Followers

Sunday, August 29, 2010

Riadah dgn Pak Lang dan Mak Lang

Sesekali bersama dgn kanak-kanak, membuatkan kita terfikir yang kita juga pernah melalui alam seperti mereka. Dan masa yang begitu pantas berlalu, membuatkan kita tak sedar yg kita sudah pun tiba di peringkat bakal melahirkan zuriat.

Kes buang bayi cukup ketara kini sehingga membuatkan 'mereka' terpanggil utk menyediakan tempat khas bg mereka golongan yang nak melahirkan anak. Kenapa tidak diubati dari akar umbi lagi? Seorang anak bermula dgn seorang ayah dan ibu.

Lantaran ibu dan ayah yang tidak ada kefahaman Islam, disitulah bermula institusi usrah yang cacamerba.

Kerana itulah, antara motivasi terkuat yang menjadi pegangan seorang muslimat dan muslimin, sebelum mendirikan rumah tangga, adalah cara bagaimana mereka menjaga hubungan tersebut.

Andai tersasar, maka zuriat yang ada dalam rahim si ibu, turut menerima tempiasnya juga. Persiapan utk menjadi bapa yang soleh/ah tak perlu menunggu adanya calon pasangan dan bersedia utk menikah, tapi ianya bermula dari SEKARANG! Kitalah yang akan mengubah pola keruntuhan akhlak di bumi Malaysia ni. Jom kita terus gerakkan dakwah, mengislahkan semampu kita. ke arah menuju 1 UMMAH :)



Riadah di Pengkalan Asam

(x de anak lagi, jadi tumpang anak sedara dulu) :)






Pak Lang yang sudah berpeluh melayan anak-anak menakannya.





Keceriaan kanak-kanak turut mengukir sama corak emosi kita :)










Sunday, August 8, 2010

Secebis bingkisan buat kekanda Juzaili

Bunga cinta mekar di taman
Dipetik insan buat wangian
Fitrah insan inginkan teman
Namun syariat tetap pedoman

Dua insan telah disatukan
Berpadu jiwa bersatu hati
Nikmat cinta moga berpanjangan
Sampai syurga bertemu lagi

Isteri cerdik dan solehah
Idaman hati seorang suami
Elok pekerti menjaga maruah
Wanita mulia unggul peribadi

Bahtera insan mula dilayarkan
Kadang tenang kadang bergelora
Pada Tuhan doa disandarkan
Ingin bahagia aman sejahtera

Pada kanda yang berjauhan
Dinda doakan tabah berpanjangan
Adat berjuang ada dugaan
Pada Tuhan mohon kekuatan

Lumrah bercinta kasih mengasihi
Hati rindu tiada terperi
Dalam ujian manis mengiringi
Sabarlah kanda teguhkan hati

Dinda berjuang di sini
Kanda berkhidmat di sana
Berjanji sehidup semati
Kita berjuang untuk selamanya

Mahal harga sebuah pengorbanan
Janji tuhan pasti tiba
Hati syukur kita dipertemukan
Moga bahagia milik kita selamanya...

:)

Monday, July 12, 2010

SEBUAH PESONA PERNIKAHAN


Assalamualaikum wbt
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Lama betul saya meninggalkan blog ini tanpa diupdate. Penuh bersawang. Mungkin barangkali saya masih dalam tempoh penyesuaian diri dalam alam baru dan status baru menjadi isteri. :)
Seusai membaca blog sahabat karib, Siti Munirah, teruja saya membacanya… Kalamnya menyentuh kalbu, mengingatkan saya bahawa jangan sekali-kali bermimpi utk menjadi insan biasa. Terima kasih Munirah, semoga kalammu beroleh keberkatan dan rahmat utk setiap apa yang kamu tulis.
BERKONGSI PENGALAMAN
Sekian lama saya meniatkan utk berkongsi pengalaman dgn shbt2 sekalian berkenaan alam yg saya tempuhi ini sebelum dan selepasnya. Sesungguhnya, pernikahan adalah agenda terbesar dalam diari hidup kita.  Memilih utk berkahwin bermakna memilih utk hidup sehidup semati, berkongsi apa jua susah dan senang dengan seorang teman yang bernama LELAKI.
                Pada saat saya menulis post ini, pernikahan saya baru berusia  sebulan, seminggu dan sehari. Sedikit demi sedikit saya bertatih di alam ini, dibimbing oleh suami yang sememangnya banyak memahami keadaan berkahwin dgn isteri yang masih belajar.
                Sebelum berkahwin, saya lebih gemar membaca penulisan shbt2 yang byk berkongsi pengalaman mereka di alam ini, justeru memberi saya inspirasi utk turut sama berkongsi, memandangkan sahabat2 saya masih ramai lagi yang bujang trang tang tang . Antara penulisan yg saya ikuti adalah Ust Hasrizal, pasangan Kak Nurul dan Akh Imran dan pasangan Kak Nurul dan Ust Shaari dll. Terima kasih kepada mereka atas coretan yang sungguh bermanfaat.
SEBUAH PERTEMUAN
Bagaimana bermulanya satu pernikahan, tentu sekali dgn pertemuan. Bagaimana saya bertemu dgn calon suami, menjadi satu soalan popular yg perlu saya jawab sejak saya mengumumkan ttg walimah yang akan saya adakan.  Jadi jwpn yang sama saya ulang dan ulang utk mengisi kotak tanda tanya sahabat2.
                Suami adalah anak kepada ibu angkat. Saya tahu kewujudannya, tetapi x pernah mengenali beliau apatah lagi bercakap memandangkan  beliau menuntut di Mesir. Saya menjadi anak angkat kepada  ibu dan keluarganya sejak Ting 1. Tetapi saya mula rapat dengan keluarga ini sejak ibu angkat saya mendapat menantu dan cucu.
                Ditakdirkan Allah, pada tahun 2007 beliau pulang ke Malaysia utk menghadiri kenduri kahwin kakaknya di Perlis. Dan setelah beliau pulang, ibu angkat bercadang utk memperkenalkan saya padanya sekiranya dia tiada lagi calon. Percaturan Allah Maha Hebat, suami saya telah mendapat beberapa petunjuk berkenaan ciri saya sebelum beliau pulang ke Malaysia ketika sedang tawaf. Apabila ibunya bercerita ttg saya, ciri-ciri yang ibunya ceritakan sama dgn petunjuk yang diperolehi oleh beliau. Dan akhirnya, setelah disampaikan hasrat pada saya, barulah saya teringat yang saya juga pernah terlintas hati semasa tahun 2005 berkenaan wajah beliau di Mesir dan menjadi menantu ibu angkat saya.
                Saya sering ditanya, bagaimana nak yakin ‘dia’ tu jodoh kita?  Setiap org akan mendapat petunjuk yang berbeza2. Antara petunjuk yang kuat kami dapat adalah cadangan utk menjodohkan kami bukan hanya pada ibu angkat, tapi juga pada jiran, sahabat, guru dan lain-lain, sekitar dalam 4-5 orang. Sungguh tidak disangka, Allah mencampakkan perasaan tersebut utk menguatkan lagi yang jodoh kami berdua sememangnya telah diaturkan Tuhan.
Pada sebuah pertemuan, hargainya dgn ikatan kita pada Tuhan. Peliharalah sebuah pertemuan dgn syariat yang Allah gariskan, insyaAllah akan diberkati  bukan hanya hingga ke jinjang pelamin, tetapi hingga ke akhir hayat kita.
Dan pada sebuah pertemuan juga, pasakkan niat betul2 utk apa kita bernikah. Utk sekadar menghalalkan cinta atau ada agenda besar yang kita impikan? Memiliki sebuah keluarga yang menjalankan syariat Allah, anak-anak yang taat pada Allah dan Rasul, serta mencintai akhirat. Allahuakbar, semoga Allah memudahkan kita utk mencapai niat yang suci ini..
USIA MUDA
                SEkian lama 3 tahun kami taqdim, ketika awal masuk Kuantan, terdetik di hati saya utk mengikat tali pertunangan memandangkan macam macam perkara yang berlaku sepanjang percutian saya setelah tamat matrik. Namun, sebegini mudahkah utk saya menyampaikan hasrat di hati pada ayah dan ibu memandangkan saya ini masih belajar dan tambahan pula saya masih mempunyai 3 abg dan sorang kakak yg  belum berkahwin.  Apa saudara-mara saya akan kata, lantaran dalam kalangan sepupu saya yang sgt ramai, susah nak cari yang kahwin ketika belajar. Agak lama perkara ini menghantui saya, namun saya kira istikharahlah jawapannya. Istikharah saya lakukan, dan akhirnya dgn penuh tawakal saya sampaikan pada abah menerusi telefon.
REAKSI
                Reaksi abah tak dapat dibaca, setuju atau tidak. Cuma dia menyatakan kebimbangan bolehkan saya berkahwin semasa belajar. Jawapan yg saya beri cuma istikharahlah. Saya sendiri tidak pasti apakah yang akan berlaku pada masa akan dtg, mampu atau tidak saya bawa. Saya tawakal, sekiranya tidak dipersetujui, saya akan pasrah. Saya tidak mendesak ibu bapa saya, kerana saya yakin tentu sekali Allah akan memudahkan jalan sekiranya pertunangan saya ini akan membawa kebaikan.
MERISIK
                Ketika ibu dan ayah angkat dtg merisik, Alhamdulillah abah memberi respon. Abah setuju. J Tapi dengan syarat kedua-kedua mesti berada di Malaysia, bukan sorang Mesir dan sorang Malaysia. Bahkan Abah terus mula mencari tarikh utk melangsungkan majlis pertunangan. Saya begitu bersyukur kerana jalan utk kami berdua bersatu dimudahkan Allah. Bahkan bakal tunang saya (waktu itu) ditaqdirkan Allah dapat pulang ke Malaysia dan terus bekerja di sini. Cantik kan percaturan Allah? J
PERTUNANGAN
                Abah yang maklumkan pada saudara-mara dan adik beradik, bukan saya. Tentu sekali abg saya terkejut dengan makluman ini, namun Alhamdulillah tiada siapa yang membantah.  Dengan majlis yg sederhana, ikatan janji utk melangkah kealam perkhwinan telah pun dipateri antara dua keluarga.
                Kata orang, waktu bertunang ni mencabar. Sebab hati dah makin dekat. Jgn lupa utk tidak menghebahkannya, cukup sekadar maklumkan pada mereka yang sepatutnya tahu. Banyak hikmahnya pada suruhan utk merahsiakannya. Antaranya adalah utk mengelakkan kita malu sekiranya jodoh x kekal lama, mengelakkan dari dengki khianat org ramai.
PERKAHWINAN
                Jangkaan saya, saya akan berkahwin pada hujung tahun ini. Tapi setelah dibincangkan antara 2 pihak, Alhamdulillah tarikh diawalkan kepada bulan 6. Saya bersyukur kerana bertunang tidak lama. J Dan majlis walimah saya diuruskan oleh kedua ibu bapa saya, yang bertungkus lumus utk memberi  yg terbaik utk saya. Terima kasih ma abah, dan mak abah ( mertua).
KEHIDUPAN BARU
Setelah membaca teori perkahwinan, saya kini berada di alam reality. Alam baru antara saya dan suami, berstatus isteri, menantu dan Puan. Status yang memerlukan saya berubah utk menyesuaikan diri dgn keadaan baru.
“Macam mana, susah x kahwin?”
Jwpan saya, bergantung pada sikap diri kita dan pasangan utk memudahkan perkahwinan atau menjadikan ianya sukar. Cabaran tentu sekali ada, apatah lagi di saat permulaan, adalah masa utk mengenali siapakah pasangan kita yang sebenarnya. Kehendak yang berbeza, sikap yang pelbagai..
Namun, dengan akhlaq yang diajar oleh Rasulullah SAW  utk sentiasa berlapang dada, sentiasa memaafkan dan menerima keadaan pasangan kita seadanya menjadikan hari-hari yg dilalui sgt indah. Jadi, di sinilah peri pentingnya utk kita memilih pasangan yang memilih jalan menyintai Allah dan Rasul.
HIDUP UNTUK MEMBERI
Saya amat berterima kasih pada Ust Hasrizal kerana memberikan teori terbaik dalam perkahwinan, iaitu Hidup Utk Memberi. Memikirkan soal ini, apabila bermuhasabah berkenaan peranan kita sebagai seorang isteri, akan sentiasa menyesal kerana memikirkan sering tidak memberi khidmat yang terbaik utk suami tersayang. 
Bila dah berkahwin, x sama macam bujang. Bangun pagi fikir utk diri sendiri. Tapi bila celik mata di pagi hari, fikir bagaimana pakaian suami, makanan suami, brg2 suami dan lain-lain sehinggalah mata ditutup utk berehat seketika (tidur). Letihkan menjadi isteri?  Tentu sekali tidak, kerana khidmat dan tugas yang kita jalankan meraih pahala yang berpanjangan, bahkan seronok kerana dapat memudahkan urusan suami.
MENJADI ISTERI KEDUA
                Sebelum bernikah, saya sudah tau yang saya akan menjadi isteri kedua. Berkongsi seorang lelaki dgn isteri pertama yang sekian lama telah dinikahkan sebelum suami saya mengenal saya.
                Bila berkongsi, kenalah faham yang suami tidak akan sentiasa bersama kita, bahkan mungkin akan lebih akrab dengan isteri pertama.  Saya juga harus menyintai isteri pertamanya dan turut sama dalam gerak kerja suami dgn isteri pertamanya.
                Isteri pertamanya adalah perjuangan. Suami saya adalah milik masyarakat. Sekian lama suami saya menuntut di Mesir, kini tiba masa utk berbakti di Malaysia, membantu mengislahkan bumi Perlis, menaikkan pemimpin yang sewajarkan utk memimpin bumi ini.
BERJAUHAN
                Allah beri nikmat mudah utk berkahwin, tapi diuji pula utk tinggal berjauhan. Alhamdulillah, perasaan itu milik Tuhan, berat ataupun ringan, kita kembali pada Tuhan. Kalau dulu bezanya saya hanya seorang pelajar, tapi kini saya seorang pelajar dan isteri. Saya kembali ke UIA utk meneruskan perjuangan tapi dalam keadaan, seorang teman dan guru mengiringi kehidupan saya. Biarpun jasad berjauhan, tapi hati tetap mendekat. Saya dipagari dgn nasihat-nasihat suami yang menginginkan kebaikan pada diri saya. Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana dikurniakan jodoh yang soleh, yang dapat mendorong saya utk memperbaiki diri ke arah yg lebih baik.
                Antara nikmat berjauhan, setiap kali berjumpa akan terasa seperti pengantin baru. Tambahan lagi, semangat utk belajar begitu membara, bahkan saya begitu mengharapkan agar dpt menghadiahkan kejayaan yang bermakna utk suami, ibu ayah kandung dan mertua.
PERASAAAN
Apa perasaan selepas kahwin?
Tenang.
Kalau dulu cinta bergelora kerana berlabuh menyintai seorang insane yang belum tentu lagi menjadi milik kita, tapi sekarang cinta yang bergelora itu semakin tenang ibarat ombak yang berlabuh di pantai yang landai.
Ingatlah, sewaktu sebelum berkahwin, andai kita terseksa dgn cinta pada manusia yang masih belum halal, mengadulah pada Tuhan. Minta Dia jaga perasaaan kita, agar tidak dicemari dgn salahnya tindak tanduk kita. Sebelum menanti halalnya cinta utk disuburkan, menangislah kalau perlu menangis memikirkan betapa susahnya utk menjaga hati kita yang berbolak balik ini.
Tapi bila lepas kahwin, bercintalah sepuas-puasnya. Insan yang diharapkan telahpun menjadi milik kita. Dengan itu, ibadah pun mudah utk dilakukan, hati lapang dan gembira apabila hiburan suami isteri menjadi halal dan seronok bila ada penguat semangat utk meniti hari-hari yang mendatang.
Sahabat,
Ketahuilah Perasaan itu milik Tuhan. Dia berkuasa utk mencampakkannya, dan Dia berkuasa utk menarik balik. Apa yang kita takutkan, kalau dia menarik rasa cinta itu setelah kita berkahwin. Pasti akan menyirna mawaddah, mahabbah dan rahmah. Kerana itu, jagalah sebaiknya hubungan sebelum nikah agar Allah lebih mencampakkkan lagi rasa cinta kita selepas kita bernikah.
GENAP 22  TAHUN
Sememangnya saya memang target utk bernikah pada usia 22 tahun. Dan Alhamdulillah, Allah telah menyampaikan hasrat saya ini. Pada tarikh 5 Jun, adalah hari keenam selepas hari kelahiran saya pada 30 Mei. Allah Itu Maha Tahu.
                Mudakah saya pada usia ini? Kalau pendapat peribadi saya, usia ini bukanlah muda. Cuma mungkin boleh dikategorikan sebagai kahwin awal berbanding sahabat2 yang lain. Saya tidak ada rasa menyesal utk meninggalkan zaman bujang saya di belakang, bahkan cuma apa yang saya harapkan adalah dapat menjadi yang lebih baik sebelum saya menemui ajal saya, dibimbing oleh insane yang amat saya cintai.
TIPS KAHWIN AWAL
Nak tips?
Mudah je. Tawan ibu bapa anda.
Bagaimana?
Tunjukkanlah kematangan anda di rumah sama ada dari segi tindakan, tutur kata dan perbuatan anda. Dengan cara ini, ibu bapa anda akan percaya yang anda telah pun layak dan sesuai utk menjadi isteri atau suami orang. Tapi bergantunglah juga pada keadaan kewangan keluarga, pemikiran ibu bapa ada yang berpandangan kahwin selepas tamat belajar itu lebih baik.
USIA PERNIKAHAN
Saya baru menjadi isteri kira-kira sebulan lebih. Kalau naik kapal nak belayar, kira-kira baru nak panas enjin. Kalau setahun bernikah, mungkin baru melalui air laut yang tenang. Ombak di hadapan, kita sendiri masih belum tahu.  Sementara usia pernikahan masih belum matang, semoga Allah memberikan kami kesabaran dan ketabahan utk mengemudi bahtera yang dikurniakan Allah ini.


Mungkin cukup kot setakat ni. Apa yang saya ceritakan ini,bukan lah yang terbaik utk diteladani. Namun, sekadar berkongsi, mudah mudahan sahabat-sahabat sekalian dapat mencorakkan pertemuan kalian dgn lebih baik dari kami. Akhir kalan, doakan kami dan  saya akhiri dgn beberapa gambar pernikahan saya.


PENGHARGAAN


Walimah di Ipoh



Jutaan terima kasih BUAT:



Suamiku yang tersayang, kerana sudi menerima diriku ini yang serba kekurangan sebagai seorang peneman hidupmu. Mohon redha menjadi isteri


  Ibuku, yang telah bersusah payah menguruskan majlis ini buatku, dan yang paling berharga, menjahitkan aku sehelai jubah putih utkku pakai pada majlis akad nikah ni. Satu kenangan yang amat berharga, sentuhan dari tangan seorang ibu..




Abah yang membacakan Khutbah, mengakad nikahkan menantu sulungnya.. terima kasih banyak Abah.. Jasamu sgt dikenang



Saudara yang paling rapat, Cik n family



Pada Anis dan Ojah, pengapits yang berpenat lelah membantuku sejak dari awal lagi. Semoga kalian menyusul cepat2 lepas ni :)
Sahabatku dari Kuantan dan Gombak, terharunya bila sahabat-sahabat dtg, terasa sungguh gembira dengan kehadiran  kalian memeriahkan surau Taman Anda... 


Tak Lupa rombongan muslimin yg turut 'ambil berkat' :). Terima kasih utk Syahid, selaku jiran yang banyak membantu


Kejutan dari TIKUS.. Abg dan kakak TIKUS amat terharu dgn nyayian yang diperdengarkan. Kenangan yang x dapat dilupakan.



My beloved sis, yang jadi mak andam terjun saya. InsyaAllah menyusul pas ni :)


Last but not least

Pada abg2ku, Wan Syahmi, Wan Mohd Fadhli dan Wan Ahmad Tajuddin 
dan kakakku Wan Fatimah Solihah
maaf sebab terrrrrr langkah
hehe
tu lah, sape suruh lambat sangat 
penat nak ikut giliran tau

Utk Syuhada dan Dik Wang
Jangan lupa PMR dan SPM tahun ni yer....

utk keluargaku, terima kasih utk segalanya
Semoga Allah membalas jasa kalian dgn sebaik2 ganjaran 



 Gambar ni menarik: susunan mantap oleh phtographers :)





WALIMAH DI PERLIS




Saudara -maraku di sebelah Utara


Sahabat-sahabat Ex-Smkap
Korang memang BEST! :)



My Angah, Photoghrapher yang bertauliah..
Terima kasih susah payah turun perlis dari KL



Tak lupa utk yang bersusah payah menjayakannya Mak, Abah, Abg Johaibi, Kak Nurul, Kak Ngah, Abg Nadmin, dan satu-satunya adik Ipar Hasif


Dan tak lupa watak tambahan tapi penting, my anak menakans Juwaini, Jalilah dan Nailly Jazmina





Wednesday, June 2, 2010

Isteri Solehah 2

* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

Isteri Solehah 1...

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat
, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

l Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

Saturday, May 15, 2010

analogi hafalan Quran

Assalamualaikum wbt

Satu perkongsian bersama.

Baru-baru ini saya ada ke forum gerakan muslimat yang mana panelnya adalah  Kak Mas dan Kak Hafilah. Satu perkongsian yang menarik kerana kedua-dua tokoh ini menampilkan contoh teladan yang baik melalui diri mereka. Agenda yang dibawa mereka adalah berkenaan dengan gerakan muslimat yang seharusnya maju lebih jauh ke hadapan.

Namun

Bukan ini yang hendak saya fokuskan.

Dalam banyak-banyak mutiara kata Kak Mas, ada satu cerita yang dibawanya yang membuatkan saya tersentuh. Cerita ini telah disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, berkenaan perumpamaan menghafal Quran.

Ceritanya begini.

Ada seorang majikan di sebuah syarikat memberi surat kepada pekerjanya supaya melaksanakan beberapa tugas dalam syarikat dan diberikan tempoh utk melaksanakannya. Apabila tamat tempoh, majikan tersebut memanggil pekerjanya itu untuk memberi laporan berkenaan dengan kerja tersebut.

Majikan : Mana laporan tugas ttg kerja yang saya suruh awak buat?

Pekerja: Saya tak buat, tapi saya dah hafal surat yang tuan bagi.
(pekerja itu pun membacakan surat tersebut)

Majikan: Saya tak suruh awak hafal surat tu, tapi saya suruh awak buat apa yang ada dalam surat tu.
 

Inilah anoginya bila kita mengadap Allah kelak. Bukanlah kita ini akan ditanya kembali ttg Quran apa yang kita hafaz semata-mata, ttp yang akan ditanya adalah ttg tugasan yang di dalam al-Quran, apakah dilaksanakan atau tidak. Kalau sekadar menghafaz, ramai orang boleh buat. Bila melaksanakan isi Quran, hanya sedikit orang boleh buat.

Renung-renungkan

Thursday, May 13, 2010

Ashaari Muhammad meninggal dunia

IPOH 13 Mei - Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad telah meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.
Jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di sini. - Utusan

Saturday, May 8, 2010

Cara-cara supaya mudah bangun malam

 1- Diusahakan jangan terlalu banyak makan dan minum, kerana jika perut terlalu kenyang maka mata akan mengantuk dan akan terasa berat utk bangun di tengah malam.

2- Diusahakan supaya tidur pada waktu siang hari walaupun sekejap, sebab dengan adanya tidur siang tersebut akan memudahkan utk bangun malam.


3- Hendaklah betul-betul insaf ttg keutamaan solat malam itu, dgn memperhatikan Quran dan Hadith, sbb dgn tertanamnya kesedaran itu secara mendalam tentu akan mengukuhkan keinginan serta besar pula harapan dan kerinduan kepada pahala yang bakal dikurniakan oleh Allah SWT. Dengan demikian akan timbul keinginan utk bangun malam serta mengerjakan solat.

4- Kuatnya rasa cinta pada Allah serta kuatnya keinginan dan keyakinan, akan mendorong seseorang itu untuk mengerjakan solat malam. Apalagi dengan mengerjakan solat malam itu, seseorang itu akan dpt bercakap-cakap dgn Allah secara langsung dan dekat. Bila seseorang itu betul-betul menyintai Allah, pasti ia akan suka utk menyendiri dan berkhalwat dgn Tuhannya serta dapat pula merasakan, betapa lazatnya bermunajat, maka dengan rasa bermunajat itu, akan menyebabkan ia tahan dan kuat utk beribadah sepanjang malam.





      PANTUN TAHAJJUD CINTA 

tafakur di kala pagi syahdu
sejadah cinta terbentang indah
munajat kasih iringan wudhu
mendamba rahmah menagih barakah


Munajat kasih beralun perlahan
gerak berpadu irama alam
tahajud cinta bersama tuhan
memohon doa iringan salam

bingkas bangun dari lamunan
kiblat suci menjadi saksi
malam berseri dgn ketaatan
sunnah nabi sebagai aspirasi

rayuan kasih munajat cinta
menadah tangan sekudus hati
doa dipohon hajat dipinta
rahmat  diminta sampai mati

ketika cinta bertasbih
gugur titisan mutiara kasih
zikir sufi terpahat jernih
suci hati rohani bersih

ketika cinta mula bertasbih
basah lidah khusyuk munajat
tahajud cinta hamparan kasih
moga Allah kabulkan hajat

tahajud cinta bersama tuhan
sujud bertasbih di mihrab cinta
ayat-ayat kasih dialun perlahan
memuji Ilahi rahmat dipinta

Salam Tahajud Cinta Bersama Tuhan :)

Hasil karya: Elmansyud (Mohd Juzaili Juhan)
Disusun Oleh: Kembara Sufi





Sunday, April 25, 2010

Cari Semangat Baru

Alhamdulillah, cuti dah berakhir. Saya kurang menggemari tempoh cuti yang lama. Sebab saya akan terikut-ikut dgn rentak cuti tersebut. Bila x ada kerja, mula otak pun jadi lambat dan malas. Jadi, sebab tu lah blog saya pun turut bercuti. Susah kan nak istiqamah?

Saya mengagumi insan-insan yang konsisten meligatkan otak dalam mencari ilmu. Semoga saya pun dapat berubah dan jadi seperti mereka. Saya sukakan suasana yang mendesak saya utk banyak berfikir. Sentiasa berada dalam zon selesa akan membuatkan kita tidak tahu apa yang kita cari dalam hidup ni. Sebab tu hidup yang tidak indah, di situlah terletaknya keindahannya.

Jadi apa perancangan selepas ini?

InsyaAllah, menuju ke arah persediaan utk menempuh alam baru. :)  BIIZNILLAH. Ukur diri di paras mana, dan betulkan apa yang tidak betul, dan mantapkan apa yang belum mantap. Selamat bersedia!! Agi Idup Agi Ngelaban

Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails