hati lelaki tadi, wanita yang baik walaupun tiada paras rupa yang cantik dan kurang ketinggian ilmu lebih dipandang, saya peribadinya amat bersepakat!

Wanita,

Lalu, mana-mana wanita menjadi lega hati gugupnya, bila si laki-laki memberi jaminan demikian. Maka berlumba-lumbalah para wanita memelihara kelembutan seorang wanita, kehalusan seorang yang bergelar dan lazim dipandang lembut serta mulus, sehingga ada yang buat-buat baik dengan memasukkan nilai luhur itu, ada juga setengahnya yang lebih bertegas, menolak segala sikap kekerasan dalam diri wanita semata-mata mahu menjaga nilai kelembutan seorang wanita di mata seorang lelaki. Akhirnya, itu tak boleh, ini pun tak boleh, semua tidak boleh. Mengapa? Kerana nanti malu dipandang oleh lelaki dan dicop sebagai wanita over, poyo dan tak tahu malu.

Lantas saya menolak tanggapan itu sebulat-bulatnya.



MALU PUN ADA, TAPI PADA TEMPATNYA


‘ana ingat nak minta ustazah saja yang berikan ucapan alu-aluan malam ini, baru nampak kelainan sedikit dalam majlis kita’

‘oh ya! Ana rasa muslimin lebih elok berucap, lagipun tak sesuai pula kalau muslimat ke depan’

Ini jawapan atau alasan saya tidak tahu dan kurang arifnya. Cuma yang saya pastikan, ada sedikit dalih.

‘ana dah cuba betulkan LCD ni tadi tapi tak bernyala juga, apa kata ustazah cuba pula. kalau boleh segera ya, majlis nak mula sekejap lagi’

‘ana malulah ustaz, ramai sangat muslimin di depan tu, ustaz sajalah yang betulkan. Majlis mula lewat sikit pun tak apa’

Kalau bukan jawapan, dalih atau hujah apa ya? Alasan pun bukan juga, mungkin juga saya kira mereka mahu menjaga nilai kelembutan seorang wanita dan tidak mahu dilabel sebagai muslimah yang tidak tahu malu. Iyalah, wanita ini kerjanya di belakang, kenapa tiba-tiba sahaja beria mahu ke hadapan? Tak tahu malukah? Saya tidak kata begitu, tapi kata-kata itu dilontar oleh seorang wanita juga.

Oh ya! Kalau muslimat itu kerjanya di hadapan dan tiba-tiba menggantikan tugas yang lazimnya dibuat oleh seorang lelaki mereka akan digelar tak tahu malu, poyo dan over? Minta beri ucapan, tak boleh! Nanti bimbang orang akan berkata itu dan ini. Lagipun kami ini golongan hawa, perlu menjaga malu berbanding muslimin. Lalu, malu yang macam inikah yang patut ada pada muslimah? Malu untuk ke hadapan? Malu untuk berbuat kebaikkan?

‘Saya amat kagum dengan mahasiswa-mahasiswa di Malaysia yang walaupun bukan bertitle agama dan bukan daripada jurusan agama, juga tidak memegang title ustazah ini berani ke hadapan khalayak waimah di depan lelaki sekalipun. Lantang bersuara menyatakan ketidakpuasan hati pada jalan yang betul. Dalam demontrasi jalanan, siswi yang tidak bergelar ustazah inilah yang mengepalai barisan dan sorak-sorak bersemangat. Namun, yang bergelar ustazah cuma menjadi penyambut sorak dan takbir yang menyorok di belakang sepanduk-sepanduk. Kecil dan tawadhu’ kalau dilihat dari jauh’

Malu! katanya bila ditanya.



Saya bukan mahu memburukkan mana-mana muslimah, tetapi gejala buat-buat malu dan hipokrit seperti ini sudah lali, muak dan jelek dilihat. Di kampus, apabila berjalan dan bertembung dengan muslimin, mukanya akan ditundukkan ke bawah, lembut gemalainya mengalahkan bidadari dari syurga, sopan saja mengatur susun langkahnya, kalau ada jalan atau susur laluan yang lain, sebolehnya tidak mahu melalui jalan yang dilalui oleh muslimin, oh dasyatnya? Tetapi, apabila di luar kampus? Dialah heroin! Menegur orang lelaki tidak kira tempat, gelak-tawa dialah yang paling tinggi melodi suaranya, bersembang pula dialah yang paling banyak komen dan umpat keji. Namun bila di suruh ke hadapan? Oh tidak boleh, kami sebagai wanita mesti dipelihara malu itu.

Kenapakah begitu wahai para Muslimah?

Saya mahu simpulkan ini dalam beberapa perkara. Yang pertamanya mungkin kerana muslimah sudah hilang ‘KEYAKINAN DIRI’ sedikit demi sedikit untuk membuat kerja-kerja yang sepatutnya boleh dilakukan oleh mereka. Menganggap diri sebagai ciptaan tuhan yang terlalu lemah adalah alasan dan sebab muslimah akan kehilangan daya itu, lantas terhakis dibuang jauh dan dimasukkan pula sikap malu yang kadang-kadang tidak kena pada tempanya. Saya amat yakin bahawa muslimah ini seorang yang kuat jiwa keperempuanannya dan mampu melakukan apa saja aktiviti yang dilakukan oleh seorang lelaki sekiranya ia tidak bertentangan dengan landasan syarak. Janganlah merasa terlalu rendah diri dengan title seorang wanita yang masih menggaggap diri mereka lemah dan pemalu.


KAGUM DENGAN SIKAP BERANI

Wahai muslimah, andai kenal siapakah orang yang lantang bersuara di kalangan perempuan Islam di zaman Nabi saw dahulu? Ingat lagi pada Saidatina Aisyah? Dia bukan sahaja lantang bersuara di hadapan lelaki mahupun wanita, bahkan menjadi tempat rujukan terkemuka di zaman itu dari segala permasalahan-permasalahan agama. Saya sejujurnya mahu melihat muslimah seperti itu di hadapan mata saya, namun belum lagi ditemui.

Saya amat kagum dengan mahasiswa-mahasiswa di Malaysia yang walaupun bukan bertitle agama dan bukan daripada jurusan agama, juga tidak memegang title ustazah ini berani ke hadapan khalayak waimah di depan lelaki sekalipun. Lantang bersuara menyatakan ketidakpuasan hati pada jalan yang betul. Dalam demontrasi jalanan, siswi yang tidak bergelar ustazah inilah yang mengepalai barisan dan sorak-sorak bersemangat. Namun, yang bergelar ustazah cuma menjadi penyambut sorak dan takbir yang menyorok di belakang sepanduk-sepanduk. Kecil dan tawadhu’ kalau dilihat dari jauh.

Malu! katanya bila ditanya.


LANTANG TAPI PENAKUT?

Ada juga muslimat yang berani, tapi beraninya di kalangan kelompok mereka sahaja. Hujah mereka yang berjela-jela dan mantap itu hanya berlangsung ketika di belakang muslimin sahaja, namun perbahasannya masih tertutup dalam kongkongan tempurungnya, dengan erti kata lain, hanya bercakap dan pandai memberi kritikan sesama rakan-rakan seusrah atau lebih besar sedikit ketika usrah gabungan. saya pasti orang-orang ini bila di suruh ke hadapan dialah yang mula-mula melarikan muka agar jangan dipilih.
Lantang bersuara biarlah di tengah-tengah khalayak ramai, agar semua tahu apa kebenaran yang mahu kita sampaikan. Lantang di belakang apa gunanya? Tak akan masih mahu mengharapkan muslimin juga? Sampai bila muslimat tidak akan berani.


MUSLIMIN YANG TIDAK MENDORONG DAN PASIF

Muslimin pun terlibatkah?

Sepatutnya, musliminlah yang menjadi pendorong semangat kepada para jelitawan muslimah agar mereka mampu terkehadapan dan berani. Memberi peransang dan peluang untuk muslimat bercakap serta ruang mengemukakan pandangan dalam apa jua apsek tindakan yang memerlukan buah fikiran daripada muslimat, bukannya memberi kata pelemah atau terus ‘kondem’ dengan pendapat daripada muslimat. Ini bukan daya penaik atau pembimbing tetapi pelemah semangat.

Saya tahu mengapa lelaki kuat dan lazim benar bersikap begini terhadap muslimat, tidak lain dan tidak bukan kerana terlalu ego untuk menerima pandangan muslimat. Ustaz-ustaz tidak mahu idea para muslimat yang bernas lagi matang itu mengatasi idea-idea mereka, ini akan menjatuhkan air muka lelaki, kata mereka. Lelaki pula, apabila melihat muslimat menggugat kredibiliti mereka, apalagi mulalah mereka menyekat dan kondem bulat-bulat suara di kalangan muslimat. Langsungnya muslimin terus dengan keegoannya dan muslimah bersama sikap kelesuan dan sifat malu angkara sikap muslimin yang tidak langsung mahu memberi peluang dan menyekat pandangan mereka.

Tidak kiralah di mana, ketika mesyuarat atau apa-apa sesi muhasabah sekalipun, apabila mula melihat seorang muslimat itu kerap kali bangun memberi komen juga terlebih dari sudut idea dan buah fikirannya, ustaz-ustaz sudah mula tidak boleh duduk diam, punggungnya agak kepanasan, dalam hati mula melalut berkata dan menganggap yang bukan-bukan pada muslimat: 'muslimat poyo! cakap sahaja berjela-jela, tapi tak serupa bikin!'

Muslimin, tolonglah jangan bersikap begitu ya! Terimalah keterbukaan dalam menerima apa jua idea, sekalipun dia seorang wanita.

Muslimat pula, jadilah seorang yang berani dalam perkara kebaikkan sekalipun anda duduk di sekitar khalayak yang ramainya melebihi lelaki di sekeliling. Buangkan malu tidak bertempat itu.

Akhirnya, muslimat, wanita dan perempuan perlulah segera sedar agar kepentingan untuk menempatkan kedudukan muslimah di hadapan adalah rasional yang amat-amat penting dan perlu diutamakan ketika ini. Kita dicabar oleh wanita-wanita non-muslim yang lantang bersuara, walaupun apa yang mereka perjuangkan itu belum tahu asas kebenarannya. Lantas kita sebagai muslimah, wanita dan perempuan yang beragama ISLAM perlu gah dan tidak perlu malu untuk ke hadapan bagi menyatakan apa yang sepatunya dibenarkan. Biarlah status kita sebagai muslimah yang sinonim dengan kelemahan budi dan akhlak tetapi kuat jiwanya, siapa tahu muslimah inilah sebagai penggugat dan penyambung kekuatan muslimin suatu hari nanti. Sebab itulah ada pepatah yang menyebut: ‘TANGAN WANITA YANG LEMBUT BISA MENGGONGCANGKAN ISI DUNIA’

Muslimah, jadikan kata-kata itu sebagai penguat semangat dan pendorong yang mampu merubah masa depan anda kepada seorang yang malunya bertempat dan berani pada menyatakan yang hak. Muslimah yang kuat dan berani adalah muslimah yang malunya dipelihara dan kental jiwa raganya. Malu kerana menjaga maruah dan berani juga kerana mahu mendaulatkan maruah.
Muslimah, buktikan!

justeru itu, adakah...

Justeru itu....

Adakah anda seorang muslimah yang mahu digelar pasif juga pengecut? Biarlah kita dikatakan over tetapi kita terus dengan prinsip untuk menjulang martabat muslimah dengan cara merealisasikannya dalam gerak kerja.

Anda pula bagaimana? Bersetuju?




Sumber : http://afiqsaleh.blogspot.com/2009/05/aduhai-muslimat-kita-anda-tak-akan-ke.html

Tuesday, May 5, 2009

MUSLIMAT: POWER! POWER! POWER!

“Saya sudah lali, sudah mangli dengan ungkapan 'pelemah semangat' yang sering dituturkan muslimin tatkala melihat ada muslimat yang mungkin pada pandangan mereka 'agak menonjol' dan 'terkehadapan'. Saya juga sudah biasa sangat dengan persepsi-persepsi kaum Adam, dengan pandangan dan lirikan sinis mereka tatkala saya bangun untuk memberikan pandangan dalam mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan. Tak kurang ada yang senyum-senyum, gelak-gelak, berbisik-bisik. Pelbagai reaksi ditunjukkan. Dalam sesi muhasabah muslimin-muslimat, pernah ada seorang muslimin menyatakan yang dia pelik dengan saya yang tak serik-serik untuk bangun dan bagi pandangan walaupun saya pernah dikritik dan kehadiran saya kadang-kadang 'tidak disenangi' muslimin kerana 'menggugat' mereka. Saya tak katakan semua muslimin begini. Ada segelintirnya memang absolutely macam ni ! Saya tak kata saya bagus sangat, sebab saya memang tak bagus sangatlah saya masih tidak boleh diterima oleh semuanya!

Salah satu sebab muslimat terus terkebelakang antaranya kerana inilah. Tak tahan dengan penangan dan kerenah muslimin yang jenis ni. Tapi hakikatnya, sebab ini bukanlah 'real problem' kepada kelesuan gerakan muslimat, tapi hanya sekadar 'presented problem'. Realnya muslimat selalu berdepan dengan masalah krisis keyakinan diri, rasa rendah diri (inferior) yang tak bertempat, malu yang tak perlu dan juga dibuat-buat. Pergi lebih dalam lagi, muslimat sebenarnya selalunya sangat kurang membaca, kurang kemahiran. Inilah antara penyebab utama pada pandangan saya, gerakan muslimat tak boleh sekencang gerakan feminisme liberal yang lain, tak mampu pergi jauh memimpin dan membuat perubahan.

Justeru, muslimat perlu 'sedar' dan 'terasa' akan hakikat ini. Saya sendiri sebenarnya cukup-cukup terasa. Saya tahu ada insan-insan diluar sana yang mengatakan yang muslimat "POYO" , bercakap je lebih dari tindakan. Bercakap pulak kosong, tak berisi. Itupun kalau bercakap, berdozen-dozen muslimat hanya mampu menjadi tukang angguk dan tukang geleng sahaja dalam mesyuarat-mesyuarat penting, hingga kadang kehadiran mereka tak dirasai pun. Inilah antara agenda-agenda ujian yang menguji gerakan muslimat.”


Petikan ni ana ambil daripada blog kak nurul syuhada, zaujah Ust Syaari. Sangat setuju dengan pernyataan ni! Membawa ana utk berfikir panjang serta menganalisis. Benar! Muslimat selalu menjadi bahan dengan isu ‘lemah’.
Muslimat lemah.
Muslimat selalu rendah diri.
Muslimat senyap dalam meeting.
Muslimat cakap banyak sangat dalam meeting.
Muslimat tak thiqah di belakang muslimin.
Muslimat dq dulu vs muslimat dq uia jadi perbincangan.
Lagi? (tambah sendiri)

PERSOALAN (utk dijawab)

1)Ada senior ana katakan, muslimat banyak futur sebab bila dah kahwin, sibuk dgn anak-anak dan keluarga. Malah, perancangan sebelum berkahwin pun tidak diletakkan bagaimana kehidupan dlm perjuangan kita selepas memiliki keluarga sendiri.
Banyak kisah anak-anak terabai dek ibu dan ayah yang sibuk ‘berjuang’. Bagaimana agaknya kehidupan seorang muslimat menguruskan keluarga di samping tidak mengenepikan perjuangan? Muslimat fulltime?


2) Muslimat tak semuanya berani bercakap di hadapan. Yang tak berani, mungkin sebab rasa tak ckp ilmu, tak layak, rasa tak perlu, malu, takut idea tak bernas, soalan ntah ape-ape.

Monolog kebiasaan :
“Kalau aku tanya soalan, soalan ni simple je. Ntah-ntah semua org dah tau ”
“Kalau aku bgn jwb, jwpan tak semantap budak DQ yang lengkap dengan dalil, hujah, hadith”
“Kalau aku bangun, muslimin akan pandang aku dengan pandangan penuh kePOYOan mereka pada aku”
“Kalau aku bagi idea, mesti awal-awal lagi kena reject. Better aku dgr je idea org lain ”

“Kalau aku ………”
Banyaknya kalau..

Apa cara dan jawapan terbaik utk meningkatkan motivasi insan-insan yang bermonolog seperti ini?

3) Aku bersekolah di sekolah semuanya perempuan. Bila masuk DQ, pemikiranku agak jumud lantaran suasana di DQ begitu meng’attack’ku utk menyempitkan fikiran. Muslimat menjadi agak takut utk berhadapan dgn muslimin. Dalam kelas Bahasa Inggeris, aku rasa tak banyak muslimat bersuara utk menunjukkan skill mahupun kebolehan mereka. Aku tahu kenapa.. MALU dgn para hafiz Quran. Sesetengah Huffaz tidak suka utk melihat muslimat yg menonjol dan terkehadapan. Adakah thiqah, jaga pandangan, atau ego?

Apa cara terbaik utk muslimat berani ke hadapan dgn mengekalkan ke’izzahan mereka sbg srikandi Islam? Perlukah utk tampil di kaca mata televisyen dengan berfesyen semata-mata memenuhi syrat pihak TV utk memudahkan kita berdakwah pada org ramai?


4) ana pernah terfikir dan masih blm dpt jwpannya. Kalau muslimin kuat solat, akan ada tanda hitam di dahinya. Tapi ana tak pernah lihat tanda hitam di dahi muslimat. Kenapa ya?


5) katakan seorang muslimat ni mengalami penyakit ‘malu’ yg kritikal. Bercakap kat dpn pun malu, menulis ttg dakwah pun malu, bekerja pun malu. Agak-agak apa yg dia boleh buat utk membantu Islam?

Ada jawapan?
Jom kongsi

Allah-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi[1394] dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, QS 48. Al Fath :4.
Yaa.. Allah… berolehkanlah kami kekuatan dan kesabaran dalam beribadah kepada-Mu Allahumma Amiiiin

Saturday, May 2, 2009

Aku Hamlatul Quran

Bisikan ketenangan menyelubungi nurani, kesyahduan ku rasakan amat bererti, acap kali ku terdengar alunan suara insan-insan kerdil
membasahi lidah dengan kalamMu Ya Ilahi, tiada putus-putus mendampingi kitabMu, membaca, mentadabbur, meneliti ayat-ayat suci. Segolongan insan yang dihormati, segolongan insan yang dipandang tinggi, inilah insan yang bergelar Hamlatul Quran, iaitu pendukung kitab suci. Hamlatul Quran itulah aku!

Terngiang-ngiang di telingaku ungkapan kata yang penuh makna, yang hanya dapat dihayati oleh hati-hati yang suci. Wasiat Ibnu Mas’ud yang berbunyi..

“...seharusnya bagi seorang Hamlatul Quran itu mengetahui...
malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang
sia-sia, dan khusyuknya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia...”

Aku merenung sejenak, Hamlatul Quran...begitukah aku?

Kata-kata itu mengetuk fikiranku, menyentuh hatiku, menyedarkan aku dari lamunanku, betapa Hamlatul Quran yang hakiki adalah insan-insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan, mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dalam keperitan..Baru ku sedar, Hamlatul Quran..kau luar biasa!

Tatkala ku imbas kembali kisah silamku yang penuh dengan kelalaian, kealpaan, keseronokan seperti orang-orang kebanyakan, sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dengan diri yang dhaif ini..

Namun... Kau anugerahkan jua aku kemuliaan ini, menjadi salah seorang insan pilihanMu, di dalam dunia Hamlatul Quran yang penuh dengan janji-janji manis di akhirat nanti.. ibu bapaku bakal Kau pakaikan dengan mahkota sebagai hadiah pengorbanan mereka mendidik ku mengenali kehidupan insani.

Tidak mahukah engkau dibangkitkan dengan sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah yang berseri-seri? Hamlatul Quran, alangkah beruntungnya dikau..!

Sahabat-sahabat Al-Quran, sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu? Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi? Ataukah manusia yang yang masih bertakhta di sanubari? Ataukah kasih manusia yang masih kau dambai? Pernahkah kau rasakan
Al-Quran itu teman sejati? Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi..yang implikasinya tidak sama dengan realiti kehidupan Hamlatul Quran?

Sahabatku... ingatlah, kita dipertemukan kerana Al-Quran, ukhuwwah mahabbah yang terjalin ini atas nama Al-Quran, dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah aku seorang Hamlatul Quran yang sejati dan hakiki, sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi. agar kehadiranku di dunia ini dihargai. Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri. Sesungguhnya kehidupan di dalam dunia ini sungguh indah tidak terperi dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati. Lantas itu, ku pinta padaMu Ilahi, agar saat-saat akhir hayatku, alunan kalamMu jua yang mengiringi pemergianku.

Friday, April 17, 2009

PEMILIK HATIKU..setelah Allah & Rasul

PEMILIK HATIKU..setelah Allah & Rasul
Ni tajuk buku baru, karangan Fatimah Syarha..
Buku ni dibeli oleh Kak Jie kat Book Fair PWTC, tapi ana yang baca dulu.
bukunya simple, nipis tapi padat.

Ana pernah jumpa face to face dgn kak Syarha dan suami dia masa Kuliah Srikandi PRESSS. Kak Syarha mmg lembut orangnya.Dan semasa beliau bagi ceramah, ana dapat rasakan kasih sayang yg terbit dari hatinya sampai kepada kami yang mendengar ni. Tak hairanlah, buku kak Syarha penuh dgn kelembutan dan byk menyentuh emosi remaja terutama muslimat. mungkin inilah kelebihan yang Allah kurniakan pada kak Syarha. namun kelebihan ini dikongsi bersama, dan dia berusaha menyelamatkan gadis-gadis yang sdg hanyut dgn cinta..

KAGUM..
beliau mampu menjadi ikon remaja yg mempunyai ketegasan dalam kelembutan dalam memilih haluan hidupnya. Beliau berkongsi bagaimana utk memiliki cinta yg suci murni, bukan cinta dalam debu, yg penuh dgn habuk jahiliah.

Walaupun telah berkahwin, kini dia berkongsi pula bagaimana untuk menjadi Isteri yang solehah setelah berjaya melalui zaman remaja yang penuh dgn dugaan.

Buku ni lebih berkisar ttg catatan hati seorang isteri yang cukup berhati-hati dan waspada memilih suami. sama ada cerita yang dlm buku ni adalah kehidupan kak Syarha sendiri atau tidak, wallahualam. yang penting, ambillah yang baik dan sama-sama amalkan.

INDAH..
bila segalanya kerana Allah.
jika masih remaja, biar sibukkan diri mencari cinta Allah. kerana, di situlah permulaan bagaimana kita akan mencorakkan keluarga kita kelak. di sinilah peringkat tarbiyyah adalah fardu muslim.Kalau masa remaja dah sibuk bercinta, bila dah berkahwin, cinta jadi makin pudar. masing-masing dah jemu dan mula berperang antara satu sama lain.

BERBEZA..
Cinta yang bermula di arena perkahwinan dgn cinta yang bermula sebelum diijabkabulkan. keberkatan cinta pasangan yang menjaga diri sebelum perkhwinan amat memberi kesan pada kebahagiaan rumahtangga.

Buku ni bagus, memberi semangat dan motivasi pada diri kita untuk mencari keberkatan di sebalik kehidupan. kdg2 kita kerap tertipu dgn diri sendiri. sangka kita, kita dah pilih jalan yang terbaik, namun rupanya ianya cuma nikmat sementara shj.tak kekal pun. cthnya, sblm berkahwin punya byk kongsi tazkirah sampai lewat mlm. kejutkan tahjud, ingatkan solat.. Fuh, bkn main lagi. tapi bila lps kawin smua tu hilang entah ke mana..

pasangan yang dpertemukan atas dasar perjuangan lebih kukuh dan terjamin drpd pasangan yang tidak mempunyai matlamat perkhwinan kerana Allah. kerana apabila sesebuah perkhwinan itu dilanda badai yang menghempas kuat, masing-masing akan ingat Allah. Allah lah penyelamat, Allah lah tempat mengadu, meminta agar dikuatkan hati. Malah Baitul Muslim dirancakkan lagi dgn taman-taman ilmu, penuh mawaddah wa rahmah. anak-anak dididik dgn mengenalkan mereka pada Islam.

Keluarga yang bahagia bermula daripada peribadi ibu dan ayah..

Tuesday, April 14, 2009

KITA SERING BERALASAN…



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Lama benar tak jenguk blog ni. Sibuk? Tak lah. Cuma tak ada kemudahan internet di rumah. Jadi kalau ada kelapangan, kadang-kadang pergi juga ke CC. Boleh juga tau perkembangan semasa.


Percutian selama hampir 4 bulan harus dimanfaatkan. Rugilah kalau masa yang dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa ada pengisian. Semakin hari, umur semakin berkurang. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Kita sendiri tidak sedar yang kita sebenarnya semakin mendekati kematian.


Menyebut tentang kematian, akhir-akhir ini ana banyak menghabiskan masa dengan membaca buku-buku sirah. Tak lain tak bukan, apabila ianya berkaitan dengan peperangan, pasti mati syahid menjadi idaman pejuang muslim. Mereka hebat, berjuang tak gentar. Dek kerana nikmat syurga yang Allah tawarkan pada mereka, mereka berlumba-lumba terjun di medan peperangan, menghapuskan kaum kuffar laknatullah, dengan memegang satu prinsip, ‘Mati Syahid atau Hidup Mulia’.

SHEIKH AHMAD YASIN atau nama sebenarnya Ahmad

Ismail Yasin, seorang bintang yang popular dalam perjuangan Islam. Seorang bintang yang mana beliau bukanlah terkenal kerana ketampanan, kecantikan, suara yang merdu atau lain-lain seperti yang diraih oleh Siti, Mawi mahupun Nabil, bahkan beliau seorang yang lumpuh seluruh badan, hilang upaya melihat pada mata kanannya dan kabur mata kiri. Akan tetapi kerana semangat perjuangannnya membela Islam, dan beliau mampu menghidupkan dan menaikkan semangat pejuang-pejuang Palestin untuk terus mara kehadapan tanpa keraguan.

Bintang ini begitu dikehendaki oleh pihak Zionis. Biarpun lemah dan tidak berupaya, malah apabila hendak bergerak pun memerlukan pertolongan orang lain, namun beliau tetap digeruni oleh musuh. Beberapa serangan peluru berpandu yang dilancarkan dari helicopter Apache dan jet pejuang F16 gagal mengenai tubuh lemah itu, hinggalah pada pagi Isnin 22 Mac 2004, ketika baru selesai menunaikan sembahyang Subuh berjemaah di masjid, tokoh utama dalam perjuangan umat islam Palestin ini gugur syahid setelah tubuhnya hancur berkecai diletupkan oleh peluru berpandu.


Hilangnya seorang bintang popular. Jasadnya disemadi, rohnya mengadap Ilahi, namun namanya tetap di hati.


Soalnya, dengan jasad yang lumpuh dan tidak berupaya, beliau masih mampu dan tetap gah mewarnai arena perjuangan dengan ketaqwaannya pada Allah. Zionis yang lengkap dengan senjata pun gerun pada Sheikh Ahmad Yasin ini. Ketokohan pejuang ini eloklah dijadikan iktibar bagi kita yang sihat walafiat dan seringkali mencari alasan. Kononnya kita masih lagi belajar, dan tidak mahu memikirkan hal-hal jihad. Atau tidak cukup ilmu, harta tidak ada, ibu bapa tidak mengizinkan, berpenyakit, diri masih muda, rakan-rakan tidak membantu… seribu alasan dicari semata-mata untuk menjadikan diri tidak layak lagi untuk menjejakkan kaki di medan perjuangan. Menuntut ilmu juga adalah ruang jihad. namun, apabila hanya sekadar mengejar keuntungan duniawi, maka ia tidak lagi dikira jihad kerana ianya hanya menguntungkan diri, bukanlah mengungtungkan Islam.


Teringat kisah seorang srikandi Islam, yang dipanggil Ummu Mahjan. Beliau seorang wanita yang berkulit hitam, miskin dan bertubuh lemah. Beliau menyedari bahawa dirinya memiliki kewajipan terhadap akidahnya dan masyarakat Islam, lalu apa yang boleh beliau lakukan padahal beliau adalah seorang wanita yang tua dan lemah? Akan tetapi beliau sedikit pun tidak bimbang dan ragu-ragu dan sedikit pun tidak ada rasa putus asa dalam hatinya. Putus asa adalah perkara yang tidak dikenal di hati orang-orang yang beriman. Begitulah, keimanan beliau telah menunjukkan kepadanya untuk menunaikan t’jwab yang besar. Maka beliau membersih kotoran dan dedaun daripada masjid dan beliau menjaga kebersihan rumah Allah (masjid) kerana dengan tubuhnya yang lemah, itu sahaja yang mampu beliau lakukan.

Ummu Mahjan tidak memandang remeh soal menjaga kebersihan kerana itu sememangnya dituntut dalam Islam. Beliau terus menerus melakukan pekerjaan tersebut dan akhirnya wafat. Rasullulah menyedari akan kehilangan beliau lalu menyolatkannya di kuburnya, lalu bersabda:
“Sesungguhnya kubur ini terisi dengan kegelapan ke atas penghuninya dan Allah meneranginya bagi mereka kerana aku telah menyolatkannya”. Semoga Allah merahmati Ummu Mahjan yang sekalipun beliau adalah seorang yang lemah dan miskin, namun beliau telah berperanan sesuai dengan kemampuannya.



Lihat pula keadaan diri kita yang hidup dengan serba kemewahan dan kesenangan. Hendak apa semua ada. Lantaran sering berada di zon selesa, kita menjadi pengecut untuk menjadi anak muda yang mempunyai kekuatan semangat, cita-cita, keazaman, idealism untuk merubah dan menjadi agen perubahan. Masa tidak menunggu kita. Ayuh, kita mulakan azam baru. Tajdidkan niat, dan usah menjadi pejuang yang sentiasa beralasan. Kerana jika Sheikh Yasin beralasan kerana sakit dan lumpuh, mana mungkin beliau mampu menjadi perwira agama, menemui Tuhan dengan senyuman. Semoga Allah merahmati roh beliau. Amin.

Rujukan:
1) Ahmad Yasin dan Rantisi dalam kenangan, karangan Ibnu Ismail.
2) Peranan Wanita Pada Zaman Rasulullah SAW, karangan Puan Amina dan Kamilarini.

Cerpen 2 - KETULUSAN HATI


Petang itu, bayu angin menyinari sinar petang. Sangat indah. Awan comel berambal-ambal di langit. Cahaya matahari berselindung segan silu di sebalik awan menjadikan suasana redup dan teduh.
“Kehidupan dan ujian adalah satu rangkaian yang tidak dapat dipisahkan lagi. Tidak dapat tidak semua manusia pasti akan diuji menurut darjat keimanannya. Semakin dekat menghampiri RabbNya, semakin kuat pula dugaan. Mengapa sedemikian? Kerana Sang pencipta ingin sekali menguji kekuatan cinta Sang Hamba kepada Sang Pencipta.
Mudah untuk kita melafazkan bahawa kita cinta kepadaNya. Namun payah benar menghadapi dugaan perasaan dek ujian bertalu yang diterima.
Kehilangan, kugundahan, kegelisahan, kesedihan, kekecewaan… lumrah hidup manusia utk merasainya tatkala dihadapkan dengan mehnah”, Fatimah menghurai panjang lebar sambil merenung keindahan tasik Darul Quran yang berada di hadapannya. Sungguh cantik ciptaan Allah, tidak cukupkah bukti kebesaran Allah ini mengajak manusia untuk kembali ke pangkal jalan, bisik hati Fatimah.

“Benar.Tapi Fatimah, ana tak pernah lihat anti bersedih. Sejak ketiadaan ibu bapa, anti nampak tetap ceria menguruskan adik-adik anti,” Adlin mengesat air matanya yang tumpah.
“Suratan takdir, Lin. Siapa kita untuk mempersoalkannya.”

“Tapi ana, sehingga sekarang masih membawa hati yang lara ini. Hati ana dah jauh dari keluarga sendiri. Sahabat-sahabat lain mengatakan ana tidak bersyukur kerana ana masih mempunyai keluarga yang sempurna, sedangkan anti tidak. Tapi, perasaan kecewa yang wujud dalam diri ana sukar untuk dibendung”.

“Kenapa dengan keluarga anti?”
“Entahlah, ana jauh hati mungkin kerana keluarga ana ditimpa banyak masalah. Ana sendiri kesal dengan cara didikan ibu dan ayah ana sehingga kami adik beradik menjadi begini. Lihat sahaja kakak dan abang ana, jauh dari landasan yang sebenar. Malah, titipan kasih sayang dalam keluarga juga tidak dirasai”.
“Anti tak bahagia? ”
“Tidak. Saban hari ana hanya menangis. Ana rasa sama sahaja kalau ana ada atau tidak di rumah. Ana seperti tiada kepentingan dalam keluarga.”
“Anti kesal?”
“Entahlah, hati ini sukar difahami”, Adlin mula sebak. Tidak dapat ditahan lagi, air mata panas mula mengalir keluar mengairi pipi.

“Adlin”, Fatimah menoleh memandang sahabatnya yang mula tertunduk sayu.
“Cuba tanya dirimu, ikhlaskah menerima ujian ini? Sebagai seorang hamba, kita harus akur menerimanya biarpun perit”, Fatimah menelan air liur. Dua wajah tersayang terbayang di hadapannya.
“Adlin, sewaktu ana menerima berita kematian ayah ana, hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya perasaan ana waktu itu. Ibu ana baru sahaja meninggalkan kami yang masih dahagakan kasih sayang, kini ayah pula yang menyusul pergi. Sayu hati ana melihat adik-adik yang masih kecil, melihat pemergian ibu dan ayah sedangkan rakan-rakan sepermainan masih ada tempat bermanja.”

Fatimah cuba sedaya upaya menahan butir-butir mutiara dari kelopak matanya gugur. Dibiarkan bertakung dan cepat-cepat dikesatnya. Fatimah menyambung lagi.

“Ana cuba mencari kekuatan diri. Ana anak sulung. Mana mungkin ana lemah sedangkan analah penjaga dan teladan buat adik-adik ana. Waktu tu, sahabat-sahabat banyak memujuk dan memberi kata-kata semangat untuk meneruskan kehidupan dengan tabah. Namun, ana masih lagi bersedih . Masih belum ada yang mampu memujuk. Kehilangan mereka begitu dirasai. Ana seolah tidak mampu lagi meneruskan kehidupan.”

Adlin mendengar bicara Fatimah satu persatu. Dia ingin mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada sahabatnya.

“Namun, sehinggalah suatu hari, ana bertemu dengan seorang pensyarah kita, Ustazah Najlaa’. Ana adukan segala masalah hati dan merintih pada dia. Ustazah memberikan jawapan yang cukup berkesan di hati. Sampai sekarang, ana masih lagi teringat setiap patah kata ustazah Najlaa’.

“Ustazah pernah mengadu pada sahabat Ustazah tentang masalah hidup yang Ustazah alami. Ustazah sering difitnah apabila keluar berceramah dan membicarakan kebenaran yang orang lain sukar terima. Ustazah menangis apabila merasai peritnya ujian perjuangan ini, Fatimah. Namun, satu jawapan yang cukup memberikan kekuatan pada Ustazah, sahabat Ustazah mengatakan andai Ustazah masih mengeluh dan kesal dengan ujian yang Ustazah terima, maka Ustazah masih belum mencapai maqam ikhlas. Kerana hati ini masih mengharapkan kesenangan dalam berjuang, maka apabila ditimpa dugaan yang berat, kita akan mudah merintih dan tewas dengan ujian yang sedikit ini. Kita teladani pejuang-pejuang terdahulu, mengapa mereka kuat menghadapi ujian Allah, bukan hanya mereka ikhlas memperjuangkan kalimah yang haq dan menentang kebatilan, bahkan mereka menunggu-nunggu kasih sayang Allah yang ditunjukkan melalui kesusahan dan keperitan hambaNya. Mari kita ambil iktibar, anakku”

"Sejak dari itulah, ana cuba mengumpul kekuatan dan cuba mengikhlaskan diri untuk menerima dugaan ini".


Sebak hati Adlin tidak mampu dibendung lagi. Dia memeluk Fatimah dan menangis semahu-mahunya.

“Ana tak ikhlas, Fatimah. Ana tak ikhlas sebagai seorang anak. Anak terlalu banyak menyalahkan ibu dan ayah ana sendiri”.
“Fatimah, mengapa disebabkan kesalahan yang sedikit, maka kebaikan yang terlalu banyak dilupakan? Dan bukankah manusia bertambah dewasa dan tahu memilih yang benar dan salah? Untuk apa akal dan hati yang Allah cipta dan kurniakan jika bukan untuk memujuk ego supaya tunduk pada ajaran yang hak?”, Fatimah membalas pelukan Adlin dengan penuh kasih sayang.

“Kembalilah dengan hati yang ikhlas, berbaktilah pada kedua orang tuamu sebelum berakhir dengan kesedihan dan penyesalan sepanjang hayat”,ujar Fatimah. Kerinduan pada arwah orang tuanya begitu memilukan hatinya. Mereka pergi sebelum sempat dia mengungkapkan yang dia amat sayang dan cintakan ayah dan ibunya.

Thursday, April 2, 2009

KEM REMAJA EXCELLENT 5


Pada 16-18 Mac, sejurus selesai Kem Srikandi, ana diajak pula oleh abg angkat untuk menjadi fasilitator di Kem Remaja Excellent, bertempat di Gua Kelam, Perlis anjuran HPA.
Sambutan kurang menggalakkan. Peserta hanya 18 orang yang terdiri daripada 13-18 tahun. Mungkin kerana ramai yang mengambil peluang cuti sekolah ni utk pulang ke kampung halaman dan juga mengadakan kenduri-kendara.
Beruntunglah bagi siapa yang digerakkan hatinya utk mencari pengisian hati nurani, biarpun terpaksa mengorbankan waku cuti masing-masing. J

Sudah lama tidak berkunjung ke Gua Kelam ni. Inilah antara destinasi pelancongan di Perlis yang mendapat tempat di hati pengunjung.
Sejarah gua kelam? Alamak, tak ingat la pulak. Yang paling menjadi tarikan di situ adalah titi panjang yang berada di dalam gua tersebut. Mmg kelam (gelap) dalam tu. Kalau nak tembus gua tu paling kurang 15 minit perjalanan. Keindahan gua semulajadi, dengan deru air sungai di bawah titi, sangat indah ciptaan Allah SWT.
Perjalanan agak jauh menuju ke tapak perkhemahan yang dinamakan perkhemahan hujan-hujan. Semua peserta, fasi dan urusetia akan menginap di dalam khemah. Tempatnya cantik, tenang dan damai. Malah, kera-kera pun meraikan kami semua di tempat tersebut.
Ana tidak sepenuhnya berada bersama peserta memandangkan pada malam pertama ana terpaksa pulang dahulu lantaran tidak bersedia utk menyertai Kem tersebut.
Hari kedua, peserta dihidangkan dengan ceramah, LDK, riadah dan lain-lain. Pada malam muhasabah pula, kami ramai-ramai bergelap di dalam gua sambil berzikir bersama-sama air sungai yang tidak henti mengalir. Semoga ada hati-hati yang dapat merasakan keagungan Allah dengan merasai sentuhan ciptaanNya.
Pada hari ketiga, ana hanya sempat melihat adik-adik bermandi-manda di dalam sungai. Lantaran ada tugas lain, ana terpaksa minta diri awal.

Sekian dahulu.

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails