Sebulan Syawal belum berlalu, jd rasanya tak basi lagi kot utk nak update ttg Raya. :)
"Raya mana tahun ni?"
"Perlis dan Terengganu"
"Amboi dah ada dua kampung. Hehe"
Begitulah lebih kurang usikan yg saya terima apabila menjelang lebaran. Sekalipun sahabat-sahabat yang masih bujang seakan-akan merasai indahnya beraya bersama insan tersayang di sisi apatah lagi ini kali pertama kami.
PERUBAHAN KEHIDUPAN
Tidak dapat tidak, setelah berkahwin kita perlu menerima perubahan kehidupan yang kita alami. Penyesuaian diri tidaklah mudah, dan ianya perlu mengambil masa yang lama, bahkan sepanjang hayat. Penyesuaian sbg isteri, sbg menantu, sbg ibu anak pertama, kedua, ketiga dan .......
Apabila bergelar isteri, satu perkara yang akan berubah adalah MASA. Sangat jauh berbeza apabila kita masih berstatus 'single'. Apatah lagi 2 status dalam satu masa, iaitu Pelajar dan Isteri. Memiliki suami, 2 keluarga, adik beradik bertambah.
Saya semakin mengerti, kalau hendak berjaya tidak dapat tidak seorang wanita harus menjadi 'wirawati' dalam hidupnya. Berbekalkan jiwanya yang perkasa, insyaAllah dia akan mampu meredah lautan dugaan di hadapannya.
Kalau terus lalai, mana mungkin dia bisa meneruskan kehidupannya menuju puncak tertinggi utk digapai. :)
AMANAH
"Mak doakan Sufi dapat jadi wanita yang Solehah"
"Abah doakan Sufi dapat tunaikan tanggung jwb dgn baik"
"Semoga kita dapat tunaikan AMANAH ini", kata Kak Nurul, biras aku yg sudah pun bercahaya mata 3.
Terkedu aku menerima doa dan kata-kata semangat daripada keluarga mertua, di pagi Hari Raya Pertama. Terasa sebak.
Apabila aku terdengar perkataan Amanah yang terpacul keluar dr mulut Kak Nurul, aku terkenangkan bagaimanakah aku telah menunaikan amanah yang telah dkurniakan Allah.
Kalau dulu doaku smg Allah mempermudahkan jodohku. Dan apabila doa telah pun dimakbulkan Tuhan, tiba masa utk aku mengisi amanah yang diberi Tuhan.
Amanah seorang isteri, terasa gerun apabila mengenangkannya.
"Jaga hati suami", itulah pesan ust Syauqi sebelum aku bernikah.
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”
Pendek kata, ISTERI mesti ada tadhiyah yg sgt tinggi utk mendahulukan suami dlm semua perkara.
Teorinya mudah, praktikalnya belum tentu.
Kehidupan suami isteri ada cabarannya. Aku semakin mengerti dan semakin mempelajari gaya hidup berumah tangga.
"Erti hidup pada memberi"
Kata hikmah dari Ust Hasrizal. Resipi yang boleh membuatkan rumah tangga menjadi SYURGA.
Dalam fatrah belajar menjadi isteri, tentu sekali seringkali melakukan kesilapan. Syukurlah suamiku seorang yang mudah berlapang dada. Adunan ketegasan dan kelembutan kasih sayang yang kena pada tempatnya membuatkan aku rasa terdidik dan terus menerus bermotivasi utk berubah menjadi yang lebih baik.
AKHLAQ SEORANG ISTERI
Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman Mua'dz bin Jabal r.a. menerangkan, Rasullah s.a.w bersabda ;
"Bertaqwalah kepada ALLAH dimanapun kamu berada. Dan ikutilah keburukan dengan kebaikan , nescaya kebaikan itu akan menghapuskannya. Dan pergaulilah manusia dengan akhlaq yang terpuji.
Kunci utk menjadi wanita yg solehah, adalah dilihat bagaimana hubungan dgn Tuhannya. Andai rapuh, maka rapuhlah akhlaknya sbg isteri. Andai utuh, maka dia semakin hampir dan diberi pertolongan oleh Allah utk menjadi isteri yang solehah.
Saya tidak dapat membayangkan bagaimanakah kebahagiaan rumah tangga mampu wujud daripada pernikahan 2 insan yang tidak ada langsung cahaya keimanan. Solat diketepikan, Al Quran disimpan, Didikan agama disampingkan.
Hati yang tiada roh keislaman mudah dirasuki oleh hasutan-hasutan jahat. Lantaran itulah perceraian mula kelihatan sbg satu gaya hidup yg lumrah terutama bg artis-artis.
Berkahwin mmg seronok. Tapi utk mendpt keseronokan yang berpanjangan hingga ke akhirat, tidak lain hanyalah dgn bekalan iman dan taqwa.
DIA LELAKI DAN AKU PEREMPUAN
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakanmakhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada daripada yang ditumbuhkanbumi, atau daripada diri mereka sendiri, atau daripada apa yang mereka tidakmengetahuinya.” (Surah Yassin, ayat 36)
Ketidaksamaan jantina membuka ruang kita utk memahami yg bahwasanya gaya dan perwatakan masing-masing berbeza. Lelaki perlu menerima yang wanita dikurniakan hati yang lembut utk dia menjadi seorang ibu. Dan seorang wanita perlu menerima yang lelaki lebih byk kecenderungan utk bersikap rasional utk menjadi seorang ketua keluarga.
Kurang wajar kalau si lelaki tidak menghargai kelembutan seorang isteri dgn mengasarinya dan kurang wajar seorang perempuan yg memerintah seorang suami.
*******************************************************************************
Sejak saya berkahwin, post2 blog lebih banyak berkisar ttg kehidupan berkeluarga. Dengan 3 bulan 2 minggu usia pernikahan, membuatkan saya banyak mempelajari praktikal alam rumah tangga.
Alam inilah yg membuatkan saya berubah sedikit demi sedikit, menghayati kehidupan yang amat bermakna ini. Tak rugi berkahwin awal, asalkan mampu mengisinya dengan baik. :)
GALERI RAYA
Lepas solat raya
Bermaafan di pagi raya
Kali pertama raya bersama :)
Semua ada kecuali kakak kedua
di Puncak Titiwangsa, dalam perjalanan pulang ke Terengganu hari raya kedua
Dengan Cek (nenek) sblm bawa beraya di Seberang Takir
Bawa suami melihat rumah di Dungun, tempat aku membesar 7 beradik
Dengan keluarga di Kerteh tanpa 3 org abg.
Bersama sahabat-sahabat suami mantan BP PMRAN dan Zaujah2 mereka
Ust Juzaili, Ust Nazrul Nasir, Ust Hairul Nizam, si comel Fatimah An-Nabawiyyah, Ummi Kalsum (pengantin baru) dan Kak Hafizah. Semoga saya dpt mencontohi utk menjadi seperti mereka. :)
Sahabat-sahabat bloggers dah pun mencoret diari Ramadhan di dalam ruangan blognya. Saya harap saya pun tidak terlepas peluang utk mencoretkan sedikit sebanyak pengalaman Ramadhan saya kali ni.
Entah kenapa saya merasakan Ramadhan kali ini lebih manis dan indah berbanding dgn tahun-tahun dahulunya.
Barangkali mungkin kerana saya tidaklah terlalu dihambat dgn mesyuarat dan program-program pada sem ini.
Yang pastinya, keindahan Ramdhan kali ini mungkin kerana seri Masjid UIAM.
Entah apa yg istimewanya. Tetapi sekali saya pergi terawih di sana, hati seakan memanggil2 utk terus solat di sana. Boleh jadi juga bacaan imam yang begitu mengasyikkan membuatkan jiwa hanyut dgn alunan yg sungguh indah.
Seketika saya selesai solat, saya rehat-rehat di belakang sambil memerhatikan sekeliling.
Anak-anak kecil yang berlari-larian, menangis di sisi ibu yg sedang solat, sedang tidur pun ada. Mungkin ini kali pertama saya menghadapi Ramadhan di masjid ini, hati kecil seakan tidak bersetuju dgn sikap ibu-ibu yang membawa anak kecil sehinggakan ada yang baru berusia 2-3 bulan.
Namun, peluang beriktikaf pada 10 malam terakhir membuatkan kekesalan saya bertukar menjadi kekaguman.
Bukan mudah kiranya seorang ibu utk membawa anak bersama semata-mata utk beriktikaf. Selesa lagi di rumah. Namun, itulah kekuatan dan kekentalan hati seorang ibu.
Itulah kegagahan seorang wanita, pada hati yang cekal biarpun jasad dipandang lemah. Ujian yang sedikit dipandang remeh, bahkan tangisnya hanya utk Tuhan, bukan utk manusia.
Mereka ini tentunya bukanlah manusia yang suka beralasan. Kalau tidak, masakan mereka masih memilih masjid sbg tempat bermalam dgn keadaan mengawal anak yang ke sana sini bermain mcm dalam nurseri.
Pemerhatian yg sy lakukan sedikit sebanyak memberi motivasi yang keluarga yang dibina bukanlah penghalang utk kita terus mencapai puncak tertinggi.
So, jgn bg byk alasan, jom kemaskan langkah, kita mampu buktikannya! :)
Sesekali bersama dgn kanak-kanak, membuatkan kita terfikir yang kita juga pernah melalui alam seperti mereka. Dan masa yang begitu pantas berlalu, membuatkan kita tak sedar yg kita sudah pun tiba di peringkat bakal melahirkan zuriat.
Kes buang bayi cukup ketara kini sehingga membuatkan 'mereka' terpanggil utk menyediakan tempat khas bg mereka golongan yang nak melahirkan anak. Kenapa tidak diubati dari akar umbi lagi? Seorang anak bermula dgn seorang ayah dan ibu.
Lantaran ibu dan ayah yang tidak ada kefahaman Islam, disitulah bermula institusi usrah yang cacamerba.
Kerana itulah, antara motivasi terkuat yang menjadi pegangan seorang muslimat dan muslimin, sebelum mendirikan rumah tangga, adalah cara bagaimana mereka menjaga hubungan tersebut.
Andai tersasar, maka zuriat yang ada dalam rahim si ibu, turut menerima tempiasnya juga. Persiapan utk menjadi bapa yang soleh/ah tak perlu menunggu adanya calon pasangan dan bersedia utk menikah, tapi ianya bermula dari SEKARANG! Kitalah yang akan mengubah pola keruntuhan akhlak di bumi Malaysia ni. Jom kita terus gerakkan dakwah, mengislahkan semampu kita. ke arah menuju 1 UMMAH :)
Riadah di Pengkalan Asam
(x de anak lagi, jadi tumpang anak sedara dulu) :)
Pak Lang yang sudah berpeluh melayan anak-anak menakannya.
Keceriaan kanak-kanak turut mengukir sama corak emosi kita :)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Lama betul saya meninggalkan blog ini tanpa diupdate. Penuh bersawang. Mungkin barangkali saya masih dalam tempoh penyesuaian diri dalam alam baru dan status baru menjadi isteri. :)
Seusai membaca blog sahabat karib, Siti Munirah, teruja saya membacanya… Kalamnya menyentuh kalbu, mengingatkan saya bahawa jangan sekali-kali bermimpi utk menjadi insan biasa. Terima kasih Munirah, semoga kalammu beroleh keberkatan dan rahmat utk setiap apa yang kamu tulis.
BERKONGSI PENGALAMAN
Sekian lama saya meniatkan utk berkongsi pengalaman dgn shbt2 sekalian berkenaan alam yg saya tempuhi ini sebelum dan selepasnya. Sesungguhnya, pernikahan adalah agenda terbesar dalam diari hidup kita. Memilih utk berkahwin bermakna memilih utk hidup sehidup semati, berkongsi apa jua susah dan senang dengan seorang teman yang bernama LELAKI.
Pada saat saya menulis post ini, pernikahan saya baru berusia sebulan, seminggu dan sehari. Sedikit demi sedikit saya bertatih di alam ini, dibimbing oleh suami yang sememangnya banyak memahami keadaan berkahwin dgn isteri yang masih belajar.
Sebelum berkahwin, saya lebih gemar membaca penulisan shbt2 yang byk berkongsi pengalaman mereka di alam ini, justeru memberi saya inspirasi utk turut sama berkongsi, memandangkan sahabat2 saya masih ramai lagi yang bujang trang tang tang . Antara penulisan yg saya ikuti adalah Ust Hasrizal, pasangan Kak Nurul dan Akh Imran dan pasangan Kak Nurul dan Ust Shaari dll. Terima kasih kepada mereka atas coretan yang sungguh bermanfaat.
SEBUAH PERTEMUAN
Bagaimana bermulanya satu pernikahan, tentu sekali dgn pertemuan. Bagaimana saya bertemu dgn calon suami, menjadi satu soalan popular yg perlu saya jawab sejak saya mengumumkan ttg walimah yang akan saya adakan. Jadi jwpn yang sama saya ulang dan ulang utk mengisi kotak tanda tanya sahabat2.
Suami adalah anak kepada ibu angkat. Saya tahu kewujudannya, tetapi x pernah mengenali beliau apatah lagi bercakap memandangkan beliau menuntut di Mesir. Saya menjadi anak angkat kepada ibu dan keluarganya sejak Ting 1. Tetapi saya mula rapat dengan keluarga ini sejak ibu angkat saya mendapat menantu dan cucu.
Ditakdirkan Allah, pada tahun 2007 beliau pulang ke Malaysia utk menghadiri kenduri kahwin kakaknya di Perlis. Dan setelah beliau pulang, ibu angkat bercadang utk memperkenalkan saya padanya sekiranya dia tiada lagi calon. Percaturan Allah Maha Hebat, suami saya telah mendapat beberapa petunjuk berkenaan ciri saya sebelum beliau pulang ke Malaysia ketika sedang tawaf. Apabila ibunya bercerita ttg saya, ciri-ciri yang ibunya ceritakan sama dgn petunjuk yang diperolehi oleh beliau. Dan akhirnya, setelah disampaikan hasrat pada saya, barulah saya teringat yang saya juga pernah terlintas hati semasa tahun 2005 berkenaan wajah beliau di Mesir dan menjadi menantu ibu angkat saya.
Saya sering ditanya, bagaimana nak yakin ‘dia’ tu jodoh kita? Setiap org akan mendapat petunjuk yang berbeza2. Antara petunjuk yang kuat kami dapat adalah cadangan utk menjodohkan kami bukan hanya pada ibu angkat, tapi juga pada jiran, sahabat, guru dan lain-lain, sekitar dalam 4-5 orang. Sungguh tidak disangka, Allah mencampakkan perasaan tersebut utk menguatkan lagi yang jodoh kami berdua sememangnya telah diaturkan Tuhan.
Pada sebuah pertemuan, hargainya dgn ikatan kita pada Tuhan. Peliharalah sebuah pertemuan dgn syariat yang Allah gariskan, insyaAllah akan diberkati bukan hanya hingga ke jinjang pelamin, tetapi hingga ke akhir hayat kita.
Dan pada sebuah pertemuan juga, pasakkan niat betul2 utk apa kita bernikah. Utk sekadar menghalalkan cinta atau ada agenda besar yang kita impikan? Memiliki sebuah keluarga yang menjalankan syariat Allah, anak-anak yang taat pada Allah dan Rasul, serta mencintai akhirat. Allahuakbar, semoga Allah memudahkan kita utk mencapai niat yang suci ini..
USIA MUDA
SEkian lama 3 tahun kami taqdim, ketika awal masuk Kuantan, terdetik di hati saya utk mengikat tali pertunangan memandangkan macam macam perkara yang berlaku sepanjang percutian saya setelah tamat matrik. Namun, sebegini mudahkah utk saya menyampaikan hasrat di hati pada ayah dan ibu memandangkan saya ini masih belajar dan tambahan pula saya masih mempunyai 3 abg dan sorang kakak yg belum berkahwin. Apa saudara-mara saya akan kata, lantaran dalam kalangan sepupu saya yang sgt ramai, susah nak cari yang kahwin ketika belajar. Agak lama perkara ini menghantui saya, namun saya kira istikharahlah jawapannya. Istikharah saya lakukan, dan akhirnya dgn penuh tawakal saya sampaikan pada abah menerusi telefon.
REAKSI
Reaksi abah tak dapat dibaca, setuju atau tidak. Cuma dia menyatakan kebimbangan bolehkan saya berkahwin semasa belajar. Jawapan yg saya beri cuma istikharahlah. Saya sendiri tidak pasti apakah yang akan berlaku pada masa akan dtg, mampu atau tidak saya bawa. Saya tawakal, sekiranya tidak dipersetujui, saya akan pasrah. Saya tidak mendesak ibu bapa saya, kerana saya yakin tentu sekali Allah akan memudahkan jalan sekiranya pertunangan saya ini akan membawa kebaikan.
MERISIK
Ketika ibu dan ayah angkat dtg merisik, Alhamdulillah abah memberi respon. Abah setuju. J Tapi dengan syarat kedua-kedua mesti berada di Malaysia, bukan sorang Mesir dan sorang Malaysia. Bahkan Abah terus mula mencari tarikh utk melangsungkan majlis pertunangan. Saya begitu bersyukur kerana jalan utk kami berdua bersatu dimudahkan Allah. Bahkan bakal tunang saya (waktu itu) ditaqdirkan Allah dapat pulang ke Malaysia dan terus bekerja di sini. Cantik kan percaturan Allah? J
PERTUNANGAN
Abah yang maklumkan pada saudara-mara dan adik beradik, bukan saya. Tentu sekali abg saya terkejut dengan makluman ini, namun Alhamdulillah tiada siapa yang membantah. Dengan majlis yg sederhana, ikatan janji utk melangkah kealam perkhwinan telah pun dipateri antara dua keluarga.
Kata orang, waktu bertunang ni mencabar. Sebab hati dah makin dekat. Jgn lupa utk tidak menghebahkannya, cukup sekadar maklumkan pada mereka yang sepatutnya tahu. Banyak hikmahnya pada suruhan utk merahsiakannya. Antaranya adalah utk mengelakkan kita malu sekiranya jodoh x kekal lama, mengelakkan dari dengki khianat org ramai.
PERKAHWINAN
Jangkaan saya, saya akan berkahwin pada hujung tahun ini. Tapi setelah dibincangkan antara 2 pihak, Alhamdulillah tarikh diawalkan kepada bulan 6. Saya bersyukur kerana bertunang tidak lama. J Dan majlis walimah saya diuruskan oleh kedua ibu bapa saya, yang bertungkus lumus utk memberi yg terbaik utk saya. Terima kasih ma abah, dan mak abah ( mertua).
KEHIDUPAN BARU
Setelah membaca teori perkahwinan, saya kini berada di alam reality. Alam baru antara saya dan suami, berstatus isteri, menantu dan Puan. Status yang memerlukan saya berubah utk menyesuaikan diri dgn keadaan baru.
“Macam mana, susah x kahwin?”
Jwpan saya, bergantung pada sikap diri kita dan pasangan utk memudahkan perkahwinan atau menjadikan ianya sukar. Cabaran tentu sekali ada, apatah lagi di saat permulaan, adalah masa utk mengenali siapakah pasangan kita yang sebenarnya. Kehendak yang berbeza, sikap yang pelbagai..
Namun, dengan akhlaq yang diajar oleh Rasulullah SAW utk sentiasa berlapang dada, sentiasa memaafkan dan menerima keadaan pasangan kita seadanya menjadikan hari-hari yg dilalui sgt indah. Jadi, di sinilah peri pentingnya utk kita memilih pasangan yang memilih jalan menyintai Allah dan Rasul.
HIDUP UNTUK MEMBERI
Saya amat berterima kasih pada Ust Hasrizal kerana memberikan teori terbaik dalam perkahwinan, iaitu Hidup Utk Memberi. Memikirkan soal ini, apabila bermuhasabah berkenaan peranan kita sebagai seorang isteri, akan sentiasa menyesal kerana memikirkan sering tidak memberi khidmat yang terbaik utk suami tersayang.
Bila dah berkahwin, x sama macam bujang. Bangun pagi fikir utk diri sendiri. Tapi bila celik mata di pagi hari, fikir bagaimana pakaian suami, makanan suami, brg2 suami dan lain-lain sehinggalah mata ditutup utk berehat seketika (tidur). Letihkan menjadi isteri? Tentu sekali tidak, kerana khidmat dan tugas yang kita jalankan meraih pahala yang berpanjangan, bahkan seronok kerana dapat memudahkan urusan suami.
MENJADI ISTERI KEDUA
Sebelum bernikah, saya sudah tau yang saya akan menjadi isteri kedua. Berkongsi seorang lelaki dgn isteri pertama yang sekian lama telah dinikahkan sebelum suami saya mengenal saya.
Bila berkongsi, kenalah faham yang suami tidak akan sentiasa bersama kita, bahkan mungkin akan lebih akrab dengan isteri pertama. Saya juga harus menyintai isteri pertamanya dan turut sama dalam gerak kerja suami dgn isteri pertamanya.
Isteri pertamanya adalah perjuangan. Suami saya adalah milik masyarakat. Sekian lama suami saya menuntut di Mesir, kini tiba masa utk berbakti di Malaysia, membantu mengislahkan bumi Perlis, menaikkan pemimpin yang sewajarkan utk memimpin bumi ini.
BERJAUHAN
Allah beri nikmat mudah utk berkahwin, tapi diuji pula utk tinggal berjauhan. Alhamdulillah, perasaan itu milik Tuhan, berat ataupun ringan, kita kembali pada Tuhan. Kalau dulu bezanya saya hanya seorang pelajar, tapi kini saya seorang pelajar dan isteri. Saya kembali ke UIA utk meneruskan perjuangan tapi dalam keadaan, seorang teman dan guru mengiringi kehidupan saya. Biarpun jasad berjauhan, tapi hati tetap mendekat. Saya dipagari dgn nasihat-nasihat suami yang menginginkan kebaikan pada diri saya. Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana dikurniakan jodoh yang soleh, yang dapat mendorong saya utk memperbaiki diri ke arah yg lebih baik.
Antara nikmat berjauhan, setiap kali berjumpa akan terasa seperti pengantin baru. Tambahan lagi, semangat utk belajar begitu membara, bahkan saya begitu mengharapkan agar dpt menghadiahkan kejayaan yang bermakna utk suami, ibu ayah kandung dan mertua.
PERASAAAN
Apa perasaan selepas kahwin?
Tenang.
Kalau dulu cinta bergelora kerana berlabuh menyintai seorang insane yang belum tentu lagi menjadi milik kita, tapi sekarang cinta yang bergelora itu semakin tenang ibarat ombak yang berlabuh di pantai yang landai.
Ingatlah, sewaktu sebelum berkahwin, andai kita terseksa dgn cinta pada manusia yang masih belum halal, mengadulah pada Tuhan. Minta Dia jaga perasaaan kita, agar tidak dicemari dgn salahnya tindak tanduk kita. Sebelum menanti halalnya cinta utk disuburkan, menangislah kalau perlu menangis memikirkan betapa susahnya utk menjaga hati kita yang berbolak balik ini.
Tapi bila lepas kahwin, bercintalah sepuas-puasnya. Insan yang diharapkan telahpun menjadi milik kita. Dengan itu, ibadah pun mudah utk dilakukan, hati lapang dan gembira apabila hiburan suami isteri menjadi halal dan seronok bila ada penguat semangat utk meniti hari-hari yang mendatang.
Sahabat,
Ketahuilah Perasaan itu milik Tuhan. Dia berkuasa utk mencampakkannya, dan Dia berkuasa utk menarik balik. Apa yang kita takutkan, kalau dia menarik rasa cinta itu setelah kita berkahwin. Pasti akan menyirna mawaddah, mahabbah dan rahmah. Kerana itu, jagalah sebaiknya hubungan sebelum nikah agar Allah lebih mencampakkkan lagi rasa cinta kita selepas kita bernikah.
GENAP 22 TAHUN
Sememangnya saya memang target utk bernikah pada usia 22 tahun. Dan Alhamdulillah, Allah telah menyampaikan hasrat saya ini. Pada tarikh 5 Jun, adalah hari keenam selepas hari kelahiran saya pada 30 Mei. Allah Itu Maha Tahu.
Mudakah saya pada usia ini? Kalau pendapat peribadi saya, usia ini bukanlah muda. Cuma mungkin boleh dikategorikan sebagai kahwin awal berbanding sahabat2 yang lain. Saya tidak ada rasa menyesal utk meninggalkan zaman bujang saya di belakang, bahkan cuma apa yang saya harapkan adalah dapat menjadi yang lebih baik sebelum saya menemui ajal saya, dibimbing oleh insane yang amat saya cintai.
TIPS KAHWIN AWAL
Nak tips?
Mudah je. Tawan ibu bapa anda.
Bagaimana?
Tunjukkanlah kematangan anda di rumah sama ada dari segi tindakan, tutur kata dan perbuatan anda. Dengan cara ini, ibu bapa anda akan percaya yang anda telah pun layak dan sesuai utk menjadi isteri atau suami orang. Tapi bergantunglah juga pada keadaan kewangan keluarga, pemikiran ibu bapa ada yang berpandangan kahwin selepas tamat belajar itu lebih baik.
USIA PERNIKAHAN
Saya baru menjadi isteri kira-kira sebulan lebih. Kalau naik kapal nak belayar, kira-kira baru nak panas enjin. Kalau setahun bernikah, mungkin baru melalui air laut yang tenang. Ombak di hadapan, kita sendiri masih belum tahu. Sementara usia pernikahan masih belum matang, semoga Allah memberikan kami kesabaran dan ketabahan utk mengemudi bahtera yang dikurniakan Allah ini.
Mungkin cukup kot setakat ni. Apa yang saya ceritakan ini,bukan lah yang terbaik utk diteladani. Namun, sekadar berkongsi, mudah mudahan sahabat-sahabat sekalian dapat mencorakkan pertemuan kalian dgn lebih baik dari kami. Akhir kalan, doakan kami dan saya akhiri dgn beberapa gambar pernikahan saya.
PENGHARGAAN
Walimah di Ipoh
Jutaan terima kasih BUAT:
Suamiku yang tersayang, kerana sudi menerima diriku ini yang serba kekurangan sebagai seorang peneman hidupmu. Mohon redha menjadi isteri
Ibuku, yang telah bersusah payah menguruskan majlis ini buatku, dan yang paling berharga, menjahitkan aku sehelai jubah putih utkku pakai pada majlis akad nikah ni. Satu kenangan yang amat berharga, sentuhan dari tangan seorang ibu..
Abah yang membacakan Khutbah, mengakad nikahkan menantu sulungnya.. terima kasih banyak Abah.. Jasamu sgt dikenang
Saudara yang paling rapat, Cik n family
Pada Anis dan Ojah, pengapits yang berpenat lelah membantuku sejak dari awal lagi. Semoga kalian menyusul cepat2 lepas ni :)
Sahabatku dari Kuantan dan Gombak, terharunya bila sahabat-sahabat dtg, terasa sungguh gembira dengan kehadiran kalian memeriahkan surau Taman Anda...
Tak Lupa rombongan muslimin yg turut 'ambil berkat' :). Terima kasih utk Syahid, selaku jiran yang banyak membantu
Kejutan dari TIKUS.. Abg dan kakak TIKUS amat terharu dgn nyayian yang diperdengarkan. Kenangan yang x dapat dilupakan.
My beloved sis, yang jadi mak andam terjun saya. InsyaAllah menyusul pas ni :)
Last but not least
Pada abg2ku, Wan Syahmi, Wan Mohd Fadhli dan Wan Ahmad Tajuddin
dan kakakku Wan Fatimah Solihah
maaf sebab terrrrrr langkah
hehe
tu lah, sape suruh lambat sangat
penat nak ikut giliran tau
Utk Syuhada dan Dik Wang
Jangan lupa PMR dan SPM tahun ni yer....
utk keluargaku, terima kasih utk segalanya
Semoga Allah membalas jasa kalian dgn sebaik2 ganjaran
Gambar ni menarik: susunan mantap oleh phtographers :)
WALIMAH DI PERLIS
Saudara -maraku di sebelah Utara
Sahabat-sahabat Ex-Smkap
Korang memang BEST! :)
My Angah, Photoghrapher yang bertauliah..
Terima kasih susah payah turun perlis dari KL
Tak lupa utk yang bersusah payah menjayakannya Mak, Abah, Abg Johaibi, Kak Nurul, Kak Ngah, Abg Nadmin, dan satu-satunya adik Ipar Hasif
Dan tak lupa watak tambahan tapi penting, my anak menakans Juwaini, Jalilah dan Nailly Jazmina
* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.
* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.
* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.
* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.
* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.
* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.
* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.
* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.
* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.
* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.
* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.
* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.
* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.
* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.
* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.
Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”
Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:
l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
l Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.