Followers

Monday, September 29, 2008

29 RAMADHAN


29 RAMADHAN…

Hujan lebat membasahi bumi.. guruh sekali sekala berdentum.. seusai berbuka puasa dan hampir mencecah Isya’, hujan mula turun.

“Allahuakbar”, imam mula mengangkat takbir. Solat Isya’ berjemaah didirikan. Suasana hari ini agak lengang. Maklumlah, 29 Ramadhan. Penduduk sekitar kerteh dah mula balik kampung. Tapi Alhamdulillah, rasanya lebih dari 2 saf bagi sebelah pihak muslimat. Masjid Sultan Mizan, Kerteh ni agak aktif dengan kegiatan masyarakat setempat. Betul-betul dapat dijadikan tempat penyatuan dan pengukuhan persaudaraan. Kata ciksu (ibu saudaraku), ianya aktif lantaran dikelola oleh orang-orang muda yang moden. Ye lah, taklah nampak agak kekampungan sangat. Kerana itu kita memang amat memerlukan sumbangan tenaga dan idea dari orang-orang muda, yang dihantar belajar tinggi-tinggi di luar. Bukannya balik tanam anggur atau balik dengan membawa bermacam-macam fahaman seperti wahabi, secular, liberal dan sgainya. Generasi muda hari ini adalah penentu kpd keadaan generasi akan datang.

29 Ramadhan..

Aku mula mengimbas kembali saat-saat aku bersama Ramadhan. Sekejap je rasanya. Yelah, menyambut Ramadhan di CENFOS, tak terasa lama Ramadhan lantaran terlalu sibuk dengan tugasan seorang pelajar. Eh, Betul ke sibuk? J hmm.. ni adalah kali kedua menyambut Ramadhan di CENFOS. Pertama kali menghadapinya, mmg agak sedih. Mungkin kerana terlalu membandingkan suasana cenfos dengan di DQ dulu. Di DQ, letih macam mana pun mesti kena baca Quran. Tidak dapat tidak!! teringat lagi, bila tiba waktu zohor, pasti ramai yang syahid di masjid. Di masjid, suasana tenang dan damai. Dengan tiupan angin tasik yang menyegarkan. Oh, rindunya saat-saat dahulu. Tapi di sini,keadaan berubah. Terpaksa beralah dengan hal-hal lain. Masa untuk Quran berkurang. Tapi salah sendirilah tak pandai manage masa. Suasana sambutan Ramadhan di Cenfos, rasanya insyaAllah, wujud suasana sambutan tu. Dengan kehadiran flyers yang menghiasi susur gajah untuk ke kelas,edaran risalah, ceramah agama, bermacam-macam ifthor, qiamullail. Mudah-mudahan semua program ini tak tinggal hanya sekadar program, mg2 memberi natijah yang berbeza di samping meningkatkan ketaqwaan kpd Allah SWT. Tapi rasanya alangkah baiknya jika dapat mencontohi budaya masyarakat Arab di Mesir. Mereka membaca al-Quran di mana-mana. Dlm bas, tepi jalan dan lain-lain.

Dalam tempoh sebulan Ramadhan, rasanya aku menerima 2 berita kematian yang aku kira agak besar. Dua-dua dapat dijadikan iktibar dan versinya juga berbeza. Yang pertama, belum sempat untuk bertemu Ramadhan, namun telah pergi meninggalkan dunia ini. Terjun dari bangunan annex tingkat 3. Masa kejadian tu berlaku, asal masuk kelas je, mesti lecturer cerita pasal tu. Tak pun lecturer tanya student sebab tak tau. Pesan madam Fadi, sepatutnya kita kesal dengan apa yang berlaku. Inilah tanggungjawab kita untuk menyebarkan kefahaman agama kepada sahabat-sahabat. Namun, aku terasa juga terkilan bila ada kerani di UIA mengatakan kpd aku, “Dik, akak takut la nak hantar anak akak gi sekolah agama lepas kejadian tu”,aku terkejut. Yelah, kenapa sekolah agama yang nak dipersalahkan? Kalau dah sekolah agama pun ada masalah, apatah lagi yang tidak. kata sahabatku, berulangkali dia ulang ayat ni.. kita jangan judge keadaan kematian seseorang. Sebab kelak kita pun tak tahu keadaan kita mati macam mana. Mudah-mudahan dapat dijadiakn iktibar.

Dan kisah yang kedua, kisah yang cukup sayu. Pemergian seorang srikandi jihad, kehilangannya cukup dirasai. Biarpun aku tidak mengenali arwah kak Hajar, namun kebaikannya, jasanya, akhlaknya.. semuanya digambarkan oleh sahabat-sahabat. Mula-mula aku rasa biasa je. Yelah, sebab tak kenal. Tapi aku mula tau cerita ni dari Kak Hanim. Bersungguh-sungguh dia cerita pada aku. Semuanya tak menyangka dgn pemergiannya sebab arwah tak lah sakit berat sangat. Itulah ajal, tak mengenal usia. Namun, insyaAllah dengan tanda-tanda yang Allah perlihatkan, arwah pergi dengan Husnul Khatimah. Hati ini tersentap. Dengan usia 23 tahun, bau harum di sekitar rumah, bilangan orang yang solat jenazah sangat ramai, betapa Allah begitu memeliharanya. Malah arwah seorang anak yang solehah, tegas dalam urusan agama, bijak dalam pelajaran. Sikapnya yang ceria, cukup disenangi sahabat-sahabat di sekelilingnya. Semuanya aku tahu bukan kerana aku mengenalinya. Tapi dari blog abg2 dan kakak2 yang respon ttg kematian kak hajar. Eratnya ukhwah mereka.. aku kagum.. inilah ukhwah atas dasr tautan aqidah, di satukan di atas landasan jemaah.. Rabithah utuh di bawah lembayung rahmat Ilahi..

Kata ayah arwah di dalam blognya:

Wajahnya putih berseri-seri, lembut ayu dan tersenyum seolah-olah seperti sedang tidur. Kombinasi semua ini dan banyak lagi memberikan seribu alasan untuk kami lebih gembira daripada bersedih di atas pemergiannya. Namun sebagai ayah, kehilangan Kakak tetap dirasai dan dirindui. Kakak telah membawa bersama secebis hati ayah yang tak mungkin dapat ayah perolehi kembali di dunia ini. Ayah sayang kepada Kakak dunia hingga ke akhirat ……..

Kak Hajar pergi dalam keredhaan kedua ibu bapanya, sahabat-sahabatnya. Mudah-mudahan juga dalam redha Allah. Siapa yang tidak cemburu? Melihatkan kematian seorang insan dengan keadaan yang cukup indah. Dengan penuh kerahmatan dan kemuliaan.

Ku kira cukup setakat ini dahulu. Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada diriku dan juga pembaca yang lain.

29 Ramadhan..

moga kita dapat istiqamah dgn amalan-amalan yang kita telah lakukan sepanjang bulan ini. insyaAllah. Ya Allah, pertemukanlah kami kembali di tahun depan. Andai tahun ini yang terakhir, maka jadikanlah Ramadhan ini yang terbaik buat kami.

Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku, bukan di hatiku..

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir BAtin

1 comment:

Ladyship Atie said...

subhanallah..
indahnya cinta Allah.

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails