Followers

Friday, January 9, 2009

Sejarah Agama Yahudi

MAKNA KALIMAH YAHUDI, IBRANI DAN ISRAEL

1. YAHUDI - Kalimah Yahudi dinisbahkan kepada anak yang ke-4 bagi Nabi Yaacob a.s yang bernama Yahouza dan ia juga merupakan salah satu daripada puak-puak Bani Israel. Gelaran ini mula terkenal selepas daripada keutuhan kerajaan Yahouza pada tahun 586 sebelum masehi. Kemudian kalimah Yahudi diitlakkan kepada mereka yang menganut agama Yahudi atau agama Musa. Menurut pengarang dalam kitab yang menjelaskan makna Yahudi ialah “Yahudi adalah agama yang dianuti oleh kaum Bani Israel semenjak dari zaman Nabi Musa a.s. Ini diambil dari kata-kata Nabi Musa “Sesungguhya kami kembali kepada-Mu wahai Tuhan”. Mereka adalah umat Nabi Musa dan kitab suci mereka bernama Taurat.

2. IBRAN - Adapun makna kalimah Ibrani ialah nama bagi kabilah yang sampai nasabnya kepada Saam Bin Nuh. Daripadanyalah terbentuk sebuah ummah yang besar dinamakan keturunan Saam. Terdapat lapan jenis bangsa yang lahir daripada keturunan Saam iaitu Ashour, Babil, Finique, Aram, Kan’an, Kaldan, Ibrani dan Masri.
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah mengenai asal usul nama kabilah ini. Ada yang mengatakan ianya diambil sempena dengan nama moyang Nabi Ibrahim iaitu Aabir. Pendapat kedua pula mengatakan ianya adalah satu gelaran yang diberikan kepada Nabi Ibrahim kerana dia adalah orang pertama menyeberangi Sungai Furat. Manakala pendapat yang ketiga sepertimana yang disebut oleh Dr Ahmad Syalabi bahawa gelaran Ibrani yang diberikan kepada Nabi Ibrahim serta pengikutnya kerana mereka hidup berpindah-randah dan sentiasa merentasi padang pasir dan gurun untuk mencari rumput bagi ternakan laut.

3. ISRAEL - Israel ialah kalimah Ibrani yang membawa maksud “kamu mengalahkan Tuhan”. Ia adalah gelaran yang diberikan oleh Tuhan-tuhan orang-orang Yahudi yang bernama Yahwu kepada Nabi Yaacub selepas Nabi Yaacub dapat mengalahkan Tuhan di dalam pergaduhan di antara mereka berdua. Yahwu berkata : “selepas ini, jangan lagi kamu dipanggil dengan nama Yaacub malah panggillah Israel kerana kamu bersungguh-sungguh dan telah mengalahkan aku”. Safar pembentukan alam 32/28.

SEJARAH KELAHIRAN YAHUDI

Agama Yahudi walaupun ianya salah satu daripada agama langit namun ianya amat berbeza daripada dua saudaranya Nasrani dan Islam. Ini dapat dilihat daripada hubungan di antara sejarah dan ajaran agama Yahudi.
Agama Yahudi diperingkat awalnya lahir dibumi Palestin dan persekitarannya yang merangkumi Iraq, Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan. Kawasan ini juga dikenali dengan nama Antara dua Sungai, Furat dan Dajlah. Kawasan ini berada di suatu kedudukan yang paling strategik di mana ia menghubungkan antara tiga benua; Asia, Eropah dan Afrika.
Penduduk asal kawasan ini terdiri daripada beberapa kabilah yang datang dari Semenanjung Arab dan pulau-pulau di persisiran laut Mediterranian.
Pada tahun 3000 sebelum masehi, satu kabilah yang bernama Finique telah berhijrah dari Semenanjung Arab menuju ke Utara kawasan di antara dua sungai dan menetap di sana. Ia terkenal dengan nama Lubnan. Pekerjaan yang dilakukan oleh orang-orang Finique ialah nelayan, perniagaan melalui laut dan membina kota-kota besar.
Pada tahun 2500 sebelum masehi, sebuah kabilah yang bernama Kan’an juga telah meningalkan Semenanjung Arab kerana kemarau yang panjang dan menuju ke barat sungai Jordan serta menetap di persisiran sungai tersebut. Kawasan yang didiami oleh orang-orang Kan’an dikenali dengan nama Bumi Kan’an .

Sebuah kabilah yang datang daripada kepulauan Creat di lautan Mediterranian yang bergelar Palestin telah berhijrah ke bumi Kan’an dan menetap di satu kawasan yang bernama Yafa dan Ghaza. Ini berlaku pada tahun 1200 sebelum masehi. Telah berlaku perkahwinan campur di antara kabilah Palestin dengan orang-orang Kan’an yang berketurunan Arab dan akhirnya mereka dikenali dengan orang Palestin dan Tempat tinggal mereka dikenali sebagai Tanah Palestin.

Adapun orang-orang Aram yang asalnya menetap di bumi Iraq telah meninggalkan tanahair untuk mencari satu penempatan baru. Akhirnya mereka telah menetap di tanah Syria dan menjadikan Damsyik sebagai ibu negara mereka dan bekerja sebagai petani dan peniaga. Di dalam kitab suci Yahudi, orang-orang Aram dikenali sebagai orang Syiria.
Di utara Semenanjung Arab, terdapat sebuah negara yang bernama Madyan. Ia adalah penghubung antara Mesir, bumi Kan’an dan Semenanjung Arab. Pada ketika itu, Madyan adalah medan peperangan di antara Mesir dan Babylon kerana ia merupakan gurun Sahra’ yang menjadi pintu masuk kepada tanah Palestin dan tanah sekitarnya.
Sebuah Kabilah yang bernama Haxsos berketurunan Arab telah menuju ke negara Mesir disebabkan oleh kemarau yang panjang menimpa mereka dan telah menawan kerajaan Mesir pada ketika itu disebabkan oleh lemahnya tampuk pemerintahan mereka . Mereka telah memerintah 2098 sebelum masehi hinggalah ke tahun 1587. Di sepanjang pemerintahan mereka, berlaku beberapa peperangan untuk merampas kembali pemerintahan negara mereka daripada tangan orang-orang Haxsos. Peperangan tersebut berlaku pada akhir pemerintahan kerajaan Mesir yang berpusat di Luxor.

Di akhir pemerintahan Haxsos, seorang panglima yang bernama Ahmash telah berjaya menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir dan mengasaskan keluarga yang ke-18 kembali memerintah Mesir.
Sepanjang tempoh pemerintahan orang-orang Haxsos ke atas negara Mesir, ketika itulah Bani Israel hidup dengan mendapat keistimewaan daripada kerajaan Haxsos dan mereka telah ditempatkan di suatu tempat yang terletak di sebelah timur Sungai Nil. Apabila kerajaan Mesir memerintah kembali negaranya, Bani Israel tidak lagi mengecapi keistimewaan yang pernah dikecapi suatu masa dahulu dan akhirnya mereka keluar dari negara Mesir dengan diketuai oleh Nabi Musa a.s.

Di antara kabilah yang datang ke kawasan ini (antara dua sungai) ialah kabilah Ibrani (kalimah Ibrani bermaksud Nabi Ibrahim dan anak-anaknya selain daripada Nabi Ismail a.s dan keturunannya).
Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di Iraq. Bapanya bernama Azar bekerja sebagai pembuat patung dan menjual kepada penyembah berhala. Melalui hidayat Allah SWT Nabi Ibrahim telah dipilih untuk membawa risalah Tauhid kepada kaumnya. Malangnya risalah yang dibawa telah mendapat tentangan yang hebat dari kaumnya sendiri sehinggalah Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup. Akhirnya Nabi Ibrahim terpaksa berhijrah bersama isterinya Sarah, dua anak saudaranya Luth dan beberapa teman serta pengikutnya meniggalkan negara Iraq.
Dalam perjalanan mencari tempat untuk menyambung kehidupan, mereka telah menuju ke bumi Syria kemudian meneruskan perjalanan mereka ke bumi Kan’an dan selepas itu ke bumi Palestin. Di sepanjang perjalanan mereka hanya menternak dan mengembala binatang.
Selepas beberapa ketika, Nabi Ibrahim a.s bersama isterinya Sarah telah berhijrah ke Mesir yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Haxsos. Mengikut beberapa riwayat, Maharaja Mesir tertarik dengan kecantikan Sarah apabila dia ingin menghampiri Sarah tiba-tiba dia menggigil, maka dia merasa bersalah dan mengembalikan semula Sarah kepada Nabi Ibrahim lalu menghadiahkan pula seorang permaisuri Mesir yang bernama Hajar.
Sarah ialah seorang isteri yang mandul maka dia mencadangkan kepada Nabi Ibrahim supaya mengahwini Hajar. Setelah beberapa lama perkahwinan Ibrahim dan Hajar, mereka dikurniakan seorang putera yang diberi nama Ismail. Kelahiran Ismail telah menimbulkan rasa cemburu di hati Sarah lantas dia meminta daripada suaminya agar memisahkan Hajar dan anaknya daripada mereka berdua.
Nabi Ibrahim a.s telah membawa puteranya yang pertama bersama isterinya Hajar menuju ke suatu tempat yang tidak mempunyai tanaman dan air. Akhirnya tempat tersebut dikenali sebagai Baitullah.
Selepas 14 tahun kelahiran Ismail, isteri Nabi Ibrahim yang pertama iaitu Sarah telah melahirkan seorang putera yang bernama Ishak. Ishak mempunyai dua orang putera yang bernama Iesu dan Yaacob.

Yaacob digelar sebagai Israel dan mempunyai 12 orang anak. Daripada merekalah datangnya 12 keturunan Bani Israel. Yaacob juga mempunyai empat orang isteri iaitu ;-
i- Laiah; anak sulung kepada bapa saudaranya. Mempunyai enam orang anak iaitu Raubin, Syam’un, Lawai, Yahouza, Yashaki dan Zabuloun.
ii- Adik kepada Laiah bernama Rahil (isteri yang paling disayangi oleh Yaacob). Mempunyai dua orang anak iaitu Yusuf dan Bunyamin.
iii- Zalfah; hamba kepada Laiah. Mempunyai dua orang anak iaitu Jadd dan Ashir.
iv- Balhah; hamba kepada Rahil. Mempunyai dua orang anak iaitu Dann dan Naftaley.Sejarah Agama Yahudi (Siri 1)
January 10, 2009

Wednesday, December 31, 2008

IMAN VS NAFSU

Di sebalik hijab malu; Dia teresak dalam sendu,
Di sebalik hijab malu; Dia berperang,menawan gelodak nafsu…

Neraca nafsu: Penat sungguh menjaga hati..
Neraca iman : Allah telah berjanji, pasti ada ganjarannya..

Neraca nafsu: Sabarkah kau mengimbangi dunia dan akhirat sepanjang hayatmu? yang mungkin berpuluh-puluh tahun lagi..
Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, aku akan hidup esok hari..ataupun sekejap laNeraca nafsu: Aku tak mampu.. Bukankah itu ketentuan Ilahi? tapi, bukankah telah lama kau peliharanya, andai kau abaikannya sebentar, mungkin tak memberikan kesan pada amal-amalmu yang terdahulu..


Neraca nafsu: Itu juga ketentuan Ilahi, hanya Dia yg layak memberi jaminan
Neraca iman : Justeru, marilah bersamaku..terusan mengejar Cinta Dia..

Neraca nafsu: Cinta Dia.. ya, perlu itu. Tapi, kutahu..nalurimu juga mahukan cinta dunia..bukan? ku pasti, kau juga tahu, betapa indahnya cinta dunia?
Neraca iman : Wahai nafsu.. tenang-tenanglah dikau..kankucurahkanmu dengan Kasih dan Cinta Tuhan..hentikan bicaramu wahai nafsu..

Neraca nafsu: Cukupkah keinginanmu dengan hanya Cinta Tuhan?
Neraca iman : Memang benar seperti apa yang dikhabarkan, kau takkan pernah diam memujuk rayu… huhu~ jika kudihalalkan dengan cinta dunia sekalipun, Cinta Tuhan masih yang pertama. Cinta itu perlu mekar sampai bila-bila, wahai nafsu… Tak rasa bersalahkah dikau, tak mencintai Dia yang telah sekian lama menyintaimu? Yang tak putus-putus menyintaimu? Nafsu, sudahlah… Dia pasti rindu pada esak tangismu, rengekan manjamu, pujuk rayumu padaNya.. Dia pasti rindu dan cemburu, andai kau punya cinta yang lebih dari cintamu padaNya.. Jangan pernah kau abaikan Dia.. selangkah kau mendekatinya, seribu langkah Dia akan mendekatimu.. aku rindukan BelaianNya.. jgn kau rayu-rayu aku lagi, wahai nafsu…cukuplah..

Neraca nafsu: ……….. baiklah..bisikkan padaku perihal Cinta Tuhan..
Neraca iman : Katakanlah (Muhammad),” jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu” Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad),”taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir. (Ali Imran:31-32)
Neraca iman : Itu janjiNya, aku perlu ikut apa yg Rasulullah ajarkan, dan apa yg Allah khabarkan.. jgn kau teruskan pujuk rayumu.. kerana aku ingin sahut CintaNya..

Neraca nafsu: Baiklah..Kali ini kau menang.. Fitrahku memang memujuk rayu untuk menyimpangkanmu.. Moga cintamu pada Tuhan kan selamanya menjinakkanku. Aku kan datang lagi memujuk rayu..
Neraca iman : Moga aku terus diberi kekuatan… Wahai Allah..hambamu masih tercari-cari manisnya bercinta denganMu, jangan Kau izinkan lagi aku kalah dengan pujuk rayu nafsu.. Moga Allah beri kekuatan..dengan kekuatan CintaNya..Amin..

Tuesday, December 30, 2008

nukilan buat adikku sayang

TAHNIAH! 9A PMR

air mata kejayaan ..
air mata kegembiraan..
air mata keharuan..
semuanya tumpah membasahi pipi




tahniah buat adikku yang tersayang..
atas kejayaanmu memperoleh 9A dalam PMR..
Semoga kejayaanmu menjadi inspirasi
teruskan mengorak langkah
ke arah kecemerlangan di masa hadapan


kejayaanmu adikku,
telah menitiskan air mata seorang ibu,
gembiranya ayahbonda kita
tatkala engkau mempamerkan kejayaan mu,
engkau gembira,
kami gembira.


adikku,
usah mudah terpesona dgn fatamorgana
kelak dikau kan binasa
pandanglah dunia ini dgn mata hati
agar kau bisa melihat apa yang tersembunyi


tahukah engkau wahai adikku,
ranjau di hadapan lebih sukar
taburkanlah sekelumit pengorbanan
agar kau tabah menghadapinya
semoga kejayaan hakiki di dunia dan akhirat menjadi milikmu

Monday, December 1, 2008

PENGUMUMAN !!!

KULIAH SRIKANDI II

TAJUK : 'Mawarku, Hunuskan Durimu'
OLEH : Fatimah Syarha bt Noordin (Novelis Tautan Hati)
TARIKH : 2 Dis 2008
MASA : 7 am - 11 pm
TEMPAT : Court Zainab College, UIA
ANJURAN : Pre-Sciences Students Society (PRESSS)

jom pakat mai ramai-ramai..

'Srikandi sejati, unggul peribadi'

AKU DAN ISLAM


Keceriaan dan kebahagian adalah impian setiap insan. Dan, untuk mencapai perkara tersebut, kita terpaksan melalui pelbagai onak duri cubaan untuk mampu kita meraih keindahan dalam kehidupan ini.

Pejuang Islam seringkali dimomokkan dengan pelbagai ujian, cabaran, dugaan dan rintangan. Sememangnya, sesiapa yang memilih perjuangan Islam sebagai cara hidup dan pegangan pendiriannya, pasti akan melalui perkara yang mungkin tidak seindah seperti mana yang sering diimpikan.

Adakah pejuang Islam tidak berhak mengecap kebahagiaan? Adakah pejuang Islam tidak layak untuk bergembira?, Adakah pejuang Islam tidak layak untuk bahagia?

Semua insan mahukan perkara itu! Itu lumrah naluri manusia. Islam tidak melarang pejuangnya untuk mengecapi bahagia. Banyak hadis dan para hukama yang menyeimbangkan perkara tersebut.

Namun, apa yang nak diperbincangkan disini ialah, menjadi seorang pejuang Islam PASTI akan menerima pelbagai cemuhan, ejekan, perlian, pandangan sinis, umpatan dan sebagainya. Pejuang Islam akan dipandang ‘ganjil’ di mata masyarakat. Manusia yang sebenarnya pada pandangan masyarakat ialah menjadi ‘insan biasa’ seperti mana manusia lainnya. Menjadi pejuang Islam ialah satu tiket menjadi ‘insan luarbiasa’!

Di Malaysia, kebanyakan roh perjuangan Islam bermula di pengajian terutama di institusi pengajian tinggi. Disitu, kebanyakan qadeer-qadeer yang baru, dididik dan di asuh agar menjadi pejuang yang hebat suatu hari nanti.

Maka, klimaks yang berlaku di IPT ialah, satu pegangan dan tsiqah yang amat mendalam kepada perjuangan Islam. Mereka begitu sensitif berkaitan islam dan isu-isu dan timbul darinya. Ombak perjuangan meluap-luap kerana membaranya semangat cintakan Islamnya. Semua ini adalah kerana mungkin:

  1. mempunyai sahabat disekeliingnya
  2. masih terkongkong dalam masyarakat kampus yang ratanya sama sepertinya.
  3. ilmu yang sentiasa terhidang di depan mata

Perjuangan di IPT adalah satu-satunya perjuangan yang paling indah jika hendak dibandingkan dengan perjuangan di suasana lainnya.

Namun, keberadaan kita di IPT bukanlah selamanya! Yang selamanya ialah perjuangan kita! Perpindahan kita ke suatu tempat ke tempat yang lain bukanlah tiket untuk kita turut mengubah identiti diri kita yang sentiasa Islam dulunya...

Realiti yang hendak disampaikan disini ialah, ‘itulah yang berlaku’! Perjuangan di luar tidak seindah perjuangan di dalam. Maka, ramai yang tidak mahu menghadapi risiko kehilangan kebahagian akan mengambil jalan pintas sebagai pejuang Islam ialah dengan hanya menonton sahaja.

Sememangnya, jika tiada ketelusan hati yang jernih hanya pada Islam, kita tidak mampu untuk mencari perjuangan! Jiwa lesu dan tidak tahu apa lagi yang hendak diperjuangkan.

Sesiapa yang masih menjadikan Islam sebagai dirinya, pasti akan menerima kritikan, di perli, dan sebagainya.

Akhirun kalam, walau apapun yang terjadi, istiqamahlah. Nilailah yang mana kaca dan yang mana permata. Janji Allah pasti tiba! Jika bukan disini, pasti akan terjadi disana! Sesungguhnya kemanisan perjuangan Islam tidak seperti manisnya gula yang semua orang tahu akan kemanisannya. Ia seperti manisnya buah. Akan terasa manisnya, jika kita sendiri yang merasa dan memakannya!

Dalam usaha menghasilkan dan ‘mencari’ pejuang Islam!

Semarakkan Perjuangan!

UJIAN



Ujian Yang Melanda
Mengundang Resah Jiwa
Mengajar Diri Kita Sebagai Hamba

Mengadu KepadaNya Segala-Gala

Kesusahan Yang Tiba

Menimpa Diri Kita
Adalah Sementara Tanda KasihNya
Mendidik Jiwa Kita Menguji Kesabaran

Semua Hanya Dugaan Daripada Tuhan

Yang Menyayangi Kita
Menghapuskan Dosa Dan Mendapat Pahala
Yang Berganda Dan Berharga

Menghapuskan Dosa

Jika Kita Sabar Dan Berdoa


Friday, November 28, 2008

LOVE IS CINTA

jika mereka sibuk mencari cinta
biarlah kita sibuk mencari iman
jika mereka sibuk mencari pasangan

biar kita sibuk mencari keredhaan

jika mereka menangis kerana kecewa bercinta

biar kita menangis kerana mengenang dosa-dosa semalam
j
ika mereka cintakan manusia
biar kita cintakan Tuhan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat baginda, ahlul bait.. Jua buat sekalian jundullah yang mencintai Allah dan Allah mencintai mereka, Allah meredhai mereka, Allah mengasihi mereka.. mudah-mudahan kitalah yang tergolong dalam golongan ikhwan akhir zaman yang dicintai oleh Nabi Muhammad SAW.. Yang mana beriman dan mentaati Allah dan Rasul tanpa melihat dan bersama Rasulullah... Ameen Ya Rabb. InsyaAllah..

kali ini, ana nak bawa satu kupasan topik yang ckp menarik, iaitu tentang CINTA.. satu perkataan yang simple, ttp mampu membawa pelbagai pengertian dan tafsiran.. sehingga beratus-ratus buku diterbitkan hanya untuk merungkai persoalan cinta ni..

Sebelum ana melangkah jauh, eloklah ana perkenalkan dulu ttg program LOVE IS CINTA ni...


'LOVE IS CINTA'
29 NOV 2008
8.30 AM - 1.00 PM
DEWAN AL-MALIK FAISAL, PJ, UIA
ANJURAN: PRE-SCIENCES STUDENTS SOCIETY (PRESSS) SEMPENA RAUDHAH FESTIVAL (RAFEST)
PENCERAMAH : USTAZ UDAY KASSIM

TAJUK : HAKIKAT CINTA





FORUM

TAJUK : KAHWIN SMS BELAJAR VS KAHWIN SELEPAS BELAJAR
PANEL: USTAZ ABDUL MAJID BIN CHE OMAR

: BRO AMIN BIN IDRIS
: BRO MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDUL HAMID





Ana bukanlah ana yang pakar dalam penulisan ni.. apatah lagi nak membicarakan berkenaan sesuatu ilmu.. diri ini masih belum layak dan terasa kerdil lantaran amat terasa kekurangan diri dlm bidang keilmuan ini.. Semoga Allah memberi ampunan atas kejahilan dan kekurangan diri dan semoga Allah terus membimbing kita dan menuju kepadaNya..
Ya Allah, usah biarkan kami terus hanyut dengan dunia kami sendiri tanpa pimpinanMu..

Merujuk kpd hadith Nabi SAW, 'ballighu 'anni walau aayah...'.. (sampaikan daripadaku walau satu ayat) .. serta 'islah nafsaka wad'u ghoirak' (perbaiki dirimu dan serulah orang lain) ..
Ana berharap semoga menerusi penulisan ini ana mampu berkongsi sesuatu dgn shbt2 walaupun ianya tidaklah sehebat mana..


HAKIKAT CINTA

Pertamanya, insyaAllah ana ingin mengupas sdkt sebanyak ttg apa yang telah diperkatakan oleh penceramah yang pertama, Ustaz Uday Kassim. pembawaan Ustaz cukup menarik.. pendek kata x kering gusi dengan lawak Ustaz.
CINTA ni, bila kita sebut pasti membayangkan sesuatu yang indah..menarik..seronok.. kerana perkataan ini sememangnya telah membawa suatu yang positif, selari dengan naluri yang Allah bekalkan pada manusia.. ya, inilah fitrah manusia.. ingin mencinta dan dicinta.. menyayangi dan disayangi.. erm.. macam lirik lagu lah pulak..
lagu in team.. tapi x ingat lirik

CINTA SEBAGAI SATU SUMBER MOTIVASI??

Benarkah begitu? hebatnya kuasa cinta ni.. Mampu merubah hidup seseorang..
Daripada seorang yang lemah kpd seorang yang gagah
seorang yang malas kepada yang rajin
seorang yang selekeh kpd yang tampan
malah cinta mampu membawa kita kepada gerbang kejayaan
mengubah 100% gaya hidup kita
bilamana cinta itu benar-benar bertakhta di hati kita
ia mendesak kita untuk mengikuti apa jua yang disukai oleh sang kekasih
menuruti apa jua kehendaknya
mengapa?
itulah The Power Of Love
panahan cinta menusuk kalbu
terasa diri tidak menentu
saban hari menanggung rindu
sampai bila harus begitu...

Cinta ni adalah satu persoalan yang abstrak kerana tidak mampu dinilai dengan mata zahir, melainkan dengan perasaan.. dan cara orang yang mengalaminya juga berbeza.. ada yang simple, ada yang berat.. ada yang sikit, ada yang banyak.. bergantunglah kepada Yang Maha Pencipta, sejauhmana Dia ingin menguji kita dengan perasaan fitrah manusia ni..

Dalam ceramah ni,
ada satu perkara yang cukup menarik hati ini..

sahabat-sahabat mesti tau zikir ini yang dijadikan nasyid?

hasbi rabbi
jallallah

ma fi qalbi
ghoirullah
nur muhammad
sallallah

lailahaillallah


ana belajar nasyid ini semasa di sekolah menengah lagi.. semasa muhasabah, kak sri dan kak suhaila sering melantunkan nasyid ini.. sehinggalah ana juga menasyidkannya dlm majlis-majlis zikir di uia pj ini.. tapi, zikir biasa sahaja.. tiada perasaan yang mendalam..

tapi kali ni, setelah diberitahu oleh Ust Uday ana dah tau kisah sebenar bagaimana kata-kata yang indah ini dicipta..

ceritanya begini ....
pada suatu ketika dahulu ada seorang lelaki yang begitu menyayangi isterinya..

cinta yang tulus abadi
buat isteri yang disayangi
apa jua dituruti
asal bahagia di hati

demi kekasih yang dicintai
rindu memekar di sanubari
semoga dia teman sejati
bersama selamanya kekal abadi


punyalah si lelaki ni sayang kat isteri dia...
ttp rupanya isteri dia masih dok teringat kat kekasih lama dia..

hancur hati bila dikhianati
apakan daya cinta tiada lagi
berpisahlah sudah membawa diri

si lelaki berkahwin lagi..
dan cintanya dikhianati lagi oleh insan yang bernama wanita..
berpisah lagi..

dan berkahwin lagi untuk mengisi kekosongan hati..
tetapi, perkara yang sama masih diulangi
cintanya dikhianati
setia tiada lagi

apakah ertinya semua ini!!
sehingga dia merasakan indahnya dunia tanpa wanita..
tiada lagi kepercayaan setelah didustai

dan akhirnya, lelaki ini bertemu dengan seorang ulama dan menyatakan segala keperitan hidupnya.. pedihnya hati apabila cinta dikhianati..

kata ulama tersebut,
aku akan tunjukkan cinta yang hakiki, tak akan sekali-kali dikhianati

benarkah? cinta siapakah itu?

cinta Allah. esok kau datanglah ke masjid di pertengahan malam.. lalu sujudlah pada Allah..
bermesralah dengan Allah.. bercintalah dengan Allah..

lalu esoknya lelaki tersebut hadir ke masjid sebagaimana saranan ulama tersebut

di keheningan malam
aku melabuhkan seluruh jiwa ragaku untukMu

mencari ketenangan abadi yang hakiki
aku bermesra dalam munajatku
aku gementar kegembiraan membaca kalam cintaMu
hadir suatu sinaran aneh dalam diriku
kuasa cinta memenuhi atma
kalbuku asyik denganMU

ALLAH

Rabbi
biarkan mendung ini berlalu pergi
aku lemas keresahan
cinta manusia tidak berkesudahan

sinari cahaya petunjukMu
tenggelamkan aku dengan nikmatnya belaianMu

akhirnya, lelaki ini mula merasa kekosongan hatinya telah diisi dengan cinta yang takkan sekali-kali mengkhianatinya..
rindu dlm hati mula memenuhi kalbu.. bagaikan setiap hari tidak sabar menunggu malam yang hadir untuk dia bermunajat melabuhkan cinta pada penciptaNYA..

sehingga akhirnya dia mengarang kata-kata ini.. hayatilah maksudnya..

cukuplah Allah bagiku
tiada apa dlm hatiku
melainkan Allah

cahaya Muhammad SAW

tiada tuhan yang disembah melainkan Allah


inilah yang dikatakan 'kuasa cinta'
kalau cinta si dia mampu membuatkan kita bersemangat untuk awal ke kelas,
belajar sungguh-sungguh, pakai kemas-kemas, rajin buat kerja..
cinta Ilahi pula mampu menjadi penggerak ke arah menjadikan kita muslim yang gemilang...
bagaimana??
kerana kita pasti akan melakukan sesuatu yang kekasih kita suka..

kalau manusia suka bunga, pasti kita belikan bunga (x suruh pun beli, sian bunga nak hidup)
kalau manusia suka makan coklat, berdozen-dozen kita belikan coklat (mkn byk coklat cpt gemuk)
apa jua penampilan kita, pasti kita akan ubah asalkan kekasih kita suka.. betul x? (yg bercinta je tau, yg tak bercinta x tau)

itu baru terkena panahan cinta manusia..
tapi kalau dah dapat cinta Allah..
kita akan buat apa yang Allah suka
terutama kita merasa rindu untuk bertemuNya di malam hari
dengan mudah menggerakkan kita meninggalkan nikmat tidur yang ckp sukar utk kita buat.
akan ttpi,
cinta termahal ini bukan mudah untuk diperoleh mcm cinta manusia
yg ni bukan cinta murahan.. cinta jalanan
tapi jalan yang penuh liku untuk mendapatkan
penuh dengan mujahadah yang berterusan

jadi di mana posisi kita?
tepuk dada tanya iman


hiduplah sesuka hatimu
sesungguhnya kamu pasti mati
cintai siapa saja yang kamu senang
sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya
lakukan apa saja yang kamu kehendaki
sesunggunhnya kamu akamn memperolehi balasannya
dan ingatlah bahawa bersama kesulitan akan timbul kesenangan
- ibn abbas -


Thursday, November 27, 2008

PSQ DI LANGKAWI


PSQ DI LANGKAWI
(PROGRAM SAYANG AL-QURAN)

TARIKH : 6 – 8 OKTOBER 2008

TEMPAT: SMK LANGKAWI, PULAU TUBA, LANGKAWI

ANJURAN : QURRA’ TRAINING CENTRE & PAHAM (PERSATUAN HAFIZ MALAYSIA)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Selautan syukur padaMu Ilahi kerana pada hari ni Allah mengizinkan jua utk aku menyambung penulisan blog sebagaimana amanat kak Jie supaya update blog aku ni.

Hmm..

Dah lama tak keluar mengembara. Situasi di kampus berbeza dengan situasi ana di sekolah menengah dahulu. Di sini (UIA), ana banyak menghabiskan masa di kampus. Nak keluar hujung minggu pun tak sempat, apatah lagi nak gi melawat tempat-tempat macam ni. Banyak disibukkan dengan pelajaran dan hal-hal persatuan. Berbeza dgn keadaan ana di sekolah menengah dahulu, semua negeri kecuali Sabah aku lawati. Maklumlah, free je bila ikut program-program Kementerian Pelajaran Malaysia. Perlis pulak kecik. So, kebarangkalian untuk gi program sgt tinggi sbb jumlah sekolah di Perlis sangatlah sedikit. nama sekolah pun dah boleh hafal.. Balik-balik muka yang sama je gi program. isk3...

Kenangan terukir baru-baru ini setelah sekian lama aku tidak menjejakkan kaki ke bumi bersejarah, peninggalan Mahsuri ni. Kali terakhir aku ke sana semasa Tingkatan 5. Tu pun sbb program sekolah. Dapat free lagi.. :)
Kebetulan masa ni adalah cuti semester dan Ustaz Mukhlis pun dan lama ‘book’ aku untuk menjadi fasi program syarikatnya. Alhamdulillah, segalanya berlaku dengan izin Allah.

Kembara bermula....

Sampai kat jeti Kuah, tak tau nak buat apa. gi makan, meronda, survey coklat, n last2 lepak kat surau. Adik-adik muslimin ntah hilang ke mana..

Dekat pukul 7, bertolak ke Pulau Tuba menaiki bot..

Biasanya, orang yang jaga bot tu tak suruh pun pakai jaket keselamatan. Agaknya sebab dekat kot. Perjalanan lebih kurang 10 minit je. tak jauh... Tapi, ada sorang makcik ni, bila nampak jaket keselamatan kat tepi tu, terus minta dibukakkan. Last-last semua orang pakai.. termasuklah saya..ye lah, malang tak berbau.. macam-macam boleh jadi.. (tapi baru best pakai jaket, baru nampak macam orang naik bot :))

Sampai di Pulau Tuba dah dekat maghrib. Ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke pulau ni. Kali pertama bersama keluarga menangkap burung.. burung ape tah nama.. tak ingat..

Kami tiba di pelabuhan..

Bermalam di Chalet.. Alhamdulillah.. macam 5 bintang!

Kami dibahagikan kepada 3 bahagian..

Ustaz di masjid

mak cik-mak cik di sekolah rendah

dan kami 10 orang (5 muslimin-5 muslimat) di sekolah menengah

Esoknya bertolak ke SMK Langkawi.. Khabarnya, sekolah ini adalah satu-satunya sek menengah yang ada di Pulau Tuba ni. so, bangunannya cantik, dan kemudahan pun banyak. Maklumlah. kerajaan jaga sungguh sekolah ni..

Adik-adik menyambut ketibaan kami..

Peserta: Pelajar asrama tingkatan 1-4 (diorang dah habis exam)

Dah sampai SMK Langkawi, trus ke dewan.. sesi pengenalan..

(Haq n Majdi berebut nak perkenalkan diri.. Eloklah tu)


Sesi ta'ruf dengan ahli kumpulan n pengenalan kpd Al-Quran



Riadhah...
Jasmani cergas, Minda cerdas
Baru senang hafal Quran!!


KAMI SAYANG AL-QURAN !!!

Kumpulan nasyid temporari di abad ini.. "Kembara Sufi" (kumpulan nasyid SEGERA)



Pemandu bot yang bertauliah, berilmu dan beriman tinggi.. Inilah yang kita mahu sbg rakyat Malaysia!!

Utk post kali ni galeri gambar ajalah yer.. InsyaAllah, ana akan cuba membuat kupasan lebih lanjut ttg Quran untuk post yang seterusnya.

Sekalung perhargaan buat semua yang terlibat menjayakan program ini.. biar bukan hanya sekadar program kosong, ttp biar sarat dengan misi dakwah..

SAYANG QURAN, CINTA QURAN !! INSYAALLAH

Saturday, October 4, 2008

Jangan Merajuk Wahai Da'ie

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah.

Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa... Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa.

Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah... Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...

"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya Sembahlah Allah Yang Maha Esa Tinggallah berhala yang tidak bernyawa Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima Nabi diejek dan Nabi dihina Baginda tidak berputus asa Walau dicaci walau dihina Akhirnya Nabi merasa hampaUmatnya masih menderhaka Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri Kapal pedagang Baginda menumpang Membawa diri ke rantau orang Malangnya laut bergelombang Hampir karam ditengah lautan Bila diundi Nabi merelakan Terjun ke laut penuh bergelora Baginda ditelan ke perut Ikan Nun Gelap gelita tidak terkira Sedarlah baginda akan silapnya Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa Menangislah Nabi penuh duka Memohon Ampun dari Tuhannya"


Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali… Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan. Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:


"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya" (Al-Furqan:56-57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:
"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim" (Al-Anbiyaa':87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…

Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...


Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Marwan Majdi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails