Followers

Wednesday, June 2, 2010

Isteri Solehah 2

* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

Isteri Solehah 1...

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat
, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

l Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

Saturday, May 15, 2010

analogi hafalan Quran

Assalamualaikum wbt

Satu perkongsian bersama.

Baru-baru ini saya ada ke forum gerakan muslimat yang mana panelnya adalah  Kak Mas dan Kak Hafilah. Satu perkongsian yang menarik kerana kedua-dua tokoh ini menampilkan contoh teladan yang baik melalui diri mereka. Agenda yang dibawa mereka adalah berkenaan dengan gerakan muslimat yang seharusnya maju lebih jauh ke hadapan.

Namun

Bukan ini yang hendak saya fokuskan.

Dalam banyak-banyak mutiara kata Kak Mas, ada satu cerita yang dibawanya yang membuatkan saya tersentuh. Cerita ini telah disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, berkenaan perumpamaan menghafal Quran.

Ceritanya begini.

Ada seorang majikan di sebuah syarikat memberi surat kepada pekerjanya supaya melaksanakan beberapa tugas dalam syarikat dan diberikan tempoh utk melaksanakannya. Apabila tamat tempoh, majikan tersebut memanggil pekerjanya itu untuk memberi laporan berkenaan dengan kerja tersebut.

Majikan : Mana laporan tugas ttg kerja yang saya suruh awak buat?

Pekerja: Saya tak buat, tapi saya dah hafal surat yang tuan bagi.
(pekerja itu pun membacakan surat tersebut)

Majikan: Saya tak suruh awak hafal surat tu, tapi saya suruh awak buat apa yang ada dalam surat tu.
 

Inilah anoginya bila kita mengadap Allah kelak. Bukanlah kita ini akan ditanya kembali ttg Quran apa yang kita hafaz semata-mata, ttp yang akan ditanya adalah ttg tugasan yang di dalam al-Quran, apakah dilaksanakan atau tidak. Kalau sekadar menghafaz, ramai orang boleh buat. Bila melaksanakan isi Quran, hanya sedikit orang boleh buat.

Renung-renungkan

Thursday, May 13, 2010

Ashaari Muhammad meninggal dunia

IPOH 13 Mei - Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad telah meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.
Jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di sini. - Utusan

Saturday, May 8, 2010

Cara-cara supaya mudah bangun malam

 1- Diusahakan jangan terlalu banyak makan dan minum, kerana jika perut terlalu kenyang maka mata akan mengantuk dan akan terasa berat utk bangun di tengah malam.

2- Diusahakan supaya tidur pada waktu siang hari walaupun sekejap, sebab dengan adanya tidur siang tersebut akan memudahkan utk bangun malam.


3- Hendaklah betul-betul insaf ttg keutamaan solat malam itu, dgn memperhatikan Quran dan Hadith, sbb dgn tertanamnya kesedaran itu secara mendalam tentu akan mengukuhkan keinginan serta besar pula harapan dan kerinduan kepada pahala yang bakal dikurniakan oleh Allah SWT. Dengan demikian akan timbul keinginan utk bangun malam serta mengerjakan solat.

4- Kuatnya rasa cinta pada Allah serta kuatnya keinginan dan keyakinan, akan mendorong seseorang itu untuk mengerjakan solat malam. Apalagi dengan mengerjakan solat malam itu, seseorang itu akan dpt bercakap-cakap dgn Allah secara langsung dan dekat. Bila seseorang itu betul-betul menyintai Allah, pasti ia akan suka utk menyendiri dan berkhalwat dgn Tuhannya serta dapat pula merasakan, betapa lazatnya bermunajat, maka dengan rasa bermunajat itu, akan menyebabkan ia tahan dan kuat utk beribadah sepanjang malam.





      PANTUN TAHAJJUD CINTA 

tafakur di kala pagi syahdu
sejadah cinta terbentang indah
munajat kasih iringan wudhu
mendamba rahmah menagih barakah


Munajat kasih beralun perlahan
gerak berpadu irama alam
tahajud cinta bersama tuhan
memohon doa iringan salam

bingkas bangun dari lamunan
kiblat suci menjadi saksi
malam berseri dgn ketaatan
sunnah nabi sebagai aspirasi

rayuan kasih munajat cinta
menadah tangan sekudus hati
doa dipohon hajat dipinta
rahmat  diminta sampai mati

ketika cinta bertasbih
gugur titisan mutiara kasih
zikir sufi terpahat jernih
suci hati rohani bersih

ketika cinta mula bertasbih
basah lidah khusyuk munajat
tahajud cinta hamparan kasih
moga Allah kabulkan hajat

tahajud cinta bersama tuhan
sujud bertasbih di mihrab cinta
ayat-ayat kasih dialun perlahan
memuji Ilahi rahmat dipinta

Salam Tahajud Cinta Bersama Tuhan :)

Hasil karya: Elmansyud (Mohd Juzaili Juhan)
Disusun Oleh: Kembara Sufi





Sunday, April 25, 2010

Cari Semangat Baru

Alhamdulillah, cuti dah berakhir. Saya kurang menggemari tempoh cuti yang lama. Sebab saya akan terikut-ikut dgn rentak cuti tersebut. Bila x ada kerja, mula otak pun jadi lambat dan malas. Jadi, sebab tu lah blog saya pun turut bercuti. Susah kan nak istiqamah?

Saya mengagumi insan-insan yang konsisten meligatkan otak dalam mencari ilmu. Semoga saya pun dapat berubah dan jadi seperti mereka. Saya sukakan suasana yang mendesak saya utk banyak berfikir. Sentiasa berada dalam zon selesa akan membuatkan kita tidak tahu apa yang kita cari dalam hidup ni. Sebab tu hidup yang tidak indah, di situlah terletaknya keindahannya.

Jadi apa perancangan selepas ini?

InsyaAllah, menuju ke arah persediaan utk menempuh alam baru. :)  BIIZNILLAH. Ukur diri di paras mana, dan betulkan apa yang tidak betul, dan mantapkan apa yang belum mantap. Selamat bersedia!! Agi Idup Agi Ngelaban

Wednesday, March 24, 2010

Cerpen: Bersabarlah Duhai Daie

Cerpen: Bersabarlah Duhai Daie
Oleh: Wan Sufiah bt Wan Abdul Halim
Mentor: Siti Munirah A. Rasyid

“Ana gagal Aima, gagal mendidik teman sebilik sendiri. Malu ana dengan taklifan sebagai timbalan presiden persatuan dakwah ini, walhal sahabat terdekat ana abaikan,”aku melepaskan keluhan pada Aima sesudah mesyuarat pada satu malam. 
“Kenapa, Ju? Pasal Ain ke?”, Aima terus berpusing dan mengadapku. Aima memang pendengar setia juga merangkap rafiq sejatiku sejak dari sekolah menengah lagi. 
“Ya. Ana cuba didik Ain, nak melihatnya untuk menjadi muslimah solehah. Tapi mungkin kerana ana terlalu sibuk, sehingga tiada masa untuk bersama Ain. Kasihan Ain, dah lama juga ana tidak berbual dengan dia. Balik lewat malam, Ain dah tidur. Bangun awal pagi, Ain belum bangun. Ana kejutkan dia bangun solat Subuh, dia tidak bangun. Ana rasa sungguh bersalah, Aima. Mungkin dakwah terhijab dek kerana dosa-dosa ana,”aku menjelaskan situasiku pada Ain. 
“Ju, bawa bersabar. Perihal dakwah, bukan semuanya menemui kejayaan. Rasulullah , penghulu segala umat sendiri menemui kegagalan dalam dakwahnya menyebarkan Islam. Contoh seperti di Thaif, baginda bukan hanya diejek, bahkan dilontar dengan batu. Pulang dengan luka dan darah, tapi baginda tetap sabar walaupun ditawarkan oleh malaikat untuk membalas dendam pada penduduk Thaif,” Aima menasihatiku sambil membentang kisah sirah Nabawiyah buat penawar hatiku.

Teringat aku dengan buku Fiqh Sirah yang baru kubaca bulan lalu, bahkan telahku bentang dalam usrahku. Hampir bergenang air di kolam mataku, malu aku pada Tuhan. Segala teori mampu ku olah. Malah mendapat pujian dari anak usrahku atas kepandaianku memberi penjelasan tajuk ‘Islam dan dakwah’. Namun inilah yang dinamakan retorik semata-mata. Hanya bagus di medan hujah, tapi mundur bila sampai masa untuk mempraktikkannya.

“Betullah apa yang anti katakan tu. Kita dah selalu belajar tentang kisah perjuangan Rasulullah ni, namun mungkin kurang penghayatannya, sukar untuk mengaplikasikannya dalam hidup kita. Terima kasih Ukhti, kerana ingatkan ana. Ana kecewa, mungkin kerana ana ini terlalu cepat ingin mengejar kemenangan. Semoga Allah ampunkan kegopohan dan kesilapan ana,” aku tersedar dengan kesilapan.

“Sama-sama kita memberi peringatan. Jalan dakwah memang sukar, namun itulah yang harus kita lalui untuk kita membayar mahalnya harga syurga yang kita idamkan. Semoga kita terus thabat dalam perjuangan ini Ukhti,”Aima tersenyum. Senyuman dari seorang sahabat yang menenangkan kegelisahan jiwaku. Aima memang seorang sahabat yang baik. Ketabahannya yang sudah tidak beribu menjadi inspirasi kepadaku untukku menjadi sepertinya.

“Amin ya rabb. Terima kasih Aima. Eh, hari ni ada pasar malam. Jom kita pergi? Ana ingat nak beli makanan sedikit untuk Ain dan dua rumet lagi. Dah lama tak makan dengan diorang. Ain suka makan roti pita katanya”.
“Ain je? Ana siapa nak belanja? ,”Aima mencemikkan muka tanda merajuk.
“Eh, merajuk pulak dia. Oklah, jom ana belanja ayam goreng untuk anti”.
“Yea, nak ayam goreng, nak ayam goreng,” Aima melonjak keriangan sambil mengajuk intonasi Upin dan Ipin. Geli hati aku dibuatnya. Apa salahnya bermanja sekali-sekala dengan sahabat-sahabat. 

*******************************************************************************

Aku baru sahaja berpindah ke bilik ini. Sebelum ini aku daripada bilik lain. Namun aku minta daripada pihak pentadbiran asrama untuk berada di asrama yang berdekatan dengan tempat kuliahku. Memandangkan aku menghadapi masalah kesihatan, Alhamdulillah permohonanku diluluskan.
Dengan penuh debaran aku melangkah masuk ke bilik baruku. Entah teman bagaimana yang aku akan dapat.
Perlahan-lahan aku masuk. Kelihatan seorang perempuan sedang tidur di katil bersebelahan tempatku dalam keadaan memakai seluar pendek. Aku meletakkan barang-baran g di katilku perlahan-lahan.

“Eh, maaf-maaf. Tak sedar”, teman sebilikku ini terjaga dari tidur. Dia bangun dari tidur lantas memindahkan barang-barang yang berada di atas mejaku.
“Tidak mengapa,”aku tersenyum dan menghulurkan tangan. 
“Adik nama siapa?”, aku sengaja mendahulukan perkataan adik kerana aku tahu biasanya pelajar yang berada di blok ini muda setahun dua dari aku. 
“Ain Madihah”,dia menyambut huluran tanganku. Gembira sungguh dia. Barangkali sebab mendapat teman sebilik yang baru. Satu bilik dua orang. Tapi satu ruang yang besar, ada dua bilik. Jadi ada satu lagi bilik di sebelah bilikku. Juga teman kepada Ain. 
“Nama kakak?”, Ain bertanya.
“Junaidah. Boleh panggil Kak Ju. Umur akak 23. Umur adik 22 kan?”.
Ain mengangguk. Katanya temannya yang mulanya berada di tempatku ini telah pun berpindah ke asrama lain. Sudah lama Ain menunggu ketibaan roommate barunya. 
Aku disambut gembira oleh mereka yang melayanku dengan baik. Alhamdulillah, aku seronok mendapat roomate seperti mereka. Aku membayangkan kebahagiaan aku dgn mereka, sama-sama berukhwah dengan mereka.

“Alhamdulillah, roomate Ju baik-baik belaka”. Aku menghantar sms pada Aima, teman lamaku yang membantuku mengangkat barang masuk ke dalam bilik. 
“Alhamdulillah, syukurlah Ju dapat roomate yang baik. Nanti Aima pergi melawat Ju bila ada masa. Jaga diri.” Aima membalas mesejku.

Seperti biasa, aku bangun untuk menunaikan solat Subuh. Aku kejutkan semua teman sebilikku. Ada yang bangun dan ada yang tidak. Hampir seminggu kiranya aku memerhatikan gelagat semua teman sebilkku ini.

Namun, lama kelamaan hati aku semakin lama semakin gelisah. Semacam ada yang tak kena. Selama seminggu ni juga aku tidak pernah melihat mereka menunaikan solat dan membaca Quran. Bila ditanya pada Ain, uzur katanya. 
Rupanya mereka memang banyak mengabaikan solat. Kadang solat dan kadang tidak. Terkedu aku, kelu lidah. Pulang dari kelas, terus tonton movie, hujung minggu keluar dengan teman lelaki masing-masing. Sepanjang tiga tahun aku belajar di UKM ini, tidak pernah aku mendapat teman sebilik sebegini. Kalau dipasang movie, dipasangnya kuat-kuat. Kalau dipasang lagu, dipasangnya lagu-lagu cinta yang lagho. Sehingga saban waktu mengganggu tidurku, solatku, belajarku.
Hati mana yang tidak resah. Walhal hati ini inginkan kedamaian, suasana yang dipenuhi rahmat. Namun tempat ini bukan aku yang memilihnya, tapi Allahlah yang mentakdirkan aku utk berada di sini.

Aku rasa bersalah. Aku hanya banyak berdiam diri berbanding menegur mereka. Aku bersalah pada agamaku sendiri.
Situasi sebegini banyak membawaku utk muhasabahku sendiri.

“Junaidah, engkau adalah daie. Pembawa cahaya agama. Tidak Allah mencaturkan sesuatu ketentuan melainkan ada hikmah di sebaliknya. Mungkin selama ini mad’uku tidaklah sesukar seperti ini. Namun, aku harus hadapi situasi ini dengan penuh sabar. Aku ini mungkin beruntung, diberi rezeki berada di dalam kelompok orang-orang yang solehah. Tapi mereka? Kalau tidak aku yang membimbing mereka, siapa lagi yang akan memimpin mereka menuju jalan yang benar? Aku mesti berusaha jua untuk membimbing mereka. Tarik bersama sahabat-sahabat menuju jannah dan redha Tuhan. Inilah masanya untukku mempraktikkan teori dakwah yang aku belajar selama ini”. Aku bermonolog sendirian. Air mataku mengalir mengenangkan dosaku yang bertimbun-timbun. Tanggungjawabku tidak kulaksanakan. Hari esok aku akan dipersoalkan Tuhan. Sanggupkah aku bersemuka dengan Tuhan dalam keadaan sebegini?

Hinggalah pada satu malam, aku tinggal berdua dengan Ain. Roomate yang lain keluar.

“Ain, dah boleh solat? Jom kita solat jemaah sama-sama?”,aku memberanikan diri bersuara setelah melihat Ain siap mandi. 
Ain kelihatan tersipu-sipu. “Erm, boleh jugak. Lagipun dah lama tak solat jemaah. Dulu kat sekolah menengah saja selalu solat jemaah. Kak Ju jadi imam ya,”Ain menyambut pelawaanku. Alhamdulillah, syukur.
Ain bukan calang-calang orang. Dia adalah bekas pelajar sekolah agama. Namun barang
kali hidup tidak nampak arah tujuan, sebab itu agak terpesong dari landasan.

“Ok Ain, boleh iqamat,” kataku perlahan pada Ain setelah kami berdua sudah siap di atas sejadah. Lama Ain terdiam.
“Err…. Kak Ju. Tak ingatlah”, Ain tersengih-sengih.
“Tidak mengapa, cuba dulu. Nanti Kak Ju cuba betulkan,” aku meyakinkannya. Sungguhpun aku sedikit terkejut, namun itulah realitinya yang aku harus faham.
Peluh berjujuhan di dahi Ain. Tergagap-gagap menyebut sambil cuba mengingati lafaz Iqamat.

Seusai solat Maghrib, aku bangun untuk menunaikan solat sunat. Ain pun turut bangun juga untuk solat bersamaku. Sudah lama katanya ditinggalkan perkara-perkara seperti ini. Dalam sujudku yang terakhir, aku ucapkan selautan syukur pada Allah kerana memudahkan aku membimbing teman baruku ini.

“Jom Kak Ju tengok bacaan Quran Ain nak?”, aku mempelawa lagi seusai membaca doa.
“Erm.. boleh juga”, Ain sekali lagi menyambut pelawaanku.

Ingatanku segera melayang teringatkan Khairina, bekas anak murid mengajiku juga merangkap juniorku. Muda setahun dariku. Biliknya bersebelahan dengan bilikku ketika berada di matrikulasi dahulu. Kira-kira satu semester kuajarkan dia membaca Quran. Sambil-sambil kuajarkan dia tentang Islam memandangkan sejarah dirinya tidak banyak peluang untuk mempelajari Islam.
Sehingga tiba hari perpisahan, aku mengajarkannya membaca Quran buat kali terakhir. Dia mengucapkan terima kasih padaku kerana banyak memberi tunjuk ajar. Dia banyak mengenal agama Islam semenjak dia mengenalku.

Dan akhirnya, menitis juga air matanya. Suasana menjadi begitu syahdu. Aku memeluknya.
“Kakak, susah untuk saya menerima perpisahan ini. Saya nak kakak ajar saya lagi baca Quran, ajar saya tentang Islam. Semenjak saya kenal kakak, saya semakin berminat untuk mendalami Islam. Saya nak jadi baik macam kakak”, katanya dalam esak tangis. Aku turut menangis.
“Kakak hanya menyampaikan ilmu yang Allah bagi pada Kakak. Ina teruskan usaha Ina untuk belajar Quran dan belajar tentang agama kita sebaik mungkin. InsyaAllah Kakak doakan Ina menjadi seorang muslimah yang solehah suatu hari nanti”.
Ina terseyum kelat. 
“Kakak, saya ada permintaan. Saya mahu solat berjemaah dengan kakak empat waktu hari ini. Kakak jadi imam. Saya pasti akan merindui suara kakak yang selalu menjadi imam pada saya,” Khairina memohon padaku. Aku mengangguk tanda setuju.

Itu kenanganku dulu. Menghadapi mad’u yang dia sendiri yang meminta untuk kuajarkan Quran. Tiba waktu ini, aku yang perlu menawarkan diri mengajar teman sebilikku ini.

Seusai membaca Quran, aku makan bersama-sama dengan Ain. Lauk sardin dan nasi putih menjadi santapan kami berdua pada malam tersebut.
Aku semakin mengenali Ain. Segala-galanya diceritakan padaku. Tentang keluarganya, akademiknya, dan tidak lupa juga diceritakan tentang teman lelakinya yang sudah hampir dua tahun dikenalinya. Alhamdulillah aku bersyukur dengan respon positif yang diberikan.

Tapi, kali ini lain pula cerita mad’uku ini. Bukanlah ada masalah keluarga, seperti masalah kurang perhatian dan kasih sayang. Tapi ibunya sendiri yang menyuruh dia pulang bersama teman lelakinya. Katanya lebih selamat. Apa nak dikata? Bila ibu sendiri yang menggalakkan anaknya, agak sukar untuk orang lain melarang. Aku lebih banyak mendengar, cuma sedikit demi sedikit aku selitkan tentang gambaran kehidupan bersuami isteri kelak. Keberkatan kutekankan di samping menyentuh bab mendalami ilmu sebagai persediaan untuk membina rumah tangga bahagia.
Tidakku lupa, aku turut memperkenalkan buku-buku yang bagus untuk dibaca, bagi menggantikan novel cinta yang dibacanya. Buku yang aku bagi disimpan diraknya. Akan dibaca di lain hari katanya.

Malam tu, aku tidur dalam keadaan yang gembira di samping syukur dengan jalan dakwahku yang dimudahkan Allah.

Esoknya, kami solat berjemaah lagi. Kali ini, aku mengajar mengaji dan beberapa bacaan doa memandangkan Ain tidak pandai langsung untuk membaca doa dalam bahasa Arab. Doa pertama yang aku ajarkan adalah doa ampun dosa untuk diri dan kedua ibu bapa. Dan kuturut memberi buku doa untuk dihafalnya.

Hari demi hari, waktu demi waktu berlalu dengan kesibukanku menghadiri program-program yang dianjurkan oleh Persatuan Dakwah di UKM . Apatah lagi aku menyandang sebagai Timbalan Presiden persatuan tersebut, urusan begitu banyak untukku selesaikan. Ditambah lagi dengan assignment dan presentationku yang begitu berlambak-lambak, menghimpitku dan menyebabkan aku semakin jarang berada di bilik. Kalau balik lewat malam, keluar di awal pagi. Hujung minggu pula dipenuhi dengan program-program di negeri-negeri lain. Aku begitu sibuk dengan tuntutan kerja-kerjaku. Sehinggalah satu ketika terdetik dalam hatiku, “Apa khabar Ain sekarang? Sudah lama aku tidak berbual dengan dia”
Mad’uku ini semakin kuabai. Buku yang kuberi dipulangkan kembali tanpa dibaca, doa juga tidak dihafal. Berseluar pendek seperti biasa, hujung minggu tetap keluar dengan teman lelaki, bahkan semakin lalai dan tenggelam dengan dunia yang seolah tidak bertuhan. Kadang solat dan kadang tidak. Sedih aku melihatkan keadaan Ain.
*****************************************************************************
Pulang dari pasar malam, aku dengan semangat dan azam baru untuk memperbaiki hubunganku dengan Ain. Sungguh, aku menyayangi Ain. Namun,mungkin kerana aku kurang sabar membuatkan aku berasa putus asa. Syukurlah mad’uku ini sekurang-kurangnya memberiku pengajaran yang berguna untukku.

“Ain, jom makan. Kak Ju belikan roti pita kesukaan Ain,” aku mempelawa Ain makan bersamaku.
Ain kelihatan teragak-agak untuk menerima pelawaanku. Mungkin kerana aku sudah lama tidak berbual dengan dia.
“Errr.. Ain tengah siapkan assignment ni. Kak Ju makanlah dulu,”Ain berbasa-basi denganku. 
“Kak Ju dah bancuh air teh ni. Jomlah kita makan sama-sama. Dah lama tak makan dengan Ain,”aku tak berputus asa memujuk Ain. Aku tahu, Ain pasti malu denganku.
“Ok lah. Kak Ju belikan untuk Ain ke? Terima kasih Kak Ju. Tak sangka Kak Ju ingat lagi makanan kegemaran Ain lagi,”Ain mula nampak lebih terbuka untuk berbual denganku.
Semasa makan, aku banyak bertanyakan khabar Ain, dan meminta maaf dengannya atas kesibukanku membuatkan aku jarang bersama Ain. Ain memahami keadaanku bahkan katanya dia juga turut sibuk untuk menyiapkan tugasannya serta persiapannya menghadapi peperiksaan akhir semester ini.

Hari demi hari hubunganku dengan Ain semakin baik. Setiap hari ada sahaja cerita yang hendak dikongsi denganku. Aku pula lebih banyak meluangkan masa untuk bersama Ain di bilik.

Kini, aku semakin banyak belajar dengan cabaran dan dugaan yang aku alami dalam arena dakwah ini. Sungguhpun Ain tetap dengan sikapnya yang lama, namun aku tidak berputus asa. Soal hidayah, serahkan pada Allah SWT. Kita hanya berusaha sekadar yang termampu, mudah-mudahan Allah memberi petunjuk pada kita semua.:)

Thursday, March 18, 2010

Eid Milad Saied


Hari ini hari apa?
Hari Khamis.
Ye lah..Taulah hari Khamis.  Ada birthday sapa-sapa tak hari ni?
Rasa macam ada. Jap yer, nak cek jadual birthday.


Oh, patut rasa macam lain. Birthday seorang insan istimewa rupanya. Sangat istimewa dalam hidup saya.
Saya cerita serba sedikit yer.
Saya kenal insan ni masa saya kat DQ. Masa Minggu Haluan Siswa, saya dilantik jadi ketua kumpulan. Begitu juga dengan insan ni. Dia pun jadi ketua untuk kumpulan dia. Jadi kami sama-sama selalu dok di depan menjaga anak-anak buah di belakang.  Tapi kami tak pernah bertegur-sapa. Maklumlah malu-malu kucing lagi masa tu.


Lepas habis minggu-minggu yang menyeksakan jiwa raga di DQ (Orientasi & Mafatihul Mahabbah) keadaan mula tenang. Tapi saya tak pasti bilakah saya saya mula baik dengan insan ni. Tak dapat dikenal pasti apakah sebab musabab yang mentaqdirkan kami berdua saling mengenali dan mula rapat. Pendek kata, saya kenal dan rapat dengan dia kat DQ lah. Kan senang cerita.

Lepas berakhirnya zaman kebudakan kami di DQ, diizinkan Allah kami pun mula berpijak di pepasir dan jalanan tar di Pusat Asasi UIA. Saya melambai-lambai pada insan ni pada hari pendaftaran. Dan…. Oh! rupanya biliknya hanya selang sebuah dengan bilik saya di Mahallah Zainab tingkat 4. (saya x ingat dah no bilik). Kuatnya jodoh saya dgn dia.


Tiba sem 2, kami boleh memilih bilik sendiri. Saya dan insan ni (saya namakan dia A lah ek) pun mendaftar untuk duduk sekali. Dan kami dapat no bilik yang sangat cantik iaitu 123A. Satu sem di bilik ini dan kemudian berpindah ke bilik 320 A.

3 Sem bersama A banyak asam garamnya. Tidaklah kami banyak memakan asam dan garam, tetapi membawa banyak pengertian yang berharga. Ada manis, ada pahit, ada masin, ada masam. Mcm masam-masam manis rasanya. Kadang-kadang terusik jua dengan kenangan-kenangan lama apatah lagi dgn insan yang byk berkongsi suka dan duka dengan kita. Tapi bukan sekadar berkongsi suka dan duka, bahkan berkongsi makanan, pakaian, duit dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Bumi mana yang tak ditimpa hujan. Yang kering kontang pun akan turun jugak kdg2. Mcm tu lah kehidupan kami berdua. Ada jugak yang tidak kena. Kdg2 terasa hati, kdg2 makan hati, kdg2 kecik hati, dan keadaan hati yang lain2, tetapi itulah yang membuatkan kami lebih kenal antara satu sama lain. Ada masa kami akan berterus terang, dan kedua-dua pihak akan cuba ubah sikap masing-masing. Manakan mungkin kita akan mencapai kesempurnaan, ttp itulah jalan yang dituju.

Waktu di Kuantan, saya di Maimunah dan A di Thalhah. Tapi itu tak menjadi masalah walaupun café menjadi org tengah bg kami berdua. Pantang nampak, maka terpaksalah salah seorang belanja. Keadaan ini berlanjutan sehinggalah tiba saat utk saya membawa diri.
Saat-saat akhir di Kuantan, sahabat-sahabat meraikan saya dengan mengadakan majlis perpisahan dan membeli sebiji kek. Ada nyanyian nasyid, ada sajak, ada pantun. Semuanya utk sy. Tapi A diam je. Dan akhirnya saya nampak A menangis. Tersedu-sedu. Saya pergi dkt A, saya peluk dia. Sambil-sambil saya nak suap dia dengan kek.
Tapi A tak nak. Dia kata, ‘betapa sakitnya perasaan dia bila saya nak tinggalkan dia’.


Saya tak tahu apa yang nak dikata. Saya sebak jugak masa tu. Dan bila keadaan dah mula tenang, dia ketawa balik. Pujuk hati dia.

Dan kini kami dah terpisah jasad. Saya di Gombak, dia di Kuantan. Tapi hati tidak. Terima kasih kepada Allah Taala kerana masih mengikat hati kami dgn rabithah yg utuh dan juga terima kasih kpd talian CELCOM kerana menghubungkan kami untuk bertukar khabar berita.


Dan hari ini adalah hari lahirnya yang ke -22.
Dan saya masih belum wish lagi, sbb bagi saya ruangan sms x cukup utk sy tulis semua ni dan saya pun masih menunggu panggilan dia kerana biasanya org yg sambut birthday dapat BONUS dari CELCOM. Hehe

‘Ala kulli hal,
Insan yang dimaksudkan adalah



Semoga berkekalan persahabatan ini hingga ke akhir hayat, insyaAllah. Ya Allah, redhailah dan pandulah hati-hati ini menuju kepadaMu yg satu. Amin Ya RAbb

EID MILAD SAIED, KULLU ‘AM WA ENTI BIKHAIR WAILLAHI AQRAB
              

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails