Followers

Wednesday, June 3, 2009

Tangisan Pembaca Al-Quran

Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas, hadith yang bermafhum; “Bacalah Al-Quran dan menangislah. Sekiranya tidak dapat menangis, maka buat-buatlah menangis (paksa menangis)."

Menangis yang dimaksudkan di sini ialah tangisan yang tercetus dari penghayatan kerana memahami ayat-ayat Al-Quran. Jika kita benar-benar memahami isi kandungan Kitabullah ini, kita dikhabarkan dengan azab dan ancaman Allah Ta’ala ke atas segenap manusia yang mengingkari akan syar’iat, jiwa-jiwa yang enggan untuk mematuhi suruhan dan larangan Tuhan.

Kita akan sedar betapa lemahnya kita dalam melunaskan janji-janji kita terhadap Allah Azzawajalla. Jika pembaca Al-Quran itu tidak dapat menangis, maka berusahalah sedaya mampu untuk mengalirkan air mata. Demi mengelakkan sebesar-besar musibah ke atas dirinya, iaitu kegagalan untuk menghayati firman Tuhan.

Untuk menampung kesukaran dalam memahami ayat-ayat Allah Ta’ala, amatlah digalakkan bagi kita untuk mengalunkan bacaan Al-Quran dan mentadabbur ayat-ayat tersebut. Jangan sekali-kali lupa untuk merujuk terjemahannya.

Yusuf Al-Qardhawi menyatakan bahawa kesan dari membaca Al-Furqan bakal membentuk dua sifat sahaja, sama ada sifat orang kafir atau orang yang beriman. Karakteristik orang kafir telah dinyatakan di dalam ayat 5, surah Fussilat yang membawa maksud; “Dan mereka berkata, ‘Hati kami sudah tertutup dari apa yang engkau seru kami kepada-Nya, dan telinga kami sudah tersumbat, dan di antara kami dan engkau ada dinding, kerana itu lakukanlah (sesuai kehendakmu), sesungguhnya kami akan melakukan (sesuai kehendak kami).”

Di dalam ayat ini, ’al-kinnah’ ditafsirkan sebagai kunci yang menghalang seseorang untuk memahami Al-Quran. Contohnya, tidak berusaha untuk memahami dan mengambil iktibar dari ayat-ayat Allah Ta’ala. Manakala ‘waqrun’ didefinisikan sebagai penyumbat yang menghalang telinga dari mendengar Al-Quran dan ‘hijab’ pula suatu yang menghalang pandangan dari memahami intipati Al-Furqan.

Pembaca Al-Quran perlulah cuba sedaya upaya untuk memahami kalam Allah Ta’ala agar tergolong dalam kelompok orang-orang yang beriman. Inilah yang telah dinyatakan di dalam ayat 53, surah Al-Qasas, maksudnya; “Dan apabila (Al-Quran) dibacakan kepada mereka, mereka berkata ‘Kami beriman kepadanya, sesungguhnya (Al-Quran) itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan kami. Sungguh, sebelumnya kami adalah Muslim.”

Ayat 2, surah Al-Anfaal pula mengkhabarkan bahawa orang yang beriman apabila dibacakan ayat-ayat Al-Quran kepadanya, akan bertambahlah iman mereka. Juga mereka merasa gementar apabila disebut nama Allah Ta’ala!

Menurut Asma’ bin Abu Bakar, para sahabat Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam apabila mendengar bacaan Al-Quran, bergenanglah air mata serta dan bergetarlah kulit mereka lantaran rasa ketundukan sebagai hamba Tuhan.

Syed Qutb menambah tentang sifat yang paling menyerlah di kalangan para sahabat, iaitu menerima Al-Quran untuk mengamalkannya.

Abu Bakar As- Siddiq dan Umar Al-Khattab, ketika berada di sisi Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam telah ditanya oleh suatu kabilah yang sedang bertengkar; siapakah yang lebih layak di kalangan kabilah itu untuk menjadi ketua. Lalu Abu Bakar menjawab si fulan, dan Umar pula menjawab si fulan. Lalu kedua-duanya bertekak dengan dengan suara yang keras sehingga turun ayat 2, surah Al-Hujuurat (larangan untuk meninggikan suara di atas suara Nabi dan untuk bersuara keras). Setelah turun ayat tersebut, kedua-dua insan agung itu mengalirkan air mata dan berbicara dengan lemah-lembut apabila berhadapan dengan Nabi.

Ayuh renung sekilas kisah tentang sikap Imam Hassan Al-Banna yang asyik mendampingi Al-Quran. Abdul Rahman As-Saati (ayahnya) menceritakan bahawa di rumahnya hanya Allah Ta’ala yang menjadi saksi bahawa Al-Banna tidak pernah melepaskan mushafnya, membaca Al-Quran dan juga berzikir.

Lazimnya, Al-Banna akan memperdengarkan bacaannya kepada Al-Hafiz dari kalangan mereka. Jika tiada Al-Hafiz di situ kecuali dari kalangan kanak-kanak, dia tetap akan menyemak bacaannya dengan kanak-kanak itu. Sujudnya juga larut dalam keimanan. Apabila Al-Banna tahu bagaimana cara Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam mengaji, dia akan mengikut cara tersebut. Kadangkala Al-Banna membaca Al-Quran dengan penuh kegentaran, dan adakalanya gembira hingga terbawa-bawa di luar tilawahnya (apabila membaca khabar-khabar gembira yang diwahyukan oleh Allah Ta’ala).

Dikisahkan bahawa seorang anak murid Hassan Al-Basri di Basrah tidak datang ke majlis ilmunya, lalu beliau bertemu dengannya untuk bertanyakan sebabnya. Anak muridnya menjawab; semasa dia sedang membaca Al-Quran, dia terjumpa ayat 11, surah As-Sajjadah. Kerana terlalu takut dengan apa yang diberitakan oleh Allah Ta’ala, sehari suntuk dia menggeletar kerana memikirkan bagaimanakah nasibnya apabila berdepan dengan malaikat maut satu hari kelak.

Dua lagi ayat yang benar-benar menjentik sikap beraninya ialah ayat 100, surah Al-Mu’minun dan ayat 41, surah Al-Qaff. Ayuh kita sama-sama membaca ketiga-tiga ayat ini.

Bagaimana pula dengan perasaan kita?




ADUHAI MUSLIMAT KITA : ANDA TAK AKAN KE MANA KALAU...





Perempuan, Wanita dan Muslimah. Sinonimnya kata-kata itu mengibaratkan seorang yang luhur disertakan dengan kelembutan yang berhias di samping diri mereka, lalu keindahan hiasan itu menjadikan perempuan atau wanita itu dianggap lambang kesopanan, ketertiban, keanggunan, kejiwaan serta semua sifat-sifat kewanitaan, ada juga yang menyebut ciptaan mulia dan cantik ini sebagai jatidiri dan nilai ketimuran.


Perempuan,

Sikapnya sering menjadi tarikan kerana kelembutan yang dipelihara, juga kerana tingkah lakunya yang berhalus, dan yang lebih dipandang mulia adalah kerana adab yang disulamkan dengan kepelbagaian akhlak yang molek serta cantik dipandang mata. Oleh kerana itu, wanita atau perempuan yang baik-baik ini senantiasa menjadi rebutan sang kumbang. Kata hati seorang lelaki: biarlah si fulan (wanita) itu ilmunya tidak setinggi mana sekalipun, yang mahunya adalah akhlak dan budinya yang baik. Maka benarlah isi hati lelaki tadi, wanita yang baik walaupun tiada paras rupa yang cantik dan kurang ketinggian ilmu lebih dipandang, saya peribadinya amat bersepakat!

Wanita,

Lalu, mana-mana wanita menjadi lega hati gugupnya, bila si laki-laki memberi jaminan demikian. Maka berlumba-lumbalah para wanita memelihara kelembutan seorang wanita, kehalusan seorang yang bergelar dan lazim dipandang lembut serta mulus, sehingga ada yang buat-buat baik dengan memasukkan nilai luhur itu, ada juga setengahnya yang lebih bertegas, menolak segala sikap kekerasan dalam diri wanita semata-mata mahu menjaga nilai kelembutan seorang wanita di mata seorang lelaki. Akhirnya, itu tak boleh, ini pun tak boleh, semua tidak boleh. Mengapa? Kerana nanti malu dipandang oleh lelaki dan dicop sebagai wanita over, poyo dan tak tahu malu.

Lantas saya menolak tanggapan itu sebulat-bulatnya.



MALU PUN ADA, TAPI PADA TEMPATNYA


‘ana ingat nak minta ustazah saja yang berikan ucapan alu-aluan malam ini, baru nampak kelainan sedikit dalam majlis kita’

‘oh ya! Ana rasa muslimin lebih elok berucap, lagipun tak sesuai pula kalau muslimat ke depan’

Ini jawapan atau alasan saya tidak tahu dan kurang arifnya. Cuma yang saya pastikan, ada sedikit dalih.

‘ana dah cuba betulkan LCD ni tadi tapi tak bernyala juga, apa kata ustazah cuba pula. kalau boleh segera ya, majlis nak mula sekejap lagi’

‘ana malulah ustaz, ramai sangat muslimin di depan tu, ustaz sajalah yang betulkan. Majlis mula lewat sikit pun tak apa’

Kalau bukan jawapan, dalih atau hujah apa ya? Alasan pun bukan juga, mungkin juga saya kira mereka mahu menjaga nilai kelembutan seorang wanita dan tidak mahu dilabel sebagai muslimah yang tidak tahu malu. Iyalah, wanita ini kerjanya di belakang, kenapa tiba-tiba sahaja beria mahu ke hadapan? Tak tahu malukah? Saya tidak kata begitu, tapi kata-kata itu dilontar oleh seorang wanita juga.

Oh ya! Kalau muslimat itu kerjanya di hadapan dan tiba-tiba menggantikan tugas yang lazimnya dibuat oleh seorang lelaki mereka akan digelar tak tahu malu, poyo dan over? Minta beri ucapan, tak boleh! Nanti bimbang orang akan berkata itu dan ini. Lagipun kami ini golongan hawa, perlu menjaga malu berbanding muslimin. Lalu, malu yang macam inikah yang patut ada pada muslimah? Malu untuk ke hadapan? Malu untuk berbuat kebaikkan?

‘Saya amat kagum dengan mahasiswa-mahasiswa di Malaysia yang walaupun bukan bertitle agama dan bukan daripada jurusan agama, juga tidak memegang title ustazah ini berani ke hadapan khalayak waimah di depan lelaki sekalipun. Lantang bersuara menyatakan ketidakpuasan hati pada jalan yang betul. Dalam demontrasi jalanan, siswi yang tidak bergelar ustazah inilah yang mengepalai barisan dan sorak-sorak bersemangat. Namun, yang bergelar ustazah cuma menjadi penyambut sorak dan takbir yang menyorok di belakang sepanduk-sepanduk. Kecil dan tawadhu’ kalau dilihat dari jauh’

Malu! katanya bila ditanya.



Saya bukan mahu memburukkan mana-mana muslimah, tetapi gejala buat-buat malu dan hipokrit seperti ini sudah lali, muak dan jelek dilihat. Di kampus, apabila berjalan dan bertembung dengan muslimin, mukanya akan ditundukkan ke bawah, lembut gemalainya mengalahkan bidadari dari syurga, sopan saja mengatur susun langkahnya, kalau ada jalan atau susur laluan yang lain, sebolehnya tidak mahu melalui jalan yang dilalui oleh muslimin, oh dasyatnya? Tetapi, apabila di luar kampus? Dialah heroin! Menegur orang lelaki tidak kira tempat, gelak-tawa dialah yang paling tinggi melodi suaranya, bersembang pula dialah yang paling banyak komen dan umpat keji. Namun bila di suruh ke hadapan? Oh tidak boleh, kami sebagai wanita mesti dipelihara malu itu.

Kenapakah begitu wahai para Muslimah?

Saya mahu simpulkan ini dalam beberapa perkara. Yang pertamanya mungkin kerana muslimah sudah hilang ‘KEYAKINAN DIRI’ sedikit demi sedikit untuk membuat kerja-kerja yang sepatutnya boleh dilakukan oleh mereka. Menganggap diri sebagai ciptaan tuhan yang terlalu lemah adalah alasan dan sebab muslimah akan kehilangan daya itu, lantas terhakis dibuang jauh dan dimasukkan pula sikap malu yang kadang-kadang tidak kena pada tempanya. Saya amat yakin bahawa muslimah ini seorang yang kuat jiwa keperempuanannya dan mampu melakukan apa saja aktiviti yang dilakukan oleh seorang lelaki sekiranya ia tidak bertentangan dengan landasan syarak. Janganlah merasa terlalu rendah diri dengan title seorang wanita yang masih menggaggap diri mereka lemah dan pemalu.


KAGUM DENGAN SIKAP BERANI

Wahai muslimah, andai kenal siapakah orang yang lantang bersuara di kalangan perempuan Islam di zaman Nabi saw dahulu? Ingat lagi pada Saidatina Aisyah? Dia bukan sahaja lantang bersuara di hadapan lelaki mahupun wanita, bahkan menjadi tempat rujukan terkemuka di zaman itu dari segala permasalahan-permasalahan agama. Saya sejujurnya mahu melihat muslimah seperti itu di hadapan mata saya, namun belum lagi ditemui.

Saya amat kagum dengan mahasiswa-mahasiswa di Malaysia yang walaupun bukan bertitle agama dan bukan daripada jurusan agama, juga tidak memegang title ustazah ini berani ke hadapan khalayak waimah di depan lelaki sekalipun. Lantang bersuara menyatakan ketidakpuasan hati pada jalan yang betul. Dalam demontrasi jalanan, siswi yang tidak bergelar ustazah inilah yang mengepalai barisan dan sorak-sorak bersemangat. Namun, yang bergelar ustazah cuma menjadi penyambut sorak dan takbir yang menyorok di belakang sepanduk-sepanduk. Kecil dan tawadhu’ kalau dilihat dari jauh.

Malu! katanya bila ditanya.


LANTANG TAPI PENAKUT?

Ada juga muslimat yang berani, tapi beraninya di kalangan kelompok mereka sahaja. Hujah mereka yang berjela-jela dan mantap itu hanya berlangsung ketika di belakang muslimin sahaja, namun perbahasannya masih tertutup dalam kongkongan tempurungnya, dengan erti kata lain, hanya bercakap dan pandai memberi kritikan sesama rakan-rakan seusrah atau lebih besar sedikit ketika usrah gabungan. saya pasti orang-orang ini bila di suruh ke hadapan dialah yang mula-mula melarikan muka agar jangan dipilih.
Lantang bersuara biarlah di tengah-tengah khalayak ramai, agar semua tahu apa kebenaran yang mahu kita sampaikan. Lantang di belakang apa gunanya? Tak akan masih mahu mengharapkan muslimin juga? Sampai bila muslimat tidak akan berani.


MUSLIMIN YANG TIDAK MENDORONG DAN PASIF

Muslimin pun terlibatkah?

Sepatutnya, musliminlah yang menjadi pendorong semangat kepada para jelitawan muslimah agar mereka mampu terkehadapan dan berani. Memberi peransang dan peluang untuk muslimat bercakap serta ruang mengemukakan pandangan dalam apa jua apsek tindakan yang memerlukan buah fikiran daripada muslimat, bukannya memberi kata pelemah atau terus ‘kondem’ dengan pendapat daripada muslimat. Ini bukan daya penaik atau pembimbing tetapi pelemah semangat.

Saya tahu mengapa lelaki kuat dan lazim benar bersikap begini terhadap muslimat, tidak lain dan tidak bukan kerana terlalu ego untuk menerima pandangan muslimat. Ustaz-ustaz tidak mahu idea para muslimat yang bernas lagi matang itu mengatasi idea-idea mereka, ini akan menjatuhkan air muka lelaki, kata mereka. Lelaki pula, apabila melihat muslimat menggugat kredibiliti mereka, apalagi mulalah mereka menyekat dan kondem bulat-bulat suara di kalangan muslimat. Langsungnya muslimin terus dengan keegoannya dan muslimah bersama sikap kelesuan dan sifat malu angkara sikap muslimin yang tidak langsung mahu memberi peluang dan menyekat pandangan mereka.

Tidak kiralah di mana, ketika mesyuarat atau apa-apa sesi muhasabah sekalipun, apabila mula melihat seorang muslimat itu kerap kali bangun memberi komen juga terlebih dari sudut idea dan buah fikirannya, ustaz-ustaz sudah mula tidak boleh duduk diam, punggungnya agak kepanasan, dalam hati mula melalut berkata dan menganggap yang bukan-bukan pada muslimat: 'muslimat poyo! cakap sahaja berjela-jela, tapi tak serupa bikin!'

Muslimin, tolonglah jangan bersikap begitu ya! Terimalah keterbukaan dalam menerima apa jua idea, sekalipun dia seorang wanita.

Muslimat pula, jadilah seorang yang berani dalam perkara kebaikkan sekalipun anda duduk di sekitar khalayak yang ramainya melebihi lelaki di sekeliling. Buangkan malu tidak bertempat itu.

Akhirnya, muslimat, wanita dan perempuan perlulah segera sedar agar kepentingan untuk menempatkan kedudukan muslimah di hadapan adalah rasional yang amat-amat penting dan perlu diutamakan ketika ini. Kita dicabar oleh wanita-wanita non-muslim yang lantang bersuara, walaupun apa yang mereka perjuangkan itu belum tahu asas kebenarannya. Lantas kita sebagai muslimah, wanita dan perempuan yang beragama ISLAM perlu gah dan tidak perlu malu untuk ke hadapan bagi menyatakan apa yang sepatunya dibenarkan. Biarlah status kita sebagai muslimah yang sinonim dengan kelemahan budi dan akhlak tetapi kuat jiwanya, siapa tahu muslimah inilah sebagai penggugat dan penyambung kekuatan muslimin suatu hari nanti. Sebab itulah ada pepatah yang menyebut: ‘TANGAN WANITA YANG LEMBUT BISA MENGGONGCANGKAN ISI DUNIA’

Muslimah, jadikan kata-kata itu sebagai penguat semangat dan pendorong yang mampu merubah masa depan anda kepada seorang yang malunya bertempat dan berani pada menyatakan yang hak. Muslimah yang kuat dan berani adalah muslimah yang malunya dipelihara dan kental jiwa raganya. Malu kerana menjaga maruah dan berani juga kerana mahu mendaulatkan maruah.
Muslimah, buktikan!

justeru itu, adakah...

Justeru itu....

Adakah anda seorang muslimah yang mahu digelar pasif juga pengecut? Biarlah kita dikatakan over tetapi kita terus dengan prinsip untuk menjulang martabat muslimah dengan cara merealisasikannya dalam gerak kerja.

Anda pula bagaimana? Bersetuju?




Sumber : http://afiqsaleh.blogspot.com/2009/05/aduhai-muslimat-kita-anda-tak-akan-ke.html

Tuesday, May 5, 2009

MUSLIMAT: POWER! POWER! POWER!

“Saya sudah lali, sudah mangli dengan ungkapan 'pelemah semangat' yang sering dituturkan muslimin tatkala melihat ada muslimat yang mungkin pada pandangan mereka 'agak menonjol' dan 'terkehadapan'. Saya juga sudah biasa sangat dengan persepsi-persepsi kaum Adam, dengan pandangan dan lirikan sinis mereka tatkala saya bangun untuk memberikan pandangan dalam mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan. Tak kurang ada yang senyum-senyum, gelak-gelak, berbisik-bisik. Pelbagai reaksi ditunjukkan. Dalam sesi muhasabah muslimin-muslimat, pernah ada seorang muslimin menyatakan yang dia pelik dengan saya yang tak serik-serik untuk bangun dan bagi pandangan walaupun saya pernah dikritik dan kehadiran saya kadang-kadang 'tidak disenangi' muslimin kerana 'menggugat' mereka. Saya tak katakan semua muslimin begini. Ada segelintirnya memang absolutely macam ni ! Saya tak kata saya bagus sangat, sebab saya memang tak bagus sangatlah saya masih tidak boleh diterima oleh semuanya!

Salah satu sebab muslimat terus terkebelakang antaranya kerana inilah. Tak tahan dengan penangan dan kerenah muslimin yang jenis ni. Tapi hakikatnya, sebab ini bukanlah 'real problem' kepada kelesuan gerakan muslimat, tapi hanya sekadar 'presented problem'. Realnya muslimat selalu berdepan dengan masalah krisis keyakinan diri, rasa rendah diri (inferior) yang tak bertempat, malu yang tak perlu dan juga dibuat-buat. Pergi lebih dalam lagi, muslimat sebenarnya selalunya sangat kurang membaca, kurang kemahiran. Inilah antara penyebab utama pada pandangan saya, gerakan muslimat tak boleh sekencang gerakan feminisme liberal yang lain, tak mampu pergi jauh memimpin dan membuat perubahan.

Justeru, muslimat perlu 'sedar' dan 'terasa' akan hakikat ini. Saya sendiri sebenarnya cukup-cukup terasa. Saya tahu ada insan-insan diluar sana yang mengatakan yang muslimat "POYO" , bercakap je lebih dari tindakan. Bercakap pulak kosong, tak berisi. Itupun kalau bercakap, berdozen-dozen muslimat hanya mampu menjadi tukang angguk dan tukang geleng sahaja dalam mesyuarat-mesyuarat penting, hingga kadang kehadiran mereka tak dirasai pun. Inilah antara agenda-agenda ujian yang menguji gerakan muslimat.”


Petikan ni ana ambil daripada blog kak nurul syuhada, zaujah Ust Syaari. Sangat setuju dengan pernyataan ni! Membawa ana utk berfikir panjang serta menganalisis. Benar! Muslimat selalu menjadi bahan dengan isu ‘lemah’.
Muslimat lemah.
Muslimat selalu rendah diri.
Muslimat senyap dalam meeting.
Muslimat cakap banyak sangat dalam meeting.
Muslimat tak thiqah di belakang muslimin.
Muslimat dq dulu vs muslimat dq uia jadi perbincangan.
Lagi? (tambah sendiri)

PERSOALAN (utk dijawab)

1)Ada senior ana katakan, muslimat banyak futur sebab bila dah kahwin, sibuk dgn anak-anak dan keluarga. Malah, perancangan sebelum berkahwin pun tidak diletakkan bagaimana kehidupan dlm perjuangan kita selepas memiliki keluarga sendiri.
Banyak kisah anak-anak terabai dek ibu dan ayah yang sibuk ‘berjuang’. Bagaimana agaknya kehidupan seorang muslimat menguruskan keluarga di samping tidak mengenepikan perjuangan? Muslimat fulltime?


2) Muslimat tak semuanya berani bercakap di hadapan. Yang tak berani, mungkin sebab rasa tak ckp ilmu, tak layak, rasa tak perlu, malu, takut idea tak bernas, soalan ntah ape-ape.

Monolog kebiasaan :
“Kalau aku tanya soalan, soalan ni simple je. Ntah-ntah semua org dah tau ”
“Kalau aku bgn jwb, jwpan tak semantap budak DQ yang lengkap dengan dalil, hujah, hadith”
“Kalau aku bangun, muslimin akan pandang aku dengan pandangan penuh kePOYOan mereka pada aku”
“Kalau aku bagi idea, mesti awal-awal lagi kena reject. Better aku dgr je idea org lain ”

“Kalau aku ………”
Banyaknya kalau..

Apa cara dan jawapan terbaik utk meningkatkan motivasi insan-insan yang bermonolog seperti ini?

3) Aku bersekolah di sekolah semuanya perempuan. Bila masuk DQ, pemikiranku agak jumud lantaran suasana di DQ begitu meng’attack’ku utk menyempitkan fikiran. Muslimat menjadi agak takut utk berhadapan dgn muslimin. Dalam kelas Bahasa Inggeris, aku rasa tak banyak muslimat bersuara utk menunjukkan skill mahupun kebolehan mereka. Aku tahu kenapa.. MALU dgn para hafiz Quran. Sesetengah Huffaz tidak suka utk melihat muslimat yg menonjol dan terkehadapan. Adakah thiqah, jaga pandangan, atau ego?

Apa cara terbaik utk muslimat berani ke hadapan dgn mengekalkan ke’izzahan mereka sbg srikandi Islam? Perlukah utk tampil di kaca mata televisyen dengan berfesyen semata-mata memenuhi syrat pihak TV utk memudahkan kita berdakwah pada org ramai?


4) ana pernah terfikir dan masih blm dpt jwpannya. Kalau muslimin kuat solat, akan ada tanda hitam di dahinya. Tapi ana tak pernah lihat tanda hitam di dahi muslimat. Kenapa ya?


5) katakan seorang muslimat ni mengalami penyakit ‘malu’ yg kritikal. Bercakap kat dpn pun malu, menulis ttg dakwah pun malu, bekerja pun malu. Agak-agak apa yg dia boleh buat utk membantu Islam?

Ada jawapan?
Jom kongsi

Allah-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi[1394] dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, QS 48. Al Fath :4.
Yaa.. Allah… berolehkanlah kami kekuatan dan kesabaran dalam beribadah kepada-Mu Allahumma Amiiiin

Saturday, May 2, 2009

Aku Hamlatul Quran

Bisikan ketenangan menyelubungi nurani, kesyahduan ku rasakan amat bererti, acap kali ku terdengar alunan suara insan-insan kerdil
membasahi lidah dengan kalamMu Ya Ilahi, tiada putus-putus mendampingi kitabMu, membaca, mentadabbur, meneliti ayat-ayat suci. Segolongan insan yang dihormati, segolongan insan yang dipandang tinggi, inilah insan yang bergelar Hamlatul Quran, iaitu pendukung kitab suci. Hamlatul Quran itulah aku!

Terngiang-ngiang di telingaku ungkapan kata yang penuh makna, yang hanya dapat dihayati oleh hati-hati yang suci. Wasiat Ibnu Mas’ud yang berbunyi..

“...seharusnya bagi seorang Hamlatul Quran itu mengetahui...
malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang
sia-sia, dan khusyuknya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia...”

Aku merenung sejenak, Hamlatul Quran...begitukah aku?

Kata-kata itu mengetuk fikiranku, menyentuh hatiku, menyedarkan aku dari lamunanku, betapa Hamlatul Quran yang hakiki adalah insan-insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan, mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dalam keperitan..Baru ku sedar, Hamlatul Quran..kau luar biasa!

Tatkala ku imbas kembali kisah silamku yang penuh dengan kelalaian, kealpaan, keseronokan seperti orang-orang kebanyakan, sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dengan diri yang dhaif ini..

Namun... Kau anugerahkan jua aku kemuliaan ini, menjadi salah seorang insan pilihanMu, di dalam dunia Hamlatul Quran yang penuh dengan janji-janji manis di akhirat nanti.. ibu bapaku bakal Kau pakaikan dengan mahkota sebagai hadiah pengorbanan mereka mendidik ku mengenali kehidupan insani.

Tidak mahukah engkau dibangkitkan dengan sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah yang berseri-seri? Hamlatul Quran, alangkah beruntungnya dikau..!

Sahabat-sahabat Al-Quran, sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu? Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi? Ataukah manusia yang yang masih bertakhta di sanubari? Ataukah kasih manusia yang masih kau dambai? Pernahkah kau rasakan
Al-Quran itu teman sejati? Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi..yang implikasinya tidak sama dengan realiti kehidupan Hamlatul Quran?

Sahabatku... ingatlah, kita dipertemukan kerana Al-Quran, ukhuwwah mahabbah yang terjalin ini atas nama Al-Quran, dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah aku seorang Hamlatul Quran yang sejati dan hakiki, sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi. agar kehadiranku di dunia ini dihargai. Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri. Sesungguhnya kehidupan di dalam dunia ini sungguh indah tidak terperi dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati. Lantas itu, ku pinta padaMu Ilahi, agar saat-saat akhir hayatku, alunan kalamMu jua yang mengiringi pemergianku.

Friday, April 17, 2009

PEMILIK HATIKU..setelah Allah & Rasul

PEMILIK HATIKU..setelah Allah & Rasul
Ni tajuk buku baru, karangan Fatimah Syarha..
Buku ni dibeli oleh Kak Jie kat Book Fair PWTC, tapi ana yang baca dulu.
bukunya simple, nipis tapi padat.

Ana pernah jumpa face to face dgn kak Syarha dan suami dia masa Kuliah Srikandi PRESSS. Kak Syarha mmg lembut orangnya.Dan semasa beliau bagi ceramah, ana dapat rasakan kasih sayang yg terbit dari hatinya sampai kepada kami yang mendengar ni. Tak hairanlah, buku kak Syarha penuh dgn kelembutan dan byk menyentuh emosi remaja terutama muslimat. mungkin inilah kelebihan yang Allah kurniakan pada kak Syarha. namun kelebihan ini dikongsi bersama, dan dia berusaha menyelamatkan gadis-gadis yang sdg hanyut dgn cinta..

KAGUM..
beliau mampu menjadi ikon remaja yg mempunyai ketegasan dalam kelembutan dalam memilih haluan hidupnya. Beliau berkongsi bagaimana utk memiliki cinta yg suci murni, bukan cinta dalam debu, yg penuh dgn habuk jahiliah.

Walaupun telah berkahwin, kini dia berkongsi pula bagaimana untuk menjadi Isteri yang solehah setelah berjaya melalui zaman remaja yang penuh dgn dugaan.

Buku ni lebih berkisar ttg catatan hati seorang isteri yang cukup berhati-hati dan waspada memilih suami. sama ada cerita yang dlm buku ni adalah kehidupan kak Syarha sendiri atau tidak, wallahualam. yang penting, ambillah yang baik dan sama-sama amalkan.

INDAH..
bila segalanya kerana Allah.
jika masih remaja, biar sibukkan diri mencari cinta Allah. kerana, di situlah permulaan bagaimana kita akan mencorakkan keluarga kita kelak. di sinilah peringkat tarbiyyah adalah fardu muslim.Kalau masa remaja dah sibuk bercinta, bila dah berkahwin, cinta jadi makin pudar. masing-masing dah jemu dan mula berperang antara satu sama lain.

BERBEZA..
Cinta yang bermula di arena perkahwinan dgn cinta yang bermula sebelum diijabkabulkan. keberkatan cinta pasangan yang menjaga diri sebelum perkhwinan amat memberi kesan pada kebahagiaan rumahtangga.

Buku ni bagus, memberi semangat dan motivasi pada diri kita untuk mencari keberkatan di sebalik kehidupan. kdg2 kita kerap tertipu dgn diri sendiri. sangka kita, kita dah pilih jalan yang terbaik, namun rupanya ianya cuma nikmat sementara shj.tak kekal pun. cthnya, sblm berkahwin punya byk kongsi tazkirah sampai lewat mlm. kejutkan tahjud, ingatkan solat.. Fuh, bkn main lagi. tapi bila lps kawin smua tu hilang entah ke mana..

pasangan yang dpertemukan atas dasar perjuangan lebih kukuh dan terjamin drpd pasangan yang tidak mempunyai matlamat perkhwinan kerana Allah. kerana apabila sesebuah perkhwinan itu dilanda badai yang menghempas kuat, masing-masing akan ingat Allah. Allah lah penyelamat, Allah lah tempat mengadu, meminta agar dikuatkan hati. Malah Baitul Muslim dirancakkan lagi dgn taman-taman ilmu, penuh mawaddah wa rahmah. anak-anak dididik dgn mengenalkan mereka pada Islam.

Keluarga yang bahagia bermula daripada peribadi ibu dan ayah..

Tuesday, April 14, 2009

KITA SERING BERALASAN…



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Lama benar tak jenguk blog ni. Sibuk? Tak lah. Cuma tak ada kemudahan internet di rumah. Jadi kalau ada kelapangan, kadang-kadang pergi juga ke CC. Boleh juga tau perkembangan semasa.


Percutian selama hampir 4 bulan harus dimanfaatkan. Rugilah kalau masa yang dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa ada pengisian. Semakin hari, umur semakin berkurang. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Kita sendiri tidak sedar yang kita sebenarnya semakin mendekati kematian.


Menyebut tentang kematian, akhir-akhir ini ana banyak menghabiskan masa dengan membaca buku-buku sirah. Tak lain tak bukan, apabila ianya berkaitan dengan peperangan, pasti mati syahid menjadi idaman pejuang muslim. Mereka hebat, berjuang tak gentar. Dek kerana nikmat syurga yang Allah tawarkan pada mereka, mereka berlumba-lumba terjun di medan peperangan, menghapuskan kaum kuffar laknatullah, dengan memegang satu prinsip, ‘Mati Syahid atau Hidup Mulia’.

SHEIKH AHMAD YASIN atau nama sebenarnya Ahmad

Ismail Yasin, seorang bintang yang popular dalam perjuangan Islam. Seorang bintang yang mana beliau bukanlah terkenal kerana ketampanan, kecantikan, suara yang merdu atau lain-lain seperti yang diraih oleh Siti, Mawi mahupun Nabil, bahkan beliau seorang yang lumpuh seluruh badan, hilang upaya melihat pada mata kanannya dan kabur mata kiri. Akan tetapi kerana semangat perjuangannnya membela Islam, dan beliau mampu menghidupkan dan menaikkan semangat pejuang-pejuang Palestin untuk terus mara kehadapan tanpa keraguan.

Bintang ini begitu dikehendaki oleh pihak Zionis. Biarpun lemah dan tidak berupaya, malah apabila hendak bergerak pun memerlukan pertolongan orang lain, namun beliau tetap digeruni oleh musuh. Beberapa serangan peluru berpandu yang dilancarkan dari helicopter Apache dan jet pejuang F16 gagal mengenai tubuh lemah itu, hinggalah pada pagi Isnin 22 Mac 2004, ketika baru selesai menunaikan sembahyang Subuh berjemaah di masjid, tokoh utama dalam perjuangan umat islam Palestin ini gugur syahid setelah tubuhnya hancur berkecai diletupkan oleh peluru berpandu.


Hilangnya seorang bintang popular. Jasadnya disemadi, rohnya mengadap Ilahi, namun namanya tetap di hati.


Soalnya, dengan jasad yang lumpuh dan tidak berupaya, beliau masih mampu dan tetap gah mewarnai arena perjuangan dengan ketaqwaannya pada Allah. Zionis yang lengkap dengan senjata pun gerun pada Sheikh Ahmad Yasin ini. Ketokohan pejuang ini eloklah dijadikan iktibar bagi kita yang sihat walafiat dan seringkali mencari alasan. Kononnya kita masih lagi belajar, dan tidak mahu memikirkan hal-hal jihad. Atau tidak cukup ilmu, harta tidak ada, ibu bapa tidak mengizinkan, berpenyakit, diri masih muda, rakan-rakan tidak membantu… seribu alasan dicari semata-mata untuk menjadikan diri tidak layak lagi untuk menjejakkan kaki di medan perjuangan. Menuntut ilmu juga adalah ruang jihad. namun, apabila hanya sekadar mengejar keuntungan duniawi, maka ia tidak lagi dikira jihad kerana ianya hanya menguntungkan diri, bukanlah mengungtungkan Islam.


Teringat kisah seorang srikandi Islam, yang dipanggil Ummu Mahjan. Beliau seorang wanita yang berkulit hitam, miskin dan bertubuh lemah. Beliau menyedari bahawa dirinya memiliki kewajipan terhadap akidahnya dan masyarakat Islam, lalu apa yang boleh beliau lakukan padahal beliau adalah seorang wanita yang tua dan lemah? Akan tetapi beliau sedikit pun tidak bimbang dan ragu-ragu dan sedikit pun tidak ada rasa putus asa dalam hatinya. Putus asa adalah perkara yang tidak dikenal di hati orang-orang yang beriman. Begitulah, keimanan beliau telah menunjukkan kepadanya untuk menunaikan t’jwab yang besar. Maka beliau membersih kotoran dan dedaun daripada masjid dan beliau menjaga kebersihan rumah Allah (masjid) kerana dengan tubuhnya yang lemah, itu sahaja yang mampu beliau lakukan.

Ummu Mahjan tidak memandang remeh soal menjaga kebersihan kerana itu sememangnya dituntut dalam Islam. Beliau terus menerus melakukan pekerjaan tersebut dan akhirnya wafat. Rasullulah menyedari akan kehilangan beliau lalu menyolatkannya di kuburnya, lalu bersabda:
“Sesungguhnya kubur ini terisi dengan kegelapan ke atas penghuninya dan Allah meneranginya bagi mereka kerana aku telah menyolatkannya”. Semoga Allah merahmati Ummu Mahjan yang sekalipun beliau adalah seorang yang lemah dan miskin, namun beliau telah berperanan sesuai dengan kemampuannya.



Lihat pula keadaan diri kita yang hidup dengan serba kemewahan dan kesenangan. Hendak apa semua ada. Lantaran sering berada di zon selesa, kita menjadi pengecut untuk menjadi anak muda yang mempunyai kekuatan semangat, cita-cita, keazaman, idealism untuk merubah dan menjadi agen perubahan. Masa tidak menunggu kita. Ayuh, kita mulakan azam baru. Tajdidkan niat, dan usah menjadi pejuang yang sentiasa beralasan. Kerana jika Sheikh Yasin beralasan kerana sakit dan lumpuh, mana mungkin beliau mampu menjadi perwira agama, menemui Tuhan dengan senyuman. Semoga Allah merahmati roh beliau. Amin.

Rujukan:
1) Ahmad Yasin dan Rantisi dalam kenangan, karangan Ibnu Ismail.
2) Peranan Wanita Pada Zaman Rasulullah SAW, karangan Puan Amina dan Kamilarini.

Cerpen 2 - KETULUSAN HATI


Petang itu, bayu angin menyinari sinar petang. Sangat indah. Awan comel berambal-ambal di langit. Cahaya matahari berselindung segan silu di sebalik awan menjadikan suasana redup dan teduh.
“Kehidupan dan ujian adalah satu rangkaian yang tidak dapat dipisahkan lagi. Tidak dapat tidak semua manusia pasti akan diuji menurut darjat keimanannya. Semakin dekat menghampiri RabbNya, semakin kuat pula dugaan. Mengapa sedemikian? Kerana Sang pencipta ingin sekali menguji kekuatan cinta Sang Hamba kepada Sang Pencipta.
Mudah untuk kita melafazkan bahawa kita cinta kepadaNya. Namun payah benar menghadapi dugaan perasaan dek ujian bertalu yang diterima.
Kehilangan, kugundahan, kegelisahan, kesedihan, kekecewaan… lumrah hidup manusia utk merasainya tatkala dihadapkan dengan mehnah”, Fatimah menghurai panjang lebar sambil merenung keindahan tasik Darul Quran yang berada di hadapannya. Sungguh cantik ciptaan Allah, tidak cukupkah bukti kebesaran Allah ini mengajak manusia untuk kembali ke pangkal jalan, bisik hati Fatimah.

“Benar.Tapi Fatimah, ana tak pernah lihat anti bersedih. Sejak ketiadaan ibu bapa, anti nampak tetap ceria menguruskan adik-adik anti,” Adlin mengesat air matanya yang tumpah.
“Suratan takdir, Lin. Siapa kita untuk mempersoalkannya.”

“Tapi ana, sehingga sekarang masih membawa hati yang lara ini. Hati ana dah jauh dari keluarga sendiri. Sahabat-sahabat lain mengatakan ana tidak bersyukur kerana ana masih mempunyai keluarga yang sempurna, sedangkan anti tidak. Tapi, perasaan kecewa yang wujud dalam diri ana sukar untuk dibendung”.

“Kenapa dengan keluarga anti?”
“Entahlah, ana jauh hati mungkin kerana keluarga ana ditimpa banyak masalah. Ana sendiri kesal dengan cara didikan ibu dan ayah ana sehingga kami adik beradik menjadi begini. Lihat sahaja kakak dan abang ana, jauh dari landasan yang sebenar. Malah, titipan kasih sayang dalam keluarga juga tidak dirasai”.
“Anti tak bahagia? ”
“Tidak. Saban hari ana hanya menangis. Ana rasa sama sahaja kalau ana ada atau tidak di rumah. Ana seperti tiada kepentingan dalam keluarga.”
“Anti kesal?”
“Entahlah, hati ini sukar difahami”, Adlin mula sebak. Tidak dapat ditahan lagi, air mata panas mula mengalir keluar mengairi pipi.

“Adlin”, Fatimah menoleh memandang sahabatnya yang mula tertunduk sayu.
“Cuba tanya dirimu, ikhlaskah menerima ujian ini? Sebagai seorang hamba, kita harus akur menerimanya biarpun perit”, Fatimah menelan air liur. Dua wajah tersayang terbayang di hadapannya.
“Adlin, sewaktu ana menerima berita kematian ayah ana, hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya perasaan ana waktu itu. Ibu ana baru sahaja meninggalkan kami yang masih dahagakan kasih sayang, kini ayah pula yang menyusul pergi. Sayu hati ana melihat adik-adik yang masih kecil, melihat pemergian ibu dan ayah sedangkan rakan-rakan sepermainan masih ada tempat bermanja.”

Fatimah cuba sedaya upaya menahan butir-butir mutiara dari kelopak matanya gugur. Dibiarkan bertakung dan cepat-cepat dikesatnya. Fatimah menyambung lagi.

“Ana cuba mencari kekuatan diri. Ana anak sulung. Mana mungkin ana lemah sedangkan analah penjaga dan teladan buat adik-adik ana. Waktu tu, sahabat-sahabat banyak memujuk dan memberi kata-kata semangat untuk meneruskan kehidupan dengan tabah. Namun, ana masih lagi bersedih . Masih belum ada yang mampu memujuk. Kehilangan mereka begitu dirasai. Ana seolah tidak mampu lagi meneruskan kehidupan.”

Adlin mendengar bicara Fatimah satu persatu. Dia ingin mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada sahabatnya.

“Namun, sehinggalah suatu hari, ana bertemu dengan seorang pensyarah kita, Ustazah Najlaa’. Ana adukan segala masalah hati dan merintih pada dia. Ustazah memberikan jawapan yang cukup berkesan di hati. Sampai sekarang, ana masih lagi teringat setiap patah kata ustazah Najlaa’.

“Ustazah pernah mengadu pada sahabat Ustazah tentang masalah hidup yang Ustazah alami. Ustazah sering difitnah apabila keluar berceramah dan membicarakan kebenaran yang orang lain sukar terima. Ustazah menangis apabila merasai peritnya ujian perjuangan ini, Fatimah. Namun, satu jawapan yang cukup memberikan kekuatan pada Ustazah, sahabat Ustazah mengatakan andai Ustazah masih mengeluh dan kesal dengan ujian yang Ustazah terima, maka Ustazah masih belum mencapai maqam ikhlas. Kerana hati ini masih mengharapkan kesenangan dalam berjuang, maka apabila ditimpa dugaan yang berat, kita akan mudah merintih dan tewas dengan ujian yang sedikit ini. Kita teladani pejuang-pejuang terdahulu, mengapa mereka kuat menghadapi ujian Allah, bukan hanya mereka ikhlas memperjuangkan kalimah yang haq dan menentang kebatilan, bahkan mereka menunggu-nunggu kasih sayang Allah yang ditunjukkan melalui kesusahan dan keperitan hambaNya. Mari kita ambil iktibar, anakku”

"Sejak dari itulah, ana cuba mengumpul kekuatan dan cuba mengikhlaskan diri untuk menerima dugaan ini".


Sebak hati Adlin tidak mampu dibendung lagi. Dia memeluk Fatimah dan menangis semahu-mahunya.

“Ana tak ikhlas, Fatimah. Ana tak ikhlas sebagai seorang anak. Anak terlalu banyak menyalahkan ibu dan ayah ana sendiri”.
“Fatimah, mengapa disebabkan kesalahan yang sedikit, maka kebaikan yang terlalu banyak dilupakan? Dan bukankah manusia bertambah dewasa dan tahu memilih yang benar dan salah? Untuk apa akal dan hati yang Allah cipta dan kurniakan jika bukan untuk memujuk ego supaya tunduk pada ajaran yang hak?”, Fatimah membalas pelukan Adlin dengan penuh kasih sayang.

“Kembalilah dengan hati yang ikhlas, berbaktilah pada kedua orang tuamu sebelum berakhir dengan kesedihan dan penyesalan sepanjang hayat”,ujar Fatimah. Kerinduan pada arwah orang tuanya begitu memilukan hatinya. Mereka pergi sebelum sempat dia mengungkapkan yang dia amat sayang dan cintakan ayah dan ibunya.

Thursday, April 2, 2009

KEM REMAJA EXCELLENT 5


Pada 16-18 Mac, sejurus selesai Kem Srikandi, ana diajak pula oleh abg angkat untuk menjadi fasilitator di Kem Remaja Excellent, bertempat di Gua Kelam, Perlis anjuran HPA.
Sambutan kurang menggalakkan. Peserta hanya 18 orang yang terdiri daripada 13-18 tahun. Mungkin kerana ramai yang mengambil peluang cuti sekolah ni utk pulang ke kampung halaman dan juga mengadakan kenduri-kendara.
Beruntunglah bagi siapa yang digerakkan hatinya utk mencari pengisian hati nurani, biarpun terpaksa mengorbankan waku cuti masing-masing. J

Sudah lama tidak berkunjung ke Gua Kelam ni. Inilah antara destinasi pelancongan di Perlis yang mendapat tempat di hati pengunjung.
Sejarah gua kelam? Alamak, tak ingat la pulak. Yang paling menjadi tarikan di situ adalah titi panjang yang berada di dalam gua tersebut. Mmg kelam (gelap) dalam tu. Kalau nak tembus gua tu paling kurang 15 minit perjalanan. Keindahan gua semulajadi, dengan deru air sungai di bawah titi, sangat indah ciptaan Allah SWT.
Perjalanan agak jauh menuju ke tapak perkhemahan yang dinamakan perkhemahan hujan-hujan. Semua peserta, fasi dan urusetia akan menginap di dalam khemah. Tempatnya cantik, tenang dan damai. Malah, kera-kera pun meraikan kami semua di tempat tersebut.
Ana tidak sepenuhnya berada bersama peserta memandangkan pada malam pertama ana terpaksa pulang dahulu lantaran tidak bersedia utk menyertai Kem tersebut.
Hari kedua, peserta dihidangkan dengan ceramah, LDK, riadah dan lain-lain. Pada malam muhasabah pula, kami ramai-ramai bergelap di dalam gua sambil berzikir bersama-sama air sungai yang tidak henti mengalir. Semoga ada hati-hati yang dapat merasakan keagungan Allah dengan merasai sentuhan ciptaanNya.
Pada hari ketiga, ana hanya sempat melihat adik-adik bermandi-manda di dalam sungai. Lantaran ada tugas lain, ana terpaksa minta diri awal.

Sekian dahulu.

Thursday, March 26, 2009

Kem Srikandi






Kem Srikandi
13 – 15 Mac 2009
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan, Kangar Perlis
“Srikandi Sejati, Unggul Peribadi”

Anjuran :
Alumni Pelajar SMKAP, UIAM dan DQ JAKIM


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi krn dgn izinNya, maka Kem Srikandi ini dapat dijayakan dengan sempurna dan berjalan lancar.

Objektif Kem ini ialah untuk mendidik dan mentarbiyah srikandi-srikandi SMKAP, membawa adik-adik menelusuri perjuangan dan kehidupan seorang muslimah sejati.

3 hari berkampung di SMKAP pasti mengukir kenangan antara AJK, Fasi dan juga Peserta.

HARI PERTAMA
keadaan agak kurang terkawal apabila peserta agak blur dgn keadaan.
Pendaftaran pun nampak kelam kabut. Peserta dah ada yang tunjuk belang masa ni. AJK pun pening nak handle.


Apabila warta-warta yg panjang berjela dibacakan, peserta agak mengeluh. Terutama bila sentuh hal AURAT.
Apa agaknya difikirkan oleh peserta ye?
Hmmm.. Nampaknya diorang ni x bersedia lagi utk berprogram. Tapi x pe, insyaAllah akan cuba diprogramkan.
Malam ni cuma ada Pengenalan Fasi, dan Ice Breaking.

HARI KEDUA
Pagi
Hmm..
Masa riadah pagi, peserta tak ikut arahan fasi.
Masa pengarah gi tengok, amboi bukan main lagi bermain di belakang.
Hm.. x pe-xe.. Pengarah warning sekali, tgk diorang dgr ckp tak.

Masa Ceramah 1
“Kak, ada peserta tidur. Kejutkan dia tak nak bangun”, bgtau sorang ajk.
Aiseh, dah la ada pengetua kat belakang ni. Selamba je dia ni.
P la urut belakang peserta tu. Special punya peserta, Pengarah Program kena g urut. Huhu. Tak pe-tak pe.

Slot Ukhwah
Ha, masa ni dah mula Nampak rancak. Mata yang tadi layu dah mula segar bugar.
Slot ni seronok. Setiap kumpulan diberi selotep dan belon dan dikehendaki untuk buat satu binaan yang tinggi dan kukuh.
Bila dah siap bina, tengok sapa yang tertinggi.
Lepas tu, wakil dari kumpulan lain, akan pecahkan satu belon dari binaan kumpulan lain, then nilai binaan siapa yg masih kukuh dan tertinggi.
Riuh rendah jugak masa ni.
Ibarat binaan, itulah persaudaraan org mukmin. Saling menampung antara satu sama lain. Mudah-mudahan adik-adik mendapat iktibar daripada permainan ni.
Bukan main berebut lagi adik-adik utk bagi kesimpulan. Maklumlah, siapa yang ke hadapan, akan dapat markah.. (Patut la)
TAPI, plng penting adik-adik berani kehadapan biarpun untuk sampaikan kesimpulan yang simple.

WELL-ROUNDED
slot ni fasi bersama peserta.
melalui slot ni kita dpt nilai, bagaimana hubungan kita sesama manusia. telahpun diperincikan, peserta akan menandakan di sejauh mana hubungan dia dgn guru, ibu bapa, sahabat, adik beradik

MALAM

FORUM
Ustaz-ustaz yg masih menuntut di UIA dijemput utk menyampaikn satu tajuk yg agak penting iaitu AQIDAH, IBADAH dan AKHLAQ.
Ha, bukan peserta je yg tunjuk ragam, Ustaz-Ustaz pun blh tahan. Ada yng tersasul “abg@Ustaz”, ada yg kelajuan 80 KM/J, ada yang nak forum sambil berdiri, dan macam-macam lagilah. X per, Ustaz-Ustaz ni sedang menggilap bakat mereka. InsyaAllah mudahan satu hari nanti mereka akan menjadi pendakwah, panelis dan moderator Forum yng hebat dan berkesan. InsyaAllah.

DARI HATI KE HATI

Mcm biasa, malam muhasabah pasti menjadi kemuncak program.
Istimewanya, mlm ni cukup bermakna bagi kami semua.
Bak kata Astro, MACAM-MACAM ADA.
Fasi kena halau balik
Pengarah kena muhasabah dgn Ustaz, pastu kena kidnap, bwa lari
Menariknya, Ustaz-Ustaz yang conduct muhasabah pun kena halau balik gak oleh peserta.
Fuh! Bukan main garang lagi peserta Srikandi. Ha, jgn main-mai dgn diorang ni.

Yang pasti, kami semua menangis malam tu.
Barulah kami sedar, betapa berharganya tarbiyah, kasih sayang dan ukhwah.
Kita harus saling menyayangi antara satu sama lain.
Sekali lagi, Ustaz Amirul Mukminin melantunkan kalam muhasabah. Sentuhan ingatan pada ibu dan ayah yang jauh mengharap di rumah. Mata mana yang tidak mengalirkan airnya tatkala hatinya sayu diulit kerinduan dan kekesalan tak berkesudahan.
Begitu banyak dosaku pada ibuku, ayahku, sahbatku, saudaraku, dan Tuhanku.
Dosa yang tidak terhitung.
Ya Allah, bimbinglah kami menuju perubahan yg lebih baik. Jadikan kami anak yang solehah, srikandi yang sejati, hambaMU yang taat dan setia.
Aduhai Muslimah,
Mengapa berat untuk menyarungkan stokin di kaki?
Mengapa seorang muslimah tingkatan 4 harus mempertikaikan “mengapa kami harus memakai stoking, skaf, sarung lengan. Kami tak mahu semua ini!!”

Alangkah beruntungnya kita dilahirkan sbg Umat Nabi Muhammad. Baginda telah pun mengangkat martbat kaum Hawa di persada dunia. Kita tidak lagi dipandang enteng, malah kita telah pun mempunyai harga dan nilai diri. Namun, kita sendiri yang mencari jalan untuk meruntuhkan kembali martabat yang telah dinaikkan itu.
Ingatlah, seorang pejuang itu lahir dari rahim sseorang insane lemah bernama WANITA. Lantas, kitalah yang mencorakkan insane yang dilahirkan itu bakal pejuang agama atau perosak bangsa.

Selesai muhasabah kira-kira jam 1.30 pagi. Dah bengkak mata dek menangis. Mudah-mudahan, air mata yang mengalir kerana terkenangkan dosa-dosa serta mengharapkan pengampunan Allah itu akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT kelak. insyaAllah.

HARI KETIGA

PAGI
Sesi riadhah ni yang paling BEST!
Peserta kena ikat kaki, himpit belon dan makan epal hijau.
Sebenarnya, peserta cukup bernasib baik sbb makan epal hijau. Sebenarnya cari buah oren, baru mencabar sikit.. tapi, x der pulak kat The Store.

PENUTUP
3 hari berkampung, pasti menjanjikan kenangan yg ckp manis bg kami semua. Biarpun peserta tak cukup rehat, tak cukup masa utk mandi, letih, penat.. namun biarlah semuanya ditelan dgn riang hati.
Adat berprogram mmg macam tu.
Utuhkan ukhwahfillah, amalkan apa yng diperoleh dan berubah utk masa hadapan.

Sekalung perhargaan buat pihak sekolah yang banyak membantu, semua AJK yang gigih bekerja dan semua fasilitator jemputan yg dtg dari jauh dan dekat.. semoga kalian semua diganjari Allah dengan sebaik-baik ganjaran, Amin.
Tak lupa buat peserta yg disyangi, maafkan segala salah silap kami, terima kasih atas huluran ukhwah yg diberikan. Kami sayang adik-adik semua, kerana Allah. Biarlah perpisahan ini kerana Allah dan semoga kita semua bertemu lagi jua kerana Allah. SALAM JUANG :)

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails